SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label Likha. Show all posts
Showing posts with label Likha. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Inilah Demam Raya

Lepas abis open house rumah Ciklonggg, esoknya subuh Likha demam panas. Oh ni lah dia, demam raya ke? Ke raya sambil demam?

Sian mektok Likha. Kat KB ni tak menentu cuacanya, kalau hujan... hujan lah. Kalau dah panas, panas sangat. Tapi rasanya mana mana tempat pun, sama jer sekarang ni. Hujan lak, petang raya jer. Masa pagi raya pertama tu teduh je lah.. Pastu panas, panas, panas.... Jaja Likha merata, raya kan.. ;)... Jemur panas, malamnya berembun lak.




So, macam mana tak demamkan.. Orang tua pun leh panas kepala ni..





Ke demam nak berubah bulan lagi..? Demam nak tumbuh gigi? Demam nak jalan..? Well, Likha tak berjalan lagi on Raya ni... Ramai yang datang, tetamu tengok Likha then cakap... ''Oh, kaki kecil, lambat jalan la tu...'' Ngeh ngeh ngeh... Ada ada aje... Yang penting, pagi Raya bergaya dengan kasut Clarks even tak leh jalan lagi. Heks..! Tapi tak sempat nak berhairband ke apa, tu yang nampak serabai jer..





Oh! Dah la meragam taknak dengan sesiapa, tambah tambah demam pulak. However, Alhamdulilah, Mama ngn Papa dapat handle Likha macam biasa. Sebab dah paham peel anak sendiri kan.Tokmi ke sapa ke, memang takleh masuk dekat dah. Likha ni satu hal, bengkeng.. Hemm, ikut perangai sapa ehhhh??




Pergi KBMC jumpa doc, sekali kena masuk ubat kut bontot. Huhu.
Tapi gambar ni bukanlah di snap, masa ubat tengah masuk kut bontot tu.
Mama gerun la nak buat, sib baik doc masukkan sebiji je kat sana.
Kalau doc bagi banyak banyak suh buat kat rumah, Mama tak sangguppp..








Bila dah rasa sihat sikit, mulalah lasak balik.
Back to normal.
Tengoklah, Papa nak bercakap pun tak senang.




As per requested, Ciklonggg menghadiahkan baju kurung ke Likha.
Cantik sangat, Color hijau pucuk pisang gitu.
Sory lah, out of theme color n lagi satu masih besar gedabak. Size 2.
Tahulah Likha ni chubby hehehe.
Nampak gayanya tahun depan jelah kite pakai, raya haji ni pun belum tentu muat.
Tq sebab dah tolong pilihkan color tema baju raya untuk next year ya, ciklonggg ;D




Tengah termenung lepas kira duit raya.
Cukup cukuplah tu Likha, nanti Mama simpan kat bank 
tambahkan lagi duit Likha yang dah sedia ada ya.
Masa ni dah panas panas badan. 



Hari ni badan Likha berbintik bintik merah, rupanya Likha kena campak. Demam dulu, bila dah kebah demam baru campak naik... Tak tahu lah berjangkit dengan sapa masa raya hari tu kan..? Petua orang tua kalau kena campak, 1) jangan main air or mandi, 2) jangan pakaikan bedak 3) jangan makan ubat klinik 4)jangan marah marah, dia jadi akan lebih manja. Biarkan semua campak tu keluar dulu @ melatah di seluruh badan,biasanya 3,4 hari kemudian baru mandikan dengan air beras atau kelapa atau mandi macam biasa.



Memang Likha agak meragam sikit, hope semuanya OKlah...


 
Sekian..!







Wednesday, September 8, 2010

Sepanjang Perjalanan Ke Kampung



Kul4 petang, sebelum orang keluar dari ofis, kami dah bergerak memulakan perjalanan jauh ke Kota Bharu... Jalan ok jer even kereta banyak. Hari Selasa, masih ramai yang bertungkus lumus tanpa semangat bekerja di ofis hehehe..



Weols, lamanya tak balik Kelantan dengan kereta, last masa bawak Likha balik dari KB masa tu bulan 2 tak silap. Dalam pukul enam dah masuk Raub dan singgah di Pasar Ramadhan Hulu Dong, Raub. Beli sedikit makanan untuk berbuka.





Everytime lalu or pitstop kat Hulu Dong, mesti teringat kes Mona Fendy dulu... Heeeeeeeeee...






Berbuka puasa dalam kereta di Shell, Padang Tungku... Macaroni goreng pedas share dengan Papa ;) Tapi sedap gak...





Likha ok, keadaan terkawal. Lasak kejap kejap tu biasa lah kan... Tapi yang best, bila tidur macam atas katil.. Mama bentangkan tilam so meniarap, main lah dia atas tilam dia. Papa tekun drive ni ;)




Main masak masak sorang sorang..... ;)



Alhamdulillah, kul 12 kami selamat tiba dirumah keluarga Papa... Macam biasa lah, ramai anak anak buah a.k.a sepupu sepapat Likha yang menanti nak kerumun Likha. Likha, dah 10bulan ni baru nak buat hal tak mesra dengan orang. Papa ngn Mama jer dia nak menempek... Orang lain amek, melalak kuat kuat.... Uhhh letih... ;)



Sekian...

Monday, September 6, 2010

Mereka Di KL

Seperti yang dijanjikan dan ikut jadual, Ciklonggg sekeluarga datang KL membuat persiapan untuk raya nanti. Dengan kata lain, shopping lah. Ciklonggg dan PakLonggg memang sporting, ikut je anak anak nak shopping sakan kat Times Square n Bukit Bintang.



4hari 3malam kat KL, sempat la 1malam bermalam kat rumah kami. Berbuka bersama kat Restoran Vicchuda, bersama adik adik saya yang lain juga dan bersahur bersama di rumah saya. Tapi saya tak sempat ikut dorang pergi shopping sekali, sebab saya tak de kereta. Cuma sempat ke OU after berbuka. Dorang yang nak ke OU mentang mentang la saya duta OU cuma menghabiskan masa sekejap sebelum balik ke rumah saya, after berbuka tu.





Seperti biasa menjadi tumpuan.
Semua baby macam tu ok.








Jom cuci mata tengok hasil beberapa keping gambar Likha yang dorang ambil. Banyak sangat, tempek sikit je lah ;)








Last but not least, semoga sambutan raya tahun ni buat ciklonggg sekeluarga meriah dan semua sempurna lah memandangkan persiapan yang cukup gempak gempak ni hehehe... So, kami pun nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin in avance untuk ciklonggg sekeluarga!



Jumpa di Kota Bharu...... ;)



Sekian..!

Monday, August 30, 2010

Shopping Untuk Raya


Dua ari pusing KL untuk buat persiapan ala kadar Raya tahun ni. Letih, arini terjempuk kat rumah. Esok sambung lagi huhuhu.




Masa tak tidur, rambang mata tengok banyak kasut sampai buat hal kat Clarks.





Oh, picture ni semalam. Berterabur... :(




Ukur kaki time tidur. Baru aman. Size kaki 3.5....





At Metrojaya, Midvalley...





Sepasang untuk Likha, sepasang untuk Papa. Clarks adalah koleksi paling feveret Papa, sampai anak pun nak dia nak Clarks gak.. Tahu la minat Clark Kent. ;p




Mama, setakat ni berpuas hati dengan ini semua...





Sekian..! (tkde mud nak update)

Pre-Shopping Raya


Cuti Nuzul Al Quran, weols ke One Utama. Tak plan lagi nak shopping actly, kira baru nak warming up je lah dulu hehehe. Sampai sana pun dah kat kul 4.






Kebetulan, takda angin takda ribut Umi ngan Ain Nabila datang ke KL. Plan Tokmi nya nak datang tengok anak anak dia yang dua orang tu, tapi bukan aku, k! dan cucunya Likha. Tak plan pun nak bermalam kat rumah kami, tapi aku ajak lah tidur rumah aku jer. Sempat la bersahur 2 malam, bab berbuka tak sempat sebab Umi nak ke rumah Ciklah kat Bukit Jelutong.







Ain, kami angkut sekali gi cuci cuci mata ;)





Papa mcm biasa la. Feveret store dia Lacoste la. Hem pilih jangan tak pilih. Heks... ;)






Kami berbuka di Chicken Rice Shop. Sampai sampai jer, terus gi booking untuk berbuka ;)







Tapi betul la kata seorang rakan tu. Kalau kita kat shopping mall, nak tnggu waktu berbuka tu punya la lama. Samalah macam kes kami hari tu, sampai sana kul 4 dah. Habis kedai masuk ohh tipulah semua kedai ;) Lambat tul nak tunggu berbuka... Hemmm..





Pas berbuka singgah lak A&W, nak beli Rootbeer Pitcher tu jer. Hem... Ciklongggg suka sangat Rootbeer Float kan! Likha ngan Kak Ain.... ;)






Sekian..!

Wednesday, August 25, 2010

Sudah Berbeza


Macam kenal je.. Sama ke tak..? Tembam Likha dulu, tak sama dengan tembam Likha sekarang... ;) Tapi dalam frame, pipi 'jatuh' sama macam TokNek Wan ;)








Likha in the frame : 4 Months Old ;)




Sekian..!

Angka 10

Hari ni genap 10 bulan mektok ni.
Selamat 10 bulan, sayang Likha.
Semoga Likha terus membesar sebagai anak yang sihat, bijak
dan sentiasa dalan lindungan Allah swt dan para malaikatNya.
AMIN.
;)





Dah pandai bangkit dan berdiri sendiri tanpa bantuan cuma belum boleh melangkah. Cuma masih berani berani sangat belajar berjalan dengan bantuan sofa. Likha buat target point sendiri, dari hujung sofa ni bertatih sampai hujung sofa nun.. Huhuhu... Agak agak raya ni, Likha dah boleh bertatih tatih jalan ke belum..?




Tengok Papa balik jer, macam ni lah dia ;)




Sekian..!

Tuesday, August 24, 2010

Rumah Tunggang Terbalik


Walaupun tidak beraya di sini, saya dan suami bergotong royong jugak kemaskan rumah. Sofa yang besar macam bukit kat ruang tamu saya dah ubah dah minggu lepas, penat wohh angkat sendiri. Tak sabar nak tunggu Papa balik, tu yang angkat sendiri. Konon konon nak suprise. Letih terus rasa nak berbuka la jugak.



Suka dengan suasana baru kat rumah. Rasa lebih lapang, luas dan berangin. Betul la orang cakap, kadang kadang bila kita ubah kedudukan perabot rumah kita or bilik tidur, boleh menyemarakkan lagi rasa kasih dan cinta kita..kan kan..? Jemu kalau dah bertahun duk macam tu jer gayanya... Huhuhu. Try la kalau tak percaya ;)



Banyak dah benda yang saya ubah. Katil kat bilik tidur. Segala perkakas rempah ratus kat dapur untuk memasak. Pasal kerja rumah pulak, kain baju pun takkan ada yang berminggu tak lipat dan berlonggok atas katil. Pampers Likha pun takkan berhari longgok tak berbuang. Barang barang dalam freezer pun pastikan semua tersusun rapi dalam bekas tertutup, dapur pun lepas masak terus sental. Kalau boleh cuba elakkan dari tangguhkan kerja, sebab tu akan memenatkan kita kemudian nanti.. Boleh dikatakan, kerja rumah masih dalam kawalan, walaupun masa asyik kat depan lappy . Alhamdulillah semua terkawal.. Kata surirumah kan! Cuma bab mengemop lantai.. Aduyaiii.. Sakit belakang! Hihihi...






Ahad lepas, kami sama sama buka seat cover sofa tu, untuk dicuci. Kalau buat sorang memang lelah la saya. Ok, ni kasi sental sume. Tapi bukan saya lah, hantar dobi ye ;).... Banyak dan besar besar, mana muat tempat dryer tu...






Tapi hari hari rumah ku tetap macam ni rupenya ya... Macam nursery pun dah ada. Eh, nursery macam ni ke bersepahnya.... Biarkan die terbalikkan sumenya, kalau saya simpan kemas, die sepahkan jugak... Biar lah dio..! Budak tengah nak membesar, mana kita boleh sekat kan..?





Ni tukang terbalikkan rumah ;)






Update Likha's finger after 3 days happened.
;(
;(
;(
;(
;(




Sekian..!