Bersambung lagi hari kedua di HK.
Dalam 20minit jugka kot rest kat park Central tu, teruskan perjalanan ke Stanley plak. Nak ke Stanley, cuma jalan kaki di Central Station and cari Exit ke Bus Terminal. Refer pada map, Central Station cuma berdekatan dengan Hong Kong Station, weols tak naik tran pun just jalan kaki tup - tup tembus di Hong Kong Station and amek jejantas untuk ke bus terminal di seberang jalan. Di bus terminal, amek bus 6, 6X atau 66 untuk ke Stanley.
Ok, journey ke Stanley about 40 - 45 minit gitu dan akan naik kawasan berbukit. Aduhai, Mama Likha tak happy sebenarnya time ni. Dah la pening jalan pusing - pusing, tak sempat nak menghayati pemandangan atas bukit dengan hawa sejuknya, Malikha pun dah bangun. Mama duk risau sangat kot - kot Likha pening dan termuntah nanti. Papa suh die pejam jer mata tak kasi tengok luar.
Ahernya sampai Stanley. Sejok lah tambah - tambah atas bukit kn? Stanley Plaza ni macam shopping mall untuk hi class punya, dia kecik jer. Tengok jeans untuk size budak pun dekat HKD1000. Wow ! Nak cari Stanley Market tak jumpa - jumpa. Rupanya kena ke bawah. Stanley ni kawasan dia nyaman tepi laut, ramai sangat orang lepak - lepak, ada playground, macam - macam aktiviti dan ramai yang bawak anjing dorang yang cute - cute macam Chihuahua tu berjalan kat situ. Banyak sangat anjing selain dari orang !!
Kalau kiteoran tengah fresh mesti seronok kat Stanley ni... Tapi sebab dah lemau dah, mood nak shopping tu pun macam out.... <_______ p="p">
Stanley Market. Banyak jual souvenier, bag - bag kait, toys, baju - baju IloveHK pun ada, painting pun ada, baju - baju budak orang tua semua ada, jewellery, aksesori dan benda - benda pelik pun ada ada. Harga pun takdelah mahal. Cuma seriously, weols mood dah ke laut. Ku cuma sempat rembat bag kecik - kecik borong banyak - banyak untuk bagi ke orang. **sebenarnya datang Hong Kong wajib datang Stanley sebab syiokk shopping kat sini.
Tak lama tu, nasib baik weols terserempak dengan Suky and the backpackers gang. Fuhhh lega rasa. Macam datang satu semangat baru cewaah hehehe. Dorang baru lepas makan kat Indian Restaurant kat celah - celah lorong Stanley Market tu. Tak lama tu weols decided untuk blah dari Stanley...
Oleh kerana theyols pun tak happy dengan jalan masa naik Stanley tadi, so nak balik weols tukar jalan. Kita takyah naik bus macam tadi dah, cuma kita akan naik mini bus ke station MTR yang terdekat dengan Stanley iaitu Chai Wan. Di Chai Wan baru kita amek MTR ke Admiralty dan baru lah amek MTR ke hotel memasing.
Stanley - Chai Wan - Admiralty
Mini bus.
Swipe Octopus saja k ?
Much better, lagi cepat dan tak seksa sangat. Dah sampai station Admiralty untuk tukar MTR ke Tsuen Wan Line ( TWL ) dan stop jer kat Ya Mau Tei Station.
Sampai bilik. Rehat kejap, sempat lagi Papa Likha tidur. Time ni rasa penat sangat dah. Kaki sakit, belakang pun sakit. Rasa macam nak angkat kaki pun tak boleh dah. Ingatkan malam tak jadi dah nak gi Avenue Stars, tengok Papa Likha tidur sedap tak sampai hati nak kejut. Tapi dekat - dekat kul 8 semua dah siap nak keluar.
Weols proceed ke Avenue of Star. Sepatut kul 8 dah ada kat sana sebab nak tengok Symphony of Lights tapi kalau kul 8 baru kelaur dari hotel, jawab dia memang tak sempat. Takpelah. Maybe next time.
Macam biasa, ke Ya Mau Tei Station lagi dan stop kat Tsim Sha Tsui. Dari Tsim Sha Tsui cuma jalan kaki saja ke Avenue of Stars, tapi mak aiii gila jauh menapak okeh. Memang besar betul lah MTR station in. Moden lak tu. Kemudian amek Exit J. Macam mana tahu ? Ala, tengoklah kat signboard dia.... =)
Ya Mau Tei - Tsim Sha Tsui - Exit J
Oh, awak dah pulang ke tempat asal yer ?
Symphony of Lights ni dia macam die main - main laser bangunan - bangunan sekitar tu lawan laser each other untuk beberapa puluh minit. Rugi jugak weols tak dapat tengok. Selain daripada tu, boleh jugak naik cruise or ferry pusing pusing kat situ.
Kiteorang duk usha jual sotong bakar ni. Ya Allah, bau dia semerbak ! Tambah - tambah sejuk kan, layan jer makan ni. Nak beli , nak beli... jenguk - jenguk macam mana dorang buat. Bila dah tkde kastemer weols tanya lah ingredients apa letak kan ? Tapi macam was - was jer mana tahu lah sotng tu dicelup dulu ke dengan apa - apa kan ? So tak jadi hehe hirup bau jer lah :p
Kat sini jugak, I singgah kiosk merchandise shop dia untuk beli tiket masuk Disneyland. Beli kat sini untuk 2 days pass boleh dapat free gifts.
Lepak sekejap tu, terus chow... Dekat kul 10 jugaklah.... Konon nak pergi Ladies Market tapi mikirkan Ladies Market tutup jam 11, mana dengan kaki dengan satu badan dah rasa semua skru nak tanggal, terus tak jadi. So slowly lah weols jalan kaki menapak balik untuk ke MTR Station.
Boleh lak jumpa playgorund. Singgah lah kejap Tapi rasa macam gerun pulak, sebab sunyi jerr... Kasik mektok main 1 round jer.
Masa ni, nak kendong handbag tu pun dah tak larat dah. Rasa dah lebam kot bahu ni sebelah huhu !
Sampai jer hotel, Mama dengan Likha naik terus. Papa ke Temple Street lagi cuci mata. Weols berdua tak kuasa dah nak ikut Papa... Dia kan dah charge battery petang tadi....
Ohye ! Nak tunjuk, plug hotel kat sana sama jer macam kita kat Malaysia ni so takyah lah susah - susah nak bawak international charger plug tu yer ! Dan ini adalah antara FM untuk diri sendiri sempena jalan - jalan second day di HK :)
Diam tak diam, tak sedar bila mata tidur....... Nite !
Abis sudahhhh day 2 at Hong Kong :)
Publish !
:)



































4 comments:
Haha sempat lagi main slide dlm gelap.
View mlm dia cantik byk tepi laut kan hk ni
Oh cannot imagine penat dia kalau bawak 3org ni huhuhu
pheww... tgh baca bole imagine kepenatan itu. terbalik dgn kitorg as kitorg pegi the peak tu petang kan. so masa menapak dari MTR nak naik bukit naik tram tu masyaAllah rasa nak patah balik. seksa benar rasanya. pegi stanley rasa mcm best ada kitorg sebab kita pegi pagi2. starts fresh gitu kan. dalam happy2 pun mmg ada few things buat kita rasa Allah hai penat nye lah, rasa nak duduk bilik bungkus dalam comforter je tido. tp sebab melawat tempat org kena paksa diri dan cuba enjoy kan diri kat tempat org kan. :)
mama jei berat bawak henbeg sebab byk duit kot dlm beg tu? hihihihi. tapi biasalah ti eh jln negara org ni. segala jemala nak letak dlm hendbeg yelah in case jadi ape2 passport semua selamat dah ade dkt tgn kite eh? nampak sgt muka time bersandar dkt dinding MRT tu u tersangatlah penat...pheeeW! can't imagine lah ;)
tapi penat pon berbaloi kan? seba melancong...wehu best!
mama jei berat bawak henbeg sebab byk duit kot dlm beg tu? hihihihi. tapi biasalah ti eh jln negara org ni. segala jemala nak letak dlm hendbeg yelah in case jadi ape2 passport semua selamat dah ade dkt tgn kite eh? nampak sgt muka time bersandar dkt dinding MRT tu u tersangatlah penat...pheeeW! can't imagine lah ;)
tapi penat pon berbaloi kan? seba melancong...wehu best!
Post a Comment