SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label bapa dan anak. Show all posts
Showing posts with label bapa dan anak. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Shopping Untuk Raya


Dua ari pusing KL untuk buat persiapan ala kadar Raya tahun ni. Letih, arini terjempuk kat rumah. Esok sambung lagi huhuhu.




Masa tak tidur, rambang mata tengok banyak kasut sampai buat hal kat Clarks.





Oh, picture ni semalam. Berterabur... :(




Ukur kaki time tidur. Baru aman. Size kaki 3.5....





At Metrojaya, Midvalley...





Sepasang untuk Likha, sepasang untuk Papa. Clarks adalah koleksi paling feveret Papa, sampai anak pun nak dia nak Clarks gak.. Tahu la minat Clark Kent. ;p




Mama, setakat ni berpuas hati dengan ini semua...





Sekian..! (tkde mud nak update)

Wednesday, June 2, 2010

Hari Terakhir Di Kota Bharu

Hari last. Papa pagi pagi keluar berbaju batik. Ke mesyuarat tersebut. Saya ngan anak di tinggal tinggalkan. Huwaaawawa sedey!Kul 10 gitu, Ciklonggg datang anta Ain ngn Ibu Moh. Yea! Saya nak mandi kolam bertemankan Ain. Ibu Moh sila jaga Likha yer.


Kul 12, saya keluar hotel dulu bersama mereka mereka. Pulang ke rumah Umi untuk mencuci baju baju kotor. Oh, bukan saya yang cuci. Ibu Moh la. Hihik. Saya? Pusing round Kota Bharu dengan Ain. Ada la benda yang saya nak cari...


Dah siap meeting, Papa pergi balik hotel untuk check out. Dan called saya, nak berjumpa dekat Hari Terbuka untuk pembukaan Ar Rahnu, bersebelahan dengan ofis cawangan Kota Bharu ni. Oklah, saya pun tk siap lagi shopping dah gaduh gaduh nak gi makan free kat majlis tersebut. Tak kisah lah saya, dah kekasih hati saya yang ajak.. Bukan orang lain pun. Hek!




Macam amek gambar style orang bercinta. Heyyy, anak mana anak?
Hehehe. Saya pakai baju yang tidak mengikut kehendak majlis.
Ahhh, biar lah. Tak plan pun nak datang.





Ok. mesra sikit. Dengan YB Dato' saya. Eh, bila nak jadi Datin ni.
Owhh! Berangan ok! Apa la yang ada dengan title Datin tu ye?





Petang dah setel sume kerja saya, kerja By... weols ke rumah MIL. Menghabiskan masa di situ sebelum nak terbang balik ke KL. Time ni Likha masih bad mood. Dah nak balik pun, buat perangai lagi. Tak sporting macam dulu dulu dah.




Nak orang dukung dia jer. Tambah tambah kalau bapa dia. Wahai, Likha yang tak pernah buat hal, tetiba buat hal macam ni.... Tak suka Mama!




Malam, di epot bersambung lagi...

Balik Kampung Tak Sah Tak Makan Ini

Hari ketiga, di Renaissance.


Tidur puas puas. Kul 11 baru bangun tidur. Seronok Likha, tidur kat hotel tak banyak ragam. Yelah, kata ngn Mama Papa dah dah tentu bahagia. Yang tak bahagia bila Likha kena mandi dalam sinki. Hihihihi.


Mokwan Astro dah siap berendam dalam sinki.




Tengahari keluar cari makan. Kemudian, Papa ada kerja dekat Grandriver View Hotel. Oh ye, satu team bas ofis Papa turun ke KB smepena Mesyuarat Agung Perwakilan esoknya. Mereka semua menginap di hotel tersebut, meeting pun di hotel tersebut. Tapi kenapa En Syahmi check in di hotel Renaissance?? Uhh, biar la dia.




Kami ke gerai Mee Celup Athirah kat Kg Chempaka. Ni memang tempat feveret kami suami isteri kalo balik kampung, tak sah kalo tak singgah sini. Masa tengah peknen dulu, kalau empat hari lik kampung, empat empat hari mesti datang la makan mee celup ni. Mee celup ni kalau kira asalnya dari siam. Sup die yang meveles sedappppp, pedas dan panas panas akan dicurahkan ke atas mee. Mihun ngan kuew teow pun ada. Tengah type ni, sempat lagi telan air liur, gulppp gulppp, teringat kesedapan makanan ini.




Tengok. Sila terliur okeyy. Makan ni wajib kena minum air kelapa. Wah! Sedapnya. Tapi sory saya belum minum air kelapa, masih dalam pantang konon kononnya. Dah orang tua cakap, sila pantang air kelapa selama setahun., nanti sakit urat. So saya ikutlah. Biar lah air batu tak putus pun. Huhh!



Model Mama dengan Kuew Teow Celup Mama. Mama makan dulu, baru Papa. Fisrt time bawak Likha, tengah tengah panas makan sini. Hihihi. Orang punya la ramai, sebab lunch hour kan. Tapi dia takpe, asalkan ada Mama Papa dia.


Ada cerita lucu di sini, dalam kekalutan ramai orang kat kedai tu. Sempat la sorang kakak yang jadi pelayan kat situ menegur saya, ''Sape zte, anak sedara ke?'' Eh, anak zte la. Hah? Bila masa zte preknen! Tettttt! Tak rajin saya kalau nak bawak anak sedara berjalan... Hahaha. Kakak tu memang ex-schoolmate, selalu la tegur tegur saya kalau saya gi makan situ. Dah Likha pun dah 7bulan, masa tengah sarat pun tak sempat gi makan kat situ.. Tu yang tak perasan saya mengandung tu... Last, die ketawa malu sendiri.


Bersambung lagi...

Monday, May 17, 2010

Konfius Nak Memiliki Yang Mana Satu

Saya betul betul berkelabu mata penuh bintang bintang berkelipan kalau sampai kat toys department Metrojaya, The Curve. Kat situ tersangat lah pink, untuk girls punya side yer. Dengan Hello Kitty, Dore The Explorer, The Little Pony, Barbie Dolls, Barney and Friends, etc.


Kalau untuk boys, paham pahamlah. Dengan robot robot Transformers, dengan kereta kereta kecil Hotwheels dan macam macam lagi lah yang langsung tidak memikat hati saya. Nak beranak girls ramai ramai saya boleh tak! Hehehe.






Akhirnya beberapa kali pergi sana, terjelepuk jugak saya dengan benda alah ni. Malam pun tak lena tidur. Haha! Saje buat ngok ngek kat diri sendiri. Hemmm.. Kenapa saya rasa saya perlu benda ni?
  • Barbie yang pink dan comel tersangat
  • Likha kena ada satu, takyah dah share satu bag dengan Papa Mama. Lagipun dia suka conquer tempat kami.
  • Likha boleh pakai sampai dia besar.
  • Selalu pergi travel dan terbang macam burung and nak pergi travel banyak banyak pasni. Berangan!
  • Saya tak merasa masa kecil kecil dulu. Hahaha. Alasan yang paling kukuh!

Benda ni betul betul menarik saya. Saya dah pergi jauh jauh pun dari situ, tetap terjeling jeling lagi sampai juling. Haih!


Akhirnya semalam saya dengan Papa termenung panjang depan dia. Papa dari hari tu lagi, soklan dia satu jer, semalam di tanya tanya lagi.. ''Nanti sapa yang nak tarik?''... Wahai Papa, tak tengok ke Barbie yang comel tu? Kalau Papa yang tarik macam mana Papa tarik luggage kita sekarang ni, Papa lagi lah bertambah kacak!


Haha. Tu yang payah nak buat decision tu, rupanya takut kalau kalau kat epot nanti dia yang kena tarik. Pastu susah sebab dua dua molek sangat bentuknya. Nak suruh Likha pilih, sah sah dia lagi konfius haha. Payah jugak nak pujuk Papa, gosok punya gosok, akhirnya yihaaaa! Safely arrived at home with beauty mouty.


Nak tahu yang mana kami pilih? Nanti nanti yuols akan tahu gak la. Bila bila nanti kami nak fly, saya tempek kat sini besar besar ya. Oh ya! Hujung bulan ni, berflyvacation lagi... Tapi ke tempat jatuh kami saje... Papa ada meeting yang penting. Saya? As his right hand, ikut aja lah ;)


Bergegar sebab Likha melompat lebih tinggi



Oh! Mybuahati dah selamat masuk wad kat Sony Centre The Curve. Dah memang tak boleh di repair sendiri, Papa pun dah senseng kaki seluar nak merepair, tp tidak berjaya. Complicated sangat ke problemnya? Tah la labu... Ok, seminggu lagi disharge la. Hopefully, tak mahal la chargenya yer! Sekarang kena berjimat cermat dan menabung nanti nak pakai banyak duit untuk masuk rumah idaman kami kan??? Eh, boleh ke ku tahan nafsu jimat cermat! Ngek!


Sekian...!

Thursday, May 13, 2010

Entry Saja Saja Cerita Kat Terengganu

Saya dah pun selamat balik dari outstation. Hehe. 2malam 1hari di bumi Terengganu buat saya terperuk jer dalam bilik hotel. Tak tahu la kenapa saya pun bermalas malasan macam rasa nak demam dan tidur saja. Tambahan Likha pun amatlah baik perangai nya, dia tidur saya pun tidur puas puas. Best boleh rest and relax!





Breakfast set in Business Class. Papa order Teh Tarik. Mama order Mango Juice. Likha jadi sleeping beauty sebeauty beauty nya ;)




Sampai KT, di bawa breakfast lagi nasi kerabu hitam daging bakar. Likha main main tarik pinggang Papa!





Otw check in to Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu. Best jugak hotel ni. Highly recommended hokkay to whom yang nak bercuti kat bandar KT.





Likha memang good girl yang sweet sweet like honeymadu. Sayang dia banyak banyak! Bawak lah pergi mana pun, campaklah dalam hutan mana pun , tak banyak songeh! Mudah mudahan Likha baik perangainya sampai bila bila!





Petang, mama made call room service. Bila terperuk takde buat apa, cepat rasa lapar. Papa dah sibuk dengan kerja kerja seminar dia. Tapi bila ada coffee break jer, Papa terus naik bilik. Ceom anak bini jap. Haa tu lah fungsi bawak saya dan budak gemuk cinta hati kami... Hehehe.





Pas kenyang, main hide and seek dengan likha. Mama bawah katil, Likha atas katil. Tina the Tiger birai katil. Main sampai penat dan tidur krroohh krroohh!


Second Day





Budak bucuk dah bangun. Tengok kat belakang tu, Likha dapat baby cot. Tapi tak guna pun. Tidur tengah tengah, Mama kat kiri Papa kat kanan. Okelah, bagi can kat Likha oke. Jap leh peluk Mama, jap leh peluk Papa.





Dah lepas check out. Tunggu orang datang jemput to Epot. Nak lik KL dah. Tata...






Kenapa la saya obses sangat sangat dengan mereka??
Sayang sampai melimpah limpah ruah.
Tolong Tolong!!


Sunday, May 9, 2010

Tetap Keluar Jugak.. Hishhh

Baru jer semalam buat entry pasal penyakit sekarang, tapi tak insaf insaf. Mahu jugak keluar. Tak reti duk diam diam kat rumah. Hiihihi.


Saya 'mengidam' nak makan nasi lemak City Garden kat Kg Baru nun. So, kedai tu bukak start jam 6pm. Jadi saya ajak la Papa ronda shopping complex dulu sebelum time nak makan. Keluar pun dah lepas solat Zohor, tak lunch memana sebab perut kenyang lagi makan cucur udang Adabi yang saya goreng.


Singgah ofis Papa dulu sebab nak ambil dokumen yang tertinggal. Ni 1st time Papa bawak saya gi ofis baru dia since dah pindah ke tingkat 9. Sebelum ni kat tingkat 13. Turun ke tingkat 9 bukan bermakna turun pangkat, tapi boleh monitor anak anak buah yang buat kerja ke or main FB ke or tengah sibuk layan YM. Hihihi. Biasa lah tu curi tulang ikan dalam waktu bekerja.






Pastu straightway ke Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju. Sikit je lagi nak masuk Jusco baru teringat Wangsa Walk, tempat baru. Hmmm lain kali je lah pergi ke situ.


So, saya shopping mopping sikit la barang barang Likha. Kemungkinan besar saya dan Likha akan ikut Papa gi outstation nextweek. Tengok, baru jer balik terus kena pergi lagi. Kali ni Papa cakap nak bawak saya ngan anak. Tak sampai hati dah nak tinggalkan kat rumah. Cehh, Papa tak tahan rindu la tu... Hik. Ok, kali ni saya dan anak ikutlah.


Orang amatlah ramai, bila fikirkan penyakit sekarang yang boleh ada di mana mana, saya nak bernafas pun segan segan rasa. Huhuhu. Ya Allah, lindungilah kami semua. Amin.


Murah rezeki, bila dapat gift coupon Voucher Jusco RM120 dan gift coupon untuk birthday Papa baru baru ni. Collect kat Customer Service Counter. Alhamdulillah, rezeki terbang lagi, yang hari tu pun belum lagi habis. Baru guna separuh. Gift coupon yang baru collect tadi terus habis dibelanjakan. Tah apa la saya dan Papa beli.





Rasanya semua dah aware kan. Sekarang every Saturday, No Plastic Bag Campaign kat mana mana saja. Jadi siap siap la bawak bag anda sendiri. Macam hari ni, saya bawak satu jer, selebihnya humban jer lam kereta. Haiih. Jangan mengeluh, kita kena sokong la demi generasi kita masa hadapan kan ;)


Dah siap semua, terus ke Kg Baru. Ngam ngam hoi, kedai dia baru bukak. Ni kira 1st time la bawak Likha makan kat kedai yang sah sah kena riba dia. Nak duduk hi chair mana boleh lagi. Badan belum keras. Wah excited dia! Mula mula bila nampak makanan, ketik ketik tangan menjalar nak tarik.



Pastu buat mulut ketap ketap macam memamah makanan. Nak tarik perhatian Mama Papa la tu. Pastu jerit kuat kuat. Lama lama tengok dengan redha, sebab saya tak boleh makan. Huwawawaa..





Haa Papa bagi can sedut air sirap sikit. Tapi tak berjaya pun. Tak pandai.


Ok, puas hati tertunai hajat nak makan nasi lemak kat sini. Balik time! Terima kasih Papa untuk hari ni. Esok plak ;)




Gambar lucu Likha. Pakai serkup. Mama cakap bandana, Papa cakap picang banana. Macam macam Papa tu. Hihihi.





Saya terlalu obses dengan mereka!


Wednesday, May 5, 2010

Sayangkan Isteri Tinggal Tinggalkan

Esok Papa beroutstation lagi. 1 malam 2 hari kat sana. Saya kena tinggal la kat rumah bersama anak. Sob seb sob seb. Ala, sedey terus saya ni! Huhuhu..


Takde la. Takde. Saya oke oke saje. Macam tak biasa kena tinggal saja.


Mungkin ada seseorang akan datang teman saya malam esok. Kalau tak, saya berdua saja dengan Likha pun oke saja. Boleh layan perasan rindu kat Papa. Hehehe.


Esok sepatutnye check up Likha untuk 6 months kat DEMC, tapi terpaksa postpone to Saturday maybe. Berapa dah agaknya berat Likha sekarang yer?




Sayang mereka dua dua!


Ok Pa! Happy Flying and don't forget Us!
Will Miss You Every Sec.



Monday, May 3, 2010

May Sudah Bermula

Alhamdulillah. Kita dah pun masuk bulan May. Sebulan sebulan berlalu sungguh cepat kan. Cinta kami semakin mekar hari ke hari, Malikha pun sudah menginjak setengah tahun.


Sampai saya ke rumah saya yang sebenar, bermula balik hidup seharian saya bersama orang orang tercinta. Baru lengkap rasa bila kembali menguruskan rumahtangga yang ditinggalkan hampir dua minggu. Lama tu. Selama dalam pantang bersalin pun, tak pernah berpisah se'lama' itu dengan cinta hati saya. Kebetulan masa berpantang dalam bulan 12 tahun lepas, Selangor tiap tiap jumaat ada Public Holiday sepanjang bulan tu. Tak sampai lima hari kat KL, beliau terus bergegas balik ke KB. Macam tu la berulang sepanjang bulan 12 dan sisa sisa hari saya dalam pantang. Terima Kasih dengan pengorbanan itu, By ;)


Oh ya, bukan nak cerita bulan bulan yang lepas. Tapi nak cerita, kita dah pun menjenguk ke bulan ke 5 untuk 2010 ni.


Sampai jer saya kat rumah, tup tup ada suprise sekeping kad dan sekotak hadiah atas katil ''untuk permaisuri hatiku'' . Terkedu, tk sangka jugak ada kejutan macam tu. Hadiah tu membahkan koleksi yang saya ada.. Terima kasih, abang.. Saya cinta Abang sampai mati. Muah muah muahh... Nak ceom banyak banyak! Sebab sayangg sangat!


Alhamdulillah, saya dan Likha oke. Mud yang sangat bagus! Yang penting Likha la kan, saya risau kalau kalau dia meragam sebab tetiba kat sini kesenyapan perhatian dari orang orang yang ramai kat KB nun. Tapi tidak! Sebenar benarnya Likha amatlah baik. Dia macam faham, now dah balik rumah, yang ada Papa n Mama jer, so saya kena lah behave kalau tak nak menyusahkan Mama dengan Papa. Dia anak yang baik sungguh. Ni mesti ikut perangai Papa ni. Slow and steady ;)


Papa pula teruja tengok Likha, tapi jadi kalut bila time Likha nak tidur malam. Tetiba kekok. Pa, baru je 2 minggu berpisah dengan anak. Terus tak pandai. Ya! Bukan ape, sebab 2 minggu ni, berpisah dengan rocker dia, cara tidur Likha pun dah berubah. Buat masa ni, saya masih tidurkan dia dengan cara tidur kat KB nun. Nasib... Itu tak kisah lah, Likha tak buat perangai pun dah syukur!


Papa pun teruja mula mula tengok Likha makan solid food, tengok Likha meniarap, berpusing dan bergolek golek macam ayam golek ,mulut yang makin bising menjerit jerit dan dengan baby's talk dia dan Likha yang dah makin nakal dan lucu! Ya lah, Likha dah makin besar. Kadang kadang saya tak percaya saat saat ni, kadang kadang nak je cakap, ''Likha tolong jangan cepat besar!'' Sebab nanti tentu Mama rindukan momen momen ni kan ;(


Saya kena terima hakikat tu, anak semakin membesar bukan semakin mengecil.. Tiada yang penting, melainkan Malikha membesar dengan sihat, sempurna dan bijak.


Masuk hari ke 3 May ni, saya happy dan puas hati. Sebab nampak nya bulan ni saya boleh bayar duit Maibi saya, hutang PTPTN dan hutang MARA saya dengan duit saya sendiri dengan jayanya! Syukur pada rezeki Allah swt. Ermmm, tapi duit tu masih ada dlm envelope, belum lagi di pass pada By. Mintak mintak la By tak menolak. Kemarin cakap ngn beliau, beliau hemmm kan aja.


Masuk hari ke 3 May, By dah siap bayar duit pendahuluan untuk beli rumah 'idaman' kami setelah di campur tolak darab bahagi. Alhamdulillah, By berjaya membuat pilihan dan keputusan dengan tepat. Saya ikut saja selagi saya tidak di abaikan dan saya tetap di belakang By menyokong. Rasanya kalau campur tangan yang terlalu banyak pun, hanya akan menyusahkan kami juga. Sebab yang nak duduk nanti, kami sekeluarga kan. Betul tak? Insya Allah, semua akan By uruskan dengn cepat segala urusan dengan bank dan developer. Rumah area mana yang menjadi pilihan kami, itu adalah rahsia. Bila dah konfem segala bagai, tak de can lagi la saya akan war warkan mana 'kediaman' kami nanti kan.. Tu kira our privacy la ;) Yang penting sekarang, saya dah tak sabar nak tunggu rumah itu... lalallalalala~~


Masuk hari ke 3 May, Likha dah mula tunjuk bosan makan solid food dia. Dah mula pandai menjueh jueh kan mulut dan dah mula pandai buat buat nak muntah. Mama dah tukar menu lain. Tapi semalam singgah kedai nak beli bayam, kedai tu habis pula bayam. Akhirnya hari ni, jenuh lah nak habiskan semangkuk, tapi memang tak habis pun. Kesian tengok muka dia. Kena cari menu lain ni. Tapi kalau tengok tengok cara Likha makan, Likha lebih suka karot.





Semalam, kami menghabiskan masa bersama. Ke lowyat, Papa nak beli monitor baru, oke lah tu kebetulan myBuahhati tengah buat hal ni. Agaknya cemburu sebab saya dah ada buah hati baru. Ngada ngada. Sementara nak gi antar servis, boleh la saya guna PC Papa kan. Hehehe, tapi LCD screen ni buat pic sume orang nampak demokkk, tambah tambah saya lah! 1st tyme bawak Likha lively pergi situ. Excited tengok orang yang amat ramai, tapi tetap baik perangai nya. Sayanggg Buchukk. Tak sampai sejam kat lowyat, terus ke OU, Papa nak shopping baju feveret dia, Lacoste, dan saya sempat borong 3 novel Melayu kat MPH, since dah 'khatam' 9 nyawa tu terus gian nak baca lagi...




Kehidupan saya adalah mereka mereka.


Saturday, April 24, 2010

MMS Mereka

MMS dihantar sebagai pengganti diri ;


Hi Papa, Misssssingggggg Yu Papa!




Hi Papa, Papa tk induu bos kecik Papa ni?




MMS diterima ;


Papa kat Ofis ni...





Aiseh! Masyamnyerr Papa.. Tenyummm tikit!