SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, June 25, 2010

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Sekadar renungan.
Terima kasih sangat pada Wanie yang sudi berkongsi.



Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati ... suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya


Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?


Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.


Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.


Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.


Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.


Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.



Kongsi renungan macam ni takpa.
Jangan kongsi benda lain.


Oleh itu, renung renung kan ya.

Bercakap Pasal Suami Orang

Untuk kesekian kali saya bertanya dia,


Saya
Sory, i nak tanya. Macam mana u boleh berkawan dengan laki orang.


Dia
Soalan u susah i nak jawab. Benda melibatkan perasaan. Sbb tu jgn pnah trlps cakap. b4 ni pnah la cakap ..i tak kan jatuh cnta ngan suami org n serius so kna kat diri sdiri...kalu dah ada suami satu jer i nak cakap..even i tak pernah kahwin...tapi i amat2 paham prangai suami orang ni. jgn 100% trust to ur husband. i bukan nak ajar u. tapi ni pengalaman i. terlalu paham sangat dengan perangai married man. dia akan ada 2 karakter, tu perangai orang laki. percayalah i. sekurang2nya i ada pngalaman n blh baca gerak geri orang laki nih.


Jawapan saya
I doakan u dapat orang yang baik baik. Then bahagia sampai bila bila. Tak sabar i nak tggu hari bahagia yu nanti.


Ok, macam tu rupanya judgement dia pada all the married man...? Lalu dia pun mengambil kesempatan la ke atas married man yang dah tua beristeri dan ada anak yang ramai?


Saya kesian sangat dengan dia ni. Mencari cinta di mana mana, mencari seorang lelaki untuk diangkat sebagai seorang suami, tapi Allah swt masih belum berkata ''Kunfayakun'' kat dia. Dan saya amat kecewa bila dia ada masa dia terjebak dengan suami orang dengan sengaja. Dengan sengaja dan dengan sengaja. Sampai dia dah mengenali peel suami orang dan membuat andaian macam yang dia cakap tu.


Saya tak pasti la korang semua setuju dengan jawapan dia. Sebab saya tak setuju. Saya pun sebelum kahwin dulu selalu cakap dengan diri saya, saya takkan jatuh cinta dengan suami orang dan tak pernah pasang impian nak kahwin dengan suami orang. Saya tak pernah berkenan dengan suami orang. Takde selera.


Perempuan dan isteri mana dalam dunia ni nak bermadu? Walaupun madu tu manis dan sedap untuk orang lelaki. Belum ada perempuan yang betul betul kuat untuk bermadu. Jadi, perempuan yang cuba untuk merasa kemanisan bermadu sebagai no dua, tolong dan harap la paham perasaan madu no satu. Madu boleh jadi racun dalam hidup orang lain. Saya pelik sangat, macam mana ada orang yang sanggup masuk lubang dalam rumahtangga orang lain dengan sengaja.


Macam mana boleh dia senyum dengan cinta pada suami orang? Senang ke berkongsi barang yang kita sayang?


So walaupun agak keliru dengan jawapan dia dan tak pernah paham kenapa ada yang nak menganggu gugat kebahagiaan orang lain - even laki orang tu cakap kat dia ''i tak bahagia la ngan isteri i'' -, dan lepas ni saya tak kan tanya lagi soalan bodoh tu pada dia. Sebab fikiran dia tak sama dengan fikiran saya.


Haiih. Pelik yang tak habis habis saya fikir ni.


Jodoh tu sudah ditulis untuk kita oleh Allah swt sebelum kita di jadikan lagi. Cuma tunggu bila masanya akan sampai.


Tapi, sumpah! Untuk kawan saya tadi, saya sentiasa berdoa untuk dia, ingin sangat lihat dia bahagia dan akhirnya menemui cinta sejati dia. Seorang lelaki bujang yang tulus mencintai dia dan akan bahagia ke sana ke mari, berdua tanpa perlu ada pihak lain yang berasa hati. Saya pun tak sabar tunggu masa dia tu.


Insya Allah, Amin...


About Love Story

Walaupun dah berulang kali tayang kat Astro, walaupun dah berulang kali aku tengok, tapi nak tengok lagi dan lagi.



Sedih-sangat bila orang tercinta pergi masa tengah bahagia. Rindu, cuma dapat called handset orang tu dan dengar voicemail dia berulang kali. Rindu, tapi tidur bertemankan abu mayat orang tu kat sebelah. Macam mana nak dapatkan balik orang yang dah takde, kalau dia dah pergi selama lamanya. Macam mana???


Cerita cerita gini suka la aku layan. Pastu perasan pulak layan aku.


Novel P/S I Love You tak sempat habis baca bila Eiza ambil dan tak pulang pulang. *Fareha, pinjam awak punya boleh?



*****************************************************


Yang ni pun paling suka. Love Actually. Dah lama dah citer ni. Enjoy sangat bila tengok! Tapi takde any DVD or copy movie ni now.



Jom cari kat Speedy, selain dari menambahkan koleksi Volume Naruto tu... Tengok cerita cerita macam ni lah best. Aman je jiwa, walaupun sad story.


Oh, lamanya tak tengok wayang. Kaki wayang dah letak jawatan ni. Citer kat panggung sekarang best best! Banyak yang aku terlepas. Malikha ada, mana boleh bawak dia masuk panggung. Apa, kecik kecik lagi nak ajar anak masuk wayang?? Lain la kalau nak tengok Toy Story kan or Shrek ke!

Bergaduh Pasal Bola

Malam tadi, betul betul layan Itali vs Slovakia.


Tapi bila start balik lepas half time, rupanya baru tahu kami tak satu kapal. Takda angin takde ribut Papa sokong Slovakia tanpa alasan kukuh.


Ok, jum gaduh ah gini!


Dah dekat dekat minit nak habis, Italy nak hentam habis habis tapi kenapa si Kopunek tu di bawak masuk!


Cit! Italy kalah 1 gol.


Ni result yang latest!