SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Cerita Raya Yang Bakal Menjelma


Alhamdulillah, persiapan raya untuk keluarga sudah lengkap. Hari ni, bertopsy turvy nak packing semua barang masuk bag. Yebba yebba, kami akan pulang berhari raya dengan kereta. Harap harap Likha takde buat hal sangat sepanjang perjalanan. Semoga kami selamat sampai dengan selamat dan melalui perjalanan yang baik baik saja. Dan dengan happynya jugak, kami akan bercuti selama 12 hari di kampung. Wooohoho! Sakan la balik kampung.



Baju raya untuk mektok. Baju kurung cotton same color tema our lil family, dah ku jumpai... Dress, gown dan baju casual.
Berapa jam budak kecik ni boleh pakai dress eh..?




Kuih raya untuk family dan family in law ku. Harus ada. Tahun kedua beraya ada dua rumah ;) Perasan tak, kuih kuih ku semua gelap gelap gelita. Ni lah akibat mengorder tanpa tengok rupa bentuk biskut, tapi memang 1st ku prefer choc dulu ;) Kat KB nak pick up lagi setengah dengan member baik ku, Wanie. Tahun depan, buat sendiri. Yea, tunggu oven siap pasang semua dulu ;)




Kereta pun dah siap diservis dan tukar tayar mayar segala bagai. Siap sedia untuk berjalan jauh. Kereta pun nak raya weii.. Kebetulan pulak major servis, bermalam la bini Papa no 2 tu kat Euromobile. Huhuhu.






Last, tidak dilupai duit raya. Sudah menjadi tradisi sejak tahun kedua sambutan raya bersama. Not color biru untuk anak anak buah yang dah lepas SPM, tak kira lah masih belajar kat U or dah kerja or dah kahwin, yang not color merah untuk anak anak buah yang bawah umur 18 tahun. Tak kira umur 2 tahun pun dapat yang sama. Adil dan saksama. Dan yang not hijau.... adalah bahagian saya sebenarnya. Yang dua color tadi, bahagian Papa. Hehehehe. Ok, ini untuk anak anak buah belah Papa dan belah saya juga. Bagi adil dan saksama. Takde kurang dan lebih. Anak sedara Papa, anak sedara saya jugak, cam tulah jugak dengan Papa. Harus lah adil, so that esok esok anak saya pun orang akan berlaku adil jugak. Cewaaahh... Tak gitu..?



Oklah, ni tahun kedua saya bersama seorang suami dan tahun pertama bersama Malikha. Masalah nak balik beraya di mana tidak pernah menjadi masalah, sebab hala tuju kami adalah sama. Satu kelebihan disitu. Cuma tahun lepas, hari pertama raya di rumah MIL dan tahun ni Papa dah decide kat rumah my family plak. Happy of cos lah, sebab tahun lepas ku dah terlepas nak beraya dengan abang abang ku di pagi raya sebab anak anak buah Papa ramai sangat.. Huhuhu nak tunggu abis turn membagi duit raya tu sampai berjam jam hehehehe. Malikha is cucu ke 32 belah my MIL ;)



Actually, bagi saya tak kisah sebenarnya nak raya mana mana. Sebab rumah MIL ngn rumah my parents tak sampai pun 20 minit. Kalau rasa nak tidur sana, start kereta nahhh sampai... Kalau rasa nak tidur sini lak.. Jom... jap tu dah sampai... Hehehehehe. Untung kan..? Tak boleh imagine, kalau seorang belah Utara seorang belah Timur... Huhuhu Nangis syahdu syahdan la pagi pagi raya....





Ok, so far takat ni lah. Insya Allah, kita akan bersambung siaran bila kat kampung nanti.. Oh ya, zakat fitrah untuk kami bertiga tahun ni, Papa akan langsaikan di kampung halaman nanti. Macam tahun lepas lah. Ewah... Berapa ya untuk tahun ni..? Tak kisah berapa pun, yang wajib tetap wajib.... Barulah sempurna segala tanggungjawab kita.. Insya Allah... Oh, Ramadhan pun dah nak berlalu kan..bila Raya dah nak menjelma... Umur panjang, jumpa lagi tahun hadapan....



Then, saya percaya esok dah ramai mula bercuti dan merancang perjalanan untuk balik ke kampung. Jadi, pastikan semua dah ok, jangan lupa kunci rumah elok elok dan mulakan perjalanan dengan Bismillah dan doa naik kenderaan. Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui masing masing, jangan gopoh dan tak perlu jadi hero di tengah jalan ya. Kepulangan kita semua dinanti.... Ingat orang orang tersayang yang menunggu.. Dan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....!



Samat ali laya untuk awan awan Amma syumeee.... ;)



Untuk saya dan keluarga, semoga raya tahun ini akan lebih bermakna setelah berdepan dengan pelbagai dugaan yang ujian dari Allah swt tanpa henti... Semoga yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi... Dan semoga hubungan kami sekeluarga dan adik beradik utuh seutuhnya... Insya Allah...



Kad raya blog akan menyusul nanti.... ;)



Sekian..!!

Friday, September 3, 2010

Penggemar Nasi Ayam

Sapa sedia maklum, tahu la saya ni memang tersangatlah penggemar nasi Ayam. Dah lama berangan nak masak nasi ayam dengan sendiri, akhirnya baru lah berjaya. Percubaan pertama lulus dengan jayanya bila saya masak untuk berbuka dua hari lepas dan dapat positive komen dari Mr Papa tercinta. Puas hati, boleh makan puas puas bila masak sendiri ni!



Terima kasih juga pada rakan, Isah yang banyak membantu share dengan saya cara untuk memasak dan menyiapkan nasi ayam ni.



Oleh kerana ada jugak yang bertanya suh share resipi, meh nak kongsi kat sini.


Bahan-bahan:

Ayam
Kiub Pati Ayam
Madu
Sos Tiram
Lada merah
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Marjerin/Planta
Daun Sup
Salad
Tomato
Timun
Serbuk Perasa


Ayam
1. Rebus ayam
2. Simpan air rebusan untuk nasi dan sup
3. Gaulkan ayam bersama 3 sudu makan madu, 3 sudu makan sos tiram dan
garam secukup rasa.
4. Perap, biar lama sikit
5. Goreng dengan api kecil


Nasi
1. Tumis seulas bawang merah yang di mayang bersama halia dan Planta
2. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam beras yang telah dibasuh bersih bersama lebihan air rebusan ayam dan daun pandan
3. Masukkan sedikit garam dan 1/2 kepingan kiub pati Ayam
4. Tanak nasi seperti biasa



Sup
1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan sedikit halia
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi
3. Masukkan 1/2 kepingan kiub pati Ayam
4. Tambah serbuk perasa dan sesuaikan rasa
5. Tabur daun sup, bila selesai.



Kicap
1. Masak kicap manis seberapa yang anda inginkan
bersama bawang putih yang ditumbuk halus.
2. Masak sekejap di atas api



Air lada
1. Blend bersama 5 batang lada merah, seulas bawang putih,
1/2cm halia, gula dan garam.
2. Masak sekejap bahan yang di blend di atas dapur dan tambah sedikit air masak.





Siap dan hidangkan bersama salad, tomato dan timun. Sudah pasti, satu rumah anda berbau harum dengan Nasi Ayam kalah The Chicken Rice Shop jawabnya. ;) Yang lain saya tak tahu lah, mungkin ada yang lain sikit resipi nya kan...



Takde yang lebih bermakna, bila suami puji sedap dan mula mula dah tanya ''eh, ni beli kat kedai ke?''... Hahahaa, then percaya atau tidak, sampai 3x tambah dan sahur - pun bertambah dua pinggan. Mak aiii.... Alhamdulillah, for me pujian hanya untuk menaikkan semangat so that pashni boleh lagi belajar macam macam masakan sebab saya tak la terror sangat ;)



Nanti nak try masak kat rumah Umi, so Umi lak boleh komen ;)



Sekian..!

Thursday, September 2, 2010

Cuti Hari Merdeka



Cuti hari merdeka, kami ke Jusco Bukit Tinggi Klang. Jauh dan orang amat lah ramai. Baru lah rasa happening nak raya kan. Berlanggar langgar bahu. Jangan gaduh berebut baju sudah.




Budak ni peel sekarang kerja nak mendukung. Duk tak lama dalam buggy die, pastu mula lah.




Wohooo.. Seluar raya Esprit. Ok, cun dah!





Terjumpa lak Adam Mikhail kat sini.






Oh ya, nak wish merdeka ke Malaysia tersayang pun tak sempat sempat. Seminggu ni, Likha asyik lah sibuk nak bertenggek ngn Mama. Nampak Mama on lappy jer, mula lah. Jeles tul.. So tak sempat lah nak wish.


Niwey, Selamat hari merdeka ke 53. Tanpa mereka mereka dulu yang memperjuangkan keamanan negara kita, belum tentu kita boleh bershopping sakan macam hari ni kan..?? Namun, masih merdeka kah kita.



Dalam pada kita sibuk dengan merdeka negara kita, negara jiran Indonesia sibuk jugak dengan agenda mereka. Cuma ku pelik la, tengok Buletin Utama, berita tu berita ni pasal isu Malaysia -Indo, habis berita.. berjujur Sinetron Sinetron kat Tv kita. Hem.



Yang palingggg pelik lagi satu, bila aku sendiri pun buh lagu indon dalam blog aku ni huhuhu. Jangan marah, nanti nak remove. ;)



Ok.



Sambung topik pasal shopping. Boleh dikatakan, persiapan raya tahun ni hampir lengkap. Papa dah dapat segala gala baru, dari atas sampai bawah... Rambut pun dah siap rambut raya. Wah kalah budak kecik ni. Likha, toksah cakap lah.. Mama pun, hemmm... puas hati kut setakat ni.. Tapi wei wei... ada lagi nak membeli ni. Huhuhu! Bersambung lagi weekend ni... Last dah. Okay ;)




Sekian..!!

Sunday, August 15, 2010

Menjelajah Bazar Ramadhan


Hari pertama puasa, kami berbuka kat Ikea kan...?



Oleh kerana mood saya nak memasak untuk berbuka belum lagi ada, hari kedua puasa, kami ke pasar Ramadhan kat Seksyen 6 Kota Damansara ni jer. Hemm... Orang macam biasa lah, mesti la ramai nak bersumbat sumbat kat sana.. Tapi apa apa juadah amatlah tidak menarik hati langsung. Bosan la rasanya!!






Kalaulah kat Pasar Ramadhan kat stadium Kota Bharu ke.... alangkah seronok. Orang belah luar ni, nak jual onde onde tapi rasa dan bentuknya bukan macam onde onde pun...! Nak jual lompat tikam, tapi kuahnya cair meleleh. Heee sedapnya mengomen... Masak sendiri ah gitu...



Last sekali, saya membeli nasi ayam hainan untuk saya, dan Papa membeli nasi beriyani untuk dia, air tebu dan air jambu batu asam boi. Murtabak, pun tak berapa sedap. Samosa, oke boleh diterima.. Alhamdulilah, dah itu saja rezeki untuk saya kan..? Redha.. jangan tak redha... ;)



Oleh kerana tak puas hati, hari ketiga saya masak lah. Hehehe. Simple pun takpe, at least apa yang saya masak lagi sedap dari yang di jual. Acar daging, sayur goreng cmapur dan ikan bawal goreng pun boleh licin di telan... Hihihihi..



Semalam? Lepas shopping groceries kat Giant Shah Alam, kami ke bazar Ramadhan Stadium Shah Alam lak.. Orang mak aaiiii ramai gila! Nasib baik tak bawak Likha dalam stroller, kalau tak harus lemas di himpit punggung manusia hahaha.





Nasib baik bila ku yang teringin makan nasi kerabu, terjumpa nasi kerabu yang dijual orang kelantan. Tulah baru puas hati jawab dia. Cuba kalau orang Johor masak nasi kerabu, apa rasa? Saya tak nak lah sangat tersalah membeli yang macam tu... Rugi dan sakit hati!







Ok, nasi kerabu sebungkus + ayam kg goreng + paru goreng = RM8... Makan kongsi dengan Papa. Kemudian sebungkus mi sup, kongsi berdua dengan Papa. Puas hati sebab sedap. Petang ni nak pergi lagi la hehehehehe.







Sume stok groceries tu kita masak memasak minggu depan ya... Weekdays kan kerja... macamlah aku kerja... Weekend kite jelajah la bazar ramadhan yang ada.. Oh ya, bulan puasa ni... saya dan Likha bangun tidur teramatlah lewat. Lepas sahur... dan solat subuh, sambung tidur, sampailah Papa pergi kerja, sambung tidur, sampailah kul11 baru bangun okay! Tetiba rasa macam tak bagus je untuk Likha hihihi...



Sekian..!

Monday, August 9, 2010

Sendiri Buat Sendiri Tanggung


Hahaha tajuk yang suspen.



Actly, dah dekat tiga minggu rasanya tak pasang Astro, bila remote rosak. Tengok tb biasa jer lah. Nak tengok Astro bukan tk boleh, tapi kena tekan next next kat decoder la. Letih ahh gitu.



Likha pun dah dekat 3 minggu la tak layan MickeyMouse Clubhouse dia. Dekat 3minggu la tak tengok Myfriends Tigger & Pooh, Chunggiton, Angelina Ballerina, Special Agent Oso, Dibo the Gift Dragon, Timmy Time dan pendek kata Playhouse Disney dia lah. Mama ni macam ternyanyi nyanyi jer lagu MickeyMouse Clubhouse tu ;)



Mama pulak rindu nak tengok Erdward Cullen lagi dan lagi kat HBO. Hari tu, berulang ulang tengok tak puas puas. Alkisahnya, remote Astro rosak OK. Dipecahkan oleh saya. Ibarat, marahkan nyamuk bakar kelambu. Saya, gaduh dengan lipas, remote Astro dihentam! Haha.






Oleh kerana tidak mahu menyusahkan Papa, - kan saya yang rosakkan? - dengan gigih saya ke Astro Customer Service kat Uptown Lama Tmn Tun nun. Biarpun Papa dah bawak balik remote yang dibeli kat Uptown, but its not working laa... Yang ni original rm30 nanti dia akan caj kat bil kita, Papa jugak yang bayar nanti. Hahaha. Susahkan jugak!






Tapi kan, malam ni masih tak jadi. Kena check balik ngan Astro. Wat rugi jer bayar bil, Astro nya tak nengok kan. Hahaha.


Sekian..!

Wednesday, August 4, 2010

Kepingin Ke?

Baby Arif dah 5 bulan. Sempat la jumpa masa petang sebelum ke epot.


Bila Papa dengan lajunya ambil Baby Arif dari mak dia, saya tekujat jugak. Oh, nampak sangat Papa tak sabar nak ada baby boy ya...!!






Likha bersusah payah merempuh segala rintangan nak dapatkan Papa dia yang tengah pegang Baby Arif. Haiii dah reti jeles ni!







Tulah, bila pergi mana mana baby's store nampak budak laki punya toys cepat jer cakap '' kalau ada anak laki ni, dah beli ni''... Huhuhu... Ada ada aje...



Alkisahnya macam tu lah... Meh la share macam mana petua nak dapatkan baby boy, sebab kiteorang punya keturunan memang lah kaya dengan perempuan saja ni.... but, not now OK... Tunggu bila dah bersedia untuk membesarkan keluarga yaa~~~~~ ;)



Sekarang, masa untuk membesarkan poket dan body dulu hahaha!



Sekian..!

Wednesday, July 7, 2010

Kenapa Saya Perlukan Ini??

Entry ni is like THE PROPOSAL for my luvly Papa. Yang bukan Papa aku, nak baca baca lah, tapi jangan sibuk geli pulak... Haahaha! Gurau aje! Ok, Papa please listen here. Read carefully till the end ya.....



Saya perlukan buggy ni untuk Likha. Banyak kebaikan dari keburukan.

  • Sangat ringan
  • Senang nak pakai
  • Simpan pun senang, blh lipat je kan
  • Baby dari umur 6 bulan ke 4tahun, so dh sesuai untuk Likha
  • Murah - dalam 10% dari harga jam kita beli baru baru ni pun boleh dapat
  • Likha berat almost cecah 10kg. Sesuai sementara Likha masih belum boleh berjalan. Tak larat nak dukung lama lama.
  • Plan untuk pergi bercuti
  • Memudahkan Mama kalau keluar tanpa Papa







Alasan untuk nak pakai buggy ni? Pa dengar ye.

  • Since Likha dah boleh keluar malam, kita selalu pergi beli stok grocies kita kat Giant tu, malam malam kan, lepas Papa lik kerja. Kadang kadang, emergency nak topup susu Likha or pampers Likha. Pergi Giant sekejap jer, paling lama dua jam lah. So tak perlu la kita bawak stroller yang besar. Buggy kan liteweight je, lipat pun like umbrella. Mama pun boleh buat sebelah mata.

  • Kita urgent selalu pergi kedai feveret kita, Daiso kat The Curve tu kan Pa cari barang feveret yang kita selalu beli kat situ. Kadang kadang pergi dalam setengah jam, paling lama cecah la satu jam kalau Mama ralit belek barang. So Likha kan dah amat berat, senang je kalau ada buggy yang ringan tu. Nak bukak senang, lipat senang. Mama je boleh buat tolong Papa. Tak yah kita dukung Likha, nak memilih barang lagi, nak pegang / tolak shopping cart lagi.

  • Pastu kita pun suka jugak dengan urgent pergi ke Carrefour Subang Jaya untuk hal kecemasan feveret kita kan Pa! So, oleh kerana Likha pun dah makin berat, why not kita bubuh dia dalam buggy yang ringan, so tak perlu la nak membuka stroller yang besar dan berat tu. Jap je nak bukak buggy yang kecil molek tu.

  • Car seat Likha dah ada, nanti nanti kalau Mama nak keluar dengan Likha dah boleh letak dia dalam tu, tapi kan kekasih gelap Mama tu mana muat boot nak letak stroller Likha yang besar tu. Kita dah pernah try kan? So kalau letak bahagian dalam kereta, Mama takleh ajak orang lain lagi lah teman Mama pergi ke mana mana. Ni kes emergency lah Pa, if terpaksa keluar without Papa. Jadi, kalau ada buggy senang yang kecik molek tu, nah duk diam diam dalam boot. Mama pun senang je nak bukak, tanpa lelah.

  • Kalau len kali kita nak balik KB naik firely, kita pun boleh bawak buggy pergi epot. Buggy kan kecil je, muat sangat dekat simpan luggage kat dalam flite tu. Oleh kerana Papa sendiri pun dah mengah dukung Likha inikan pula Mama. Kadang kadang bila Papa nak check in, Mama kena mendukung dia. Biar lah Mama tolak dia dalam buggy. Dia pun selesa.

  • Pastu kita kan ada plan nak makan angin minggu minggu depan sebelum start bulan puasa. Dah siap dalam planner Mama mana denstinasi kita. So tak perlulah Pa kita bawak stroller dia yang besar tu, nanti kat boot keta nak simpan beg beg baju lagi. Nanti kat tempat makan angin tu pun, senang jer bukak buggy, tak susah sangat nak pusing pusing bukak stroller dia. Mama pun kesian tengok Papa yang selalu buat.

  • Ok, Likha kan nanti nak pergi lagi ambil injection untuk Vaksin Pneumoccal dia kan, ada lagi 3 dose. So nanti nak pergi DEMC senang je if ada buggy, tak payah la kita berdukung dia jer Pa. Letih dan dia pun macam tak selesa duk atas riba kita lama lama sambil tunggu turn jumpa Dr Roliza. Bukan takleh guna stroller, tapi macam Mama cakap la stroller tu kan besar, makan space kat DEMC tu nanti, nak bukak n simpan pun ambil masa dan tenaga Papa. Buggy easy je macam bukak payung.

  • Pastu kan, bila Papa selalu pergi main badminton Rabu malam dengan member member kat badminton hall apartment dalam kita ni, Mama pun boleh pergi jarang jarang tengok Papa main. Buh jer Likha dalam ni, senang kan tak yah menyusahkan Papa. Boleh la Mama join main se,dua game kan Pa.

  • Ok, Mama pun plan petang petang nak jogging atau berjalan kaki sampai berpeluh kat track jogging bawah rumah kita ni. So sambil sambil tunggu Papa balik kerja, Mama boleh jer bawak Likha. Boleh gak dia ambil angin petang. Tak perlu lah nak bawak stroller yang berat tu, kan tanah berumput tu susah nak handle stroller. Mama dah cuba pun hari tu. Betul tak? Senang kan.



  • Stroller tu bukan taknak pakai dah, masih boleh dipakai apa. Kalau kita nak pergi tempat yang memang sah sah dah kita lama kat situ, macam nak shopping ke kat OU ke, Midveli ke , Sunway ke, kita bawak la stroller. Barang pun boleh simpan dan gantung kat stroller Likha tu. So dah fully utilized stroller tu, jangan terbalik kuwe ngan Likha sudah lah.



So, munasabah tak kalau saya perlukan buggy or lightweight stroller ni buat masa ni??



Ok kan Pa. Cun je, murah pun murah je. Tak nak la beli yang mahal mahal. Kat ToysR'Us pun ada.



Ok, sekian proposal dari bini By..! Muah Lebiu.

Monday, July 5, 2010

Bila Di Murahkan Rezeki

Jumaat lepas, dalam YM Papa buzz saya. Papa membagi news yang agak good. Takde angin takde ribut, Papa nak membelanja jam tangan untuk saya. Sambil sambil akan menghantar repair dua jam saya, yang satu rosak jarum dan yang satu kehabisan battery. Dah hampir sebulan saya keluar rumah tidak berjam tangan actly.



Dapat bonus raya ke ni apa Pa? Alhamdulillah, murah rezeki. Kan dah cakap ;)






So untuk menunaikan janji, Sabtu pergi lah membeli jam untuk kami. Kat City Chain... kt mana tk boleh cakap, kang ada yang nak pergi. Hahaha. Hermmm, Kami ok, ingatkan untuk aku jer, ooo untuk dia sekali ye. Memang menambahkan koleksi dia yang dah banyak tu. Memang beliau suka collect jam. Ni tah jam ke berapa eh.







Satu untuk saya, satu untuk dia. Hadiah dari dia untuk saya, hadiah dari dia untuk diri sendiri.







Saya memilih jam yang ada pussycat doll ni. Makin ada anak, makin nak jadi budak budak lak aku. Oh, biarlah. Ikut suka aku lah. Ni adalah jam ke 3 aku yang betul betul serius lepas dah kahwin. Jam jam yang sebelum kahwin ntah apa apa brandnya dan ntah ke mana dah perginya. Hilang bersama kenangan kenangan lalu. Cet!



Terima kasih daun keladi Pa! Lebiu sangat sampai syurga! Muahhh!



Sekian..!

Sunday, June 27, 2010

Melepaskan Penat Dulu

Penat sungguh. Walaupn aku bukan pengantin, walaupun aku bukan tuan rumah... tapi memang penat dan letih. Hari sabtu, 1st day wedding Maryam balik malam, terus flat... Tapi masih boleh la slow slow buat kerja lain sambil layan lenguh lenguh badan.


2nd day, tadi lah... Alhamdulillah.. Semua ok. Balik sebelum maghrib dah sampai rumah. Likha pun dua2 hari dengan orang ramai, langsung tidak buat perangai. Jap tadi. sebelum Isya' keluar balik ke Giant, sebab ada urusan aku dan Papa. Ada la... untuk hal part time job aku hehehehe.


So, sebelum aku dengan gigih nak menampal gambar gambar sekitar perkahwinan dan persandingan Maryam, biar aku lepaskan lelah dan penat dulu ye. Esok esok aku sambung la cerita.


Layan dulu gambar manusia kesayangan kami, di Giant tadi. Dah alang alang ke sana, membeli la sedikit benda untuk di makan esok lusa. Kan hidup untuk makan. Eh, ke makan untuk hidup?
Tah lah. Nak cepat ni, malas hurai panjang panjang.






Bz sangat lately ni. Nati aku updet later la, apa benda yang aku bizi sangat ni. Tapi aku memang sibuk la. Nak ke sana, ke sini. So, now im not only home manager la..., Alhamdulillah... Semakin menjadi dan murah rezeki. Insya Allah...


Nanti nanti lah aku cerita ya.


Ok bai. Aku ada hal nak di uruskan dengan Papa.


Oh ya, Germany dah menang 4 -1. Balik Giant tadi ngam ngam bola dah start. Gundah gulana jugak sebab dua dua lawan best. Papa tanya aku nak sokong mana ni, hati berat nak sokong hitam putih. Germany la tuh. Tapi sebab konfius dua dua macam best, tak bagi jawapan kat Papa. Papa pun suggest macam ni, 1st half round Sayang sokong Germany, pastu 2nd half round sokong England. Eh, ada ke macam tu Pa?? Aku tanya... Ha... takde la tapi kita buat... Hehehe!!


So.. yebba yebba!! Germany menang... Pagi kang 2.30 Argentina lak lawan Mexico! Takyah pk panjang... ARGENTINA oke! Go Messi go!! Tapi penat dah nak tunggu bola ni.



Ok, dah babai. Ada kerja ngan Papa ni.. Masa macam tak cukup now. Ahhh letihnya, nak tidurrrr rasa!!

Friday, June 25, 2010

Bergaduh Pasal Bola

Malam tadi, betul betul layan Itali vs Slovakia.


Tapi bila start balik lepas half time, rupanya baru tahu kami tak satu kapal. Takda angin takde ribut Papa sokong Slovakia tanpa alasan kukuh.


Ok, jum gaduh ah gini!


Dah dekat dekat minit nak habis, Italy nak hentam habis habis tapi kenapa si Kopunek tu di bawak masuk!


Cit! Italy kalah 1 gol.


Ni result yang latest!

Wednesday, June 9, 2010

Lagi Dua Hari Semua Start Gila

Ni bukan gila sebarang gila. Bukan gila cakap sorang sorang, bukan gila nak terjun bangnan bunuh diri. Jangan salah faham ya.



Bermula lah musim gila bola..


Saya minat ke bola? Tak berapa la. Lain la adik saya tu, gila bola sampai tak ingat pelajaran. Eh, ye ker. Papa? Minat jugak bola tapi lebih kurang macam saya la. Tidak gila bola. Sepanjang kahwin ini belum lagi saya tengok dia berjaga malam semata mata nak tengok bola. bola je kot gila dia hehe . Sebab tu saya cakap, dia tak berapa gila bola.


Tapi penangan Piala Dunia 2010 atau WorldCUP 2010 ni, boleh buat semua orang jadi gila bola. Sana cakap bola, sinun cakap bola. Sana ada gambar bola, sini ada gambar bola. Kat dalam tv, macam macam adverts pasal bola. Gambar orang Malaysia sepak bola, gambar orang Brazil sepak bola, gambar orang Africa sepak bola. Beli barang tu, dapat bola sebijik. Beli barang ni dapat bola sebijik. Hah sepak la ko bola tu. Beli barang ni, dapat jersi team ni, dapat jersi team tu. Kat KL pula, kat mana mana saja cerita pasal bola dan gambar bola. Malah satu dunia sekalipun cakap pasal bola.


Pastu drama tv pulak. Yang tak tahan drama Melayu. Macam macam kisah pasal bola. Bini yang naik hantu sebab laki gila bola, sampai tidur pun mengigau pasal bola. Pasal budak pasnag impian nak jadi pemain bola.Dan macam macam lagi. Kuat betul kempen. Malaysia pun tetap kena tempiasnya. Hebat sungguh. Dah empat tahun sekali kan?





Papa dah awal awal cakap sokong mana, Brazil dan tentu tambah color yellow his feveret. Then tanya saya support mana. Saya cakap tak sure lagi. Tengoklah nanti saya support Spain ke, Germany ke England ke. Saya tak kisah janji best. Saya pun tak tahu sangat pasal pemain pemain untuk musim kali ini. Baik cara ke anak yang comel lote tu dari duk membilang nama pemain bola. Huhuhu.


Tapi saya paling ingat follow bola ni masa World Cup 98, masa tu tahun nak PMR. Gila follow sampai kat sekolah pun sibuk cakap pasal bola. Tak kira dah kawan perempuan ke kawan laki. Semua bola dan bola. Sampai tengok muka cikgu pun nampak bola dah dan papan hitam itu adalah tiang gol. Tet! Tak baik...


Tahun tu saya memang minat sungguh dengan Gabriel Batistuta dari Argentina. Sampai gunting gambar dia letak dalam buku Kimia patutlah selalu Kimia failed . Teringat pulak Cikgu Ruzil yang mengajar Kimia muka macam Awie. Tapi Awie version yang sejuk mata memandang la hihihihi.





Dan juga Paolo Maldini dari Italy team. Tengoklah, Mr Perfect kan tu! Masa ni boleh la nak cara bola, takde anak dan suami yang nak dibelek. Walaupun ada buku buku pelajaran yang penting masa tu. Now, tak molek dah memuja kehenseman dan menunjukkan keterujaan pada lelaki lain selain pada suami sendiri. Berdosa besar, Allah swt sangat tidak merahmati dan memberkati hidup. Nauzubillah. Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri.





Dan masa tu jugak, saya support kuat team England, Germany, Italy dan Brazil. Nama hafal satu satu. Akhirnya France menjuarai World Cup 98. Dan setelah tahun ke tahun, minat saya pada bola dah tak berapa. Masa World cup 2002 kat Korea, saya tak ikut dah sebab kebanyakkan masa perlawanan adalah sebelah siang-petang dan dah saya kat asrama kolej kat Melaka.


Ok, malam esok adalah acara pembukaan. Jom kita sama sama tengok. Mesti happening. Tak silap pukul 1 pagi. Saya suka menulis tanpa fakta sebenar. Benci! ;( . Lepas tu terus ada perlawanan pembukaan, team mana saya tak pasti lagi, sebab yang sedihnya kami belum ada jadual perlawanan. Ni saya baru tengah tengah google dan Mr Papa akan print kan nanti. Yea...!!





Korang semua dah beli baju bola? Baru lah lagi semangat nak tengok bola. Agak agak siapa pula yang akan menjuarai? Oh, masih terlalu awal untuk membuat tekaan. Skema ayat!


Sekian..!

Monday, June 7, 2010

Masing Masing Menambahkan Koleksi Yang Ada

Yea! Saya dapat mempujuk Papa untuk ke Masjid India lagi sebab shawl punya pasal. Aihhh. Takda kerja! Alhamdulillah saya dah jatuh hati dengan pelbagai jenis shawl ni lepas melahirkan Likha. Saya rasa shawl lebih senang dipakai daripada tudung bawal tu. Shawl tak payah di iron man mahupun di basuh. Hahaha! Saya memang jarang membasuh shawl.. Heee teruknya!


Sekarang giliran Papa menunggu saya dalam kereta tepi jalan. Paham paham la kat situ, amat payah nak cari parking kan, melainkan parking kat tepi tepi or bersusun kereta then tunggu dalam kereta. Saya cuma pergi kedai kedai yang dekat dekat dgn kereta saja. Malas berjauh jauhan dan bersesak sesak dalam macam macam asap dan bauan India.


Saya menjadi terkujat. Obvious sungguh! Yang saya tak percaya adalah harga harga shawl tersebut. Rasa tertipu lak membeli shawl yang mahal. Tet! Tak baik. Rezeki masing masing kan..? Nama lagi berbisnes...!




Oleh kerana, saya memberi masa hanya 15minit untuk diri sendiri, saya sempat grab 8helai sahaja. Oklah tu. Malas berlama lama. Saya takut jalan sorang sorang. Rasa di perhatikan, walau tiada yang memerhatikan. Hahaha Perasan!





Sekarang tersadai kat rumah, boleh la buat *sehe sehe* sambil keluar jalan jalan makan angin sampai perut kembung banyak angin. Tett!




Model saya memakai shawl yang berharga RM5 sahaja. Sila percaya!



Lepas tu kami ke Midvalley sebab saya nak membeli cupcakes tu lah. Saya pun dah tkde mood nak jalan, rasa bosan dan letih sangat. Cukup cukup la berjalan kat shopping mall. Sampai rasa tersedu menangis dalam hati. Makkk aii! Perasaan apakah ini pulak? Nasib baik boleh kontrol bila tengok telatah anak yang comel dan suami yang hensem. Oh, beliau tidak memakai baju kuning Diraja itu.


Cuma beliau turut mengambil masa untuk menambah koleksi beliau juga. Adakah ini membuatku bersedih dalam hati..? Umpama aku bermadu berkongsi kasih sudaaaaaaaaa.. uuuwawawawawawawa!!


Jeng jeng jeng lagi....

Sila saspen!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Naruto Shaipudden in the house!!





Banyak koleksi yang dibeli.
Dan mendapat info yang penting bagi beliau, bila episod yang baru akan sampai ke Malaysia dua minggu sekali!



Oh tidakkkkkkkkkkkkk!!! Now, kita boleh discontinue Astro dan Malikha sila membesar bersama Naruto Shippuden ya dan Mama jap lagi pandai terbang dan cakap Bahasa Jepun. Oh, Hatiku di Harajuku...! Oh, Encik Naruto..! Apalah nasib. Jum lah Papa, meh saya sama sama berkongsi hobi ini dengan Papa yer... ;(


Sebelum ke mana mana tempat tadi, kami isi perut di Kedai Nasi Ayam Kampung kat Kampung Baru. Akhirnya setelah 8bulan bercuti dari tempat ini, kami memulakan balik apa kegemaran kami dulu dulu. Yihuuuu! Kali ini, Likha kat luar perut dah. Dulu, Likha pun sama enjoy makan ayam kampung. Patutla tu masa mula mula lahir badan keras, tegap jer!




Likha duk atas baby chair ni sekejap saja, dia belum boleh duduk. Papa makan laju laju, pastu riba Likha. Mama sambung menghayati kesedapan ayam kampung goreng yang dulu tidak pandai nak makan sekarang dah pandai sampai tak toleh kiri kanan. Hihuhihuhihuhihu.


Balik awal. Malam layan diri masing masing. Bai bai..


Sekian..!

Thursday, June 3, 2010

Bila Saya Ralit Mengadap Internet

Dah sejam lebih saya mengadap kerja kerja dekat internet, Papa lalu nak g toilet cakap ''Tengok anak Sayang tu, dah jadi apa dah..''


Hahaha. Dah Mamanya layan blog, Papa layan?



Anak layan?




Ok muka hepi bak tepung gomak takde sapa larang main bedak yer.





Bila Mama datang, garang ni terus buat muka blur.


Ni cop mohor dia ya.


Oklah, saya tak nak berlama lama. Kesian buah buah cinta saya diluar sana nun. Cepat Naruto blah..!

Syurga Bagi Perokok Tegar?

Semalam dah janji dengan Papa untuk membeli belah groceries yang dah kehabisan stok kat rumah. Kesian my Likha, hanya makan bubur nasi yang dicampur dengan susu formula dia. Macam tak cukup nutrien pulak. Tapi tetap lazat bagi dia. So saya mahulah bershopping carrot, apple, dan macam macam lagi keperluan di dapur.





Sambil sambil kami bercinta dinner di Kenny Rogers.


Lepas makan, jalan jalan dalam Giant tu. Kira takde rushing sangat la malam tadi. Budak gemuk pun mood yang baik baik saja.


Tetiba Papa bgtahu saya tentang booth, Smoker Haven. Oh ni lah dia, rokok eletronik seperti yang di ceritakan Kak Jue Madu Goncang comel cute tuh. Nampak dia macam berminat, tapi kami tak paham macam mana rokok elektronik ni boleh berfungsi. Sedut sedut tak habis ke? Tengok pada harga untuk sekotak, boleh tahan mahal macam bedil .. Ermm, rokok ni ada rasa macam rokok Malboro dan Dunhill tak silap. Then, rokok ni boleh di hisap di mana mana saja, kat hospital, dalam kereta, dalam flite.. hah jangan pasni dalam firefly Papa hilang ke toilet sebab nak layan rokok elektronik ni.




Nah! By saya memang perokok Pall Mall, tapi tidakla setegar mana. By perokok yang hormatkan saya dan orang lain, tidak merokok dalam rumah. Bila sudah merokok, cepat cepat berus gigi baru datang dekat saya dan anak. Kadang kadang spray parfume sikit kalau bau rokok masih melekat kat badan. Tapi, anda tetap jugak perokok kan??!


Bila kat kampung pula, tambah tambah kat rumah mak beliau langsung terus tidak merokok. Sebab orang sana sangka dia bukan lah seorang smoker. Kalau kat rumah saya, even Abah saya merokok di meja makan, dia tetap jaga tahan nafsu untuk tidak merokok depan orang tua. Pastu dah malam sikit, suruh saya buatkan air manis untuk di layan bersama sebatang rokok dan duduk di pinggir luar rumah dalam gelap. Eh eh , kenapa mesti smoking bersama air manis atau sebutir sweet? Tak pun ajak saya temankan keluar pergi 7e konon konon tapi sebenarnya nak layan rokok sekejap.. Hikk.. Saya membuka rahsia.


Saya tak kisah dia nak smoke or tak sebenarnya.. Biasa biasa jer.


So pada siapa siapa yang nak tahu lebih lanjut pasal rokok eletronik ni, bolehla klik SINI. Wah tak pasal pasal pulak saya mempromot rokok ini.


Sekian...!



Tuesday, June 1, 2010

Bercinta Selepas Kahwin

Hari kedua, Check In kat Hotel Renaissance.




Malam, hantar Likha balik rumah Tokmi. Papa ngn Mama nak bercinta sekejap yer. Hahaha. Sian Likha, dah la nangis nangis tak kenal orang.



Syok ok bercinta pas kahwin.
Bercinta sebelum kahwin tak syok.
Boleh jadi terhutang budi, tergadai body.
Hehehe.
Pas kahwin, nak gadai, silalah gadai gadai oke!
Hahaha.


Pastu kami pergi makan.
Kul 12 tengah malam lebih baru ambil Likha.
Likha pun nampak Papa ngn Mama, terus bahagia.
Haiissh!




Tuesday, May 25, 2010

Walaupun Dah 31 Tahun

Ni saja entry kisah pasal suami, bukan nak gosip pasal dia, bukan nak mengumpat pasal dia.. Tapi sesaja sebab saya kat bilik tengah buat entry ni, dia boleh layan CD Naruto yang dia beli bebaru ni.



Saya bukak tenet sebab nak buat satu online transaction dengan Maybank2u la, of cos.. Tq By for that money :).... then curi masa kejap baca blog kawan kawan untuk hari ini, sekali speaker dah kuat kuat, ingatkan layan The Pacific... Yes! Kalau siapa siapa yang tahu pasal cerita ni based on true story, kat HBO kadang kadang Star Movies, The Pacific dah siri 09, ada lagi satu siri nak habis. Tu pun beliau tanya tanya saya, tak minat ke tengok..nape la sayang ni tak minat.. lebih kurang centu la ayat dia sokmo... Ya lah, mana la saya minat cerita perang, bom sana bom sini. Baik tengok love story kan.


Rupanya dia layan Naruto! Saya saja la kacau dia sambil nak tidurkan budak gemuk potato saya tu, tanya itu tanya ini.... Sekali keluar lah orang yang besar dari tanah, nak lawan dengan Naruto team..... Boleh dia, huuuuuuuuuuuuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Macam kagum yang amat lah dengan part tu! Maknanya dia tak layan la soklan soklan saya tadi!


Wallah! Camtu lah kalau dah minatkan? Naruto kat tv3 setiap Jumaat kul7 malam, kalau beliau terlebih kerja, mesti paksa saya suruh tengok. Hihihi. Saya kalau dah pukul 7, cepat cepat jer tutup tv. Saya tengok iklan Naruto kat tv3, dia mesti cakap TV3 Kids... Kids apa nya kalau Bapak Kids yang nengok???


Saya tak faham la feeling tengok Naruto ni...... Adooiii... Lagi satu, jangan kacau time asben kita tengah layan benda kesukaan dia. Kalau tak kita jugak yang makan hati berulam jantung. Hikhik.


Yeye! Malam ni cerita feveret saya, Desperate Housewives kat 8tv. Kadang kadang, beliau layan jugak cerita ni dengan saya ;) Erm... tapi, saya rasa season ni dah nak habis lah, sebab dah ada iklan The Vampire Diaries... Takpun, nak ganti The Ghost Whisper kot..


Tolong.. Tolong, jangan habis!

Hari Hari Mau Makan!

Tak tahu mengidam jenis apa. Ketagih agaknya. Hari hari rasa nak makan Nasi Ayam Penyet ni. Kelmarin dah makan, semalam nak makan lagi. HUH! Kedai dia, dekat je dengan rumah saya ni. Tapi tetap kena tunggu Papa belikan bawak balik kan? Kalau boleh drive bawak si kecil tu, hari hari laju jer saya pergi situ.





Kalau nak compare dengan kat Warung Penyet kat The Curve, rasanya yang ni lagi malatopp!! Nampak jer macam tak best kan??? Tapi sambal dia, cayalah...




Sejak bila la saya suka makan dan sekarang dah ketagih dengan Ayam Penyet ni? Ingat dulu, mula mula femes masa saya baru nak kahwin. Bila adik adik saya, dengan Mary duk ketagih benda ni, saya tanya jer, ''eii, best ker??''


Pastu dah mula mengandung langsung tak leh bau ayam dan benda benda bergoreng. Bila ingatkan ayam penyet dengan habuk habuk dia, wallah...! Rasa nak keluar semua isi perut.


Tapi sekarang...? Dasyat jatuh cinta, sampai saja saja malas masak sebab nak makan ni! Hihihihi.


Hari ni nak masaklah, stok dalam peti ada lagi. Masak okay. Sian By hari hari gi beli Nasi Ayam Penyet ke bini, sampai naik malu agaknya! Hihihihi.


Sekian..!

Monday, May 17, 2010

Konfius Nak Memiliki Yang Mana Satu

Saya betul betul berkelabu mata penuh bintang bintang berkelipan kalau sampai kat toys department Metrojaya, The Curve. Kat situ tersangat lah pink, untuk girls punya side yer. Dengan Hello Kitty, Dore The Explorer, The Little Pony, Barbie Dolls, Barney and Friends, etc.


Kalau untuk boys, paham pahamlah. Dengan robot robot Transformers, dengan kereta kereta kecil Hotwheels dan macam macam lagi lah yang langsung tidak memikat hati saya. Nak beranak girls ramai ramai saya boleh tak! Hehehe.






Akhirnya beberapa kali pergi sana, terjelepuk jugak saya dengan benda alah ni. Malam pun tak lena tidur. Haha! Saje buat ngok ngek kat diri sendiri. Hemmm.. Kenapa saya rasa saya perlu benda ni?
  • Barbie yang pink dan comel tersangat
  • Likha kena ada satu, takyah dah share satu bag dengan Papa Mama. Lagipun dia suka conquer tempat kami.
  • Likha boleh pakai sampai dia besar.
  • Selalu pergi travel dan terbang macam burung and nak pergi travel banyak banyak pasni. Berangan!
  • Saya tak merasa masa kecil kecil dulu. Hahaha. Alasan yang paling kukuh!

Benda ni betul betul menarik saya. Saya dah pergi jauh jauh pun dari situ, tetap terjeling jeling lagi sampai juling. Haih!


Akhirnya semalam saya dengan Papa termenung panjang depan dia. Papa dari hari tu lagi, soklan dia satu jer, semalam di tanya tanya lagi.. ''Nanti sapa yang nak tarik?''... Wahai Papa, tak tengok ke Barbie yang comel tu? Kalau Papa yang tarik macam mana Papa tarik luggage kita sekarang ni, Papa lagi lah bertambah kacak!


Haha. Tu yang payah nak buat decision tu, rupanya takut kalau kalau kat epot nanti dia yang kena tarik. Pastu susah sebab dua dua molek sangat bentuknya. Nak suruh Likha pilih, sah sah dia lagi konfius haha. Payah jugak nak pujuk Papa, gosok punya gosok, akhirnya yihaaaa! Safely arrived at home with beauty mouty.


Nak tahu yang mana kami pilih? Nanti nanti yuols akan tahu gak la. Bila bila nanti kami nak fly, saya tempek kat sini besar besar ya. Oh ya! Hujung bulan ni, berflyvacation lagi... Tapi ke tempat jatuh kami saje... Papa ada meeting yang penting. Saya? As his right hand, ikut aja lah ;)


Bergegar sebab Likha melompat lebih tinggi



Oh! Mybuahati dah selamat masuk wad kat Sony Centre The Curve. Dah memang tak boleh di repair sendiri, Papa pun dah senseng kaki seluar nak merepair, tp tidak berjaya. Complicated sangat ke problemnya? Tah la labu... Ok, seminggu lagi disharge la. Hopefully, tak mahal la chargenya yer! Sekarang kena berjimat cermat dan menabung nanti nak pakai banyak duit untuk masuk rumah idaman kami kan??? Eh, boleh ke ku tahan nafsu jimat cermat! Ngek!


Sekian...!