SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, May 18, 2010

Berita Daripada Harian Metro

Petang semalam, tengah relax relax tunggu Papa balik dari kerja.. Tup tup dapat MMS gambar dari Ciklonggg.




Mesejnya ringkas berbunyi, ''Nasib baik lah Likha takkan alami situasi seperti ini..''


Wah! Skema tul ayat beliau.


Saya pun termenung sekejap. Baca berita separuh tu pun buat saya paham dah kisah seterusnya. Ada lagi masalah penderaan budak budak. Memang tak akan habis selagi ada manusia dan ada kehidupan.


Ayat ayat cinta Ciklonggg tu pun buat saya terfikir panjang. Betul cakap Ciklonggg, untuk jangka masa dua atau tiga tahun, Likha memang INSYA ALLAH akan selamat dalam jagaan saya. Takkan saya nak dera dia yang sungguh comel itu. Macam mana saya boleh sampai hati nak mendera manusia kecil yang berwajah photostat saya dan Papa dia tu kan..? Hishhh..


Tapi macam mana lepas lepas ni? Tentu nanti akan ada malikhi, malikhu adik adik likha nanti kan? Hari ni boleh la saya jaga Likha, tapi akan akan datang mana tahu saya perlukan seorang pembantu, pengasuh or school yang akan menjaga anak anak saya nanti?


Saya takde jawapan untuk itu. Takut untuk beri komen. Malas nak fikir lagi.


Hari ni saya godek godek la Harian Metro semalam, nasib baik terjumpa berita tu. Boleh la tempek kat sini yer. Tajuknya; Maut lepas koma sehari.


SUBANG: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut selepas dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.Bayi berkenaan, Mohd Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia sehari selepas dia koma dipercayai mati akibat pendarahan dalam otak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata kes berkenaan masih dalam siasatan manakala pengasuh yang berusia 40-an itu kini direman enam hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Saya difahamkan ketika bayi itu dihantar ke PPUM oleh ibu bapanya, dia sudah tenat. Dia kemudian disahkan meninggal dunia. Punca awal mendapati mangsa cedera di otak.

“Laporan polis pula dilakukan doktor yang merawat mangsa selepas dia melihat beberapa kesan lebam di badan bayi terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, polis kini menunggu laporan penuh doktor berhubung kejadian berkenaan manakala keterangan ibu dan bapa mangsa sudah diambil untuk membantu siasatan.“Oleh itu, kami perlu tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada bayi itu didera atau sebaliknya. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pengasuh terbabit baru dua minggu menjaga bayi berkenaan.

“Polis difahamkan, bayi berkenaan dikejarkan ke PPUM selepas tidak sedar diri dan tidak bernafas oleh pengasuhnya,” katanya.Menurutnya, pada sebelah pagi pada hari sama, ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 23 tahun menghantarnya ke rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, katanya, pada kira-kira jam 7 malam, ibu bapa mangsa dihubungi pengasuh itu apabila mendapati anak mereka tidak sedarkan diri.“Bimbang keadaan itu, ibu bapa bayi berkenaan ke rumah pengasuh untuk menjemput mangsa dan menghantarnya ke klinik berdekatan.

“Tapi, beberapa klinik yang dikunjungi enggan menerima mangsa sebagai pesakit kerana keadaannya tenat menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke PPUM,” katanya.

Sementara itu, keadaan di Jabatan Forensik PPUM agak tegang apabila ayah bayi berkenaan tidak memberi kebenaran kepada petugas media untuk membuat liputan.Malah, keadaan lebih menyayat hati selepas ibu mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri.


Tidak dapat imagine, macam mana perasaan mak ayah arwah baby tu.. Tsk tsk tsk tsk.

No comments: