SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label mereka. Show all posts
Showing posts with label mereka. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Sana Sinun Raya dan Isi Perut


Selamat Hari Raya lagi... Masih ;)



Orang datang beraya, ramai. Pergi beraya rumah orang pun, ada.. Tapi tak semua la sempat amek gmbr kan..? Jap kat rumah MIL, jap kat rumah my parents. Letih gak menukar rumah. Hhehehe. Biasa la tu.....



Raya ke 2 : Open house di rumah persinggahan Paksu Piza di Tmn Kurnia Jaya. Maksu jamu Nasi Tomato. Simple tapi best lah. ;)



Tengok, baby Arif dah besar dah. Dah pakai jam tangan dah hehehe.
Tu Mama dia tengah makan, bibik dia ala ala cakap nak bertumbuk ngan orang.
Haha. Ganas seh, tapi rajin dan baik hati.
Tengoklah, raya pun tak balik kampung dia.
Motif puji maid abangku? Hahaha.



Likha banyak ruam panas kat muka. Sebab memang cuaca panas sungguh kt KB ni...
Kalau rambut tak ikat, lagi lah teruk.



Raya ke 3 : Belah malam, BBQ kat rumah Pakcik Pin & Makcik Raonah ;) Terbaikkk! Ada ikan siakap, kambing, lobster lagi... Tapi kambing, sory lah i tak layan.. Mmmbekkk... ;D. Sebelum tu, ke rumah MIL dulu, pun ada BBQ tapi tkde gambar kat sana... Semua adik beradik, ipar duai, anak anak buah yang berdozen dozen ada...














Raya ke 4 : Open house rumah kakak sulung merangkap Ciklonggg Likha lah. Menu Ciklonggg macam macam. Nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai daging, laksa penang, laksam kelantan, spagetti, kek... Sampai ke malam layan laksam lagi ;)






Belah malam pulak, ada solat sunat hajat sempena Fatin Nabila nak SPM dan Yasmin Nabila nak UPSR. Wish them can do well, excellent and pass all the exam with flying colors. Insya Allah!











Tengoklah Likha, sekaki jer ngn Papa Mama.



Last but not least
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*



Hahahaha.Dua beranak yang keletihan beraya..!
Sakan..!
Akibatnya, next entry kita cerita....
;)


Sayang dua dua tiada jemu!



Nak buat selingan sikit.


Raya kali ni, kemain lagi topik hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain. Tetamu datang cakap pasal tu, pergi rumah orang cakap pasal tu. Orang tengah sembahyang hajat pun sibuk cakap pasal tu. Sampai kena tegur dengan Abah tak khusyuk la sembahyang tu haha. Belek paper pun, semua kisah tersebut. Berita pun di tunggu tunggu.. Memang dah jadi top issues kat Malaysia sekarang ni...


Sesiapa pun terkejut dan tak sangka sangka dengan kematian dia kan..? Kejam dan semakin teruk sifat sifat kemanusiaan dalam diri manusia, kerana duit, sampai tergamak membakar mangsa mangsa sampai jadi debu. Masya Allah, betapa tragisnya kematian mereka. Semoga kematian mereka semua terbela. Insya Allah. Al Fatihah untuk mereka dan takziah untuk semua keluarga mangsa...


Sekian..!


Thursday, September 16, 2010

Kami Di Pagi Raya


Selamat Hari Raya, lagi ;)


Jom, saya nak share lagi gambar gambar masa Hari Raya Pertama...




Kemain payah nak snap pic, sebab Likha kan tengah tak frenly. Takut photographer a.k.a Kak Fatin Nabila, amek dukung dia...
Perasan! Padahal takde sapa dah nak kawan dengan Likha
Heks.








Raya tetap raya, kite sibuk dengan nasi dagang la, sate lah, kuah kacang, kueh raya lah apa lah. Likha tetap dengan food dia lah.. ;)
Mama suap nasi impit sikit sikit jer.





















1st duit Raya Likha... Tka lain tak bukan dari Ciklonggg lah... ;)




Kutip duit raya dari Pakngah ;)





Meragam ke, tak frenly ke, nak berkepit ke.... Tahun pertama raya dengan Likha, Mama tetap excited dan seronok. Of cos la kan..? Semua berhabis dan bersiap untuk dia. Dah ada anak, dah sah sah kita akan fokus dan utamakan dia dulu..



Pepagi lagi sambil dengar dah tabkbir raya, Likha dah bangun then Mama terus siapkan Likha...Oleh kerana pagi lagi lagi dah bangun, tak sampai kul 10, masa orang tengah ramai datang beraya, dia dah lentok balik. Then tidur setidur tidurnya.... Macam tak tahu hari tu hari raya... Hhahaha... Mujurlah kejap, bagi Mama berkepit ngan Papa jap ;) Ke sana ke sinun melayan tetamu yang datang beraya.




Ok, next entry pasal raya dan gambar raya lagi yerrr..



Sekian..!

Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua. Minta ampun dan maaf pada semua family, kawan kawan dan pengikut senyap blog ayam brand saya ni, jika selama ini ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersinggung dengan mana mana gurauan dan terlajak perbuatan. Kadang kadang kita ni terlaser jugak. Kadang kadang kita ni termarah, kadang kadang kita pun ada terlajak bersenda... Kadang kadang kita sendiri mudah terkecil hati. Semua ada.....tanpa kita sedari dan sengaja.



- Hari Raya Pertama -



Oh, pagi raya ke 4 ni baru dapat nak luangkan masa sekejap depan lappy dengan aman. Mektok Likha tengah tidur tu. Kul 4,5 pagi tadi dah sedar, main senggeng senggeng kat badan Mama macam tak nak berpisah even sesaat pun. Pagi pagi lagi Mama dah mandikan, now dah tidur balik.



Raya ni agak penat, bila Likha buat perangai tak berapa nak elok. Sangat sangatlah nak menempek dengan Mama. Tak kira lah mana Mama nak pergi, semua nak ikut. Dengan siapa pun taknak pergi melainkan Mama Papa. Paling tak tahan mulut sangat bising membebel dan mejerit... Sampaikan TokBah, kamceng Likha selama ini pun Likha dah reject awal awal. Tapi TokBah tersangatlah tidak pernah jemu menghiburkan Likha... Bawak round rumah, tunjuk tu tunjuk ni....




Baru sekarang la Mama rasa penat, letih dan kadang kadang arggghh tensionnya, bila Likha buat macam ni. Spoiled semua mood raya, nak hidnag lauk pauk pun takde can... Nak pergi lepaskan hajat di toilet pun kena cepat cepat. Sampaikan, Suky Tevez cakap aku ngan Papa kena buat topeng muka kiteorang dan sesapa kena pakai topeng muka tu even tetamu yang datang beraya pun so that sesapa pun boleh la ambil dan dukung Likha kan... Haaa, sampai macam tu....



Tapi raya ke3 dalam kekalutan pun, sempat jugak Mama menyediakan nasi ayam... Walaupun raya ke3, penuh dengan aktiviti pergi beraya rumah sedara mara sampai malam undangan BBQ nya kat rumah Pakcik Pin dan rumah MIL... Bila bertembung macam ni, pandai pandailah bahagikan masa.. Hari ni rumah terbuka Ciklonggg sekeluarga plak sampai ke malam ada sedikit solat hajat..





Likha tetap maintain sampai ke petang dengan kurung dia on first day Raya... Apa apa pun, Mama redha lah Likha now is fasa Likha nak melekap dengan Mama kan..?? Penat pun penatlah, hope Mama dapat kurus sikit pasni... Hope so lah! Oh ya, Likha tengah collect duit raya, nanti berkepuk kepuk la duit raya Likha. Hehehe...



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!




Sekian..!

Monday, September 6, 2010

Berbuka Puasa Dengan Geng

Sabtu lepas, saya dan suami meluangkan masa berbuka puasa bersama geng sekolah saya dulu. Organize kemain lagi, tapi geng ni jugak la yang setia dari dulu. Kami paham, member member lain sibuk dengan urusan masing masing. Lagipun dah dekat nak raya ni.


Date dipilih sempena, kawan sorang, Jeme baru sampai dari Algeria. So transit kejap kat KL sebelum fly ke kampung halaman tercinta, KB.


Kami berbuka di Restoran Intai Intai, Ampang Hulu Klang. Kalau nak tahu, owner dia adalah Cik Baha, yang femes dekat AF tu. Korang kenal tak..? Ni kira restoran artis artis gak la. Cik Baha ada la saya tengok hari tu kat kaunter. Makanan... punya la banyakkkkk pilihannya sangat dan boleh tahan sedapnya. Oklah.


Cuma saya tengok geng geng ni, makan tak banyak lah. Malu ke apa??? Huhuhu. So dengan saya pun, makan ala kadar sahaja. Hehehehe.





Tiada dalam gambar, 3 orang. Cepat balik sebelum bergambar.
Friendship dari zaman sekolah rendah dan menengah
yang menyimpan 1001 kisah, kenangan dan rahsia.
Tapi ni pun masih tak cukup korum ;)
Semoga persahabatan tetap berkekalan walau dimana saja berada.




*Pelik kan bila aku berkawan rapat dengan mereka-lelaki dan berkongsi segala masalah dan cerita (itu dulu,sebelum kahwin)........ ;)



Oklah, meh nak promo... Sesiapa yang berminat nak makan makan kat restoran ni, boleh klik sini. Best dan sangat lah murah!! Berbaloi..... ;D



Sekian..!

Mereka Di KL

Seperti yang dijanjikan dan ikut jadual, Ciklonggg sekeluarga datang KL membuat persiapan untuk raya nanti. Dengan kata lain, shopping lah. Ciklonggg dan PakLonggg memang sporting, ikut je anak anak nak shopping sakan kat Times Square n Bukit Bintang.



4hari 3malam kat KL, sempat la 1malam bermalam kat rumah kami. Berbuka bersama kat Restoran Vicchuda, bersama adik adik saya yang lain juga dan bersahur bersama di rumah saya. Tapi saya tak sempat ikut dorang pergi shopping sekali, sebab saya tak de kereta. Cuma sempat ke OU after berbuka. Dorang yang nak ke OU mentang mentang la saya duta OU cuma menghabiskan masa sekejap sebelum balik ke rumah saya, after berbuka tu.





Seperti biasa menjadi tumpuan.
Semua baby macam tu ok.








Jom cuci mata tengok hasil beberapa keping gambar Likha yang dorang ambil. Banyak sangat, tempek sikit je lah ;)








Last but not least, semoga sambutan raya tahun ni buat ciklonggg sekeluarga meriah dan semua sempurna lah memandangkan persiapan yang cukup gempak gempak ni hehehe... So, kami pun nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin in avance untuk ciklonggg sekeluarga!



Jumpa di Kota Bharu...... ;)



Sekian..!

Thursday, August 12, 2010

1st Day Berbuka Di Ikea


Kan TokBah ada kat sini, so dengan unplanned nya weols berbuka di luar la. Tak sempat nak fikir mana mana, so we decided to Ikea saja. TokBah ikut saja lah. Aku dan adik adik tak sempat nak fikir mana tempat lain. Aku nak masak..? Lagi lah tak sempat.... Huhuhu.







Kena tempek sticker ni ya kat dahi baju, ya tuan tuan dan puan puan... Hahaha. Sesaja wat kenangan menandakan anda pernah berbuka di sini... Orang pulak, tak ramai sangat. Sebab 1st day kan? For sure, semua semangat nak memasak dan berbuka kat rumah...







Tapi bukan makan yang western tu.. Memang kalau bulan puasa, akan ada lauk pauk kampung siap budu, sambal belacan dan ulam ulaman dan kuih kuih yang boleh tahan sedapnya. Cuma harga dah naik. Kalau tahun tahun lepas, rm15.90 per pax, but this year.... dah naik sampai rm25.90 per pax.



Add Image
Likha : Yahooo! Saya berbuka kat luar Mama malas masak ni!





Menguruskan anak yang semakin lasak. Taknak duk diam, sebab sibuk nak praktis berjalan.






Orang orang yang berazam nak turun berkilo kilo sempena bulan puasa ni. Hehehe!





Dulu gambar bertiga, sekarang berempat. Tunggu tahun tahun depan, ngan anak anak dorang lak. Hahaha!





Likha : Heyyoo.. Heyyooo.. Likha cepiking! Syapo ipong Likha niii..!




Tamat la satu hari berpuasa. Ada lagi belen 29 hari... Hem... Nikmatnya puasa ni kan! Saya ni bila tah mud nak menyediakan juadah berbuka ni datang... Belum lagi rasanya.... Mr Papa pun belum meminta apa apa.... Hihihi bole tak gitu??



Sekian..!!