SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, November 19, 2010

Ibadah Qurban!

Salam aidiladha.


Kami masih di kampung halaman tercinta hehe. Lama wohh cuti... This raya haji, we all beraya kat rumah MIL dulu. Yelah, raya puasa dah kat rumah saya, so bergilir gilir la turn kan. Like i said before, it doesnt matter la memana pun! :)


Pagi raya, lepas sembahyang sunat Aidiladha kami semua ke tempat untuk berqurban lembu. Satu FIL amek 7 bahagian lembu means satu ekor lembu lah. Dah sorang satu bahagian, cukuplah 7 bahagian. Cuma saya, tahun ni tak berqurban. Insya Allah tahun depan..! Ingat tahun lepas, time raya haji ni lah beraqiqah Malikha.. Dah pun setahun berlalu...




Sampai jer kat tempat qurban, Malikha selamat dengan dunia tidur dia... Huhu dah pagi pagi lagi bangun bersiap dengan baju kurung maroon dia....sampai masa lentok, lentok lah dia. Terima kasih Tokmi dengan baju kurung tu! :)




Oleh kerana sampai kat lokasi lembu pun dah jam 11 pagi, terpaksa lah tunggu turn kami paling last sekali. Dah last sekali mujur lah sempat Likha terjaga balik. So sempat lah Likha tengok lembu mbohhhhh mboohhhhh...



Lembu di bawa sampai ke kereta, untuk MIL dan tokMok nak berlafaz akad jual beli.


Likha jaga jer, tengok tengok mboohhh depan hidung dia. 
:)

Mama dan Likha bersusah payah kuar dari kereta.
Likha pakai baju merah, kang lembu kejar kang!



Likha dan lembu yang dah di akad oleh FIL dan Papa untuk ibadah qurban tahun ni.
Tak lah besar sangat.



Tengok mboohhh lagi.
Mbooohh pulak behave sangat, tak bising pun.
Nanti masuk syurga ye..., mboohhh!




Nice view yang sempat di snap.
So, dua tiga pat lima hari makan daging aja lah kerja nya. Jap daging goreng, jap sup daging, jap sup tulang, jap hati goreng... Huhuhu. Tapikan saya kan, tak berapa gemar dan tak boleh makan daging korban. Tak tahu lah kenapa, sebab saya rasa daging tu bau busuk. Memang dari kecik lagi. Ada orang cakap, sebab saya tengok masa lembu tu kena sembelih. Tah lah... Yang pasti, tak berapa boleh nak telan. Hissshhh tak baikkk kan perangai saya!
Yang qurban ni, tukang sembelih tu siap takbir apa lagi. Sayu plak rasa time tu.
:c



Hari ni, baru balik rumah saya! Yea yea...!


Sekian..!



*gambar size besar adalah dari I Phone saya :]



1 comment:

sW33tdARLiNG said...

masih bercuti jugeeeek...! heeeeeeee

sw33tdarling.com