SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Sunday, September 19, 2010

Dah Pun Ada kat KL

Kami dah selamat sampai Kota Damansara 530 ptg, hari Sabtu. Pagi pagi bangun, lepas jer Subuh terus bangkit bersiap. Kalau sambung tido bestnya jawabnya, tkde lah kami sampai masa tu. Lepas makan pagi dan singgah pulak rumah my parents, kami bertolak dalam kul 10.









Lepas Mama siapkan cuci muka, tukar baju semua Likha sambung tidur.



Budak yang kena campak.







Alhamdulillah selamat sampai.
Rasanya pasni Mama kena lebih pandai organize beg dan smua barang.
Tengoklah.
Macam nilah kalau naik kereta.
Ni baru beranak 1, belum lagi 2,3,4 dan 5..
Kesian Papa kan..?




Sekian..!


Kat rumah MIL

Kami sempat 2 malam kat rumah MIL sebelum balik rumah my parents untuk menyambut raya. Sehari sebelum raya, dah bertungkus lumus menyiapkan segala perkakas untuk memasak juadah raya. Raya kat rumah MIL ada nasi dagang, sate, kuah kacang, kuzi kambing, kuzi ayam dan ada lah beberapa jenis.




Saya membantu la serba sedikit.






Rumah MIL ada pokok kundur, buah kundur ada 4biji semuanya. Tapi pokoknya kecik jer, menjalar dan menumpang di pokok jambu air. Oh macam ni rupanya. MIL kata, buah kundur masak sira lah biasanya. Heee, tak tahu la apa rasa kan. Teh kundur pun tak sedap eh.




Musim buah rambutan belum lagi tamat. Ni fresh lagi dari pohon. Raya raya pun makan buah rambutan.




Sambil tengok orang masak. Likha masa ni dah mula perangai tak berapa elok dia.



Nilah motorbot kenderaan yang banyak jasa kat Papa zaman sekolah sekolah dulu. Klasik kan ;)


Acara setiap tahun. Papa akan berhabis 2,3 ratus beli bunga api untuk anak anak buah. Bakar duit sekaligus ;p. Gambars ni dah malam raya ke 5...






 



Note di gate rumah MIL, ZAKAT SUDAH HABIS.



Hari Rabu, raya ke 7 kami balik semula ke rumah MIL... ;)



Sekian..!

Friday, September 17, 2010

Inilah Demam Raya

Lepas abis open house rumah Ciklonggg, esoknya subuh Likha demam panas. Oh ni lah dia, demam raya ke? Ke raya sambil demam?

Sian mektok Likha. Kat KB ni tak menentu cuacanya, kalau hujan... hujan lah. Kalau dah panas, panas sangat. Tapi rasanya mana mana tempat pun, sama jer sekarang ni. Hujan lak, petang raya jer. Masa pagi raya pertama tu teduh je lah.. Pastu panas, panas, panas.... Jaja Likha merata, raya kan.. ;)... Jemur panas, malamnya berembun lak.




So, macam mana tak demamkan.. Orang tua pun leh panas kepala ni..





Ke demam nak berubah bulan lagi..? Demam nak tumbuh gigi? Demam nak jalan..? Well, Likha tak berjalan lagi on Raya ni... Ramai yang datang, tetamu tengok Likha then cakap... ''Oh, kaki kecil, lambat jalan la tu...'' Ngeh ngeh ngeh... Ada ada aje... Yang penting, pagi Raya bergaya dengan kasut Clarks even tak leh jalan lagi. Heks..! Tapi tak sempat nak berhairband ke apa, tu yang nampak serabai jer..





Oh! Dah la meragam taknak dengan sesiapa, tambah tambah demam pulak. However, Alhamdulilah, Mama ngn Papa dapat handle Likha macam biasa. Sebab dah paham peel anak sendiri kan.Tokmi ke sapa ke, memang takleh masuk dekat dah. Likha ni satu hal, bengkeng.. Hemm, ikut perangai sapa ehhhh??




Pergi KBMC jumpa doc, sekali kena masuk ubat kut bontot. Huhu.
Tapi gambar ni bukanlah di snap, masa ubat tengah masuk kut bontot tu.
Mama gerun la nak buat, sib baik doc masukkan sebiji je kat sana.
Kalau doc bagi banyak banyak suh buat kat rumah, Mama tak sangguppp..








Bila dah rasa sihat sikit, mulalah lasak balik.
Back to normal.
Tengoklah, Papa nak bercakap pun tak senang.




As per requested, Ciklonggg menghadiahkan baju kurung ke Likha.
Cantik sangat, Color hijau pucuk pisang gitu.
Sory lah, out of theme color n lagi satu masih besar gedabak. Size 2.
Tahulah Likha ni chubby hehehe.
Nampak gayanya tahun depan jelah kite pakai, raya haji ni pun belum tentu muat.
Tq sebab dah tolong pilihkan color tema baju raya untuk next year ya, ciklonggg ;D




Tengah termenung lepas kira duit raya.
Cukup cukuplah tu Likha, nanti Mama simpan kat bank 
tambahkan lagi duit Likha yang dah sedia ada ya.
Masa ni dah panas panas badan. 



Hari ni badan Likha berbintik bintik merah, rupanya Likha kena campak. Demam dulu, bila dah kebah demam baru campak naik... Tak tahu lah berjangkit dengan sapa masa raya hari tu kan..? Petua orang tua kalau kena campak, 1) jangan main air or mandi, 2) jangan pakaikan bedak 3) jangan makan ubat klinik 4)jangan marah marah, dia jadi akan lebih manja. Biarkan semua campak tu keluar dulu @ melatah di seluruh badan,biasanya 3,4 hari kemudian baru mandikan dengan air beras atau kelapa atau mandi macam biasa.



Memang Likha agak meragam sikit, hope semuanya OKlah...


 
Sekian..!







Sana Sinun Raya dan Isi Perut


Selamat Hari Raya lagi... Masih ;)



Orang datang beraya, ramai. Pergi beraya rumah orang pun, ada.. Tapi tak semua la sempat amek gmbr kan..? Jap kat rumah MIL, jap kat rumah my parents. Letih gak menukar rumah. Hhehehe. Biasa la tu.....



Raya ke 2 : Open house di rumah persinggahan Paksu Piza di Tmn Kurnia Jaya. Maksu jamu Nasi Tomato. Simple tapi best lah. ;)



Tengok, baby Arif dah besar dah. Dah pakai jam tangan dah hehehe.
Tu Mama dia tengah makan, bibik dia ala ala cakap nak bertumbuk ngan orang.
Haha. Ganas seh, tapi rajin dan baik hati.
Tengoklah, raya pun tak balik kampung dia.
Motif puji maid abangku? Hahaha.



Likha banyak ruam panas kat muka. Sebab memang cuaca panas sungguh kt KB ni...
Kalau rambut tak ikat, lagi lah teruk.



Raya ke 3 : Belah malam, BBQ kat rumah Pakcik Pin & Makcik Raonah ;) Terbaikkk! Ada ikan siakap, kambing, lobster lagi... Tapi kambing, sory lah i tak layan.. Mmmbekkk... ;D. Sebelum tu, ke rumah MIL dulu, pun ada BBQ tapi tkde gambar kat sana... Semua adik beradik, ipar duai, anak anak buah yang berdozen dozen ada...














Raya ke 4 : Open house rumah kakak sulung merangkap Ciklonggg Likha lah. Menu Ciklonggg macam macam. Nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai daging, laksa penang, laksam kelantan, spagetti, kek... Sampai ke malam layan laksam lagi ;)






Belah malam pulak, ada solat sunat hajat sempena Fatin Nabila nak SPM dan Yasmin Nabila nak UPSR. Wish them can do well, excellent and pass all the exam with flying colors. Insya Allah!











Tengoklah Likha, sekaki jer ngn Papa Mama.



Last but not least
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*



Hahahaha.Dua beranak yang keletihan beraya..!
Sakan..!
Akibatnya, next entry kita cerita....
;)


Sayang dua dua tiada jemu!



Nak buat selingan sikit.


Raya kali ni, kemain lagi topik hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain. Tetamu datang cakap pasal tu, pergi rumah orang cakap pasal tu. Orang tengah sembahyang hajat pun sibuk cakap pasal tu. Sampai kena tegur dengan Abah tak khusyuk la sembahyang tu haha. Belek paper pun, semua kisah tersebut. Berita pun di tunggu tunggu.. Memang dah jadi top issues kat Malaysia sekarang ni...


Sesiapa pun terkejut dan tak sangka sangka dengan kematian dia kan..? Kejam dan semakin teruk sifat sifat kemanusiaan dalam diri manusia, kerana duit, sampai tergamak membakar mangsa mangsa sampai jadi debu. Masya Allah, betapa tragisnya kematian mereka. Semoga kematian mereka semua terbela. Insya Allah. Al Fatihah untuk mereka dan takziah untuk semua keluarga mangsa...


Sekian..!