Hari pertama puasa, kami berbuka kat Ikea kan...?
Oleh kerana mood saya nak memasak untuk berbuka belum lagi ada, hari kedua puasa, kami ke pasar Ramadhan kat Seksyen 6 Kota Damansara ni jer. Hemm... Orang macam biasa lah, mesti la ramai nak bersumbat sumbat kat sana.. Tapi apa apa juadah amatlah tidak menarik hati langsung. Bosan la rasanya!!

Kalaulah kat Pasar Ramadhan kat stadium Kota Bharu ke.... alangkah seronok. Orang belah luar ni, nak jual onde onde tapi rasa dan bentuknya bukan macam onde onde pun...! Nak jual lompat tikam, tapi kuahnya cair meleleh. Heee sedapnya mengomen... Masak sendiri ah gitu...
Last sekali, saya membeli nasi ayam hainan untuk saya, dan Papa membeli nasi beriyani untuk dia, air tebu dan air jambu batu asam boi. Murtabak, pun tak berapa sedap. Samosa, oke boleh diterima.. Alhamdulilah, dah itu saja rezeki untuk saya kan..? Redha.. jangan tak redha... ;)
Oleh kerana tak puas hati, hari ketiga saya masak lah. Hehehe. Simple pun takpe, at least apa yang saya masak lagi sedap dari yang di jual. Acar daging, sayur goreng cmapur dan ikan bawal goreng pun boleh licin di telan... Hihihihi..
Semalam? Lepas shopping groceries kat Giant Shah Alam, kami ke bazar Ramadhan Stadium Shah Alam lak.. Orang mak aaiiii ramai gila! Nasib baik tak bawak Likha dalam stroller, kalau tak harus lemas di himpit punggung manusia hahaha.

Nasib baik bila ku yang teringin makan nasi kerabu, terjumpa nasi kerabu yang dijual orang kelantan. Tulah baru puas hati jawab dia. Cuba kalau orang Johor masak nasi kerabu, apa rasa? Saya tak nak lah sangat tersalah membeli yang macam tu... Rugi dan sakit hati!

Ok, nasi kerabu sebungkus + ayam kg goreng + paru goreng = RM8... Makan kongsi dengan Papa. Kemudian sebungkus mi sup, kongsi berdua dengan Papa. Puas hati sebab sedap. Petang ni nak pergi lagi la hehehehehe.

Sume stok groceries tu kita masak memasak minggu depan ya... Weekdays kan kerja... macamlah aku kerja... Weekend kite jelajah la bazar ramadhan yang ada.. Oh ya, bulan puasa ni... saya dan Likha bangun tidur teramatlah lewat. Lepas sahur... dan solat subuh, sambung tidur, sampailah Papa pergi kerja, sambung tidur, sampailah kul11 baru bangun okay! Tetiba rasa macam tak bagus je untuk Likha hihihi...
Sekian..!
1 comment:
hahaha sama ar.. bulan puasa mesti lewat bgn..
Aqil pun jenis bgn kol 11-12pm.. mmg sedap ler mak dia membute.. tak sekolah lg bolehlah bg dia bebas skit..
Post a Comment