Assalamualaikum...
Hujung minggu lepas, weols tiga beranak takde ke mana - mana. Cuma menghabiskan masa di Hospital Pakar KPJ Tawakal bersama bonda MIL. Alhamdulillah, pembedahan lutut Mil yang dilakukan pada Selasa lepas, berjalan dengan lancar dan tiada sebarang komplikasi walaupun pada masa pembedahan Mil ada sedikit gangguan pada sistem jantung. Kemudian, semuanya OK sahaja. Syukur, Alhamdulillah. Nak temankan dan menjaga malam Mil di hospital cannotlah.. So kami luangkan masa Sabtu dan Ahad di sana, kebetulan Ahad tu MIL dah boleh discharge.
Petang Sabtu, sempat menemani MIL masuk ke Bilik Fisioterapi untuk buat rawatan susulan. Haih. Mama Likha ne jenis penggerun, tengok MIL bangkit dari katil pun lahhhhhh ehhh dah tak menahan. Padahal Mil dan yang lain -lain rilex - rilex saja.... Hih... Tak bolehlah Mama Likha ni, ingat pisau jarum gunting semua terus rasa seriauuuu....... + _____+
Waktu teman hantar TokChek buat Fisio. Sib baik ada Giant Book ni kat Bilik Fisio.
Makanan hospital. Hihi. Ni bukan untuk patient, tapi untuk para pelawat. Lunch dekat kul 5 dah pun kat Restoran Ayamas kat lobi hospital.
Ahad pulak, lepas masak dan lunch kat rumah siap - siap , sebab taknak dah lunch kat Ayamas ( dah 2x lunch kat situ ), Zohor siap - siap terus gerak ke Tawakal. Mil pun dah get ready untuk discharge. Tapi ku bawakkan juga bekal nasi putih, tomyam Udang dan telur dadar untuk sesiapa yang ada menemani Mil di sana. Sampai sana, ambil masa 2 jam jugak untuk bersiap keluar :)
Tingkat 8 Wad Ambrosia. Malikha pantang nampak signboard or tulisan - tulisan macamnilah... Mula lah menyanyi - nyanyi ABC sampai Z.... Hihihi..
Dalam pada Mil nak bersiap balik... Mektok terjumpa lah pulak yang plastik gabus letup - letup ni kat tongkat TokChek dia. TokChek nak angkat tongkat, aiii kenapa tak gerak - gerak huhuhu rupanya mektok duk berpaut kemas kat tongkat dia sebab benda letup - letup tu. Hahahaha.
Dapat satu, terus ralit. Dalam bilik wad.
Pastu, iklan kejap. Cer teka, mektok tengah buat apa. Siapa pandai jawab, bijak ;p
Pastu sambung balik sampai luar hospital.
Sambung lagi sampai dalam kereta. : D
Hihihi.... Begitulah gelagat mektok Malikha yer.
Then, terus hantar MIL ke rumah BIL di Section 6 Shah Alam. Mil akan berehat disana sehingga tak pasti pula.... Semoga Mil cepat sembuh yer, walaupun Mil dah mula ngelat nak makan ubat heheehehe...
Ok, bye !
:)
9 comments:
patot lama mam likha tak update...jaga MIL kat sepital upenya..moga MIL cepat sembuh..amboih cumei baju & riben likha sedondon!
hai ztee...
moga mil cpt cembuh yer..comel btul si likha ni..geram..
COMEL LIKHA.AYU TAU LIKHA WAT APA..TENGAH LETUP2KAN PLASTIK TU KAN
Comelnya malikha..... Ciut miut.
natasha : t.q.. haha sedondon erk. kebetulan !
tims : tq mama tims hehehe.
ayu : salah... tett ! ;p
mama adam : tq... slm perkenalan yer :)
mak dah sihat ke skrang zte
Post a Comment