Saya tak tahu la kenape. Dari mula mula kenalkan solid food masa kat KB hari tu, start dengan bubur nasi + potato, masa tu teramatlah well done. Ramai yang tukang suapnya, berebut dengan Mama. Oke lah, makan pun laju jer. Sampai jer KD, Papa dah pun siap siap beli potato ngan carrot untuk Likha. Sehari dua jer ok, pastu mula dah reject. Agaknya bosan kut takde pom pom girls yang bersorak time dia makan, tak macam kat KB nun ;(
Kemudian, saya dah tukar menu, bila nampak Likha mula bosan. Saya masak beras + carrot + isi ayam. Pun tak berapa nak. Alahai, kenape la anak? Mama dah masak dengan penuh kasih sayang tahu... Ke saya ni seorang yang tak sabar? Ke saya ni ibu yang tidak tabah? Hmmmm.. Memang mencabar bila dia tutup mulut ketat ketat, dengan muka muka sekali buat ketat, ada masa dah sampai tahap meraung! Huhu. Teruk sangat ke rasanya?
Semalam, bila saya godek godek balik mag Rasa yang pernah beli dulu, ada la pasal penyediaan makanan untuk si bayi sampai lah ke remaja, so saya terjumpa a few menu yang boleh try untuk si manja saya. So hari ni, dia dah tunjuk muka positif. Sebab rasa ikan tenggiri yang so tasty tu kot?
Let me share resipi baru untuk Likha;
BUBUR IKAN NASI KACANG PIS
Bahan-bahannya:
20gm beras
10gm isi ikan tenggiri
1 ulas kecil bawang putih - dicincang halus
1/2 sm halia - dicincang halus
5gm kentang
5gm lobak merah
5gm brokoli
5gm kacang pis
Air secukupnya
Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bersama halia sehingga naik bau. Minyak amatlah sedikit ok.
Kemudian masukkan isi ikan dan kacau rata.
Masukkan beras yang sudah di cuci bersih dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
Selepas itu masukkan kentang, brokoli, lobak merah dan kacang pis. Kacau dan biarkan beras masak. Angkat.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan lumat.
Oleh kerana saya takde brokoli dan kacang pis dalam stok dan juga takut Likha muak rasa kentang, so saya just letak lobak merah saja.
Saya rasa, ada masa baby akan tunjuk muak kat solid food dia. Jadi depends on kita la as a mum how to creative in a way to prepare their food. As long as kita tak prepare benda benda yang memudaratkan dia.
So, teruskan bersabar yer Mama! Lagi satu kena tahu bila anak dah kenyang, jangan nak paksa selagi mangkuknya belum licin.
Sekian..!
No comments:
Post a Comment