SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Makan Dengan Mewah

Semalam, adalah hari makan dengan mewah. Macam tu lah, kalau masak sendiri kan? Best, jap jap makan, jap jap makan. Pastu mihun pulak, ok lah takyah la risau sangat lain la kalau lauk pauk dengan nasik takdok nya aku nak jap jap nak makan. Betui dok.



Malam semalam, dua kali makan. Ni berdua ngan Papa lah. Sebelum maghrib sekali, lepas tengok Desperate Housewives sekali! Gila ko. Hehehe. Puas hati.





Pastu konon konon ada desert wokeh! Pas makan mihun sup, makan aiskrim, pas makan aiskrim makan lak mihun sup! Hahahah, so jangan salahkan body kalau gemuk macam tong dram ya! Salahkan aiskrim dan jugak azam yang telah dipasang tu!



Semalam, mewah sungguh. Hari ni? Aku kebulur tak tahu nak makan apa. Malas pulak nak bertukang kat dapur.... Hemmmm!!


Iklan jap.






Oleh kerana saya dengan jahat telah mengupload pic maggi kari spesel saya ini kat FB saja untuk menhangatkan kawan kawan saya, semua dorang jadi virus kat ofis masing masing! Hahaha. Puan Iera, telah ke kedai runcit untuk membeli maggi kari dan KakJah juga telah mengorder maggi kari kat mamak sampai semua satu floor opis dia pakat terliur nak makan jugak! Hihihi.
Hebatnya!


Terliur kan kan kan!



Hem.. Laparnye, nak makan apa ni???



Bye! Cari makan!

Monday, July 5, 2010

Menjamu Selera Cara Kampung

Saya perut orang Melayu. Kekadang ada la teringin western gak eh. Tapi masakan Melayu is the 1st choice la. Saya tengok Papa pun macam tu. So jangan perasan la sesapa orang Melayu yang malu nak mengaku makan masakan Melayu. Hokayyy. Kan kan kan. Tapi malam ni, aku dah siapkan bahan bahan untuk beef steak style aku ler... Tah best tah tidak ni.



Sabtu lepas, kami menjamu selera dengan masakan Melayu ayam kampung lagi. Kali ni bukan kat Kg Baru nun. Rupanya dia ada cawangan kat Seksyen 13, Shah Alam. Oh, mungkin Papa dah cakap sebelum ni tapi aku tak perasan kot. Ok lagi dekat la kan kalau kalau nak gi makan len kali. Kan weekend hari untuk tidak menyekat makan??



Actly, kedai nasi ayam kg ni banyak. Kat mana mana ada. Area rumah aku pun ada, tapi tkleh lawan yang ni lah. Best meletop! Tapi nama kedai ni tak pasti lak aku. Dah, sampai sampai terus fikir nak makan aja. Hehehe.




Gambar nasi ayam kampung takde, tapi budak kampung comel ada lah... Tak kuasa lagi nak jaja gambar ayam kampung. Bermacam macam reaksi budak bermuka babyface ni ya. Ada yang tengah pening nak order apa, ada yang tengah menahan busuk bau ayam kg, ada yang tengah menjilat mulut tengok ''eh, sedap la plak Mama makan'', dan reaksi tengok orang kat meja sebelah tengah makan apa.



Ok abis dah sesi makan. Hih.. Asyik makan makan makan. Membina bodi. Kalaulah lemak lemak yang ada ni boleh digunakan balik kan..?



Kemudian, kami juga telah membeli prezen untuk Maryam. Actly, terlambat beli tau. Sebelum ni bila keluar, asyik tertangguh je nak beli. So, baru semalam la dah bayar hutang untuk wedding gift mereka. Malas fikir lama lama, kami decided untuk menghadiahkan Juicer, kalau Coffee Maker pun ok, tapi muda muda lagi macam tak sesuai jer nak bagi tu kan? So dats why we chose Juicer, lagi 1 untuk lari dari kebiasaan wedding gift la.





Wedding gift yang femes dan murah biasanya set gelas, cawan, pinggan mangkuk ( yang brand biasa2), kettle, iron, toaster, towel, bedsheet album dan frame gambar. Hah! Aku punye pun berlambak lagi kat rumah Umi ngan rumah MIL. Tak larat nak kutip dan simpan. Aku, if kawan kawan kahwin taknak bagi benda benda yang dah banyak orang bagi ni. Kalau ada rezeki lebih, boleh lah bagi Microwave ke, Vacuum Cleaner ker, benda yang sah sah orang boleh pakai dan mengurangkan beban pengantin baru hehehe. Hek!





Ok itu saja untuk hari Sabtu. Jap lagi hari Ahad lak yer!



Terima kasih susah susah membaca.

Tuesday, May 25, 2010

Hari Hari Mau Makan!

Tak tahu mengidam jenis apa. Ketagih agaknya. Hari hari rasa nak makan Nasi Ayam Penyet ni. Kelmarin dah makan, semalam nak makan lagi. HUH! Kedai dia, dekat je dengan rumah saya ni. Tapi tetap kena tunggu Papa belikan bawak balik kan? Kalau boleh drive bawak si kecil tu, hari hari laju jer saya pergi situ.





Kalau nak compare dengan kat Warung Penyet kat The Curve, rasanya yang ni lagi malatopp!! Nampak jer macam tak best kan??? Tapi sambal dia, cayalah...




Sejak bila la saya suka makan dan sekarang dah ketagih dengan Ayam Penyet ni? Ingat dulu, mula mula femes masa saya baru nak kahwin. Bila adik adik saya, dengan Mary duk ketagih benda ni, saya tanya jer, ''eii, best ker??''


Pastu dah mula mengandung langsung tak leh bau ayam dan benda benda bergoreng. Bila ingatkan ayam penyet dengan habuk habuk dia, wallah...! Rasa nak keluar semua isi perut.


Tapi sekarang...? Dasyat jatuh cinta, sampai saja saja malas masak sebab nak makan ni! Hihihihi.


Hari ni nak masaklah, stok dalam peti ada lagi. Masak okay. Sian By hari hari gi beli Nasi Ayam Penyet ke bini, sampai naik malu agaknya! Hihihihi.


Sekian..!

Tuesday, April 13, 2010

Wikend Yang Penat

Last wiken, MIL dtg rumah. Stay kt rumah saya 3hari 2malam.

Sabtu, Kak Eni Sis In Law.. satu family dtg anta MIL. Dah dtg tyme makan tengahari, of cos la saya kena masak kan. Takkan org dtg, nk minum air kosong saje.

Kul 9 saya dh kejut Papa, suh gi Giant cari barang sket. Saya dh siap list utk dia. Balik tu, trus saya bersilat kt dapor. Saya masak tomyam ayam, bendi goreng, brocoli goreng, ayam goreng dan juga telur dadar. Oh ye, selain sup saya jugak expert masak tomyam... Ermmm.. menu yg boleh la.

Pas makan sume, kul4 weols bawak MIL g tgk rumah rumah yg nak di beli di Puncak Perdana.




kt lobby apartment, sebelum kiterog bgerak. .
Kak Eni sefamily terus bertolak ke Melaka. Ada dinner disana.

Tuesday, March 16, 2010

Menu Semalam

salam guyss...
kan pegi shopping brng dapur bagai nk rak kat Giant kan... jadinye semalam aku masak laaa dgn semangatnyerr .. tkde la spesel sbb menu ni asek berulang2 tiap2 bulan...
nape berulang2 ; sebab aku memang suka SUP AYAM! tambah2 kalo yg umi masakkan... aku masak pun lebih kurang je ngan umi masak sebab ini resepi die, yelah.. sup ayam je pun, bukan payah mane kan.. cuma umi masak lg sedappppp. nape ibu2 masak ni memang sedap? n kalo kite masak, mmg tkkan ikut punye rase dorg la!!
tu la name die.. AIR TANGAN kan? lain org lain rase air tangan nye.. hehehe...

*sib baik By tk jemu asek2 makan sup ayam aku... sbb air tangan aku sedap di tekak die kan..??masakan bini katakan.. ;)

bertimbun nasik aku.... plus sup ayam ngn Brocoli goreng campur black fungus - org kg pnggil kulat telinga kera je... tkde duk berfungus2 pong...

tgk... dh nak licin... Brocoli mmg feveret by... kadang2 makan mentah jer.. siyes.. sedapppp la ;)

so, arini aku menghabiskan sisa2 sup ayam..... yelah.. masak berketul2 makan utk duo org jer kan..??

tatata~~

Wednesday, March 3, 2010

Menu Lunch Hari Ini



hari ni aku malas masak ape2, sbb semalam aku dh masak mihun goreng... perkakas pun tk brape ade, nk masak ape kan?




By tepong tnye nk makan ape... aku nk makan nasik ayam la.. sbb mmg teringin nk makan nasik ayam n mmg ari2 aku rase nk makan nasik ayam.. tp sory yer, by tk leh nk buat delivery.. sbb ptg ni kul3 ade mitim.. kang tlambat lak masuk opehhh..




last2 aku kol mekdi jer lah..




ni lah yg mjadi santapan aku tgahri ni... layan jer la..

tgh sdp bsantap, Likha layan jer toys die.. ngan buku2 pun smapi ke atas kepala...