SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, July 6, 2010

Bersemangat Memasang Azam

Hari ni, bersemangat masak mihun sup! Sebabnya semalam la. Kan malam tadi buat steak yang ala caca merba, dah ada banyak daging lebih, so dapat ilham nak masak Mihun Sup! Yebba yebba!



Bertok guru lah aku dengan sifu aku yang baru keluar dari hospital tu. Ok, ciklonggg dah sihat dah. Dah boleh bawak kereta dah pun. Haihhh, ciklonggg ciklongggg.



Ok, nak masak mihun sup bukan nya payah pun! Aku saja jer nak manja manja dengan kakakku, mintak resepi dia, dia buatkan best. Pakai daging, tapi beliau cakap kalau guna bahagian kaki orang lembu lagi best..! Ni untuk dibuat sup lah. Kan air rebusan daging tu kita ambil untuk buat kuah sup.. Hemm. Sedapnya!



Heee.. Aku ni suka betul mukadimah yang panjang!



Aku guna sawi hijau then carrot jer dan daun sup dan daun bawang, mesti ada!






Kuah yang telah siap.
Aku gunakan daging berlemak, dah Papa beli yang macam tu.
Tapi aku tak suka lemak lemak daging ni.
Rasa macam susu, Yarkk! Yes! Aku tak suka susu okaayyy..







Masuk dapur kul 11. Ketang ketung ketang ketung, eh masak ke bertukang ni? Kul 1230 siap semua! Taraaaaa!





Ok, tukang rasa balik makan tengahari sambil membawa kembar tak seiras dia. Memang kalau office hour memang tkleh berpisah, so aku memang tak leh jeles ah. Eh, macam datang berhari raya la pulak. Hehehe..






Oleh kerana, masak sesuatu yang banyak lauk dan perkakas lain terus aku teringat ni. Ni salah satu hadiah kahwin yang orang bagi. Tak pernah lagi pakai. So boleh la pakai, daripada lipas duk wat anak dalam ni. Set melamine ware ni macam pesen lama ke? Ah lantak lah, dah orang bagi, elok lagi tu, pakai lah. Kan?








Lepas semua tukang rasa balik ke ofis dengan perut kenyang, aku baru lah dapat makan. Alhamdulillah, sedap dan menjadi. Paling penting, sambal kicap pedas kena ada. Terima kasih sifu!






Start dari semalam, saya berazam nak upgrade kan lagi skill memasak saya. Pasni saya nak belajar masak lagi. Mencuba benda yang lain dari kebiasaan saya buat. Buat nasi tomato, nasi ayam, nasi minyak, macaroni goreng, macaroni bakar, nasi dagang, ayam percik, nasi kerabu, kuah kacang, dan macam macam lagi lah. Nanti Likha dah besar sikit, saya nak belajar buat muffin, buat kek pisang, kek tu, kek ni, donat, roti dan macam macam lagi.



Kalau dulu, aku tak suka masak masak roti dan kek. More prefer to lauk, tapi dah ada anak besar besar nanti haruslah belajar, ni tengah semangat ni. Heeee tak sabar lak rasa! Pastu boleh panggil orang, jamu makan kan? Menjamu orang adalah satu amalan sedekah!



Oh lagi satu, memasang impian hendak menggunakan cookware CORNING VISIONS ni. Bukan tkleh beli sekarang, tapi better tunggu pindah rumah dulu. Kang nanti nak berangkut angkut, lagipun sekarang tkde tempat nak simpan. Bestkan kalau ada koleksi CORNING VISIONS ni, tak cuci senang, takyah sental sental kemain. Tapi make sure beli yang original ya, kalau tipu takut pecah nanti. Tak jamin by SIRIM. Pa, nak beli Pa..!





Sekian..!

No comments: