Akhirnya tadi khatam sudah la Adamaya. Nak kata saya suka dengan cerita tu, tak jugak. Sebab saya tak tunggu cerita tu pun macam saya tunggu Na O Mei dulu. Kalau Na O Mei, mintak ampun saya tak miss satu episod pun, if termiss pun saya akan cepat cepat tengok kat tv3 online. Saya tak nak miss tengok Adiputra yang bawak watak Reza yang gila macho! Selamba memang kelasss dia dalam Na O Mei. Tapi saya rasakan nanti akan ada Na O Mei yang kedua lah, sebab ceritanya tergantung, belum habis.
Ok, nak cerita pasal Adam bukan Reza ya.
Adam dalam Adamaya, amatlah sempurna betul. Dahlah hensem, baik pula. Terlalu baik. Perfect! Tapi dapat bini yang langsung tidak menghargai dia tapi ada anak yang cukup comel dan cerdik. Nasib baik la happy ending - dah sah sah cerita Melayu, payah nak cari yang tidak happy ending hokkay! - Maya, sungguh la bodoh bila berterusan curang terang terang tapi Adam tetap macam tu jer. Ada lagi ke suami suami kat luar sana yang macam Adam?? Mungkin ada??
Geram betul tengok watak Dani. Bee bee bee bee bee bee bee tu jer yang dia suka sebut! Rasa macam nak ketuk ketuk kepale dia kuat kuat. Haiiii pandai betul kau berlakon sampai orang betul betul geram dan benci dengan kau ya! Menjadi sangat! Sudahnya dia gila, gila kerana terlalu mencintai Maya. Kuatnya penangan cinta ni...
Tulah, walaupun itu sekadar drama tapi saya percaya kat luar sana memang ada kisah macam ni. Boleh diambil sebagai tauladan dan ikhtibar.
Adamaya ni masa starting dulu sama sebijik dengan filem Im Not Single, sebab tu saya terus jadi malas nak tengok. Tapi bezanya dalam Adamaya bila kisah selepas perkahwinan mereka. Lagu latar pun sama dengan filem Im Not Single. Bila cakap pasal filem dan lagu tu, terus saya ingat Kapten Dakmie dan kawan kawan. Mana mereka semua ya? Mentang saya dah kahwin dan ada baby yang comel tu, terus tak ingat saya yer. Kalau ingat pun, ingat diam diam jer. Kalau diam diam camne saya nak tahu korang semua ingat saya? Huhuhu...
Cakap pasal kawan kawan pula, saya terus teringat kawan saya seorang tu. Saya rasa saya sedikit kecil hati dengan dia, sejak saya dah ada kehidupan saya ni, dia terus buat buat lupa saya.Tanya khabar pun jauh sekali. Yelah yelah, kan dah cakap saya ni sensitif dan emo sikit sekarang ni. Hmmm.. Buat apa saya nak kisah, kalau orang dah lupakan saya kan? Takpelah, baik saya kelebek orang orang tercinta dalam hidup saya ni kan..? Daripada fikirkan dia... Dia dah tentu ada kehidupan dia sendiri. Apa lah zetty!
Panjang. Cerita pasal Adamaya, kawan kawan dan seorang bekas kawan baik.
Bye bye. Nak sambung kemas baju masuk almari. Pastu gi peluk orang orang tersayang saya kat luar sana tengah main main jadi aeroplane. Hik.
No comments:
Post a Comment