SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Penggemar Nasi Ayam

Sapa sedia maklum, tahu la saya ni memang tersangatlah penggemar nasi Ayam. Dah lama berangan nak masak nasi ayam dengan sendiri, akhirnya baru lah berjaya. Percubaan pertama lulus dengan jayanya bila saya masak untuk berbuka dua hari lepas dan dapat positive komen dari Mr Papa tercinta. Puas hati, boleh makan puas puas bila masak sendiri ni!



Terima kasih juga pada rakan, Isah yang banyak membantu share dengan saya cara untuk memasak dan menyiapkan nasi ayam ni.



Oleh kerana ada jugak yang bertanya suh share resipi, meh nak kongsi kat sini.


Bahan-bahan:

Ayam
Kiub Pati Ayam
Madu
Sos Tiram
Lada merah
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Marjerin/Planta
Daun Sup
Salad
Tomato
Timun
Serbuk Perasa


Ayam
1. Rebus ayam
2. Simpan air rebusan untuk nasi dan sup
3. Gaulkan ayam bersama 3 sudu makan madu, 3 sudu makan sos tiram dan
garam secukup rasa.
4. Perap, biar lama sikit
5. Goreng dengan api kecil


Nasi
1. Tumis seulas bawang merah yang di mayang bersama halia dan Planta
2. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam beras yang telah dibasuh bersih bersama lebihan air rebusan ayam dan daun pandan
3. Masukkan sedikit garam dan 1/2 kepingan kiub pati Ayam
4. Tanak nasi seperti biasa



Sup
1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan sedikit halia
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi
3. Masukkan 1/2 kepingan kiub pati Ayam
4. Tambah serbuk perasa dan sesuaikan rasa
5. Tabur daun sup, bila selesai.



Kicap
1. Masak kicap manis seberapa yang anda inginkan
bersama bawang putih yang ditumbuk halus.
2. Masak sekejap di atas api



Air lada
1. Blend bersama 5 batang lada merah, seulas bawang putih,
1/2cm halia, gula dan garam.
2. Masak sekejap bahan yang di blend di atas dapur dan tambah sedikit air masak.





Siap dan hidangkan bersama salad, tomato dan timun. Sudah pasti, satu rumah anda berbau harum dengan Nasi Ayam kalah The Chicken Rice Shop jawabnya. ;) Yang lain saya tak tahu lah, mungkin ada yang lain sikit resipi nya kan...



Takde yang lebih bermakna, bila suami puji sedap dan mula mula dah tanya ''eh, ni beli kat kedai ke?''... Hahahaa, then percaya atau tidak, sampai 3x tambah dan sahur - pun bertambah dua pinggan. Mak aiii.... Alhamdulillah, for me pujian hanya untuk menaikkan semangat so that pashni boleh lagi belajar macam macam masakan sebab saya tak la terror sangat ;)



Nanti nak try masak kat rumah Umi, so Umi lak boleh komen ;)



Sekian..!

Wednesday, August 25, 2010

Semalam Semua Homemade


Dah 15 hari berpuasa, takde lagi saya jaja juadah berbuka yang saya masak kan..? Bukan tk masak, masak eiii, tp bulan bulan pose ni malas aja nak share n snap pic masakan... Oklah, dis tyme baru nak share ni.


Semalam, semua homemade, dari sirap cincau, popia goreng, ikan bawal sweet sour, telur dadar ulam kacang panjang dan of cos la nasi putih kan.. Telur dadar last minit baru terfikir... ;) Kira semalam tkde beli apa apa dari PARAM ceh, dah pandai sebut PARAM =p. Kalau tak biasanya Papa lik kerja singgah je beli samosa ke, roti john ke...






Untuk Papa, saya gorengkan ikan bawal dan asingkan khas unttk dia. Sebab dia lebih suka yang bergoreng garing. Simple je la kan. Penat masak pun tak kisah lah janji puas hati masak apa yang kita nak makan.







Tapi yang penting, bulan puasa ni kiteorang dah tukar selera makan ikan ikan saja. Betul lah, dah bosan makan ayam tulah asyik makan ayam kg rasa. Ahad lepas pergi Giant, tengok ada ikan Siakap, rm7.99 je seekor. Murah sangat, kalau makan kat kedai mau jadi 30-40-50 seekor kan. Beli la dua ekor. Satu dah goreng garing garing, tengok satu lagi nak try buat siakap stim ke ;)



Kelmarin dulu masak sup daging, bagi kamceng ngn siakap goreng garing tu. Pastu set ngn sambal belacan, ulam kacang dan terung... Hari ni nak masak daging masak kicap la pulak ;)



Sekian..!

Tuesday, July 6, 2010

Bersemangat Memasang Azam

Hari ni, bersemangat masak mihun sup! Sebabnya semalam la. Kan malam tadi buat steak yang ala caca merba, dah ada banyak daging lebih, so dapat ilham nak masak Mihun Sup! Yebba yebba!



Bertok guru lah aku dengan sifu aku yang baru keluar dari hospital tu. Ok, ciklonggg dah sihat dah. Dah boleh bawak kereta dah pun. Haihhh, ciklonggg ciklongggg.



Ok, nak masak mihun sup bukan nya payah pun! Aku saja jer nak manja manja dengan kakakku, mintak resepi dia, dia buatkan best. Pakai daging, tapi beliau cakap kalau guna bahagian kaki orang lembu lagi best..! Ni untuk dibuat sup lah. Kan air rebusan daging tu kita ambil untuk buat kuah sup.. Hemm. Sedapnya!



Heee.. Aku ni suka betul mukadimah yang panjang!



Aku guna sawi hijau then carrot jer dan daun sup dan daun bawang, mesti ada!






Kuah yang telah siap.
Aku gunakan daging berlemak, dah Papa beli yang macam tu.
Tapi aku tak suka lemak lemak daging ni.
Rasa macam susu, Yarkk! Yes! Aku tak suka susu okaayyy..







Masuk dapur kul 11. Ketang ketung ketang ketung, eh masak ke bertukang ni? Kul 1230 siap semua! Taraaaaa!





Ok, tukang rasa balik makan tengahari sambil membawa kembar tak seiras dia. Memang kalau office hour memang tkleh berpisah, so aku memang tak leh jeles ah. Eh, macam datang berhari raya la pulak. Hehehe..






Oleh kerana, masak sesuatu yang banyak lauk dan perkakas lain terus aku teringat ni. Ni salah satu hadiah kahwin yang orang bagi. Tak pernah lagi pakai. So boleh la pakai, daripada lipas duk wat anak dalam ni. Set melamine ware ni macam pesen lama ke? Ah lantak lah, dah orang bagi, elok lagi tu, pakai lah. Kan?








Lepas semua tukang rasa balik ke ofis dengan perut kenyang, aku baru lah dapat makan. Alhamdulillah, sedap dan menjadi. Paling penting, sambal kicap pedas kena ada. Terima kasih sifu!






Start dari semalam, saya berazam nak upgrade kan lagi skill memasak saya. Pasni saya nak belajar masak lagi. Mencuba benda yang lain dari kebiasaan saya buat. Buat nasi tomato, nasi ayam, nasi minyak, macaroni goreng, macaroni bakar, nasi dagang, ayam percik, nasi kerabu, kuah kacang, dan macam macam lagi lah. Nanti Likha dah besar sikit, saya nak belajar buat muffin, buat kek pisang, kek tu, kek ni, donat, roti dan macam macam lagi.



Kalau dulu, aku tak suka masak masak roti dan kek. More prefer to lauk, tapi dah ada anak besar besar nanti haruslah belajar, ni tengah semangat ni. Heeee tak sabar lak rasa! Pastu boleh panggil orang, jamu makan kan? Menjamu orang adalah satu amalan sedekah!



Oh lagi satu, memasang impian hendak menggunakan cookware CORNING VISIONS ni. Bukan tkleh beli sekarang, tapi better tunggu pindah rumah dulu. Kang nanti nak berangkut angkut, lagipun sekarang tkde tempat nak simpan. Bestkan kalau ada koleksi CORNING VISIONS ni, tak cuci senang, takyah sental sental kemain. Tapi make sure beli yang original ya, kalau tipu takut pecah nanti. Tak jamin by SIRIM. Pa, nak beli Pa..!





Sekian..!

Friday, July 2, 2010

Bila Pagi Lagi Masuk Dapur

Pagi ni mood baik baik saja. Aku sibuk sibukkan diri kat dapur. Oh ya, malam semalam aku berjaya melepaskan diri dari Mr Papa! Yeyeye! Keluar pergi membeli grocies kat kedai seorang diri saja. Nasib baik di izinkan. Ala, tak jauh pun kedainya. Yelah kalau selalu..'' tak baik keluar sorang, meh By temankan, syg nak beli apa?, itu la ini lah''. Padahal takut bini kena phewwwiittt. Hahaha takde lah. Sapa la nak phewwittt, bini orang dan mak orang ni kan? Lawa pun tak!



Ok, continue.. Aku mengidam nak masak ni. Dah lama tak masak, so rasa nak masak sup ayam lah. Diet, diet pun kena gak makan. Dok gitu? Tapi tak nampak ke mana lagi diet nya! Huhh! Biarlah, ternak jer lah lemak degil ni banyak banyak. Pastu kite gi sedut lemak ya!



So, bila rajin datang ada jer la nak buat. Aku koyak kupas semua kulit bawang putih dan bawang merah. Tapi bawang merah takleh kupas banyak banyak, kejap tu pedih menangis lah. Hissh! Tapi ada bawang merah yang kalau kita kupas takkan menangis kan? So, memang aku suka kupas siap siap pastu buh dalam bekas then simpan dalam fridge. Ni ikut petua Ciklah dan Ciklonggg lah.






Nanti, kalau bila bila nak masak dengan cepat tak payah lagi kita membuang masa kan..? Papa pun senang kalau kalau dia nak menumis Maggi Tomyam feveret dia, ambik jer lam frigde yang dah siap di kupas. Tak gitu?






Bawang merah dan bawang putih yang dah siap dikupas, aku akan isi dalam bekas comel yang bershape bawang jugak.. Ni adalah jenama Tupperware. Sesiapa yang berkenan, pergi lah cari tapi tak tahu la ada lagi ke tak, sebab dah lama aku beli ni. Opsss, betul ke kalau pakai taperwer brand Tupperware macam taste taste orang tua?? Hek!



Semalam juga telah membeli ini. Ni apa hitam legam dua bijik ni?? Sebijik harganya 80sen sahaja.




Tetiba rasa teringin nak makan. Hemmm!! So what!! Buruk ke perangai kalau teringin makan telur asin ni? Pastu ingat aku peknen la tu kalau ngidam ngidam ni. Dishh! Ni kalau makan dengan bubur nasi pun best! Hehehe. Glemernye telur itik ni pun ada watermark. Hahaha.



Dan terus menyiapkan bahan bahan untuk memasak!! Yebba yebba! Kena la rajin rajin kan memasak. Dah jadi bini tambah tambah suri dalam rumah yang tidak bekerja spenuh masa di office, takkan hari hari nak tapau. Kadang kadang suami ni cakap jer tak kisah, or tak suruh masak, tapi nak ke hari hari suami makan air tangan orang kat kedai tu. Hih! Nasib baik Mr Papa ku tak kisah makan apa. Kalau request pun, tak pernah request yang pelik pelik. Okey.





Kalau aku tak masak kan, kawan aku cakap '' teruk lah ko tak masak, nasib baik Likha kecik lagi, kalau dah besar, kebulur tak makan'' Cit! Kalau Likha dah besar, for sure la aku masak! Masak la simple untuk dia, macaroni sup ke, omelet ke, sup sayur ke, kan kan kan kan Sayang??? Muaxxx.



Sekian..!

Friday, June 4, 2010

Oleh Sebab Dah Tiga Hari Saya Tak Makan Nasi

Hip hip horaayyy. Hari ni saya akan masak tomyam ayam dan daging. Wah, ini entry takde kerja sebenarnya hehe. Takpe lah, teruskan membaca okeyy. Terima kasih ;)


Dah tiga hari kebulur tak makan nasi. Semalam, siang dan malam saya makan maggi. Siang hari maggi goreng, malam hari bersama Papa maggi tomyam yang saya buh bermacam macam lauk. Eh, tomyam jugak..? Hehehe.


Pas dah siap mandi, pakaikan baju budak gemuk saya tadi, saya amek masa kejap untuk siapkan semua bahan bahan untuk memasak tom yam ini. Dia dibiarkan bermain bedak lagi kat luar nun. Halia mana? Limau nipis mana? Kena buat masam masam lagi sedap. Erm.. kalau nak tomyam putih, buat mcm tu je lah. Kalau nak merah, saya akan tambah dengan pes tomyam. Saya guna Adabi jer, yang lain lain saya tak tahu.


Tengahari sikit pas budak gemuk saya tidur for the second round, saya akan bersilat secara diam diam kat dapur untuk memasak! Hihihi..






Okey, selamat menengok bahan bahan mentah saya.






Tomyam telah masak.. Yahooo!


Bismillahirrahmanirrahim... Amin.

Friday, April 9, 2010

Rempah Ratus

2mnggu lepas, adik saya balik Kelantan. Saya kirim kan keropok keping jer 2 plastik soh die wat balik sni... Kalo rajin, blh la saya goreng n makan petang2 ngn Papa kan..Kadang kadang nk tgu mood rajin tu, lmbt gak datang hahaha..


Tup2 bile saya bukak bungkusan kiriman dr Umi... haaah! Keluarla segala bagai rempah ratus..









Umi ku kirimkan semua ni.. Hahaha.. Apa makna ni..? Kat sni pun sume ade dijual kan.. Tambah2 kalo kt Giant ke Tesco ke hahh amek ko... Sume ade... Bkn saya tkleh beli pun..


Tapi masalah nye, bila saya salu tepon umi tnya.. Klo nk masak ni, pakai ape... Klo nk masak tu, pakai ape.. Tak sume la saya kol Umi.. Bile rase rindu nk makan mcmne Umi masak, so saya kol la Umi kan... Then..., Bile umi cakap tu... cthnnye, Pakai halba, Jintan, Ketumbar... Saya tk thu mcmne rupa bentuk bnda bnda tu sume...Hahahaha.. Yang saya tahu cuma perkakas utk masak sup!


Sebenarnya saya tk pandai lg masak kari.. and saya memang tk penah masak kari.. Tambahan pula saya bukan jenis suka sgt kari.. Saya lg suka sup sup sup n sup... By pun, same.. Layan je ape saya masak... No komen..


Terima kasih Umi yg susah susah beli dan kirimkan suma tu... Saya mmg akan blaja masak kari.. Kari ayam, kari daging, kari ikan.. Oh Kari ikan.... saya penah masak sekaliiiiiii dulu.. Sekali jer, mjadi gak.. Tapi tk penah bt lg.. Saya kalo pgi Giant, tk penah ingt nk beli Santan Segera... Tkde santan cmne nak masak kari kan..??


So pasni saya kna rajin masak la yer.. Hurmm.. Umi ni saje jer nk membesarkan lg badan saya dan Papa saya.. Hahaha.. Tapi rasenya, pasni pun saya tatap ring ring Umi.. Sebab saya tkthu jugak nak guna yg mane satu serbuk serbuk kari dan mcm2 lagi yg saya nmpak pelik... yg umi kirim kan tu... Hahaha..


Chill~~~

Monday, March 29, 2010

Tetamu Misteri Likha

Salam.
Kamis lepas ade yg datang menjenguk Likha.. tp terpaksa lah saya sebagai tuan blog merahsiakan sapa tetamu itu, sbb ingin menghormati permintaan nya.. atas sebab ape pun tk tahu la kan...

tetamu misteri ini saya hidangkan sup tulang kebetulan dtg tengahari tyme makan, n kebetulan jugak aritu saya rajin masak sup tulang...
sape yg bawa tetamu misteri ni pun kena rahsiakan jugak.. haiissshhh!
tetiba rase terkongkong pulak dlm blog sndiri!
haha..

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Tahlil & Jumpa Baby Baru




Salam

19 march 2010, genaplah 2 tahun pemergian arwah kak za - arwah kakak iparku yg meninggal akibat denggi berdarah - ... jadi kebetulan dgn balik, sempat la weols hadirkan diri di majlis tahlil yg dibuat utk arwah..

AL - FATIHAH..




dh smpai rumah tu blh la sambil2 nak tengok baby baru sekali... comey nyer.. bile aku dukung die, makkk aiii mcm dukung kotak tisu jer rasanya! hahaha... mmg la baby Arif dah 3.3 kg, tp dah ari2 aku dukung Likha yg 7 kilo tu..????? haaaa.. tk ke rase Likha tu sekampit beras, baby Arif tu plak kotak tisu jer.. hehehe...

ngan baby cute... Makngah pun jadi cute hehehe... tetiba rase nak ade baby balik!

tgk la Likha,pandai2 nak cuit baby Arif.. Likha tkthu pape lg.. tggu besar skit baru jeles kot tgk Mama dukung baby lain..

Dorang menjamu laksam kelantan dan laksa penang... Umi ku sibuk dr petang jugak menjenguk2 persiapan yg di buat serba ringkas... dan kebanyakkan tetamu adalah orang2 masjid yg turun dr masjid lepas solat isya' dan ahli2 kelaurga terdekat jer...

our cute pemili ;)

DALAM KENANGAN :

Wan Noorliza Bt Wan Abdullah

27 Oktober 1970 - 19 Mac 2008

rasa masih terngiang ngiang suara arwah kat telinga.. tak sangka Allah swt menjemput arwah dengan sebegitu cepat... Allah swt lebihkan sayangkan arwah drp kami dan anak anaknya... semoga segala kebaikan arwah di terima oleh Allah dan tempatkan arwah di kalangan manusia manusia yg di redhai Nya...

AL -FATIHAH...

Tuesday, March 16, 2010

Menu Semalam

salam guyss...
kan pegi shopping brng dapur bagai nk rak kat Giant kan... jadinye semalam aku masak laaa dgn semangatnyerr .. tkde la spesel sbb menu ni asek berulang2 tiap2 bulan...
nape berulang2 ; sebab aku memang suka SUP AYAM! tambah2 kalo yg umi masakkan... aku masak pun lebih kurang je ngan umi masak sebab ini resepi die, yelah.. sup ayam je pun, bukan payah mane kan.. cuma umi masak lg sedappppp. nape ibu2 masak ni memang sedap? n kalo kite masak, mmg tkkan ikut punye rase dorg la!!
tu la name die.. AIR TANGAN kan? lain org lain rase air tangan nye.. hehehe...

*sib baik By tk jemu asek2 makan sup ayam aku... sbb air tangan aku sedap di tekak die kan..??masakan bini katakan.. ;)

bertimbun nasik aku.... plus sup ayam ngn Brocoli goreng campur black fungus - org kg pnggil kulat telinga kera je... tkde duk berfungus2 pong...

tgk... dh nak licin... Brocoli mmg feveret by... kadang2 makan mentah jer.. siyes.. sedapppp la ;)

so, arini aku menghabiskan sisa2 sup ayam..... yelah.. masak berketul2 makan utk duo org jer kan..??

tatata~~