Isnin lepas baru potong kuku tangan dan kaki budak gemuk saya. Saya perasan kuku dia cepat tumbuh, ke memang semua baby baby macam tu? Yelah, Khamis saya potong pastu nak tunggu Khamis depan pulak memang tak sempat dah. Tu yang mengcakar cakar
harimau kat muka sendiri tu. Jangan cakap, Mama dera pulak yer sayang!
Hari ni tengok dah start panjang dah. Sakit sungguh hidung
Pinnachio Mama ni time di tarik tarik, di korek koreknya.Hem..! Wahai anak, korek lah banyak mana pun. Mama rela, bahagia tau walaupun sakit sakit.
Hari ni bila main main tangan dia, sambil layan dia nak tidur, tengok dah makin besar dah tangan anak saya ni. Macam tu jugak dengan kaki dia. Makin besar. Ya lah, takkan nak makin kecil kut. Mengarut!
Terus teringat dua gambar ni.
10.11.2009
12.11.2009
Anak dah makin membesar ni? Apa yang dah saya buat untuk dia setakat ni?
Sejauh mana kita sayang anak kita kan? Kadang kadang saya selalu tanya soalan ni pada diri saya sendiri.
2 comments:
panjang & runcing tangan likha. mmg budak especially baby nye kuku cepat panjang. tak sampai seminggu kena potong lagi.
sejauh mana saya sayang pada anak saya? - anak adalah nyawa saya :)
btul tu... susah nak cakap la, betapa sayang nye kan? tp kite dh bagi yg tbaik ker? hemmm tetiba syahdu lak!
Post a Comment