SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Berbuka Puasa Dengan Geng

Sabtu lepas, saya dan suami meluangkan masa berbuka puasa bersama geng sekolah saya dulu. Organize kemain lagi, tapi geng ni jugak la yang setia dari dulu. Kami paham, member member lain sibuk dengan urusan masing masing. Lagipun dah dekat nak raya ni.


Date dipilih sempena, kawan sorang, Jeme baru sampai dari Algeria. So transit kejap kat KL sebelum fly ke kampung halaman tercinta, KB.


Kami berbuka di Restoran Intai Intai, Ampang Hulu Klang. Kalau nak tahu, owner dia adalah Cik Baha, yang femes dekat AF tu. Korang kenal tak..? Ni kira restoran artis artis gak la. Cik Baha ada la saya tengok hari tu kat kaunter. Makanan... punya la banyakkkkk pilihannya sangat dan boleh tahan sedapnya. Oklah.


Cuma saya tengok geng geng ni, makan tak banyak lah. Malu ke apa??? Huhuhu. So dengan saya pun, makan ala kadar sahaja. Hehehehe.





Tiada dalam gambar, 3 orang. Cepat balik sebelum bergambar.
Friendship dari zaman sekolah rendah dan menengah
yang menyimpan 1001 kisah, kenangan dan rahsia.
Tapi ni pun masih tak cukup korum ;)
Semoga persahabatan tetap berkekalan walau dimana saja berada.




*Pelik kan bila aku berkawan rapat dengan mereka-lelaki dan berkongsi segala masalah dan cerita (itu dulu,sebelum kahwin)........ ;)



Oklah, meh nak promo... Sesiapa yang berminat nak makan makan kat restoran ni, boleh klik sini. Best dan sangat lah murah!! Berbaloi..... ;D



Sekian..!

Cerita Raya Yang Bakal Menjelma


Alhamdulillah, persiapan raya untuk keluarga sudah lengkap. Hari ni, bertopsy turvy nak packing semua barang masuk bag. Yebba yebba, kami akan pulang berhari raya dengan kereta. Harap harap Likha takde buat hal sangat sepanjang perjalanan. Semoga kami selamat sampai dengan selamat dan melalui perjalanan yang baik baik saja. Dan dengan happynya jugak, kami akan bercuti selama 12 hari di kampung. Wooohoho! Sakan la balik kampung.



Baju raya untuk mektok. Baju kurung cotton same color tema our lil family, dah ku jumpai... Dress, gown dan baju casual.
Berapa jam budak kecik ni boleh pakai dress eh..?




Kuih raya untuk family dan family in law ku. Harus ada. Tahun kedua beraya ada dua rumah ;) Perasan tak, kuih kuih ku semua gelap gelap gelita. Ni lah akibat mengorder tanpa tengok rupa bentuk biskut, tapi memang 1st ku prefer choc dulu ;) Kat KB nak pick up lagi setengah dengan member baik ku, Wanie. Tahun depan, buat sendiri. Yea, tunggu oven siap pasang semua dulu ;)




Kereta pun dah siap diservis dan tukar tayar mayar segala bagai. Siap sedia untuk berjalan jauh. Kereta pun nak raya weii.. Kebetulan pulak major servis, bermalam la bini Papa no 2 tu kat Euromobile. Huhuhu.






Last, tidak dilupai duit raya. Sudah menjadi tradisi sejak tahun kedua sambutan raya bersama. Not color biru untuk anak anak buah yang dah lepas SPM, tak kira lah masih belajar kat U or dah kerja or dah kahwin, yang not color merah untuk anak anak buah yang bawah umur 18 tahun. Tak kira umur 2 tahun pun dapat yang sama. Adil dan saksama. Dan yang not hijau.... adalah bahagian saya sebenarnya. Yang dua color tadi, bahagian Papa. Hehehehe. Ok, ini untuk anak anak buah belah Papa dan belah saya juga. Bagi adil dan saksama. Takde kurang dan lebih. Anak sedara Papa, anak sedara saya jugak, cam tulah jugak dengan Papa. Harus lah adil, so that esok esok anak saya pun orang akan berlaku adil jugak. Cewaaahh... Tak gitu..?



Oklah, ni tahun kedua saya bersama seorang suami dan tahun pertama bersama Malikha. Masalah nak balik beraya di mana tidak pernah menjadi masalah, sebab hala tuju kami adalah sama. Satu kelebihan disitu. Cuma tahun lepas, hari pertama raya di rumah MIL dan tahun ni Papa dah decide kat rumah my family plak. Happy of cos lah, sebab tahun lepas ku dah terlepas nak beraya dengan abang abang ku di pagi raya sebab anak anak buah Papa ramai sangat.. Huhuhu nak tunggu abis turn membagi duit raya tu sampai berjam jam hehehehe. Malikha is cucu ke 32 belah my MIL ;)



Actually, bagi saya tak kisah sebenarnya nak raya mana mana. Sebab rumah MIL ngn rumah my parents tak sampai pun 20 minit. Kalau rasa nak tidur sana, start kereta nahhh sampai... Kalau rasa nak tidur sini lak.. Jom... jap tu dah sampai... Hehehehehe. Untung kan..? Tak boleh imagine, kalau seorang belah Utara seorang belah Timur... Huhuhu Nangis syahdu syahdan la pagi pagi raya....





Ok, so far takat ni lah. Insya Allah, kita akan bersambung siaran bila kat kampung nanti.. Oh ya, zakat fitrah untuk kami bertiga tahun ni, Papa akan langsaikan di kampung halaman nanti. Macam tahun lepas lah. Ewah... Berapa ya untuk tahun ni..? Tak kisah berapa pun, yang wajib tetap wajib.... Barulah sempurna segala tanggungjawab kita.. Insya Allah... Oh, Ramadhan pun dah nak berlalu kan..bila Raya dah nak menjelma... Umur panjang, jumpa lagi tahun hadapan....



Then, saya percaya esok dah ramai mula bercuti dan merancang perjalanan untuk balik ke kampung. Jadi, pastikan semua dah ok, jangan lupa kunci rumah elok elok dan mulakan perjalanan dengan Bismillah dan doa naik kenderaan. Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui masing masing, jangan gopoh dan tak perlu jadi hero di tengah jalan ya. Kepulangan kita semua dinanti.... Ingat orang orang tersayang yang menunggu.. Dan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....!



Samat ali laya untuk awan awan Amma syumeee.... ;)



Untuk saya dan keluarga, semoga raya tahun ini akan lebih bermakna setelah berdepan dengan pelbagai dugaan yang ujian dari Allah swt tanpa henti... Semoga yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi... Dan semoga hubungan kami sekeluarga dan adik beradik utuh seutuhnya... Insya Allah...



Kad raya blog akan menyusul nanti.... ;)



Sekian..!!

Monday, August 30, 2010

Shopping Untuk Raya


Dua ari pusing KL untuk buat persiapan ala kadar Raya tahun ni. Letih, arini terjempuk kat rumah. Esok sambung lagi huhuhu.




Masa tak tidur, rambang mata tengok banyak kasut sampai buat hal kat Clarks.





Oh, picture ni semalam. Berterabur... :(




Ukur kaki time tidur. Baru aman. Size kaki 3.5....





At Metrojaya, Midvalley...





Sepasang untuk Likha, sepasang untuk Papa. Clarks adalah koleksi paling feveret Papa, sampai anak pun nak dia nak Clarks gak.. Tahu la minat Clark Kent. ;p




Mama, setakat ni berpuas hati dengan ini semua...





Sekian..! (tkde mud nak update)

Wednesday, August 25, 2010

Semalam Semua Homemade


Dah 15 hari berpuasa, takde lagi saya jaja juadah berbuka yang saya masak kan..? Bukan tk masak, masak eiii, tp bulan bulan pose ni malas aja nak share n snap pic masakan... Oklah, dis tyme baru nak share ni.


Semalam, semua homemade, dari sirap cincau, popia goreng, ikan bawal sweet sour, telur dadar ulam kacang panjang dan of cos la nasi putih kan.. Telur dadar last minit baru terfikir... ;) Kira semalam tkde beli apa apa dari PARAM ceh, dah pandai sebut PARAM =p. Kalau tak biasanya Papa lik kerja singgah je beli samosa ke, roti john ke...






Untuk Papa, saya gorengkan ikan bawal dan asingkan khas unttk dia. Sebab dia lebih suka yang bergoreng garing. Simple je la kan. Penat masak pun tak kisah lah janji puas hati masak apa yang kita nak makan.







Tapi yang penting, bulan puasa ni kiteorang dah tukar selera makan ikan ikan saja. Betul lah, dah bosan makan ayam tulah asyik makan ayam kg rasa. Ahad lepas pergi Giant, tengok ada ikan Siakap, rm7.99 je seekor. Murah sangat, kalau makan kat kedai mau jadi 30-40-50 seekor kan. Beli la dua ekor. Satu dah goreng garing garing, tengok satu lagi nak try buat siakap stim ke ;)



Kelmarin dulu masak sup daging, bagi kamceng ngn siakap goreng garing tu. Pastu set ngn sambal belacan, ulam kacang dan terung... Hari ni nak masak daging masak kicap la pulak ;)



Sekian..!

Tuesday, August 24, 2010

Rumah Tunggang Terbalik


Walaupun tidak beraya di sini, saya dan suami bergotong royong jugak kemaskan rumah. Sofa yang besar macam bukit kat ruang tamu saya dah ubah dah minggu lepas, penat wohh angkat sendiri. Tak sabar nak tunggu Papa balik, tu yang angkat sendiri. Konon konon nak suprise. Letih terus rasa nak berbuka la jugak.



Suka dengan suasana baru kat rumah. Rasa lebih lapang, luas dan berangin. Betul la orang cakap, kadang kadang bila kita ubah kedudukan perabot rumah kita or bilik tidur, boleh menyemarakkan lagi rasa kasih dan cinta kita..kan kan..? Jemu kalau dah bertahun duk macam tu jer gayanya... Huhuhu. Try la kalau tak percaya ;)



Banyak dah benda yang saya ubah. Katil kat bilik tidur. Segala perkakas rempah ratus kat dapur untuk memasak. Pasal kerja rumah pulak, kain baju pun takkan ada yang berminggu tak lipat dan berlonggok atas katil. Pampers Likha pun takkan berhari longgok tak berbuang. Barang barang dalam freezer pun pastikan semua tersusun rapi dalam bekas tertutup, dapur pun lepas masak terus sental. Kalau boleh cuba elakkan dari tangguhkan kerja, sebab tu akan memenatkan kita kemudian nanti.. Boleh dikatakan, kerja rumah masih dalam kawalan, walaupun masa asyik kat depan lappy . Alhamdulillah semua terkawal.. Kata surirumah kan! Cuma bab mengemop lantai.. Aduyaiii.. Sakit belakang! Hihihi...






Ahad lepas, kami sama sama buka seat cover sofa tu, untuk dicuci. Kalau buat sorang memang lelah la saya. Ok, ni kasi sental sume. Tapi bukan saya lah, hantar dobi ye ;).... Banyak dan besar besar, mana muat tempat dryer tu...






Tapi hari hari rumah ku tetap macam ni rupenya ya... Macam nursery pun dah ada. Eh, nursery macam ni ke bersepahnya.... Biarkan die terbalikkan sumenya, kalau saya simpan kemas, die sepahkan jugak... Biar lah dio..! Budak tengah nak membesar, mana kita boleh sekat kan..?





Ni tukang terbalikkan rumah ;)






Update Likha's finger after 3 days happened.
;(
;(
;(
;(
;(




Sekian..!

Mencari Nasi Kerabu


Oooo rupanya di bulan Puasa ni, secretlover saya, Cik Puan Tacha membantu ibu mertua dan family berniaga nasi kerabu di bazar Ramadhan Seksyen 2, Shah Alam.






Oleh kerana banyak hal di petang Ahad lepas kat Shah Alam, saya dengan Papa menjengah ke bazar tersebut.... Mak aii, patutlah laku kueh kueh yang dijual, dah kalau Cik Tacha yang comel lote tu yang tukang jualnya ;)







Dapat la nasi kerabu hitam. Satu untuk saya, satu untuk Papa. Papa punya ada paru goreng dan daging bakar... Boleh tahan sedapnya dan alahai... bnyak sungguh sebungkus. Kembung sampai ke malam kiteorang tipu, pastu makan pulak tengah malam kekenyangan ;)



Ohhh, sebab kat situ area student kan sebab ngan UITM, banyak la yang meniaga juadah untuk pakej student. Contoh macam ni, Nasi Tomato RM3.50, Nasi Tomato Student RM 3.00. Haaa... Kebanyakan semua gerai cam tu.. Cam ne kalau yang pergi tu nyamar konon konon student UITM..? Ke kena tunjuk Student Card lak..? Heee macam macam kan...? ;)



Apa apa pun, nasi kerabu itu sedap... Tabik =) So sila sila lah jengah gerai nasi kerabu AniZul beliau ya... Promote!



Sekian...!

Terkepit Jua

Ahernya, tertewas jugak jari jari Malikha bila menjadi mangsa tersepit di pintu.. Akibat kecuaian bodoh Mama. Dem!



Maafkan Mama ya, Sayang! Tuhan jer baru betapa hancurnya hati saya masa kejadian ni dan traumanya bila ingatkan balik. Rasa nak tanggal semua benda pintu dan apa jua yang berengsel kat rumah ni. Biar dogol!







Nak salahkan Malikha pun tak boleh jugak, bila dia sibuk sekaki dengan Mama yang sibuk nak bersiap pakai baju pakai tudung. Dia apalah tahu kan..?? Mujur lah setakat ni jer, tak berlebihan jadinya... ;(



Sekian..!

Monday, August 23, 2010

Jiwa Yang Pecah


Mood hari ini.






Bila niat kita disalah ertikan. Tiada siapa yang sempurna dalam hidup. Pengajaran dan pengalaman hanya yang akan mematangkan kita. Dan dengan harapan, bila pengajaran dan pengalaman berguna kita itu tidak berulang pada yang orang kita sayangi... Semoga Allah swt sentiasa membuka jalan yang terang dan benar untuk kami dan mereka... Tunjukkan segala kebenaran itu.. Amin.







Walau apa pun jadi, Papa tetap kawan saya sehidup semati... Insya Allah, Dan Likha lah tetap penghibur hati saya... Kalau mereka takde, tak tahu lah saya. Jiwa saya dah cukup patah. Saya berharap, Papa dan Likha akan sentiasa ada di sisi Mama tak kira susah dan senangnya kita.. Insya Allah, Allah swt mengerti dan biarlah semoga kasih kita sampai ke syurga. Amin..



Meluah bukan, mengata pun bukan. Tapi aku bukan orang yang suka bermusuh musuhan...



Weiii, apalah angin kus kus ni. Bulan mengambang dah dekat ke..??



Sekian..!

Saturday, August 21, 2010

Rojak Bulan Ramadhan

Walaupun dah bersuami dan beranak pinak , kenangan Ramadhan masa kecil kecil dulu mesti tak pernah lupa. Tambah tambah bab waktu berbuka dan bersahur.



Ingat dulu, alahai meriahnya rumah Abah Umi.. Masa tu saya adik adik kecil lagi, rumah Abah 7 bilik tu penuh semua. Rumah Abah memang besar, ada bilik 7 ditambah lagi 1 bilik. Hobi Abah ni, asyik renovate rumah jer tahulah kontraktor baru baru ni di tambah bilik air satu di bahagian hall dapur. Tulah saya risau, bilik makin banyak, orang makin kurang kat rumah tu. Kesian Umi...., nak menjaga satu hal kan..? takpe, ibu Moh ada



Dulu, bila abang saya yang sorang masih bujang. Kakak sulung a.k.a ciklonggg Likha pulak, baru berpindah dari Pahang, booked satu bilik sebelum pindah masuk rumah baru. Abang no 2 pulak, satu bilik. Tambah tambah masa tu, arwah kakak ipar, Kak Za masih ada. Semua hal bab bab sahur ni bagi kat dia la. Ringan kerja Umi masa tu. Dia yang akan bangun dulu, masak nasi, panaskan lauk, kalau ada nak masak, masak dulu, patutlah kita semua sayang kat dia.. pastu baru lah dia akan round satu rumah ketuk dari bilik ke bilik. Bangun lah, sambil genyeh genyeh mata.



Masa tu jugak Azwanis Caltex 24jam.. Ada pula pekerja setia ni, nama Samasudin... Samasudin ni time tu muda lagi, baya baya abang aku jugak la, tapi aku kalau tengok Samasudin ni mesti ingat kat Zamani Slam, biarpun tak sama. heh.., Samasudin pun di ajak sekali. Makin meriah. Ada pulak Mekyah..., pembantu rumah kiteorang yang dah jadi macam anak beranak. Mekyah ni macam bola, sekejap rumah makcik sana dia boleh pergi, sekejap rumah makcik sini boleh, sekejap duk KL, sekejap duk rumah Mat Sabu sebab pakcik yang sorang tu kamceng Mat Sabu. Weii, kenal ke Mat Sabu korang..? Huh.



Tadi bab bersahur, bab berbuka pulak kiteorang memang akan makan kat bawah. Umi akan bentangkan tikar, ada dua bahagian. Satu bahagian orang orang tua, satu bahagian budak budak macam aku masa tu lah. Lauk tetap sama, dua bahagian juga. Takde kurang takde lain. Kucing kiteorang masa tu pun sibuk la empat kaki nak menyendeng nyendeng sekali.



Umi pun di bulan Ramadhan, dengan baik dan rajinnya akan memasak lebih makanan lauk pauk dan juadah berbuka untuk pekerja pekerja stesen minyak sekali. Kiranya bersedekah la. Lauk mesti sama, apa yang kiterorang makan hari tu, lauk tu jugak lah yang diaorang akan makan. Semoga Allah swt akan sentiasa memurahkan rezeki umi.



Yang paling best, bila Nenek kiteorang, Nenek Wea pun ada tinggal sekali dalam rumah Abah. Nenek Wea memang ratu dapur la tu yang orang lain selalu salah anggap tu.. Tak payah cakap nak makan apa, hari hari ada saja la yang dia buat, puteri mandi, kuih buah nangka, pengat pisang, sira pisang, lompat tikam, kerabu tu kerabu ni...Nenek Wea memang rajin dan masakan dia memang la tak leh lawan sapa even Chef Wan pun . Memang tak yah beli kat bazar ramdhan dah time tu.



Masa belajar, aku tak berapa ingat cuma aku ni memang seorang student yang homesick gila gila. Huhuhu.



Conclusion:
Sebagai seorang anak, dulu, mereka merekalah yang memasak dan menyediakan semua juadah sama ada untuk bersahur mahupun berbuka. Aku sekadar membantu apa yang patut.


Sebagai seorang isteri yang tahun lepasnya sarat membawa perut, bangun seawal 4.30 pagi menyediakan sahur untuk suami buat pertama kali - dan akan berlanjutan selagi hayat dikandung badan.


Sebagai seorang Mama Likha yang tidak ada perubahan besar sangat sebab dia pun masih kecil lagi. Bab berbuka ok macam biasa, tapi bab bersahur agak kucar kacir,tapi tak kisah mana sebab kami berdua tak beratkan sangat pasal bersahur. Tapi kalau terlepas even untuk minum air dan makan sebutir dua biji kurma agak rasa ralat sebab terlepas pahala sahur itu.


Dan adalah tahun pertama, bergelar surirumah 'setengah masa' untuk Ramadhan kali ini. Aku rasa takde la yang peliknya, kerana semua orang akan mengalami benda yang sama kan..



Sekian..!

Sunday, August 15, 2010

Persiapan Raya Ala Kadar

Belum masuk lagi Ramadhan, saya dah terima SMS



Saya May! Baju tempahan sudah siap!




Hahaha, tu la dia tailor saya. Sent SMS mesti ada tanda seru! Kalau kita kita berbalas SMS dah tentu jarang guna tanda tu, sebab bila guna macam seolah tengah marah or nak gertak suruh cepat kan..??



So, tengahari semalam saya ajak la Papa mengolek baju saya kat Shah Alam nun. Bila start keta je, Papa cakap '' Nak gi makan nasi ayam kg ke ni?'' Hehehehe.. Puasa Pa, puasa...! Dah la 3days in row tak bangun sahur... Huhuhu....



Dua pasang baju kurung moden saya sudah siap. Papanya baju melayu masih di tailor nun di kampung halaman... Likha punya? Saya belum ada idea... Gaun dan dress yang saya beli untuk dia ada 2,3 helai yang masih belum di pakai... Tapi malam tadi, dapat msg dari Ciklonggg Likha kat FB wall saya...





Oh ciklonggg.. Tolong la beli kan baju kurung cotton untuk Likha yaa..? Color theme raya tahun ni untuk Likha's lil family, ala ala color kereta kelisa kak Fatin Nabila, ciklonggg ;)... Hahaha, Mama Likha tak malu meminta... okaaay! Ala, bukan sapa pun...



Conclusion saya.
Persiapan raya yang ala kadar saja. Saya tidaklah teruja sangat menyediakan persiapan yang gempak gempak sekadar untuk meraikan saja.... Meminjam status kawan saya di FB...


Lupakan dulu RAYA...puase BELUM TENTU sempurna...
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dengan hati & jiwa yg KENTAL & BERSEMANGAT :D




terus insaf.......... sekejap... ;)



Sekian..!



Monday, August 9, 2010

Sendiri Buat Sendiri Tanggung


Hahaha tajuk yang suspen.



Actly, dah dekat tiga minggu rasanya tak pasang Astro, bila remote rosak. Tengok tb biasa jer lah. Nak tengok Astro bukan tk boleh, tapi kena tekan next next kat decoder la. Letih ahh gitu.



Likha pun dah dekat 3 minggu la tak layan MickeyMouse Clubhouse dia. Dekat 3minggu la tak tengok Myfriends Tigger & Pooh, Chunggiton, Angelina Ballerina, Special Agent Oso, Dibo the Gift Dragon, Timmy Time dan pendek kata Playhouse Disney dia lah. Mama ni macam ternyanyi nyanyi jer lagu MickeyMouse Clubhouse tu ;)



Mama pulak rindu nak tengok Erdward Cullen lagi dan lagi kat HBO. Hari tu, berulang ulang tengok tak puas puas. Alkisahnya, remote Astro rosak OK. Dipecahkan oleh saya. Ibarat, marahkan nyamuk bakar kelambu. Saya, gaduh dengan lipas, remote Astro dihentam! Haha.






Oleh kerana tidak mahu menyusahkan Papa, - kan saya yang rosakkan? - dengan gigih saya ke Astro Customer Service kat Uptown Lama Tmn Tun nun. Biarpun Papa dah bawak balik remote yang dibeli kat Uptown, but its not working laa... Yang ni original rm30 nanti dia akan caj kat bil kita, Papa jugak yang bayar nanti. Hahaha. Susahkan jugak!






Tapi kan, malam ni masih tak jadi. Kena check balik ngan Astro. Wat rugi jer bayar bil, Astro nya tak nengok kan. Hahaha.


Sekian..!

Friday, August 6, 2010

Setelkan Urusan Maksu Ja

Semalam Mama dan Likha ke Seri Kembangan untuk ambil Maksu Ja. Whoh! So jauh, ni lah adalah first time pergi sangat jauh without Papa n for the 3rd time with Likha using her carseat wrap tu. How yu can imagine cam mana saya nak handle dia, yang makin lama makin melasakkan diri dalam kereta.



Tengok, semua barang dah ke bawah. Jap tu dengan botol mineral tu semua ke bawah. Bodyguard dia, Tina the Tiger pun tertonggeng tak boleh wat pape.... Huh..





Sangatlah mencabar! Terpaksa pit stop kat exit USJ untuk hiburkan hati Likha sekejap. Tambah rasa mencabar dah hilang sabar, bila Mama sebenarnya headache dan perut pun tak selesa dan juga berpuasa. Headache since balik dari KB lagi... Tak tahu la kenapa!



Ada one time, Mama terhuyung hayang tengah jalan sebab nak attract attention Likha sampai kena pin pin ... Mesti driver tu tengok Mama, huh.... biasalah perempuan bawak kereta! Eh, dia bukan nampak saya bawak baby kecil kat sebelah saya yang tengah buat hal... Hem.. Likha.... likha, kalau tak fikirkan Likha, Mama dah laju laju bawak kereta.



Jauh sangat! Dari NKVE masuk ELITE masuk lak USJ, then masuk Puchong.... dan Mama amatlah tidak suka jalan Puchong bila kereta memang tersangatlah banyak. Takut tu terasa berlebih lebih bila bersama manusia kecil kesayangan kita. Kemudian, baru lah masuk Seri Kembangan..... Menyusur pulak ke rumah dia yang di hujung bukit nun. Ni first time saya sampai rumah dia.



Dulu, 2007 pun jalan ni lah Mama ulang alik dari Shah Alam ke Kajang masa buat internship kat Uniten, Bangi for 2 months. Drive laju takpelah, mana ada orang tersayang sesayanggg hari ni masa tu kan...?






Sikit lagi nak sampai rumah Maksu Ja, Likha dah tak boleh tahan dah. Mama angkat and drive while she's sitting on lap. Dah lah jalan yang tak biasa ni... Then, ingatkan bila Maksu Ja ada, habislah segala penderitaan Likha.. Tapi rupanya! Mengamuk pulak taknak Maksu Ja, nak Mama jugak... Haiihh!!! Nak taknak, Maksu Ja jugak lah yang drive kereta. Orang tu baru je lepas eksiden, Mama yang terlebih trauma lak.. Hemm.. Slow slow la kiteorang.... Singgah kat workshop jap tengok kereta...







A few lagi gambar kereta. Body kereta kiri kanan, macam tak terusik. Cermin depan pun tak pecah. Belakang, ada bekas seretan kena langgar dengan kereta misteri tu.






Tayar yang terpeleookkk. Sebab tu bila Maksu Ja brek dengan kuat, it s not work. Thats why berputar putar, sampai kereta berhenti mengadap arah yang bertentangan. Huh...







Last but not least, adik saya yang lagi sorang, Suky Tevez - datang jugak sebab ofis dia kat USJ je - yang tak habis habis menghura harakan hidup Likha dan suasana kat workshop. Tiada dalam gambar, bila dia round pusing satu kereta dengan Mr Catterpillar Likha ni. Tak ke, ngok ngek tu??!!!






Hahaahahaha. Dia memang macam Raja Lawak tu, siapa yang kenal dia memang keras perut la dengan gelagat dia! Hahaha. Bengong! Mesti pelik bin ajaib, pomen pomen kat workshop tengok Suky ni!





Then weols, terus proceed ke Balai Polis Shah Alam untuk setelkan hal report polis dengan Sarjan Adlan... Sekejap je Maksu Ja siap. Mama lepak dalam kereta je dengan Likha sebab ujan..... Ya, hujan tu nasib baik tak rasa sangat tengah berpuasa.... ;)






Kul 4lebih sampai rumah... Likha sampai kat rumah merengek rengek mengada bila tengok Maksu Ja... Rasa macam dah terlambat jer, umur 9 bulan baru nak kenal dan takut dengan orang. Hihhh! Macam macam budak ni sorang peel nya....



Malam baru hantar Maksu Ja balik. Papa ada, takpe la.... kan..?



Sekian...!

Thursday, July 29, 2010

Urusan di The Curve

Tengahari tadi, saya dan Malikha ke The Curve.



Otw to The Curve



Urusan yang penting adalah nak ke Fitness First untuk setelkan hal saya. Oklah kut, tunggu minggu depan dorang call saya balik. Dah alang sampai sana, saya bawak lah Likha pusing pusing melenguhkan kaki saya dulu. Ke Ikano jugak. Oh nanti Toy r Us nak bukak soon kat sana.



Here some photos taken.





















Puasa pun tak hari ni, gara gara keluar berjalan . Hahaha.




Otw back home



Sekian..!

Wednesday, July 28, 2010

Praktis Puasa Bersama Likha

Semalam puasa, hari ni pun puasa. Kalo rajin, nak puasa jer sampai minggu depan... Its like a training untuk bulan Ramadhan soon la. 1st time berpuasa dengan ada Malikha, tahun lepas Papa Malikha jer. Tak susah nak urus.



Tahun ni macam mana ya? Was thinking how to manage Likha while nak masak lagi untuk berbuka and prepare meals for sahur. Likha kejutkan bangun sahur ke nanti? Puasa mungkin lain sikit kerenah Mama ni nak melayan Likha... However, Mama amatlah bernasib baik, as a housewife masa lebih teratur kan..? So tkde nak rushing ke mana mana... ;)



Semua yang Mama buat ni ada hikmah di sebaliknya...



Oh ya, yesterday Fareha datang.. Menjenguk Likha dan membagi hadiah untuk Likha. Terima hadiah lagi. Murah rezeki Likha... Tq Auntie Fareha. Nanti Likha boleh pakai Raya nanti kan..?






Sekian..!

Monday, July 26, 2010

Selamat Tiba Di Rumah

Ni adalah 1st parcel yang di buka. Parcel parcel lain sila la abaikan, tu adalah baju baju dna dress untuk My Likha saja. Euwwww... renteten peristiwa CUCI MATA ini, saya telah terjebak ok. Payah la untuk tidak terjebak. Rakus hahaha. Ownernya, Kak Hanita amat lah friendly, macam dah lama kenal bila borak kat YM. Tu yang makin lemah tu hahaha.





Materialnya amat la soft. Best best! Simpan dulu, nanti kita hantar tempah untuk pakai Raya Haji kut. Huh!


Sekian..!

Berdua Pun Baik

Hari ni keluar berdua dengan Likha. Oleh kerana benda ni, Mama pun tak sabar sangat macam tak leh call PosLaju for 2nd delivery haha. Ala, post office kat Giant kat rumah ni jer. Sib baik dekat, tu yang gediks nak pergi collect sndiri tu... Klau jauh nau, takde nak pergi pong...





1st tyme Likha mencuba ini. Ok jugak, dah jadi macam baby kanggaroo duk dalam ni! Chayook! Actly, dah lama membeli Papa pun belum tengok lagi. Hari tu macam tk confident jer nak pakaikan benda ni utk Likha, tapi alih alih so good la... ;) Sebab tk confident, tu yang sorok dari Papa tu hahaha.







Ni mak kangaroo, tkmau kalah bergambar. Drive safely ye Mama, dun drink and smoke! Sokmo Mama kalut tak zip handbag huhu







Yihaa..! Safely arrived at home as Mama and Likha also..! Yebba.. Yebba!






Jap tadi, Pos Laju antar parcel yang ni lak. Mak aiii, macam Pak Pandir lak Mama jadi nya. Main hide n seek ngan orang orang Pos ni. Ok now ada 2 parcel lagi yang ditunggu tunggu....



Sekian..!