Keluar dari Disneyland, terus ke Ladies Market. Ladies Market ni just stop di St. Mongkok. Satu station saja sebelum Yau Ma Tei ( tempat weols menginap ). So dari Disneyland Resort yakni train miki mouse, exchange tren di Sunny Bay dan terus ke Lai King. Di Lai King tukar Tsuen Wan Lin ( TWL ) and stop di Mongkok. Senang jer, refer pada MTR map oke? Sampai je di Mongkok nanti tengoklah signboard macam biasa cari exit untuk ke Ladies Market di Nelson Street.
Otw to Mongkok.
Ala, Zed Zaidi pun ikut weols ke HK.
Hiks.
Serupa kan ?
:p
Ala rupanya, keluar jer dari MTR Mongkok tu terus - terus je Ladies Market. Ladies Market ni nite market yang wajib pergi katanya orang bila kite jejak kaki di Hong Kong. Hehehe. Nite market yang ala - ala Petaling Street lagi besar dari Temple Street. Kat tepi - tepi kaki lima lak penuh macam - macam kedai branded macam Sasa, Nike, G2000, BodyShop etc etc etc lah.
Time ni Malikha tidur, so cepat - cepat amek masa tengok - tengok barang.
Tapi weols rasa sellers dekat Ladies Market ni tak berapa frenly and quit rude lah. Yang mana rasa - rasa macam taknak meniaga, kalau tanya sepatah bolayan jer weols blah jer lah.... Tapi tetap ada a few tu yang ramah tamah, yang ramah untung, sebab daku membeli kat dia.
Ku sempat beli baju I LOVE HK. Baca kat blog dorang cakap boleh dapat 6 helai HKD100 di Ladies Market ni, tapi cari - cari, tawar - tawar tak jumpa yang 6 helai. Dapat pun 5 helai je. Boleh lah tu, kain pun jenis yang molek, bukan jenis nipis or yang jenis keras kejong tu. Beli casing henfon kat kedai yang frenly sangat melayan daku, tq - tq dapat diskaun harga murah. Kena tawar separuh dari harga sampai dapat...... Beli lagi fridge magnet dan keychain. Ok, kalau kat The Peak boleh dapat 11pcs for HKD100, tapi kat Ladies Market only 7ps for HKD100... kan dah rasa nyesal tak borong bebanyak kat The Peak hehehe. FM Disneyland takde, yang ada jumpa pun keychain jer konon from Disneyland tapi tak cantik.. Nampak sangat tipu nya kan ? Tapi kita beli jugak.....
Pastu tak sangka lak, Papa Likha ajak makan di Miss India ni. Adeh.... Bolehlah. Tengok - tengok full house dekat 10minit tunggu kat luar. Weols tengok ramai jer orang cina HK ni makan kat Miss India ni siap dengan kari bagai. Hehehe agaknya best kot panas - panaskan badan musim sejokkk... Weols nak makan simple - simple jer. Tak nak makan nasik. Order roti dan naan. Style kat sana, dia jual asing - asing, bukan bila order naan datang dengan kuah sekali kan? Tidak. So orderlah kari ayam.
Ok yang ni sungguhlah kalau mahu bermimpi pun !!! Seriously kari ayam dia sedap gilssss.... Tak pernah makan kari ayam sesedap ni kat Malaysia melainkan kari ayam hok mak masak lah huhu. Sedap ! Banyaklah tu untuk semangkuk tu HKD65 tak silap. Layan tul, roti nan tu cicah dengan kari ayam ni. Sesiapa nak pergi HK, wajib singgah Miss India kat Ladies Market ni oke ?
Ice tea dengan ice lemon tea.
Pesen dia kasik air gula, pastu buh lah banyak mana nak manis ke tawar ke.
Mektok dah syurga dapat stiker.
Total makan HKD113.
Mektok dah dapat casing rubber Pororo Iphone4 dia. Suka lah tu suka lettew !
Datang lagi Temple Street sebab usb drive yang super duper cute - mute ni. Papa dah geng dah dengan tokey ni.. Tokey ni pun jenis mudah baso. Senang berurusan gitu. Mama Likha pun borong untuk kasik kat anak - anak buah.
Menepis Malikha pun yang kegeraman dengan kecutetan usb - usb itu.
And then malam tu lagi bernasib baik bila ada sorang Cina tegur kami cakap Melayu. Bila berkenalan rupanya dia Cina Gombak dan Singapore tapi dah migrate ke Hong Kong. Dia lah yang jadi tukar translator Papa dengan peniaga tu hihihi.... Lagi kaw - kaw dapat murah, sian tokey tu tak mampu cakap pape hiksss..
Tokey tu ibarat monyet je lah tengah - tengah. Hihihi.
Uncle ni lak dari Singapore.
Pandai cakap Melayu jugak. Hihihi.
Jumpa genglah malam tu, siap ajak weols lepak minum.
Hew hew heww..
Dah setel urusan usb drive, jalan - jalan pusing. Beli lagi apa yang tak cukup. Tshirt I LOVE HK kat Temple Street ni pun 5 helai HKD100. Beli untuk kasik ke orang jer. Beli lagi itu ini, benda yang jarang dijumpa kat Malaysia.
Ni yang paling jarang sekali jumpa kat Malaysia ni !
Uhhhh !!
Lepas tu terus balik bilik. Packing barang barang esok nak check out sudahhhhh !!! Sambil belek - belek barang - barang hasil shopping. Bag memang konfirm beranak pinaklah, tapi oklah sebab makanan pun dah kurang kan. Kat bilik, masak Bihun Pa & Ma. Time nilah semua sedap nehhhh ~~!
Untuk Mektok or mak mektok pun boley.
Sebahagian yang beli di Ladies Market, Temple Street dan The Peak.
Wifi di Casa Hotel laju giler, memang tiptop lah ! Bilik hotel lepas dah 3 ari, imagine sendiri lah yer ! Hewwww hihihihiiiii...... Tapi sebab dah penat, letak je kepala terus belayar tak sedar apa dah... !
Ok bye !
Esoklak... Kite check in masuk 'syurga' lak yer :))
Publish !





































































