SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label blog saya. Show all posts
Showing posts with label blog saya. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Mekapkan Blog

Akhirnya buat masa ini, saya berpuas dengan diari harian saya ini. Biarlah berlama lama sikit macam ini. Saya suka dengan color terang terang macam ni.


Semalam, bisik slow slow kat Papa.


''Papa, tolong jap adjust blog Mama ni''... Zastt dalam masa tak sampai 20minit, nah semua siap. Dia pakar dalam semua. Dia kan hero saya.


Terima kasih Papa.


Eh, macam dah lama tak tengok muka Likha dalam diari ni kan. Ok, ni gambar terbaru kesayangan saya.



Mamah remote astro dengan geram.



Friday, June 18, 2010

Bermain Dengan Tanda Air

Saya ada benda baru yang nak di belek buat masa ni.


Sementara anak tengah tidur boleh la saya mencuba cuba watermark ni. Hemm, kalau kira memang banyak kerja untuk pasang watermark ni. Kalau korang berminat nak edit gambar, mana nak edit gambar lagi, mana nak tempek watermark lagi. Nak tempek watermark tu, satu hal dulu nak kena main main adjust dulu.


Lepas ni kalau nak update blog makin makan masa la. Mesti bersawang penuh spider dulu. Hikhik.




Tengok ni, kereta merah tu saya buat ala ala tengah naik bukit. Tak pun orang Kelate cakap, congekk keto.. Hihihi.. Payah gak tu nak kire degrees bukit tu. Hahaha tipu! Jangan percaya.


Ok lah, yang penting gambar kita selamat. Yeba yeba!!

Membeli Tanda Air

Ahernya, saya berjaya memujuk hati saya untuk mengambil masa membeli Tanda Air - WATERMARK. Sebenarnya watermark ini penting untuk kita. Bubuh watermark dekat gambar gambar yang kita upload kat mana mana saja kat Internet ni tersangat lah penting demi menjaga gambar gambar kita daripada dicuri dan di jaja sana sini.


Sebenarnya banyak kes kes macam tu. Tapi mintak mintak, takda siapa yang berkenan dengan gambar gambar saya sebelum ni lalu mencuri tanpa minta izin. Harap sangat TIADA la!


So, saya telah membeli di bizzonline-eya ni. Bermacam macam pesen watermark ada, sampai saya naik pening, sampai saya hanya memilih watermark jenis kartun yang ada kereta merah untuk saya tempek kat gambar gambar saya nanti. Takpelah, saya nak jadikan hidup saya macam kartun sekejap. Baru ceria dan happy-go-biny selalu.


Jadi, sesiapa yang berminat untuk pasang watermark juga, sila la klik DI SINI. Caranya amat lah mudah sekali, tuan yang menjual pun baik hati tapi sebelum tu korang kena ada Photoscape dulu. Nak install Photoscape senang dan free saja, nanti kat situ pun ada di ajar. Ok, sila la cuba dan selamat memilih watermark pilihan anda.




Ni adalah gambar pertama saya menggunakan watermark. Malam semalam, Mama sibuk membeli watermark sambil layan Argentina vs Korea, dia sibuk melayan perasan mengigit katil dan mengguling guling atas katil. Nampak tak bapaku pulang dari kota, bapa ku beli kan kereta, kereta kecil warna merah tu.. Cute mute.


Selingan : Yihuuuu!!! Argentina menang bergaya!!!! Comeyy gilosssss mereka mereka!!!



Ok, pada sesiapa yang takda watermark tolong gi beli. Dah. Saya dah habis cakap pasal ni.


Sekian..!

Friday, June 4, 2010

Duit Dalam Akaun Nuffnang Saya

Bape hengget jer ye? Hahaha..





Saya tumpang happy Kak Amy dah dapat dua kali cek dari Nuffnang. Sekali dapat pun boleh tahan. Boleh la shopping kan Kak Amy. Duit tu.. ;)


Erm, kadang kadang saya pelik dengan adv Nuffnang kat blog saya ni. Sekejap ada, sekejap takde. Tapi kalau malam, tak putus putus adv.. Macam macam adv yang keluar..


Saya belum lagi berkenalan lebih lanjut dengan Nuffnang ni. Put kat blog pun saja suka suka..

Sunday, May 23, 2010

Emosi Betul Saya Ni Kan

Saya bosan ni, sebab hari Ahad macam ni duk rumah dengan anak. Papa sibuk ke sana ke mari dengan urusan kerja, esok ada meeting penting. Yelah, sian Papa kan? Saya ni apa la tahu. Semalam pun Papa dah bz dengan paperwork dia, melangut depan Pc dia sampai 4 pagi, dengar lagu kuat kuat macam zaman bujang dulu. Saya jer layan anak tido semalam. Takpelah, kemarin dah shopping banyak banyak kat OU. Saya ada novel baru, ada baju seluar baru untuk Malikha, ada wedges baru dan beberapa lagi benda baru. Papa pun beli CD Naruto untuk dia. Happy dah.



Hari ni entry nak mengemosikan diri sendiri. Tak abis abis lagi. Tengok lah blog saya sekarang. Macam macam kata aluan saya. Tak cukup bahasa inggeris yang broken tu , saya tempek lak dengan version bahasa melayu. Takut tak paham orang putih, tu yang bagi cakap orang melayu lak. Tapi tulah, ayat saya tak best. Tak pandai nak berbunga bunga. dah lama tak tulis karangan kan!





Saya bukan apa, takut betul la kalau menulis blog ni di kira macam menunjuk nunjuk. Bagi orang lain, bloggers lain, kawan kawan blog saya, penulis blog dan apa apa yang berkaitan blog, semua faham dunia hari yang tak boleh lari dengan berblog blog ni. Ada yang tulis blog untuk buat duit, ada yang untuk share resepi, ada yang nak menjual segala macam produk, ada yang sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup, macam saya ni, ada yang menulis blog macam menulis diari dan macam macam lagi pesen nya.


Tapi yang tak paham nya, manusia yang takde blog ni. * eh, ada lg ke yang takde blog yer? Suka menganggap orang yang menulis blog ini adalah untuk menunjuk nunjuk atau dengan kata lain, perasan betul orang yang menulis blog ni. Ada jugak yang cakap, hei hal pnc laki bini buat apa ko nak tulis dalam blog..? Ada gak yang cakap, bapak sedara dia lagi kaya raya macam hantu raya , tapi takde pun nak menunjuk nunjuk kekayaan beliau dalam blog..? Haaa.. secara tak langsung orang tu sendiri plak yang menunjuk nunjuk kan..? Dok gitu... ?


Kekayaan apa la yang saya tunjuk tunjuk kan selama ni yer? Saya takde harta pun, melainkan dua orang itu. Sweet potatoes saya yang dua dua itu.. Memang sweet, saya dah rasa dah pun.... Hurrmm... Ni jer harta yang saya nak tulis dalam blog saya. Untuk saya, luahan hati saya.






Yang lagi tak tahan nya, nape la saya ni suka fikirkan orang orang itu ya! Hisshhh bosan! Suka fikir apa orang cakap. Ngok ngek untuk diri sendiri!


Oh ya, saya pernah dapat YM curahan hati seseorang, kira macam membuka pekung di dada sendiri lah. Bla bla bla bla, berbaris baris panjangnya. Biarkan dia, saya tak nak reply apa apa, sebab dia takda salah dengan saya, saya pun takda salah dengan dia, sampai lah dia cakap ''Saya tak ambil hak sapa sapa''.


Haih..? Abis, aku amek hak ko ke!


Dah dah la meluah pada saya. Saya bukan tempat untuk bertanya, bukan tempat untuk meluahkan perasaan. Tengoklah kebahagiaan yang saya ada sekarang ni. Takkan lah nak rosakkan apa yang saya ada hari ni semata mata dengan luahan perasaan awak. Berdosa ya. Pergi cari tempat yang betul. Takpun, duduk atas tikar sejadah, mintak ampun dengan Dia. Dia saja yang boleh membersihkan dosa dosa tu.


Tu lah, dunia sekarang ni macam macam. Mujurlah ada FB, ada YM... Tempat pelepas perasaan yang tak tenang, tempat membuka pekung dada sendiri, malah boleh jadi tempat membuka pekung orang lain. Heeeeeeeeeeeee, berdosa nyaaaa!!!


Buat semua, saya minta ampun sebab niat saya tidak pernah terpesong. Dah dah la... Makin terlanjur dahni...


Sekian..!




Tuesday, May 18, 2010

Siapa Lah Tengah Membacakan?

Ni entry takda kerja ni.






Sebenarnya ni kali pertama tengok blog sendiri, sampai 5 orang tengah menjajah. Sape la yer?


Saya tahu, silent reader pun ramai yang takmo kenalkan diri. Hik.


Terima kasih sebab sudi membaca. Kalau anda kenalkan diri, boleh jadi kawan saya. Saya nak tambah kawan dan cari kawan ramai ramai.


Sekian...!