SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts
Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Day2:Wedding Siti Maryam&Masymul Arif

Sambungan.


Ahad, hari persandingan Maryam dan Arif kat rumah bapa pengantin. Majlis bermula untuk kaum kerabat keluarga jam pagi pagi lagi. Tapi saya sekeluarga sampai dekat dekat nak Zohor. Nak buat cam mana, saya bukak pakai baju dekat 4 kali! Ntah macam tak kena jer baju batik ni. Tak sedap pakai, bukan sebab jahitan tapi sebab kain agak keras. Hemmm.





Masa kiteorang sampai, pihak perempuan tengah menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki. Klau lambat sikit, memang dah msuk rombongan pengantin lelaki lah. Deco meja makan beradab, khemah, meja makan, pelamin semua warna merah putih dan banyak roses yang fresh. Semua nampak luxury but simple. Nice. Pencak silat dan kumpulan gamelan pun ada.





Menu macam biasa lah. Nasi minyak, tapi puas hati. Sedap. Ada jugak setengah tu tak sedap kan. Ni memang sedap tambah tambah bila ada butter prawn. Sampai anak anak buah, ratah makan saja udang butter tu. Nama lagi kaum kerabat tuan rumah kan! Hihihi.






Makan dengan gumbira. Likha, ramai babysitter yang menjaga. Hehe, Bagus la! Langsung tak buat ragam. Asalkan perut kenyang. Hati pun senang. Bila Mama Papa kenyang, baru pass ya.






Likha muka tak puas hati, tercekik setotet watermelon. Hihihi. Mama mama. Apa la.., sibuk bercakap tak sedar suap Likha sebesar tu. Likha kan takde gigi lagi. Nasib baik takda pape.





Kemudian bergambar kenangan. Ambil peluang bergambar ramai ramai satu family without pengantin. Pinjam pelamin jap, sampai nak roboh. Ni lah my family in law. MIL wit her anak menantu. Ok, let me introduce serba sedikit about family in law.





Anak menantu lelaki MIL. Mr Papa paling muda. Kat tengah berkopiah bapa pengantin perempuan, Dr. Mazlam. Abang Faizal, sebelah kanan Mr Papa pun seorang doktor pakar kat sebuah hospital swasta kat Melaka. Pastu dari kanan, mula dengan Abg Man - abg no 2, Abg Faizul - abg no 6, Abg Yi - Abg Ipar - birasku lah, Abg Lan, Abg Faizal, Abg Syahmi - eh eh laki aku oke hihi dan last Abg Hasni - Abg Ipar - birasku jugak lah.





Anak menantu perempuan MIL. Saya paling muda. Seorang menantu MIL, kak Anis biras saya la tuh paling hujung berbaju pepel, Dr. Anis isteri pada Abang Faizal. Segan rasa, saya ni hanyalah Home Manager huhuhu. Oh ya, Kaktie bertudung kuning yang baru baru ni pun dah selamat menamatkan Phd, pun Dr. la. Dari kanan, aku la tu, kemudian Kakza - birasku wife Abg Faizul, Kakyah - birasku wife Abg Man, kakyah selalu gi Jakarta-Bandung, sapa nak gi,jom ikut!, Kaknor, ibu pengantin perempuan - birasku, MIL, Kak Eni wife Abang Hasni, kakak atas Papa, Kakna wife Abg Yi - kakak ipar ku, Kaktie, single mum dan Kak Anis, wife Abg Faizal- birasku. Letih buat family chart. Hehehe, sapa suruh!






Paksu ngan Maksu bergambar dengan pengantin.






Likha di bilik pengantin. Tersengih macam kerang busuk tengok bunga.







Jom tengok muka orang gediks geli kat bunga, ok.






Macam hari sebelum, Likha hari ni pun tetap menjadi pujaan hati semua. Dikerumun orang sini sana. Suka tengok bila anak kesayangan di gemari dan di sayangi semua orang. Alhamdulillah, biarlah berterusan sampai bila bila. Tapi saya percaya, sebab hubungan kekeluargaan belah sini memang rapat. Insya Allah.





Selamat pengantin baru buat pengantin. Selamat melayari alam rumahtangga dan bersabar dengan setiap dugaan dan ujian dari Nya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel dan solehah. Insya Allah... Ameen.


Sekian, terima kasih kerana membaca!

Day1:Wedding Siti Maryam&Masymul Arif

Sory lah. Kebizian melanda, sampai mood nak hapdet blog pun tertangguh. Macam takda idea nak mula.


Ok, idea dah datang. Mood pun dah ok.


Hari Sabtu, Maryam akad nikah kat Masjid Negeri Shah Alam. Kul 3, kami semua berkumpul kat rumah bapa pengantin dulu kat Seks 6 Shah Alam. Kul 430 semua bergerak ke Masjid Negeri. Kira rombongan pengantin la ni.



Likha di kelilingi sepupu sepapat. Jap orang tu ambik, jap orang ni ambik.
Papa ngn Mama jadi single berdua je.
Hehehe.
Likha is the youngest among them.





Dah sampai masji, berkumpul sana sini lak. Ramai ni. Belah ayah pengantin ramai adik beradik, belah mak pengantin ramai adik beradik. Tapi untuk akad nikah ni tetamu adalah keluarga terdekat saja lah. Kemudian, tunggu plak, sebab baru masuk Waktu Asar.





Dalam pukul 5lebih, majlis akad bermula dalam dewan perkahwinan. Saya kejap kejap kat dalam, kejap kejap kat luar. Layan Likha, sepupu sepapatnya sibuk main lari sana lari sini. Dengan sekali lafaz, Maryam secara automatik telah menjadi Puan. Alhamdulillah..






Dah, selamat semua.. Apa lagi, sesi isi perut dan bergambar dengan pengantin baru la. Makanan hi-tea boleh tahan la. Yang best, ada mihun sup my feveret! Ada roti jala dan kari ayam, ada nasi goreng dan kuih muih.






Likha allergic dengan fresh roses. Dekat skit, mula mula konfius tu benda apa, pastu tak lama acchhooom! Hihihi.





Apa apa pun, Likha tetap menjadi hot cake petang tu. Sampai Mama pun dah pening, Eh sapa yang ambik? Eh, sapa yang dukung tadi. Papa lak cakap Mama dah macam kucing hilang anak kalau cari Likha. Haaa! Kan dah jadi mak kucing.





Sekali sekala berjumpa waris sedara belah Papa, oklah. Seronok. Time macam macam ni lah semua pakat berkumpul. Yang lagi best, setiap kali dorang ambil Likha untuk di dukung mesti akan tanya nama siapa, biar pun dah tahu or mebi lupa.. Then everytime tu Mama akan ulang balik tanpa jemu nama Likha, coz ada yang selalu sebut Malisa or Maliha. Sampai ada masa kena mengeja M.A.L.I.K.H.A .... Then ada lak sebut MALIKA. Tu yang kena eja tu, siap bagi maksud lagi MALIKHA is PERMAISURI, PERMAISURI is QUEEN. Yes...!


Ok dah.


Sambung hari kedua lak. Stay tuned ;)

Sunday, June 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Kawanku

Terlewat dua hari.


Selamat Pengantin Baru buat rakan baik ku - bekas pengapit di hari bahagiaku bersama Papa tercinta pada 29 Januari 2009 - Mohd Zukirman (Jukie) dengan pasangannya, Zuraini yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat lepas di Baling, Kedah.




Orang lain yang kahwin, saya sibuk nak tepek gambar kahwin saya. Hihihi.
Jukie tengah memegang payung, ni masa menyambut ketibaan HEROku untuk majlis persandingan kami.


Untuk Jukie dan isteri, semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki, sabar dalam menempuh dugaan alam perkahwinan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Insya Allah..!

Thursday, June 17, 2010

Saya Bermata Baru

Hai blogku..


Lima hari blog ini berspider web. Banyak nya spiderman... Bile tengok aku menerjah, lari tang sana lari tang sini. Hah! Sapa suh buat sarang kat sini. Spray kang baru tahu.


Ahad lepas, ahernya saya berjaya pergi kenduri pakai cermin mata bulat macam Nobita . Memang lens itu tak boleh pakai dah, mata berair macam menangis. Padahal tidak menangis pun. Dah sah sah terkena jangkitan la ni, kalau boleh nampak kuman tu... Mesti dah nampak kuman duk hurung lens tu. Nah saya terus campak masuk jamban, lalu terus flush.





Weols ke wedding budak ofis Papa kat Menara Yayasan Tun Razak, dekat area Pavilion nun. Wah, memang Wedding yang cukup grand and luxurious nampak. Tapi saya amatlah tidak confident, nasib baik tak lama lama dekat situ. Pengantin pun tak sempat jumpa. Huhuhu. Bukan apa, tulah dia kalau majlis kahwin buat dekat dewan camni... Kita nak beramah mesra dengan pengantin punya lah kena ambil masa yang lama, sebab nak kena tunggu turn. Family punya lah ramai nak bergambar atas stage yang ada pelamin tu, mana anak beranak lain lagi kan? Mana kawan kawan lain lagi...




Budak gemuk ni layan coklat yang belum dibuka. Baru lah dia boleh duk diam sebab concentrate ke benda tu. Papa Mama layan makan.





Nilah dia stok mata baru yang saya kirim dengan Kakjah. Kebetulan minggu lepas, Kakjah balik KB. So, dengan malu malu saya minta tolong dia ambik untuk saya. Tapi dia memang baik hati. Yelah, bila lagi kawan nak tolong kawan kan. Time saya susah, dia tolong. Time dia susah lak, saya sentiasa ada untuk tolong dia. Bukan dia jer, tetapi sesapa saja. Saya amat baik hati. Puji diri sendiri, sebab saya tahu saya memang baik hati. Kalau tak, mesti takda yang pijak kepala saya. Titik.


Pusing semula, macamni ceritanya. Kenapa saya ambil lens dekat KB? Saya ni amatlah setia dengan Tuck Goon Optical ni dari zaman kecil lagi. Kira dari zaman Abah lagi kat sini. Uncle ni memang otai la dkeat KB. Kalau tengok spek spek dekat kedai dia pun pesen lama lama. Huuhuhu... Nasib baik saya tak berkenan spek kat situ. Cuma saya selalu beli spek kat lain, pastu nahh bagi kat dia biar dia operate spek saya tu untuk buat lens.


Sebelum ni saya pernah beli lens kat mana mana kedai ntah, tapi memang tak sesuai dengan saya. Uncle Tuck Goon ni saja yang memahami kehendak mata saya. Tengoklah ntah brands apa apa je dia bagi ke saya, tapi memang sesuai sebab tu lah saya percaya dia. So, serahkan saja pada yang pakar.


Kali ni saya mintak 2 pasang terus. Mana tahu emergency lak nanti. Pastu bila ada masa balik KB nanti, saya nak ambil banyak banyak lagi stok.


Sekian..!

Saturday, June 12, 2010

Pergi Kenduri dan Kisah Saya Yang Rabun

Hari ni ikut Papa pergi makan kenduri anak bekas Boss beliau, En Azhar kat Taman Melewar, Gombak. Pengantin sekeluarga berset biru laut. Nasib baik saya berbiru tidak laut, kalau tak masuk geng pengantin gak. Hahaha.




Yang best pergi kenduri ni, Mama Papa makan nasi kenduri puas puas. Sebab Likha diambil bapa pengantin dan sah sah dah Likha jadi macam keluarga pengantin ke situ sini jumpa tetamu. Wah! Tu lah the real Malikha, memang bagus, frenly dan sporting! Tapi Mama pun risau gak, takut tak sedar tengah makan sedap sedap Likha hilang kang...! Hahhh! Sapa nak jamin? Bapa pengantin itu lah kan. Hehehe.


Oh, tidak terjadi begitu. Likha selamat di mana mana sahaja. Dah selamat sampai rumah pun bersama Mama Papa.




Dah lah Likha. Hari ni memang mood baik macam selalu, tapi angin main main julur jelir lidah. Orang cakap bye bye, die jelir lidah. Orang cakap, haaa nak cium sikit, jelir lidah. Orang cakap, heee geramnya, nah jelir lidah. Gatal lidah ke apa Likha?


Oh, balik kenduri tadi cepat cepat. Sebab saya dah sakit mata, akibat dah terkena infection contact lens. Tu lah saya, mata rabun pakai lens. Lens saya ni kalau kira sebulan lebih jer leh pakai pastu expired. Tapi saya tetap memberanikan diri pakai lagi, pakai lagi selagi takda rasa apa apa. Sekali nah hari ni!


Now mata saya sebelah kiri dah merah dan sakit. Tadi berair air bila kena sunlight. Pedih macam mencucuk kena sembilu, macam tu jugak hati saya pedih dan sedih bila stok yang di kirim tidak sampai. Berjaya membuat saya berkecil hati. Takpe lah, saya paham. Saya nak berfikiran yang positif positif sahaja. Silap saya jugak, tidak ambil stok sendiri lalu secara tak sengaja menyusahkan orang lain. Titik.


Esok ada lagi kenduri. Alangkah tidak comel nya saya memakai spekmata dengan shawl. Kalau mata dah ok sikit, saya nak berani berani lagi lah pakai lens... Kalau tak, taknakkkk pergiii makan kenduri!!!!




Ya, Likha selalu buat muka pelik kalau Mama pakai sunglasses. Likha cakap, nampak Mama macam belalang pakai spek hitam. Disssh! Pok kang! Pandai pandai jer cakap Mama macam tu!


Dah gi tidur, esok lak main ye Likha.


Sekian..!

Monday, March 29, 2010

Ke Melaka



Salam.

Ahad wikend kami Melaka. ada 2 kerja, 1 nak pegi wedding kawan By kt Batu Berendam then no 2 dh alang alang nak pegi, saya nak amek kain baju saya yg sudah siap di tempah dekat Kak Yah. Kak Yah ni kira biras ku, tp lebih kurang mcm kakak ku jer lah..



Kami bertolak ke Melaka kul 1030. Sampai sane kul 1200, geng2 By yg lain masih lg dlm perjalanan. jadi kami singgah ke Melaka Mall dulu, sbb nak cari tempat utk refresh Likha.. sambil2 tunggu dorg.. sempat ronda2 dlm Parkson, By beli baju dan pastu saya siapkan urusan saya dengan Likha..






Mama tgh sibuk kuarkan barang, die sibuk nk meniarap...


Kebetulan dh siap semua, dlm kul 1 lebih kami trus gerak ke rumah pengantin.. dekat jer, teringt plak tyme2 duk Melaka dulu. Melaka makin lame makin berubah wajah dan makin cantik bandar die. penuh dgn bunga2... dan yg pasti Melaka makin maju.. Melaka mmg best!

*tetiba plak promo Melaka*

sampai kt kenduri, kalo ikut2 kan Likha mcm nk tdo dh... wpun pns, nsb baik masih ade angin sepoi2.. nasib baik Likha tk meragam jer...

Likha yg hampir2 nak meragam ;p

nmpak nk meragam je pass ke Papa ye..

bergambar bsama Pengantin Baru


para para Papa



Dah puas bergambar sume, salam salam, jmpa pengantin, kami terus gerak ke Bukit Katil... Singgah rumah Kak Yah Abg Man kt Ozana Country Resort.. Refresh serba sedikit, tkde pun serba sedikit sbb saya mandikan Likha, dgn saya2 pun mandi.. n baring2 kejap... ingt petang nak kuar balik, By ajak ajak round round Bandar Melaka, tp saya prefer nak rest je kt rumah Kak Yah yang best tu... lgpun dorg tnggal bertiga jer, Kak Yah, Abg Man n bibik...

ahernya tak jadi kluar.. trus lepak jer sbb By pun dh terlentok.. n Kak Yah pun dh mula bukak modal bisnes die hahaha... saya layan jer...

ni kain yang saya tempah dengan Kak Yah. Bunga ni di tempah khas dr Jogja, kain jenis crepe silk.. Kain ni kt Gulatis jer Kak Yah beli.. sepasang siap ngn bunga mak aii RM360.. sebab kain nye dh mmg mahal.. kaler mcm gold brown gitu... bunga ni dibuat menggunakan mesin halus... kata Kak Yah, org Malaysia mane ade nak buat yg betul2 halus cmni.. lgpun kalo kt sni, sekecik2 bunga yg di tekap / sulam pun dh bape harga nya. tu saya setuju sbb saya penah buat dulu.. a few years ago la.. hanya utk dua2 belah lengan baju kurung dah pun cas RM65... tu kt Kelantan nun.. cuba kalo kt KL, mau ratus ratus.. yg ni mmg cantik dan betul2 halus dan kemas...

lg satu kaler dark pepel, yg tu saya tk smpat nk snap pic.. tunggu saya nk buat baju nti saya amek gmbr yer.. yg tu cuma RM170 for 1 piece baju kurung.. kain utk di buat kain kurung blm ade, nti Kak Yah jgk akan tlg carikan... die akan ke Jakarta lg April ni..

*apa apaan kain yg mahal ni Kak Yah.. lenkali kalo nk bt lg, beli jer kain

sndiri baru kasik tempah nga die...


Likha baik sahje... mcm biase... bibik yg jaga dan dukungkan Likha pusing2 rumah...

Mama pinjam kjap amek gmbar ;)

Lepas isya' n dinner, kami bertolak balik.. dah pun pukul 930pm... Likha tdo dlm keta sepanjang jalan.. smpai la rumah... Alhamdulillah... selesai sudah hari ini dgn sempurna.. Tq By, bawak kami ke Melaka... ;)

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Pengantin Baru - Matle & Pasangannya



Salam



Selain dr Majlis Tahlil, weols sempat jugak ke majlis kahwin kawan baik By, Wan Mazlan @ Matle dengan Norasiah kt Lorong Tok Gading, Berek 12.. kira majlis menyambut menantu la. Matle dh kawen hari isnin 15/3..




Mulanya bila dpt undangan kahwin yg mmg sahkan aku dpt hadirkan diri, seronoknye! sbb dh lame tk makan lauk kenduri.. tmbah2 bile kenduri belah2 kelantan mmg mebeles lauk kenduri die.. dgn gulai kawahnye, ayam masak merah, acar timun, ikan kering , sambal belacan dan mesti ade belede - mcm agar agar @ lengkong - ....



Tp tup2 bile smpai kt majlis Matle ni.. spoil mud... sbb lauk kenduri tk same yg aku idam idamkan... hahaha mcm tk ikhlas lak pegi majlis kawen org kan??? ... agaknya pemili die nk lari dr kebiasaan kut... lauknye gulai ayam, ayam goreng, sayur ape tah masak lemak putih, kacang grg pedal mcm kresek gitu, sambal belacan ngan tembikai... so layan jer...






Ok, buat pengantin.. selamat pengantin baru.. semoga dapat menempuh alam rumahtangga dengan penuh hemah, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak yg comel comel dan kekal hingga ke akhir hayat... insya Allah...









Thursday, March 11, 2010

Undangan Perkahwinan

salam guyss..

Cuti sekolah bermula esok... kalo kt belah pantai2 timur, harini dh last sekolah la.. so, paham2 la kalo dh cuti sekolah ni, mmg byk sgt org2 kawen n bt majlis kawen.. tp skrg ni org dh tk kira musim kalo nk kawen.. hari2 pun ade org kawen... kan?



so.. utk cuti sekolah ni aku dpt 2undangan majlis perkahwinan.. bkn org lain yg jauh pun, tp kwn rapat ku sendiri... Eilah ngn Harris Fais.. bukan dorng kawen dua ni tp kebetulan dorng ni kawen pd mse yg lebih kurang same...



oke. memula kite cite psl Eilah.. Eilah ni mmg bestfren aku la dr darjah 4.. smpai la masuk ke form6 n sampai la aku sambung ke kolej n mase tu die dah mula keje kt CIMB.. tp tkthu la mcmne citer nye, lpas die keje, aku ngn die makin lame makin jauh makin kurang.. tkthu la slack ktne.. mungkin die dh bz ngn keje, aku lak mse tu ngah study lgi kan.. weols jes kontek2 centu je la, tp mse aku bertunang die datang... , mse aku kawen tk dtg sbb aku kawen hari orang keje hehe.. n die pun sempat dtg jenguk Likha baru2 mase aku masih lam pantang... trima kasih dtg susah2 bwk hadiah... ;)



kad kawen Eilah





ok, pnjang dah cite intro saje.. jadi pendekkan cite... alhamdulillah, jodoh die dah smpai bile die akan melansungkan perkahwinan dgn bakal suami pilihan die pd 13/3 ni... tk sangka akhirnye die bertemu jodoh dgn org luar dr kelantan, bakal die org perak... ermm... jodoh org kelantan dulu, tk kesampaian.. yelah mungkin ade hikmat di sebaliknye... bakal asben nye name Zahid... ingt kan Zahid AF dah.... huhuh





Eilah baju kurung dan tudung biru pada majlis pertunangan ku ;p





tutup psl Eilah, kite cite lak pasal Harris Fais.. ni one of kawan rapat la kalo di kira.. weols mmg rapat n dlm grup kiteorg since zaman pengakap2 dlu lagi.. weols ade grup yg suka bt trip2 travel around malaysia n last skali grup kite ke Langkawi... tu kira last vacation n plg havoc. pastu dh tk aktif since aku kawen n Jeme dh keje nun jauh d Algeria.. so lepas tu kire dh mcm sume berpecah.. masing2 bt hal masing.. mngkin aku je la kot bt hal aku, since dh ade anak sndiri ni kan.. uhuhhuh.. tp mmg btul la.. sbb sorg2 dh bertunang... smpai la Fais pun dh nak kawen...



jadi, majlis Fais plak mlmni... 11hb malam ni die nikah di masjid dan esok nye bersanding kat rumah pengantin perempuan, Ayu - sempat la kenal Ayu mase die bawak Ayu ke majlis Aqiqah Likha - dan majlis bertandang ke rumah pengantin laki lak 15hb ni.. hemmm! yg pasti aku tk dpt join.. dengar cite sume geng balik! kebetulan Jeme pun tgh cuti - baru smpai dr Algeria semalam 10/3 - wahhhh seronoknye! ingatkan blh la wat reunion kan.. * Kakjah....!! kim slm pd sume..





Fais baju cekelat belang2... kenangan terindah kt Langkawi Ogos 2008 ;)



dengan itu, wpun aku tk balik, majlis korg ttp jalan dgn meriah n kesempatan ni aku nk wish dr jauh la utk kawan2 ku ni... SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT N CEPAT2 TIMANG BABY mcm aku ni.... Ameen~~~

Monday, August 10, 2009

kenduri kawen di melaka




minggu lepas, 2hb 8 we ol ke melaka... juz to attend old fren of By kawen... kt merlimau, melaka..
tgahri kami gerak ke sane, afte makan2 then trus balik.. jap je pegi... hehe




wit pengantin n nakib + wife..

aku demokkkkkkkkk!! huhhhhhhhhhh

Monday, December 22, 2008

majlis perkahwinan farahana & saiful munir

ni kat rumah die. malam berinai. wah! nampaknye mjadi jugak idea aku suh die pakai songket bunga tabur. tantek kan? hijau lumut lg.. :) lorr.. rupenya rufizal jd pengapit erk.

ni lak esoknye.. kat dewan bukit jelutong.. farah ni kawen ngan abang bomba.. hehe..

wish farah n hubby bahagia sentiasa hingga ke anak cucu cicit... hingga hujung nyawa... n sentiasa tabah dlm mhadapi segala cabaran rumahtangga...amin..

p/s: cewaahh.. pandai aku erk.

backdated blog. nikah n resepsi kak hanim.

lastwik..week 13/12 & 14/12 ramai yg tawen kan? budak ofis aku pun ramai yg kawen, farahana, ida, sotong, arm, haidi, amanrizal, kakzila...

huuu.. tp yg best nye kezen aku, kak hanim pun kawen on 12/12.. aku gi ngan sue n fareha. wakilkan umi n abah. coz dorg still otw dr kota bharu, ade bad incidents, dats y yg lmbt smpai. not umi, abah jer.. tp abah bawak sume cucu2 die.. huuuuu...
ni kat rumah.. tu die pakcik aku. sebikij muka cam abah.. abah junior. hehe.. pengantin laki laknye? supe kharyl jamaluddin... aku nk uplod skit pic kak hanim, mungkin ade yg tk knal.. kan? hehe. die nikah kt rumah seksyen11, jalan congkak n esok malam nye resepsi kt dewan Banquet MBSA Shah Alam... wah! tk sgka.. ramai sngguh makcik pakcik sedara2 aku... huuuu.. tkutnye! bile ingt2 majlis aku pun tk lame dh... adowwh!
pengantin tgh bersanding.. tkde pic dekat.. ni pun sib baik duk meja VIP..
sabtu, gi amek kad kawen ku yg dh siap ditempah kat puchong. bwk anak2 buah ku.. afiq, ain n yasmin... then singgah IOI MALL... si yasmin lak nk tgk muvee.. tp gaduh laak.. yg tu nk tgk BOLT.. yg tuh plak nk tgk LOS N FAUN... arrghhh.. yasmin lak nangis2 dh.. so kesudahannye BLOT laaaa... bleh la.. cite budak2..layan sahje!
balik dh dkat mghrib, trus siap2 nk gi MBSA....
will uplod pic farah kawen.. even aku tk pegi pong.. :( farah pun majuk ngan aku. wek wek...