SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label gelagat Likha. Show all posts
Showing posts with label gelagat Likha. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Kami Di Pagi Raya


Selamat Hari Raya, lagi ;)


Jom, saya nak share lagi gambar gambar masa Hari Raya Pertama...




Kemain payah nak snap pic, sebab Likha kan tengah tak frenly. Takut photographer a.k.a Kak Fatin Nabila, amek dukung dia...
Perasan! Padahal takde sapa dah nak kawan dengan Likha
Heks.








Raya tetap raya, kite sibuk dengan nasi dagang la, sate lah, kuah kacang, kueh raya lah apa lah. Likha tetap dengan food dia lah.. ;)
Mama suap nasi impit sikit sikit jer.





















1st duit Raya Likha... Tka lain tak bukan dari Ciklonggg lah... ;)




Kutip duit raya dari Pakngah ;)





Meragam ke, tak frenly ke, nak berkepit ke.... Tahun pertama raya dengan Likha, Mama tetap excited dan seronok. Of cos la kan..? Semua berhabis dan bersiap untuk dia. Dah ada anak, dah sah sah kita akan fokus dan utamakan dia dulu..



Pepagi lagi sambil dengar dah tabkbir raya, Likha dah bangun then Mama terus siapkan Likha...Oleh kerana pagi lagi lagi dah bangun, tak sampai kul 10, masa orang tengah ramai datang beraya, dia dah lentok balik. Then tidur setidur tidurnya.... Macam tak tahu hari tu hari raya... Hhahaha... Mujurlah kejap, bagi Mama berkepit ngan Papa jap ;) Ke sana ke sinun melayan tetamu yang datang beraya.




Ok, next entry pasal raya dan gambar raya lagi yerrr..



Sekian..!

Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua. Minta ampun dan maaf pada semua family, kawan kawan dan pengikut senyap blog ayam brand saya ni, jika selama ini ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersinggung dengan mana mana gurauan dan terlajak perbuatan. Kadang kadang kita ni terlaser jugak. Kadang kadang kita ni termarah, kadang kadang kita pun ada terlajak bersenda... Kadang kadang kita sendiri mudah terkecil hati. Semua ada.....tanpa kita sedari dan sengaja.



- Hari Raya Pertama -



Oh, pagi raya ke 4 ni baru dapat nak luangkan masa sekejap depan lappy dengan aman. Mektok Likha tengah tidur tu. Kul 4,5 pagi tadi dah sedar, main senggeng senggeng kat badan Mama macam tak nak berpisah even sesaat pun. Pagi pagi lagi Mama dah mandikan, now dah tidur balik.



Raya ni agak penat, bila Likha buat perangai tak berapa nak elok. Sangat sangatlah nak menempek dengan Mama. Tak kira lah mana Mama nak pergi, semua nak ikut. Dengan siapa pun taknak pergi melainkan Mama Papa. Paling tak tahan mulut sangat bising membebel dan mejerit... Sampaikan TokBah, kamceng Likha selama ini pun Likha dah reject awal awal. Tapi TokBah tersangatlah tidak pernah jemu menghiburkan Likha... Bawak round rumah, tunjuk tu tunjuk ni....




Baru sekarang la Mama rasa penat, letih dan kadang kadang arggghh tensionnya, bila Likha buat macam ni. Spoiled semua mood raya, nak hidnag lauk pauk pun takde can... Nak pergi lepaskan hajat di toilet pun kena cepat cepat. Sampaikan, Suky Tevez cakap aku ngan Papa kena buat topeng muka kiteorang dan sesapa kena pakai topeng muka tu even tetamu yang datang beraya pun so that sesapa pun boleh la ambil dan dukung Likha kan... Haaa, sampai macam tu....



Tapi raya ke3 dalam kekalutan pun, sempat jugak Mama menyediakan nasi ayam... Walaupun raya ke3, penuh dengan aktiviti pergi beraya rumah sedara mara sampai malam undangan BBQ nya kat rumah Pakcik Pin dan rumah MIL... Bila bertembung macam ni, pandai pandailah bahagikan masa.. Hari ni rumah terbuka Ciklonggg sekeluarga plak sampai ke malam ada sedikit solat hajat..





Likha tetap maintain sampai ke petang dengan kurung dia on first day Raya... Apa apa pun, Mama redha lah Likha now is fasa Likha nak melekap dengan Mama kan..?? Penat pun penatlah, hope Mama dapat kurus sikit pasni... Hope so lah! Oh ya, Likha tengah collect duit raya, nanti berkepuk kepuk la duit raya Likha. Hehehe...



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!




Sekian..!

Thursday, September 2, 2010

Pandai Mencelup

Likha sekarang dah pandai mencelup barang masuk dalam bekas. Atau apa apa toys dia lah. Contohnya satu tangan pegang penutup botol Avent dia, satu tangan lagi pegang toys dan masuk kan toys tu dalam penutup tu. Or apa apa saja lah.



Termasuklah mencelup toys dia masuk dalam cup dia, masa Mama suapkan nasi untuk dia. Bila Mama lepa sikit je tengok TV, tup tup tengok itik mainan die sekor dok kelemasan dalam cup dia. Tadi pun hampir hampir dah Likha celupkan itik tu dalam bubur nasi ikan bilis dia. Jadilah bubur itik. Huhuhu.






Oleh kerana perangai dah pandai mencelup macam ni, Mama Papa pun beli kan lah Simon The Snail Shape Sorting ni.. So nanti tak lama Likha boleh belajar shape shape tu dan celuplah kat tempat tempat yang sesuai ya..? ;)





Dah puas celup, amek benda ni buat helmet plak..




Tengok cup tu. Air dah di tumpahkan, dimasukkan shapes tu kat dalam cup..




Buat masa ni belum lagi pandai masuk kan satu shape ke hole shape yang betul. Tapi tahu lah nak sepah sepahkan shape tu.




Jap lagi ni pandailah tu celup handphone Mama masuk dalam cawan. Masuk air la gitu. macam mana nak pakai fon canggih canggih ni.



Sekian...!

Thursday, August 26, 2010

Sama Rajin Dengan Mama


Sekarang, macam biasa la Likha ni. Sejak menjak dah nak makin besar ni, rajin pun bertambah. Bukan takat kemas rumah, lipat kain baju sendiri pun sama. Susun baju masuk dalam almari pun rajin. Tolong Mama iron baju pun boleh.. Dah boleh buat semua homework Mama...


Meh kite tengok sejauh mana kerajinan Likha ya, ;)





Oh, cerita itu adalah terbalik sebenarnya. ;)





Pantang sungguh la kalau nampak Mama nak melipat baju. Dia dulu buat keluar semua baju, humban ke luar. Mama pun satu hal, melipat depan Likha buat apa. Huhuhu. Dah nak lipat mana lagi..?? Hahaha. rumah kan kecik besar tempurung jer





Ni part paling best ni.. Tunggangkan terbalik almari sendiri... Macam tahu dah, lepas lipat Mama nak simpan pulak..... Laju jer merangkak... Aduhaiiii anak anak... Perangai sungguh comel la.






Nak iron baju sekarang ni, pun tak senang.. Mak aiii.. Ni belum berjalan lagi ni.. Huhuhu..






P/S : Gambar tak cantik, guna phone je. Macam la sebelum ni cantik je...hakss ;p



Sekian..!

Wednesday, August 25, 2010

Angka 10

Hari ni genap 10 bulan mektok ni.
Selamat 10 bulan, sayang Likha.
Semoga Likha terus membesar sebagai anak yang sihat, bijak
dan sentiasa dalan lindungan Allah swt dan para malaikatNya.
AMIN.
;)





Dah pandai bangkit dan berdiri sendiri tanpa bantuan cuma belum boleh melangkah. Cuma masih berani berani sangat belajar berjalan dengan bantuan sofa. Likha buat target point sendiri, dari hujung sofa ni bertatih sampai hujung sofa nun.. Huhuhu... Agak agak raya ni, Likha dah boleh bertatih tatih jalan ke belum..?




Tengok Papa balik jer, macam ni lah dia ;)




Sekian..!

Thursday, August 19, 2010

Yang Best Sekarang Pulak


Ok..., sambung dari tajuk diatas ya..



... Bila Likha suka main ciku cak belakang curtain. Dah pandai ok. Main boo boo cakk cakk ngan Mama sambil sengih terkising kising nampak gigi dua butir. Cheecky tul sweet potato saya ni sekarang. Ada saja la yang dia buat nak suruh Mama makin sayang dan geram kat dia ;D







Tapi boleh dikatakan bukan curtains jerlah, apa apa saja yang dia pegang. Books dia ke, toys dia ke, bantal ke, pandai aja dia main ciku cakkk.







Malam malam pun yang payah nak tidur tu, duk main ngintai ngintai belakang curtains gni la... kang nampak hantu kang.. Nampak tak, nampak tak tangan ubi keledek saya tu... ;D



Lagi satu yang best, Likha dah pandai bukak drawer kat dapur dan jugak chestdrawer Maksu Ja ( Maksu Ja tinggal kat rumah ni ), letak jari dia then tolak drawer tu rerapat... Ouuchhhh sedapppnya! Huhhhhh! Imagine laaa, tapi mujur jap jer melalak nya... Likha ni kalau melalak kejap jer.. Pastu tak serik serik hehehe. Putus jari kang!



Nasib baik lerrr rumah ni belum ada kabinet kristal yang mewah mewah hahaha. Kalau tak. letih Likha nak main buka tutup buka tutup... kan kan kan... :) tu yang tak beranak lagi tu ... Tunggu naik rumah baru kita bersiap la serba sedikit kan..??



Tu saja yang best buat masa ni.



Sekian..!

Wednesday, August 18, 2010

Masih Mood Berjaga Malam

Budak Malikha ni sekarang amat la buat perangai TAK NAK tidur malam. Mama lupa sebenarnya bila Likha start macam ni, ingatkan bulan puasa ni jer.. tapi Papa cakap since World Cup lagi.. Hem. Betul la.. Baru ingat...







Dia tak nangis pun, tapi kerjanya nak mainnnnnnnnnnnn jer, macam takde hari esok boleh main. Nampak letih, nampak ngantuk tapi sebab rasa nak main tu lagi menguasai diri, booo layan jer rasa ngantuk dan letih tu. Bukannya nangis kembung perut ke, tak selesa ke apa.



Contoh macam ni. Kul 9 Likha tidur, kul 10 sure terjaga. Macam malam tadi, kul 1015 tidur, tak habis lagi Desp Housewives - abis kul 1130 - Likha dah bangun. Mama ingat Likha boleh tidur sampai waktu sahur ke, sebab petang pun tak tidur kan? Tak kira la on aircond pun. Now, siang hari pun sekali jer tidur. Biasa pas Zohor sampai kul 3 or 4 gitu.



Sahur pun dah takde sahur dah. Straight dari awal puasa. Nak makan or minum apa apa, masa tengah melayan Likha main tu je lah. Main la dia atas katil, panjat sana panjat sini dalam gelap tu. Nasib baik Papa Mama jaga anak sendiri, kalau duk ngan TokMi ke, kesian orang tua tu kena jaga cucu yang payah tidur malam....



Tulah, luckily Mama ni tak kerja ofis je. Kalau tak, imagine la lagi haru! Semalam pun Mama dah headache sebab straight dari hari kedua puasa, Likha tido dekat kul 3 pagi.. Hangin Mama satu badan... Aduyaiiii.... Sian Papa lah, nak gi kerja lagi tu yang selalu masuk kerja lambat tu pagi nya... Likha oo Likha..



Jom tengok bila Likha main siang hari sorang sorang... Main sambil kemas rumah ya... ;)













Ni Mama sendiri tak tahu macam mana Likha sangkut benda ni kat leher dia. Haihh budak ni! Panjang ajer akalnya...






Bila tengok dia main sorang camni, kesian pun ada. Yelah, takde kawan kan..? Mama jer yang melayan dia. Dia pun makin besar... Ada kawan Mama cakap, Likha perlukan teman.. Suh bagi adik la tu... Tapi tulah.... Cam mana la nak kan nak bagi adik, kalau malam pun Likha buat hal tak nak tido... Serious Mama tak larat. Tak lama lagi, nak kerja semula dah...



Hemmm.. Dah banyak kali cakap, nak pregnant lagi.. belum ready. Belum ready.. Kang balik balik cakap macam ni, lain lak jadinya... :)



Oklah Likha, kalau Likha tak berubah angin lagi perangai taknak tidur malam, balik raya nanti siaplahhh.. Mama bawak gi jumpa mak bidan kampung.. Kasi ubat sikit.... Apa lah, budak budak kecik tak cukup tidur ni.... Hih...! Geram Mama tau Likha ni... Tapi kalau Likha tidur lama sikit, Mama lak bosan hahaha.



Kat ne ye yang tak kena eh? Ke Likha nak tumbuh gigi baru lagi? Nak tumbuh, tumbuh je lah takyah la kacau time tidur Likha kan..? Kesian Likha tune tidur lari and Papa Mama as well... :(



Sekian..!

Terapi Kuih Raya

Jangan tak tahu, Mama dah layan kuih raya. Ala, sesaja beli kat Ikea. Suploh hengget je. Likha pantang nampak, nak jugak.



Meh kite tengok dia menangis pulak meh.










Ala tak comelnya bila nangis.. Anak sapa la ni heh.



Sekian..!


Thursday, August 12, 2010

Penyelamat Bila Snacking Time


Mama dah lama beli ni untuk Likha. Food Feeder by Muchkin... Dulu tengok benda ni, macam tak confident jer. Tapi rupanya sangat-ok dan praktikal. Boleh jer sumbat apple, pear, daging ayam ke dalam ni. Ni kira untuk snacking time Likha la...



Mama sebenarnya agak trauma nak bagi fruits kat Likha simply macam tu. Dah pernah 2 kali Likha choked... Hemm.. bahaya sesangat!Bila ingatkan balik time tu, memang fobia... ! Tambah tambah masa tu gigi belum ada. If sekarang pun, gigi yang dua batang tu pun belum gerenti lagi Likha boleh kunyah betul betul kan..??



At the first, Likha sendiri yang cuak tengok benda ni. Agaknya dalam hati tertanya tanya sendiri. Semacam jer... Hahaha.. Ingat toys dia yang baru lah kot.






Mama yang kena suakan dulu... Kena ajarkan dulu... ;)







Bila dah rasa manis manis..oh baru lah pandai layan pegang sendiri.. Enjoy gigit gigit dan menghisap benda ni... ;P





Syok... sambil tengok tibi.





Takda la Mama risau lagi kan..? Kalau tak, Mama kena tengok 24jam takleh lepa mata dari Likha kalau Likha makan apa apa without feeder ni...


Semalam kat Ikea... Mama sumbatkan pear dan buah kurma! Cuma Mama salu lupa nak bawak bip kalau keluar mana mana.. Always ;(






Sambil pasang telinga dengar orang bercakap.. Haihh bizi body!





Alaaaa ucuk ucukkkkk nya Acu Tevez ni! Hahaha....






Last sekali, nah campak bawah! Means dah tak nak lah tu...! So, ambil boleh buang sisa sisa fruits dan cuci bersih bersih.. Jangan bagi lagi kat baby, of cos dah kotor kan..??






Nanti boleh la Mama sumbatkan murtabak ke, ayam percik ke dalam tu.. Hahaha. Kan bulan puasa ni.., sayang...!



Sekian..!

Gediks Dengan Bear

Actly, Likha belum ada seekor Teddy Bear or apa apa bear or apa apa yang boleh di jadikan bantal peluk time tidur. Dulu, Mama rasa belum masanya lagi nak belikan untuk Likha. Lagipun, Mama nak cari satu benda or karakter kartun yang dia akan suka sampai besar.


Dalam kepala Mama ni.... MickeyMouse or Minnie Mouse, Barney and Tigger kawan baik Pooh tu. Tapi Mama lebih suka-sangat-dengan Tigger. Macam sweet sangat Tigger tu.


Lately ni, Mama rasa Likha dah mula bagi perhatian ke benda benda ni. Dah sampai masa kena belikan satu untuk Likha. Ala... benda ni nak beli bukan sampai beriban riban pun kan..? Mama ni jer, kalau rasa benda tak penting sangat untuk Likha... tak lorat nak beli...pun heh.







Pic semalam masa kat IOI Mall... Upsss.. budak tak pose! Tengoklah..., gedik tul!







ToBbah nak membelanja Likha dengan Teddy Bear Russ tu... Tapi Mama yang taknak. Aiii.., hari ni rasa nyesal lak... hahahaha... Next time la yerr TokBah!






Or, Likha kite tunggu Ciklonggg datang hujung bulan ni nak shopping raya, kite pauuu Ciklonggg laaa.. Hahaha. Sian Ciklonggg.. dah la nak datang shopping untuk anak anak..., kita nak pau dia lak..!



Nanti la Mama belikan satu untuk Likha yer, sayang..??!



Sekian..!

Berjalan Hari Pertama Puasa

Bila Abah datang sini untuk jumpa anak bongsu dia. Orang tu dah seminggu lebih eksiden, baru Abah sampai. Yelah, Abah sibuk... Urusan kat KB bukan boleh simply simply nak tinggalkan macam tu jer. Tambah tambah dah masuk bulan puasa ni...





So, pagi kelmarin berjalan la saya dengan Likha saya untuk bawa Abah a.k.a kameceng Likha ke tempat Eiza....


Lepas setel urusan, kami ke IOI Mall Puchong. Tah lah apa nak di beli. Yang aku ingat cuma, Eiza sempat beli broadband Digi. Best ke?




Likha: Huuuuu... Korang pose tak!




Likha : Mama besar sikit, dari orang Kuning ni. Hahaha




Likha : Maksu Ja.... Pandang sini lah!




Likha : Ooo.. Maksu Ja pauu TokBah beli broadband ya!!
Hari tu dah pauuu ciklonggg nak broadband Maxis.. Mana pergi yer???
Hihihihi.



Sekian..!!