SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, June 18, 2013

Birthday Weols 2013

Kata backated entry hehehe..



Birthday Mama tahun ni biasa - biasa jer. Takde lah suprise sangat pun.


21 Mac 2013, genap 30 tahun daaaaa. Doa di 30 tahun ni semoga terus kekal sihat, bertambah murah rezeki, bertambah bahagia dengan suami dan anak - anak, selamat melahirkan anak kedua di usia 30 tahun ni *seperti yang dirancang dan terima kasih Ya Allah untuk selama 30 tahun ni... Daku sentiasa bersyukur, kalau susah pun tetap kena syukur sebab ada orang lain lagi yang lebih susah. Harapan pada diri, taknak lupa diri, taknak sombong. Semua yang ada hanyalah pinjaman....






Tq Papa dengan hadiah, susah - susah jer pergi OU belikan hadiah ni. Mama tak mintak pun, cukuplah dengan Papa dah bagi selama ni. Dah terlalu banyak dah.... Selain dari hadiah ni, en Kanda kasik hadiah makan angin ke HK, tu pun dah jadi belated masa tu sebabnya time tu beliau bz sangat, meeting, mesyuarat, itu ini... So jadilah hadiah belated, nanti Mama Likha share later next - next entry k... HK tu bukan HongKong lagi tau, tapi ade lerrrrr hehehe... Sabarrrrr... Tq very much Kanda, walau apa pun jadi hanya kita berdua yang tahu sejauh mana kan ? Syyyhhh keep secret ok ?? Love yu no matter what.... :)




Birthday Papa 2 minggu kemudian.


3 April 2013, genap Papa 34 tahun.... Mama dengan Likha berpakat buat suprise. Yelah Mama kan duk rumah jer, banyak masa lah nak belek - belek buat itu ini. Cuma Mama tak buat kek je, kalau buat pun sapa nak makan? Weols bukan suka makan kek tehehehehe. Beli je sepotong dua kat Secret Recipe, asal ada. Malikha suka lah sangat lah buat suprise - suprise gini. Asyiklah duk wooowwww wowwww woowwwww tak sudah - sudah. Huhuhu... Balik jer skul, terus Mama kerah dia sediakan ballons, deco sikit - sikit. Tapi sedih, sebab Papa lik lambat sikit.. Lambat jugaklah weols tunggu... Lorh, kata suprise kan hehe so sabar jelah nunggu...








We love you Papa..... Semoga Papa terus jadi Papa yang baik untuk weols.... Sayang Papa forever and ever..... Muahhhhh...


Kenangan untuk tahun depan hehe..


Tata
Love.
x0x0





Malikha dan Ipad2


Mama suka la beli sumthing untuk Likha tiap kali dia g skulah, balik tu masa jemput dia buat suprise. Mula - mula start sebab dia kan sebulan dua makan masa nak ok pergi sekolah tu, so nak ambil hati dia, Mama treat lah dia macam - macam. Beli happy meal, bawak g playground, KFC, bawak makan ice cream...beli baju beli aksesori, beli stikers, bawak g H&M suh dia pilih apa dia nak, bawak g MPH, beli books... Haa sampai macam tu sekali nak dia happy. Eventho balik sekolah tu dia memang happy pun, tapi sebagai mak, nak jugak buat untuk dia... *perabis duit. 



Dia pun pandai, masuk - masuk je kereta tanya Mama beli apa, ''Likha close eyes, wat suprise today ???'' Pastu dia sendiri... ' taddaaaaaaa suprise..... !!'' Huhh !



Sampailah one day, Papa decided nak hadiahkan dia Ipad. Taktahu lah macam mana at last terbukak hati Papa untuk belikan Ipad untuk Malikha. Masa tu bulan 3 sebelum weols ke Jakarta. So after skul tu Mama bawak dia ke Setia City Mall. Mula Papa suh belikan Samsung Tab, tapi Mama suggest better beli Ipad sebab Likha dah biasa dengan Apple. Cer Samsung? Mama pun tak reti sangat.... So Papa agreed. Suh dia pilih, dia memang taknak yang mini, dia yang nak ipad besar size biasa macam kak Emy.. Nasib baik ada stok lah time tu untuk 16g Wifi....









Yay finally Likha ada ipad2.. Sama jugak pun dengan Iphone kan, lagi better Ipad, besar sikit. Tapi alhamdulillah lah so far dia takde lah addicted sangat pun ke Ipad tu, bukan kata celik mata Ipad, nk pejam mata pun Ipad... Banyak benda yang dia boleh buat dengan Ipad tu. Drawing, coloring, learning, dancing thru youtube and so on. Takde lah kecik sangat masa guna Iphone dlu tu... 



Tq Papa for the best treat on that day.... Likha jaga Ipad elok - elok k?



Till today pun, pandai lah nak suprise - suprise from Mama. Haaaa takpelah, anak baru sorang ni jer. Hehehe. 



Tata
Love
x0x0

Monday, June 17, 2013

Magazine Ibu & Anak, June... TQVM !



Terima kasih pada majalah Ibu & Anak dan wartawannya Nor Hafiza yang sudi memuatkan kenangan kisah kami cuti - cuti kami ke Hong Kong Disneyland di ruangan Santai majalah tersebut. Kisah cuti - cuti kami ke Hong Kong January 2013 lepas.  Untuk pengetahuan, majalah Ibu & Anak untuk bulan June ni adalah keluaran pertama. Kira first baby lah :))


Tq so much pada reporter, Fiza yang called dan whats app untuk mendapat keizinan dari weols untuk mengongsikan cerita kami di majalah. Hehehe. First time masuk majalah. At first, segan jugak sebab rasanya cerita takde lah menarik sangat pun kan..? Tapi tulah... Semua karangan cerita adalah daripada reporter yang di ceduk dari blog. Ya ampun, maaflah sebab tak sempat nak sediakan sangat teks apa - apa melainkan gambar - gambar yang Mama Likha emailkan pada Fiza. Masa tu tengah mabuk - mabuk katakan... Hummm..










3 muka surat bergambar dan 2 muka surat penuh cerita di Hong Kong Disneyland. Teruja tengok muka sendiri masuk magazine. Hahaha, besar lak gambarnya. Papa Likha pun tersuka. Hiks. Apatah lagi Malikha, terus malam tu jugak meroyan nak pergi Disneyland lagi. Adehh ! Letih Papa dengan Mama terpaksa buat janji palsu. Hihihikk...




Cover untuk bulan June dengan topik Impak Gajet untuk anak - anak.


Dapatkan di pasaran selagi stok masih ada.
:)



Tq dengan peluang yang diberikan....
Ada rezeki boleh jemput lagi. Hehehe.


Tata.
Love
x0x0


Wednesday, June 12, 2013

Cerita Tentang Pregnant Kali ke 3

Baru ada kekuatan nak cerita kisah pregnant kali ketiga. Boleh lah dianggap kali ketiga kan, sebab kali kedua tu pregant tapi miscarriaged masa 6 minggu.



Maaflah, bukan tak happy dengan ke'merngandungan' kali ni, sapa yang tak happy kan, bukan berniat nak sorok tapi memang tu lah style Mama likha hihihi. Soryyy, segan rasa nak uwar - uwar kat FB ke apa ke awal - awal.... Rasa macam terlalu cari perhatian dan publisiti plop. Muahahaha, lain orang lain cara kan ? Tapi Mama Likha tetap share kat IG masa baby dah 16 weeks in the womb. Oklah tu kan ? Daripada takde langsung. Tq pada kawan - kawan yang mendoakan kesihatan Mama dan baby. Pastu yang mana tahu kat Fb tu, pandai - pandai lah paham sendirik. But today, no more rahsia kot :))



Alhamdulillah, arini baby dah nak masuk 7 bulan dah dalam perut ni. Macam tak caya jer rasanya. Apa 7 bulan lepas aku dah buat dengan dia ya? Macam tup - tup eh dah 7 bulan. Sepanjang 7 bulan ni lah teruk betul blog terabai.... Rasanya masa pregnantkan Likha dulu, takde pun seteruk ni hihi. Nak kata mabuk or sickness teruk takde pun, yang lite - lite saja...



Sepanjang 7 bulan ni jugaklah kuat betul travel ke sana ke mari. Syukurlah sebab aku pregnant aku sihat bleh gi sana sini. Mungkin orang cakap, bestnya pregnant tapi sihat jer. Ada jugak sakit sakitnya, tapi semua masih dalam kawalan. Betul lah, baby inside ni kuat betul berjalan. Boleh dikatakan tiap bulan naik flite. Ada tu sampai 2 kali sebulan naik flite, pergi balik dah jadi 4 kali. Hurmm.. Nasib baik baby kali ni kuat...



Daripada gi Hongkong awal bulan 1, masa tu baby dah ada. Tapi ku tak tahu lagi. Kemudian gi Jakarta - Bandung, gi Phuket,  balik Kota Bharu berapa kali, g JB.... Nanti semua kita cerita later ye ? Hmmmm. Memang daku aktif lah sepanjang pregnant ni, tak kira pregnant ke tidak, aktif sokmo. Alhamdulillah, dengan kesihatan yang Allah kurniakan..



Masa balik kota bharu masa CNY tu baru lah tahu baby dah lama wujud dalam perut. Baby made in Sabah kot muahahaha... Ya Allah, time tu pergi buat check up kat Poliklinik An Nisa', susah nak cari hospital ada doktor pakar aritu sebab semua masih dalam mode cuti raya Cina, nasib baik An Nisa' ada doktor. Pergi nak buat check up tu sebab ada lite bleeding, risau takut jadi kejadian miscarriage lagi... Bila doktor cek takde pape, scan punya scan ya Allah, doktor pun terkjut baby dah besar huhu, siap dok menendang - nendang lagi. Ya Allah, sorykan Mama anak.... abaikan awak selama 11 minggu. Kita dah agak pregnant tapi tak sangka la dah besar dah... Masa tu dah 11 minggu dah rupanya dia menghuni dalam rahim ku.....




First scan pic of Baby 'M'



Pengalaman kali ni dengan dulu, memang lain. Awal - awal dulu asyik nak makan pedasssss jer. Ayam penyet tu ibarat tiap - tiap minggu, bukan apa sebab ketagih dengan sambal dia yang pedas meletopppp tu. Makan nasik pun mesti nak ada cili api. Penyek dalam nasik suh pedas. Phewww... Pastu asyiklahh nak yang masam - masam.. Sampai 5 bulan jugak kot ketagih dengan mangga putik masam - masam tu, sekarang dah kurang dah... Masa Malikha dulu takde...



Nanti kita cerita lagi k. Lain anak lain ragam dia :)



Doakan semoga Mama Likha dan baby sihat sokmo dan selamat semuanya yer. Baby dijangka keluar lepas raya, 2/9..... Kalau ikutkan Malikha dulu 2 minggu awal, yang ni tak pasti lagi lah. Kalau awal jugak, mungkin hujung bulan 8 lah.. Jangan 31 August masuk Sina Harian lah kita hehehe, wah glemer gitu baby merdeka ! Hikssss :) Apa - apapun, biar selamat, sihat dan sempurna semuanya.. Amin..




Tata.
Love.
x0x0