SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, November 26, 2013

First Outing Berempat


Ni cerita 3 minggu lepas kot, teheheee... Untuk pertama kalinya keluar berempat.... Memula gi warehouse sale Mydear kat Puchong, kebetulan lagi 2ari nak habis, ni terperasan bila Pinky Momma share yang dia gi sana. So ajak Papa, kot ada apa - apa barang baby yang boleh dibelikan ? Naib baik orang tak ramai sangat, kat dalam tu belah - belah strollers lapang, ada kipas besar tak panas sangat, Raaed pun ok, sampai tertidur - tidur atas bahu Mama. Ok, lenguh. Tapi takde apa sangat barang baby yang dibeli, cuma playmat gym dengan stroller fan, selebihnya Kakak lah ! Pau Papa dia, claimed birthday present kot. Papa pun sama, pantang nampak helikopter, dah berapa bijik kat rumah ni helikopter.









Then terus shoot ke Setia City Mall je, weols nak survey carseat memandangkan Raaed tkade carseat lagi. Kat mydear, hurmmm no komen. Macam takkk cantik jerrr, macam takde choiceee jerrr.. Kan ! Hehehe... Memula gi makan dulu isi perut... Oh ya, Kakak Malikha dah potong rambut pendek, no more princess long hair. Pendek macam Tangled lak katanya, yelah last scene tu rambut tangled kena cut kan. Ok.... Sayang jugak memula sebab yang hujung hujung tu yang perm cantik tu, tapi takpelah nanti panjang balik.... 







Tempat wajib singgah setiap kali outing mestilah Speedy... Tu Papa punya krja, cd untuk dia dan cd untuk anak wajiblah ada.... Heee macam buang duit je kan beli cd ni. Dah berlambak kat rumah taktahu mana nak simpan... Malikha pun sama, doklah beli cd barbie, nanti nanti kat Astro ke TV3 ke ada jugak tayang citer Barbie, yang dah record dalam pvr Astro pun dah berlambak.. But what to do, beli la asalkan depa bahagia.... 




Dah kembali melawat baby changing room :))


Challenging jugak sebenarnya sebab Raaed BF baby. Dia tak reti sangat nak susu botol, puting tipu pun tak nak.. Mama kena belajar - belajar lagi macamne nak BF at public...Or kalau banyak masa memang kena lepak dalam nappy room lah bagi susu... So far Raaed ok bila perut kenyang dok je dalam stroller tu, macam pelik jer kan dia kat mana, duk dalam apa hehehe... Yelah kecik lagi, cuba bila dah pandai melasak nanti... Phewwwww.... Selebihnya kita entertain kakak lah. Dah lama berkubang kat kampung kan. Hehehe. Eleh, Mama pun sama haihh gedikkkk bosan ngadap siling, dinding kat rumah. Tapi actually, betul Mama belum drive kuar memana. Tu yang nak cari car seat cepat - cepat tu. Singgah Mothercare, tengok and test Maxi Cosi kebetulan Mothercare ada sales tau sampai christmas ni.... Survey - survey...




And belinya bukan kat mothercare tapi one of fren yang jual online kikikikih.. Beza harga dekat rm70, boleh follow dia kat @rtw_store.. Boleh request any brand stroller, carseat and macam - macam segala mak nenek imported barang baby lah yang susah nak dapat kat Malaysia pun ada... Branded punya barang la..





Takde yang membahagiakan selain kebahagiaan dan kehappyan anak :))




Ni hok besar. Hok kecik - kecik lagi, dengan set pinggan Hi 5 la, set coloring Hi 5.... Apa - apa je lah Likha, asalkan Likha happy semakkan rumah k...



So, Mama still amek mood nak kluar bertiga bawak Malikha dengan baby Raaed, haih dok risau - risau boleh ke erk? Bosan gak wei ari - ari dok jer rumah kan.. Hehehe sekali sekala ke SCM apa salahnya..... Since lepas beranak dekat 100ari dahni tak drive lagi ni... Nak gostan reti ke idok lagi neh mimihmihmih..



Bye !
Love.
:)

Raaed's 2nd Months Check Up



Assalamualaikum...


Seminggu sekali kita berjumpa ye.. Hehehe oklah tu, daripada 4 bulan sekali kikiki. Takde masa sangat lah nak ngadap laptop. Banyak masa dok ngadap en M.R tu.. Sikit okkkk ekkk okkk ekkk nak suh ngadap dia 24j hihihi... Muhammad Raaed dah genap 3 bulan pun semalam, tapi ni nak citer pasal injection 2 bulan dia, bulan lepas yer...



Weol sambung check up Raaed kat DEMC dengan Paed Dr Roliza sama macam kakak Malikha juga. Check up 2 bulan, Raaed dah 6.2kg.... Mak aiiii. Memang hattak [read : berat] sangat ni.... Alhamdulillah la syukur, sebab ku lahirkan anak - anak yang sihat comel dan montel hehehe. Dulu Raeed ni halus panjang jer, habis jer jaundis die, terus badan naik. Raaed kena jaundis lama, prolonged jaudis, masa cocok sebulan pun bacaan kuning dia tinggi lagi. Tapi tak sempat kena tahan bawah photo ( lampu biru) cuma bacaan dia slow sangat turun... Lepas habis je terus badan dia supppp sapppp sapppppp bertubohhhh.. Alhamdulillah, comel sedap peluk sama macam kakak Malikha baby dulu.... Tak kisah lah, asalkan sihat, jangan obesiti sudah yer sayang.... :))






Appointment petang, Papa lari jap dari ofis... Petang takde orang.... Next appointment, Papa suruh setkan on Saturday jer.. Papa kadang - kadang kalut jadinya nak tinggal ofis... Baiklah....





Tapi yang mengejutkan lah hai, dia punya melalak lepas cocok tu makkk aiii......... Kuatnya, taktahu lah kenapa maybe dia terkejut kot. Jadi trauma lak mak.... So next cocok Sabtu ni 30hb... Get ready lah ye Raaed, jangan nak melalakkkk hiyaaahhhh hiyyyaahhh lagi.. Raaed kan good boyyyyyyyyy..... !! Yang lain semua ok, bulan ke 4 boleh start amek 1st jab untuk Pneumococcal... Tapi tengah fikir - fikir lagi ni nak amek ke tak, sebab Raaed fully breastfeeding... Kakak dulu amek, kalau nak ikutkan fair and square, kakak amek adik pun kena amek ! Hheehe, ok nanti kite discuss lagi dengan doc later on k..


Bye... !
Love.
:)

Friday, November 22, 2013

#maksujakawen 26 Oktober 2013 : Majlis Bertandang



Kemudian, rombongan cik kiah dari Kota Bharu pulak berarak nak menghantar MaksuJa ke Sg Buloh. Majlis 26hb Oktober. Weols 4 beranak dah balik Shah Alam pada 24 tu dengan Malindo Air. Dorang semua dari KB pada 25 hb Jumaat, berkampung di Shah Alam.


Tema hari tu pulak : Batik.


Perantin lama dengan perantin baru.
He he.


Gelagat - gelagat mereka.
Anak - anak buah dan siblings :)


Daddy dengan anak bongsu kesayangan dah jadi milik orang 

Adik badik dan ipar duai 




Horray maksuja dah kawen








Sedikit gambar - gambar yang dishare. Daku memang kalut betul dengan anak - anak. Phewwww, berpeluh.... Tak sempat nak bersiap mana...



Secara jujurnya, daku memang sedih pada hari tu. Tak tahu la kenapa. Tengokkan muka Maksuja lagi rasa nak menitis airmata ni. Sedih kot mengenangkan adik bongsu dah pun jadi milik orang. Sedih sebab banyak cabaran kami dalam menyiapkan persiapan majlis kahwin ni. Sedih macam - macam cerita, bercampur lagi berpisah dengan family [lepas habis pantang]... Haih, daku ni penyedih rupanya.



Buat apa la nak sedihkan ? Adik bongsu ku dah selamat kahwin dengan orang yang baik - baik. Insha Allah, dia akan dijaga elok - elok.... Berbahagia la yer....  Amin...


Tata.
Love.
xOxO

#maksujakawen 17 Oktober 2013 : Majlis Nikah dan Resepsi


Alhamdulillah.... Raya haji yang ke 3 slesai sudah majlis nikah dan sanding adik bongsu weols... Moksu Ja Likha. Majlis yang dirancang berbulan - bulan berjalan dengan sederhana, meriah dan lancar walaupun bermacam dugaan, cabaran dan ujian yang timbul sebelum majlis... Biasalah kan, kita hanya manusia biasa. Takde pun nak upah - upah wedding planner ke apa, semua buat sendiri. Bab makan semua catering, termasuklah pelamin, khemah photoghpher dan videographer tu kita upah orang...


Bagi Mama Likha, majlis kali ni lain sikit la.. Sebab dah ada anak sorang lagi. Kelam kabut jugak, bila baju kurung Malikha dan baju Melayu Raaed [ nak jugak berbaju melayu dia tu ] last minute siap. Warna tema yang weols pilih, mint green. Rasanya color ni tengah in sekarang selain dari tiffany blue kan ??


So gambar - gambar yang Mama Likha nak share kat sini, gambar - gambar yang sempat snap sendiri je. Tu pun yang mana sempat amek je lah. Kali ni sibuklah dok kilek baby hihihi... Gambar official belum siap...







Akad nikah dibuat kat rumah saja. Alhamdulillah, menjadi halal sudah dengan sekali lafaz akad... 








Kebetulan, Mama Likha dah abis pantang... So seminggu lepas abis 45 hari tu, terus pindah bilik naik duk tingkat atas... Jadi bilik weols jadi bilik pengantin la. Actually bilik ni bilik pengantin turun temurun sebenarnya he he... Dari zaman ciklom Likha lagi....




Ciklom sefamily :)



Mama Likha tempah dua pasang baju. Ni baju sesi pagi.
Amboihhhh.
 
Once a diva, always a diva





18x dok ulang alik ke ice cream booth


Petang pula, majlis bersanding. Rombongan pengantin lelaki tiba disambut sep - sep mint green :)















Perantin lama.
Baju cantik Mama dari OHALMAREE. Boleh follow kat instagram dia or cari #ohalmaree.
Peplum nursing yang ditempah khas..






Masa kat kg, ni lah teman dan kawan baik - gaduh - baik balik Likha. Sepupunya Likha, Iriisda atau nama manjanya Kak Wan.. Kak Wan selalu lah kena buli kat Ikha. Bukan setakat kak Wan, papa Kak Wan pun sama kna buli dengan Ikha... Sabar jerrr lahhhh !!





Alhamdulillah. Selesai sudah. Eh, belum. Masih ada cerita majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Sg Buloh, seminggu kemudian tu. Penat toksah cakaplah. Mental, fizikal, emosi semua jangan cakap. Bercampur gaul. Mixed feeling. Apa - apapun, kami puas hati sebab dah cuba bagi yang terbaik untuk MaksuJa... Buat Maksu Ja dan Paksu Ariff, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia selalu. Katanya mereka, taknak timang baby lagi... banyak nak kena fokus dulu.. Oklah begitu, tapi jangan lama - lama sangat hehehe. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah Insha Allah. Amin...



Tata.
Love.
XoXo.
:)