SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, June 10, 2010

What I Dream For Her

Setiap parents tentu ada impian untuk anak anak kan. Tambah tambah macam saya ni, anak baru sorang, banyak betul wishlists impian untuk anak. Semua nak yang best best saja. Rasanya kalau dan anak 3, 4 tak sempat dah nak berwishlist wishlist ni. So layan la dulu tyme anak baru sorang ni...




Ok, kalau boleh saya nak anak saya boleh masuk kelas dan pandai;

  • Swimming - sebab saya tak berapa pandai swim. Tambah tambah tengah lautan nun. Kalau pool takpe, ada dinding dan lantai.
  • Taekwondo - so that boleh protect diri dan body dia. Orang jahat makin banyak sekarang ni. Di mana mana sahaja.
  • Piano class - like princess princess. Comel kan. Orang kata, kalau pandai main piano, semua alat muzik lain pun automatik akan jadi pandai. Key dia kat situ. Muzik itu adalah art.
  • Dancing or ballet - pun sangat sweet. Tapi rasa tak berapa perlu kot. Jangan teruja dan terapkan sangat dengan English lifestyle dalam jiwa anak anak.
  • Medical toys - tak terjumpa lagi kat mana mana dept store. Actly tak cari lagi pun, tunggu dia besar sikit. So that, boleh mula dari kecil belajar belajar jadi Doctor. Pasang impian, Likha jadi Peadiatric like her Dr Roliza. Takde lah duk main masak masak jer.
  • Chinese School or boarding school - berkongsi impian dengan Papa. So, insya Allah Likha boleh pandai banyak bahasa.
  • Draw or painting class - saya tangan bangku like orang kaki bangku tak reti main bola. Even nak lukis orang lidi pun tak reti. So, biarlah Likha boleh serba sedikit untuk melukis or mencipta sesuatu that called an art. I love art, but i dont know how to make an art.. Ada kaaaa orang macam ni.....??? :(

  • Kelas Agama dan Fardhu Ain - Berazam Likha berjaya khatam Al Quran sebelum umur 12 tahun dan akan khatam berulang ulang. Insya Allah!

Itu saja lah buat masa ni. Apa apa pun, biarlah Likha membesar dengan pembelajaran yang seimbang untuk dunia dan akhirat. Baru lah beroleh keberkatan dalam hidup. Biarlah kemana dia pergi pun, dia tetap ingat yang baik dan taat pada Allah dan parents dia - Papa&Mama la tu. Berlebih lebihan boleh melalaikan dan memesongkan niat sebenar. Insya Allah.


Membesar la Likha jadi bijak pandai ya, Sayang!! Doa Mama dan Papa sentiasa mengiringimu! Amin...


P/S : Tq to Mr Google for all the pixs.


No comments: