SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, May 7, 2010

Saya Pun Boleh Berdikari

Saya called DEMC untuk cancel appoinment semalam dan nak postpone to Saturday. Rupanya on Saturday, Dr Roliza off. So nak taknak saya make it, today la. Nak tunggu minggu depan, takut takut kalau Papa sibuk lagi. Kalau kira, dah lewat dah jab Likha untuk 6 bulan ni.


Adik Ja bermalam kat rumah, teman saya. So hari ni ke DEMC, saya ajak dia lah teman. Bila Papa takda saya jadi kalut. Sampai kad appoinment Likha pun saya tinggal. Cehhh, ayat takleh hidup berdikari nampak.





Maksu Ja la tolong Mama dukungkan Likha dan sebagai nya. Boleh plak tetiba Maksu Ja cakap kat Mama, ''Nad, aku dukung Syahmi''. Hahahha. Gelojoh! Hmmm.. Likha ikut muka Papa ke? Taklah, Likha ikut muka air batu campur dua dua. Mata ikut mama, yang lain lainnya Papa. Kan?


Oh, berat Likha untuk 6 bulan 2 minggu = 8.3kg. Wah! Penangan susu formula ke? Dr Roliza cakap, takde masalah. Masih dalam graf. Belum masuk kategori baby obes sebab Likha panjang. Alhamdulillah. Mama tak kisah semua tu, janji Likha sihat walafiat.






Likha tengah standby untuk cucuk. Nangis masa jarum masuk. Kejap jer. Agaknya terkejut. Takde la sakitnya, kan daging Likha sungguh pejal ;) Likha memang good girl. Friendly, semua orang dia tegur.





Balik, singgah rumah Ciklah kat Bukit Jelutong. Ciklah saji Nasi Ulam Budu. Terus ingat orang jauh kat Manchester nun.... Sian dia homesick kan? Called Ciklah nangis nangis yer? Sabar yer Darling..., tak lama lagi boleh balik sini. Yang penting, fokus dulu pada study hokkay..? We all kat sini pun, olweys rindu dengan kegedikkkssskan yu tu, darl.... ;)


Itu saja untuk setengah hari. Now tengah tunggu Papa sampai. Sekarang dah kat LCCT on the way back to home sweet home...




Likha is waiting for Papa



Thursday, May 6, 2010

Cerita Pasal Penyakit Sekarang

Kalau tengok berita sekarang, ada lagi kes kes H1N1. Maknanya, penyakit ni kembali 'mengganas'. 3 hari lepas tengok Buletin Utama, Rashid Sidek positif H1N1. Hari ini tak tahu la apa cerita dia.


Malam tu pun, Papa dah sentuh hal ni.


Takut jugak nak keluar kalau musim musim gini kan. Tambah tambah bila ada anak kecil ni. Saya rasa pasni boleh la kurangkan keluar ke tempat tempat yang ramai orang dan jika terpaksa pun ambil langkah berjaga jaga. Tak perlu la nak gila shopping bagai lagi kalau takde mustahak sangat. Virus ni paling mudah merebak, melalui udara saja dan sentuhan pada benda benda yang dah tercemar dari orang yang dah berjangkit.


Kalau kita orang dewasa boleh la pakai mask kan. Kalau anak kecil macam ni? Nak ke dia pakai? Masker boleh kut!




Oh ya, saya tumpang sedih dan berdoa pada Ibu Mia. Tak sangka rupanya Mia tak sihat dan masih ada lagi masalah dengan kahak, sampai kena buat nebulizer. Masya Allah, kesian sangat sangat. Anak sekecil tu kena sedut kahak. Berat badan Mia pun tak naik naik. duk 2.7kg situ jer.


Tulah, saya sampai hari ni tak pergi tengok lagi Mia. Dah pun 2 bulan dia. Nak gi haritu, dia demam. Pastu saya lak balik KB sampai 2 minggu lamanya. Sekarang ibu Mia pun dah start kerja. Hemmm, bila agaknya ya? Present pun dah lama simpan ni... ;(


So untuk Dda, banyakkan bersabar ya. Buatlah apa yang terbaik untuk Mia. Semoga dia cepat sembuh dan takda sakit sakit lagi dah. Insya Allah...




Berakhirlah Episod Ini

Sejak akhir akhir ni, tajuk entry saya panjang panjang jer kalau ada yang perasaan perasan, kan? Tah la, tak sengaja.


Ok, hem... Rasanya kali ni saya gagal dalam usaha saya untuk Breastfeeding Likha. Likha cuma nak BF ngan saya sampai 4bulan tak silap. Pastu taknak direct dah. Usaha lagi saya dengan pam. Saya tukar dari pam manual ke double pump electric terus. Silapnya kat sini, saya terlewat beli pam yang best tu! Patutnya awal awal lagi saya dah beli yang eletrik. Nyesal.


Sekarang, Likha dah totally minum susu formula. Frisolac Gold.


Keji la sapa yang nak keji saya. Saya tahu ada yang kutuk saya. Cakap saya dulu kemain lagi semangat, sekarang hampeh.Memang saya semangat. Saya siap beli segala perkakas untuk BF Baby masa tengah peknen lagi. Tapi saya hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.


Jangan suka suka nak buat penilaian tanpa periksa. Dah la, malas nak bebel panjang.


Saya cuma tahan mengepam dalam masa sebulan. Susu saya makin kering, kering dan kering sebab takde rangsangan direct dari baby. Saya letih mengepam tak kisah, tapi B saya makin lama makin sakit. Susu pun tak banyak, sekali pam jenuh juga la nak dapat 2oz. Ada yang advice saya suruh buat power pumping. Pun saya dah buat. Tapi B lama lama cakit ;(





Ni adalah sisa sisa terakhir usaha saya untuk Likha. Stok susu beku. Tengoklah, tak penuh pun satu botol botol tu. Tapi susu susu ni dah rosak pun. Abaikan orange juice yang saya buat jadi ais tu ye.


Sebenarnya susu ni dah lama rosak. Mulanya, sebab kecuaian saya sendiri. Saya lah, main sorok sorok dengan Likha bukak tutup bukak tutup peti ais. Last last sekali saya tak tutup rapat fridge belah atas ni. Saya sedar dah dekat nak masuk maghrib, masa tu ais dah cair dan ayam daging semua dah jadi lembut. Means dah lama! Mak aii.. Masa tu rasa saya lah yang paling ngok ngek dalam dunia ni. Hiisssh! Nak buang sayang nya. So saya keep lagi. Nak bagi Likha sekaligus macam mustahil kan.


Esoknya, saya YM dgn Mama Nayli. So tanya pasal EBM - express Breast Milk- yang dah cair boleh dibekukan semula tak. Mama Nayli cakap tak boleh. Dah rosak. Mama Nayli one of the Mama yang success exclusive BF baby setakat ni. Congrats to her! But saya still confident yang susu tu belum rosak.


Second time, when im at KB. Bila Papa balik kerja, rumah sume letrik 'tendang'. Papa cakap ais semua cair.. Zapppp saya terus teringatkan stok EBM tu.... Walaaahh. This time, memang tak boleh simpan dah stok EBM tu.


Susu ibu yang rosak ;
  • berbau tengit / masam
  • berkeledak
  • ada rasa lain macam

So hari ni saya baru berkesempatan nak bersihkan semua ni. Sekarang tengah cairkan kat luar fridge. Then nanti saya kena la basuh botol botol tu semua, sterilizekan then simpan botol botol ni semua masuk box.






Simpan pakai untuk next baby... Insya Allah... Kali ini saya merancang lagi.

Wednesday, May 5, 2010

Sayangkan Isteri Tinggal Tinggalkan

Esok Papa beroutstation lagi. 1 malam 2 hari kat sana. Saya kena tinggal la kat rumah bersama anak. Sob seb sob seb. Ala, sedey terus saya ni! Huhuhu..


Takde la. Takde. Saya oke oke saje. Macam tak biasa kena tinggal saja.


Mungkin ada seseorang akan datang teman saya malam esok. Kalau tak, saya berdua saja dengan Likha pun oke saja. Boleh layan perasan rindu kat Papa. Hehehe.


Esok sepatutnye check up Likha untuk 6 months kat DEMC, tapi terpaksa postpone to Saturday maybe. Berapa dah agaknya berat Likha sekarang yer?




Sayang mereka dua dua!


Ok Pa! Happy Flying and don't forget Us!
Will Miss You Every Sec.