Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua. Minta ampun dan maaf pada semua family, kawan kawan dan pengikut senyap blog ayam brand saya ni, jika selama ini ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersinggung dengan mana mana gurauan dan terlajak perbuatan. Kadang kadang kita ni terlaser jugak. Kadang kadang kita ni termarah, kadang kadang kita pun ada terlajak bersenda... Kadang kadang kita sendiri mudah terkecil hati. Semua ada.....tanpa kita sedari dan sengaja.
- Hari Raya Pertama -Oh, pagi raya ke 4 ni baru dapat nak luangkan masa sekejap depan lappy dengan aman. Mektok Likha tengah tidur tu. Kul 4,5 pagi tadi dah sedar, main senggeng senggeng kat badan Mama macam tak nak berpisah even sesaat pun. Pagi pagi lagi Mama dah mandikan, now dah tidur balik.
Raya ni agak penat, bila Likha buat perangai tak berapa nak elok. Sangat sangatlah nak menempek dengan Mama. Tak kira lah mana Mama nak pergi, semua nak ikut. Dengan siapa pun taknak pergi melainkan Mama Papa. Paling tak tahan mulut sangat bising membebel dan mejerit... Sampaikan TokBah, kamceng Likha selama ini pun Likha dah reject awal awal. Tapi TokBah tersangatlah tidak pernah jemu menghiburkan Likha... Bawak round rumah, tunjuk tu tunjuk ni....

Baru sekarang la Mama rasa penat, letih dan kadang kadang arggghh tensionnya, bila Likha buat macam ni. Spoiled semua mood raya, nak hidnag lauk pauk pun takde can... Nak pergi lepaskan hajat di toilet pun kena cepat cepat. Sampaikan, Suky Tevez cakap aku ngan Papa kena buat topeng muka kiteorang dan sesapa kena pakai topeng muka tu even tetamu yang datang beraya pun so that sesapa pun boleh la ambil dan dukung Likha kan... Haaa, sampai macam tu....
Tapi raya ke3 dalam kekalutan pun, sempat jugak Mama menyediakan nasi ayam... Walaupun raya ke3, penuh dengan aktiviti pergi beraya rumah sedara mara sampai malam undangan BBQ nya kat rumah Pakcik Pin dan rumah MIL... Bila bertembung macam ni, pandai pandailah bahagikan masa.. Hari ni rumah terbuka Ciklonggg sekeluarga plak sampai ke malam ada sedikit solat hajat..

Likha tetap maintain sampai ke petang dengan kurung dia on first day Raya... Apa apa pun, Mama redha lah Likha now is fasa Likha nak melekap dengan Mama kan..?? Penat pun penatlah, hope Mama dapat kurus sikit pasni... Hope so lah! Oh ya, Likha tengah collect duit raya, nanti berkepuk kepuk la duit raya Likha. Hehehe...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!
Sekian..!
No comments:
Post a Comment