SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, October 4, 2013

Selamat melahirkan baby boy


Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNYA, ztee dah selamat melahirkan baby boy pada 25 August 2013 bersamaan 19 Syawal pada jam 8.45malam secara normal di KBMC. Baby boy dilahirkan dengan berat 3.4kg dan 51cm panjangnya. Alhamdulillah, baby dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Mama pun dalam keadaan baik - baik saja... Terima kasih pada suami, family dan kawan - kawan yang banyak bagi sokongan dan mdoakan keselamatan dan kesihatan baby dan Mama dan doa dipermudahkan segalanya...



**************************



Assalamualaikum... frensss semua. Ya Allah lama betul tinggalkan blog.. Tah masih ada ke tidak yang ingatkan kita ni, Mama Likha hehehe... Sory ye blog frens, lama sangat tinggalkan dunia blog... Hope kite semua masih kawan yerrrp :)) Mama Likha sekarang alhamdulillah dah berstatus ibu kepada dua orang anak... Alhamdulillah, syukur syukur syukur dah dapat sepasang.. Ramai yang cakap macam tu. Yer, syukur kerana dianugerahkan anak lelaki.. Kalau dapat baby girl pun, tetap kena syukur jugak... Betul tak ? Hari ni dah hari ke 40 sebenarnya, dah merdeka dari dunia pantang orang cakap hikhik horay - horay.


Jom nak share sekeping dua gambar di hari kelahiran baby boy... Ceritanya later2 kite story mory yer... (hah, yg later2 tu tk sanggup dengar tu sebab tak tahu bila nak sambung balik.... muahaha)







Cerita pasal kakak Malikha pun nanti kita sambung yer.. Betapa excitednya terima adik baru :)


Tata.
Love


Monday, July 22, 2013

Rezeki Malikha Buat Modelling


Malikha memang suka la posing-posing. Berangan depan cermin, bercakap sorang - sorang, melawa, melaram dan sebagainya lah yang mana anak - anak perempuan lain suka. Sama lah kot sesapa yang ada 'anak dara' ni kan?  


Tetiba dapat peluang dari Utusan Karya, untuk buat modelling slot Gaya dalam majalah Ibu & Anak edisi raya ( Ogos 2013 ). Rentetan dari kisah kami masuk 1st edisi yang cerita pergi HongKong tu, wartawannya brminat untuk ambil Malikha menggayakan baju - baju koleksi raya 2013. Terimakasih auntie Fiza yang bagi peluang keemasan untuk Malikha posing - posing sakan dengan baju yang disponsor.



Pic yang di whatsapp oleh reporter.


Keratan dalam Utusan 22 Julai 2013


Banyak cerita jugaklah disebalik tabir photoshoot ni hehe. Mama dengan Likha ke studio Utusan Karya di Bangi dengan Maksu Ja Likha, kebetulan hari kerja Papa Likha takleh nak tinggal ofis sewenang - wenangnya. So Maksu Ja lah teman Likha.... Janji kul 11 pagi, kul 11 pagi kami dah sampai di studio. Wah semangat ! Hehe kebetulan tak makan buah langsat tu yang cepat sampai on time gitu... Likha dah paham nak g photoshoot, sebab pernah 3 - 4 minggu sebelum tu dah buat photoshoot Barbie in the pink shoes, so masih lg dalam mood photoshoot. Tapi sampai je studio dia jadi malu, taknak bagi kerjasama. Pujuk jap, dah panas enjin terus ok. Tengok baju - baju kurung dan peplum yang dia suka lagi lah senang kerja nya. Semua pakat excited tengok gelagat Malikha. Kecoh studio. Mama pun tak sangka Likha akan bagi kerjasama macam tu sekali... Tah dari mana dia belajar posing, takyah nak ajar - ajar. Katanya photographer, kalau artis lagi kaku haha yelah Likha ni budak.. Tak tahu malu nak lompat ke pusing ke tertonggeng ke apa ke.





Masuk je baju ke 5 dan 6, dia mula buat perangai sebab tak suka dengan baju dress yang disponsor tu. Macam - macam cara la pujuk. Abis benda pujuk. Dengan abang - abang photoghrper mati kutu cari cara nak pujuk. Die muncung jer '' tak nak ! Ikha nak baju princess.... !!'' Hahahaha. Kecoh - kecoh, tapi berkat sabar dan pandai ambil hati wartawan Aunty fiza dan abang - abang kat studio tu, alhmdulillah berjaya setel semua untuk 6 - 6 baju tu. 3 baju kurung (sopanla sikit )dan 3 baju kasual. 



Baju yang dia tak suka.
Demanding betul.


Memang rambut pun tak sempat nak set untuk baju ke 5 dan 6 tu. Aksesori pun main sarung jer, nak cepat - cepat tarik mood dia. Tah macam mana lah hasilnya. As i blog ni, magazine ni belum lagi ada dalam tangan. Dah banyak kali singgah kedai cari, yang bulan Ogosnya belum lagi keluar. Wartawan pun dah hantar yang free mag dan copy CD tapi belum lagi sampai. Nanti dah sampai, later - later Mama Likha share gambar Likha yang photoshoot ni k :)



Tata.
Love 
x0x0

Salam Ramadhan 2013/1434H


Selamat berpuasa dari kami sekeluarga.
Dah 12 ari kita berpuasa kan ?
Mama Likha banyak ponteng dahhhh sobsobsob.





Tahun kedua berpuasa dan pregnant. Tapi masa Malikha dulu baru 6-7 bulan tak silap, ni dah 8 bulan dah... Ragam puasa tahun ni lain sikit. Awal - awal puasa baru ni semangatnya lahai, siap pergi pasar nak penuhkan stok dalam peti untuk masak memacam menu. Alhamdulillah, sempat lah tertunai. Puasa ke 4 Papa bawak berbuka di Ana Ikan Bakar Petai nun di Bangi, kebetulan Sabtu kan... Mana boleh masak, weekend sokmo lah nak ke situ ke sini meaning gantung kuali lah hehe. Elok je makan kenyang alhamdulilah semua. Balik tu singgah kedai kawan, Mulanya kita duk je dalam kereta, tapi tak tahu macam mana tergerak hati nak turun dari kereta n join dorang kt kedai. Duduk sekejap kat bangku plastik tak sampai 5 minit dalam sekelip mata bangku tu patah n kita tak sempat fikir pun apa yang jadi sedar - sedar dah melantun kat bawah dan kepala terhantuk kat dinding belakang. Adoyai bengong sekejap. Malikha menjerit tengok Mama nya dah terhumban ke bawah.


Bangun tu dah rasa sekejap sakit kat tulang punggung. Risau nya lahai. Pk kan keadaan kita ni. Kalau tak mengandung, boleh consider lagi. Ni tengah sarat ni. Baby time tu aktif saja.. Bersammersault bagai..... Sampai lah ke waktu sahurnya... Tulang punggung dah rasa makin sakit dah. Plan paginya nak g cek kat klinik. Tapi sahurnya risau ya amat bila takde rasa pergerakan baby. Biasanya sahur die sama sibuklah dengan Mama nya bangun nak bersiap makanan. Tapi gosok - gosok perut, panggil - panggil tkde movement. Nak makan pun tak lalu dah. Sempatlah buat drama sebabak, daku ni murah dengan air mata. Azan subuh je terus solat and Papa suh bersiap terus ke UMRA kat sec 13. Nak g demc call2 pagi tu doc laki kat emergency. Tu yg terus ke UMRA walhal tak biasa pun kat UMRA. Tapi nak jadikan cerita masa tengah solat Subuh tu baby dah gerak sebenarnya, dia tido kot memula tadi tu. Mama je nya yang cepat panik.Tapi takpelah Papa suh g check jugak, risau kesan dari jatuh tu kan ?


Dekat sejam menunggu sampai nak cerah baru dapat jumpa doc pakar sebab ada kes bersalin pagi tu. Terpaksalah cerita semua dari hal mengandungkan Malikha, misscariage dan mengandungkan hokni. Sebab tkde rekod apa - apa pun kat UMRA kan? Doc sangat frenly n nice... Cek semua, scan alhamdulillah baby ok heartbeat ok, n doc cakap ada mild contraction. Doc cek postur badan pun dah tak balance daku ni, ada kesan jatuh masa muda ( tapi tak ingat bila jatuh) n lagi satu sebab suka angkat barang / bag berat... Hurmm.. Disuruhnya juga buat CTG test siap. Kesian jugak Papa dengan Malikha menunggu tapi apakan daya kan ? Lama tu buat CTG test ada dekat 40 minit sampailah ku mintak izin suruh stop sebab tak tahan dah nak terkucil... Cek bg puas hati skit. Perut cramp sebab ada contraction skit... sikit lah, kuar graf dia dari CTG test tu. Ya allah masa buat CTG test tu, gerun, syahdu, sayu semua ada dalam hati ni bila terbaring di labour room tu.... Teringat masa bersalinkan Malikha hampir 4tahun lepas, dan tak lama lagi nak bersalin kan yang ni pulak... Ya Allah semoga kami dipermudahkan dan selamat semuanya. Tak sabar nak jmpa baby :))


Dari situ, doc nasihatkan untuk tidak berpuasa. Doc ada bagi ubat untuk makan dan tidak digalakkan berpuasa. Tengahari ahad tu Mama mula diserang sakit kepala dan seram sejuk. Sakit kepala yang berpusing alam. Adui, risau sangatlah... Taktahu sebab apa. Dok ingat - ingat nak kena morning sickness balik...., tapi Papa kata Mama demam ni kes jatuh tu.. Yela kot. Makan panadol sebijik rasa tahan sikit. 3 hari jugak lah Mama macam tu. Tapi kuatkan jugak keluar gi hantar Likha skul, puasa tu memang tak dapatlah sebab nak minum air masak banyak - banyak. Kalau tak lagi rasa berpusingnya dunia ni nak bukak mata pun tk boleh kena pejam.



Tq pada kawan2 yang amek berat, macam tu lah bila termengadu kat FB kan hehe.
Ramai yang concern.



Alhamdulillah hari ni dah ok. Dah beransur baik dna kuat. Dah lepas seminggu lebih. Dah sihat, dah siap gi meronda satu OU sabtu lepas. Tapi lepas waktu berbuka, memang flat abis lah, pinggang rasa berbisa macam nak tercabut. Adui.. Baru nak sopeng baju raya Malikha dan Papanya, Mama tak sopeng lagi... Nak sopeng apa ke benda jgk pun kan kalo raya pun tengah sarat. Ala kadar sudah lah :) janji setel hal anak.. Malikha request nak dressssss jer, baju princess. Ok kita beli banyak - banyak baju princess. Memang kita sopeng siap - siap untuk raya haji sekali maklum raya haji nanti dalam pantang hehehe. Bijak tak.. Muaahahaha.



Nextweek bersambung sopeng part II lak. Arap badan kuat lah, takde lagi adegan - adegan tak sepatutnya berlaku... Ada lagi sesikit yang tak setel, barang - barang baby pun ada lagi yang tak complete. Pasni boleh lah raya dengan tenang hehehe.. Ni lah dia akibat suka sangat sopeng raya last minit kan, next year tak nak dah macamni...



Yuols apa cerita. Seronok tengok macam - macam menu sepanjang berpuasa ni. Ada yang sahur pun siap bernasi tomato bagai. Aduhai meriah :)) kita ni tak lalu lah nak makan heavy - heavy.. Sekadar ala kadar jer.... Insha allah semoga puasa dan ibadah kita semua dibulan puasa ni diterima oleh Allah swt..... Rebutlah peluang ganjaran bulan Ramadhan ni yer. Mama Likha tak mampu nak pergi terawikh, tapi cuba untuk mengkhatamkan Quran. Insha Allah Amin..



Selamat berpuasa yuols !! Take care !
:)
Tata
Love
x0x0

Tuesday, June 18, 2013

Birthday Weols 2013

Kata backated entry hehehe..



Birthday Mama tahun ni biasa - biasa jer. Takde lah suprise sangat pun.


21 Mac 2013, genap 30 tahun daaaaa. Doa di 30 tahun ni semoga terus kekal sihat, bertambah murah rezeki, bertambah bahagia dengan suami dan anak - anak, selamat melahirkan anak kedua di usia 30 tahun ni *seperti yang dirancang dan terima kasih Ya Allah untuk selama 30 tahun ni... Daku sentiasa bersyukur, kalau susah pun tetap kena syukur sebab ada orang lain lagi yang lebih susah. Harapan pada diri, taknak lupa diri, taknak sombong. Semua yang ada hanyalah pinjaman....






Tq Papa dengan hadiah, susah - susah jer pergi OU belikan hadiah ni. Mama tak mintak pun, cukuplah dengan Papa dah bagi selama ni. Dah terlalu banyak dah.... Selain dari hadiah ni, en Kanda kasik hadiah makan angin ke HK, tu pun dah jadi belated masa tu sebabnya time tu beliau bz sangat, meeting, mesyuarat, itu ini... So jadilah hadiah belated, nanti Mama Likha share later next - next entry k... HK tu bukan HongKong lagi tau, tapi ade lerrrrr hehehe... Sabarrrrr... Tq very much Kanda, walau apa pun jadi hanya kita berdua yang tahu sejauh mana kan ? Syyyhhh keep secret ok ?? Love yu no matter what.... :)




Birthday Papa 2 minggu kemudian.


3 April 2013, genap Papa 34 tahun.... Mama dengan Likha berpakat buat suprise. Yelah Mama kan duk rumah jer, banyak masa lah nak belek - belek buat itu ini. Cuma Mama tak buat kek je, kalau buat pun sapa nak makan? Weols bukan suka makan kek tehehehehe. Beli je sepotong dua kat Secret Recipe, asal ada. Malikha suka lah sangat lah buat suprise - suprise gini. Asyiklah duk wooowwww wowwww woowwwww tak sudah - sudah. Huhuhu... Balik jer skul, terus Mama kerah dia sediakan ballons, deco sikit - sikit. Tapi sedih, sebab Papa lik lambat sikit.. Lambat jugaklah weols tunggu... Lorh, kata suprise kan hehe so sabar jelah nunggu...








We love you Papa..... Semoga Papa terus jadi Papa yang baik untuk weols.... Sayang Papa forever and ever..... Muahhhhh...


Kenangan untuk tahun depan hehe..


Tata
Love.
x0x0