Ahad, hari persandingan Maryam dan Arif kat rumah bapa pengantin. Majlis bermula untuk kaum kerabat keluarga jam pagi pagi lagi. Tapi saya sekeluarga sampai dekat dekat nak Zohor. Nak buat cam mana, saya bukak pakai baju dekat 4 kali! Ntah macam tak kena jer baju batik ni. Tak sedap pakai, bukan sebab jahitan tapi sebab kain agak keras. Hemmm.
Masa kiteorang sampai, pihak perempuan tengah menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki. Klau lambat sikit, memang dah msuk rombongan pengantin lelaki lah. Deco meja makan beradab, khemah, meja makan, pelamin semua warna merah putih dan banyak roses yang fresh. Semua nampak luxury but simple. Nice. Pencak silat dan kumpulan gamelan pun ada.

Menu macam biasa lah. Nasi minyak, tapi puas hati. Sedap. Ada jugak setengah tu tak sedap kan. Ni memang sedap tambah tambah bila ada butter prawn. Sampai anak anak buah,
Makan dengan gumbira. Likha, ramai babysitter yang menjaga. Hehe, Bagus la! Langsung tak buat ragam. Asalkan perut kenyang. Hati pun senang. Bila Mama Papa kenyang, baru pass ya.
Likha muka tak puas hati, tercekik setotet watermelon. Hihihi. Mama mama. Apa la.., sibuk bercakap tak sedar suap Likha sebesar tu. Likha kan takde gigi lagi. Nasib baik takda pape.
Kemudian bergambar kenangan. Ambil peluang bergambar ramai ramai satu family without pengantin. Pinjam pelamin jap, sampai nak roboh. Ni lah my family in law. MIL wit her anak menantu. Ok, let me introduce serba sedikit about family in law.

Anak menantu lelaki MIL. Mr Papa paling muda. Kat tengah berkopiah bapa pengantin perempuan, Dr. Mazlam. Abang Faizal, sebelah kanan Mr Papa pun seorang doktor pakar kat sebuah hospital swasta kat Melaka. Pastu dari kanan, mula dengan Abg Man - abg no 2, Abg Faizul - abg no 6, Abg Yi - Abg Ipar - birasku lah, Abg Lan, Abg Faizal, Abg Syahmi - eh eh laki aku oke hihi dan last Abg Hasni - Abg Ipar - birasku jugak lah.
Anak menantu perempuan MIL. Saya paling muda. Seorang menantu MIL, kak Anis biras saya la tuh paling hujung berbaju pepel, Dr. Anis isteri pada Abang Faizal. Segan rasa, saya ni hanyalah Home Manager huhuhu. Oh ya, Kaktie bertudung kuning yang baru baru ni pun dah selamat menamatkan Phd, pun Dr. la. Dari kanan, aku la tu, kemudian Kakza - birasku wife Abg Faizul, Kakyah - birasku wife Abg Man, kakyah selalu gi Jakarta-Bandung, sapa nak gi,jom ikut!, Kaknor, ibu pengantin perempuan - birasku, MIL, Kak Eni wife Abang Hasni, kakak atas Papa, Kakna wife Abg Yi - kakak ipar ku, Kaktie, single mum dan Kak Anis, wife Abg Faizal- birasku. Letih buat family chart. Hehehe, sapa suruh!
Paksu ngan Maksu bergambar dengan pengantin.
Likha di bilik pengantin. Tersengih macam kerang busuk tengok bunga.
Jom tengok muka orang gediks geli kat bunga, ok.

Macam hari sebelum, Likha hari ni pun tetap menjadi pujaan hati semua. Dikerumun orang sini sana. Suka tengok bila anak kesayangan di gemari dan di sayangi semua orang. Alhamdulillah, biarlah berterusan sampai bila bila. Tapi saya percaya, sebab hubungan kekeluargaan belah sini memang rapat. Insya Allah.

Selamat pengantin baru buat pengantin. Selamat melayari alam rumahtangga dan bersabar dengan setiap dugaan dan ujian dari Nya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel dan solehah. Insya Allah... Ameen.
Sekian, terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment