SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, August 10, 2011

Sumpah Jangan Dibuat Main

Di akhir2 zaman nie semakin ramai yang lalai... Ikuti amalan-amalan dibawah yang dilakukan dibulan baik ini. Ingatlah akan balasan terhadap orang-orang lalai ini - KISAH BENAR

Sumpah Laknat / @ junjung Al-Quran atas Fitnah yang Direka2 Sendiri - Hukum sila baca dibawah :

Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekalipun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.


Manakala bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.


Apakah balasan-balasan yang boleh berlaku bila Sumpah Laknat dilakukan?


Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar ia merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Allah iaitu dijauhkan daripada rahmat Allah. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan?


Dan ingatlah apabila kita bersumpah bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang-orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan. Takutkan.. tp perkara sebegini ada orang sanggup main2 tambah2 dalam bulan Ramadhan..



Renung - renungkan dan selamat beramal. 





Credit : Cik Wawa Ezril 

3 comments:

Amie said...

biasanya yang suka bersumpah-sumpah ni orangnya memang jenis penipu... tak ada keyakinan diri, sama-samalah kita muhasabah diri ye Mama Likha.

eliyaezlinalias said...

Mekasih atas perkongsian ilmu nie~~~

dhiera zainudin said...

sekarang ni, orang macam buat suka-suka je menyumpah-yumpah ni~