SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, July 2, 2010

Bila Pagi Lagi Masuk Dapur

Pagi ni mood baik baik saja. Aku sibuk sibukkan diri kat dapur. Oh ya, malam semalam aku berjaya melepaskan diri dari Mr Papa! Yeyeye! Keluar pergi membeli grocies kat kedai seorang diri saja. Nasib baik di izinkan. Ala, tak jauh pun kedainya. Yelah kalau selalu..'' tak baik keluar sorang, meh By temankan, syg nak beli apa?, itu la ini lah''. Padahal takut bini kena phewwwiittt. Hahaha takde lah. Sapa la nak phewwittt, bini orang dan mak orang ni kan? Lawa pun tak!



Ok, continue.. Aku mengidam nak masak ni. Dah lama tak masak, so rasa nak masak sup ayam lah. Diet, diet pun kena gak makan. Dok gitu? Tapi tak nampak ke mana lagi diet nya! Huhh! Biarlah, ternak jer lah lemak degil ni banyak banyak. Pastu kite gi sedut lemak ya!



So, bila rajin datang ada jer la nak buat. Aku koyak kupas semua kulit bawang putih dan bawang merah. Tapi bawang merah takleh kupas banyak banyak, kejap tu pedih menangis lah. Hissh! Tapi ada bawang merah yang kalau kita kupas takkan menangis kan? So, memang aku suka kupas siap siap pastu buh dalam bekas then simpan dalam fridge. Ni ikut petua Ciklah dan Ciklonggg lah.






Nanti, kalau bila bila nak masak dengan cepat tak payah lagi kita membuang masa kan..? Papa pun senang kalau kalau dia nak menumis Maggi Tomyam feveret dia, ambik jer lam frigde yang dah siap di kupas. Tak gitu?






Bawang merah dan bawang putih yang dah siap dikupas, aku akan isi dalam bekas comel yang bershape bawang jugak.. Ni adalah jenama Tupperware. Sesiapa yang berkenan, pergi lah cari tapi tak tahu la ada lagi ke tak, sebab dah lama aku beli ni. Opsss, betul ke kalau pakai taperwer brand Tupperware macam taste taste orang tua?? Hek!



Semalam juga telah membeli ini. Ni apa hitam legam dua bijik ni?? Sebijik harganya 80sen sahaja.




Tetiba rasa teringin nak makan. Hemmm!! So what!! Buruk ke perangai kalau teringin makan telur asin ni? Pastu ingat aku peknen la tu kalau ngidam ngidam ni. Dishh! Ni kalau makan dengan bubur nasi pun best! Hehehe. Glemernye telur itik ni pun ada watermark. Hahaha.



Dan terus menyiapkan bahan bahan untuk memasak!! Yebba yebba! Kena la rajin rajin kan memasak. Dah jadi bini tambah tambah suri dalam rumah yang tidak bekerja spenuh masa di office, takkan hari hari nak tapau. Kadang kadang suami ni cakap jer tak kisah, or tak suruh masak, tapi nak ke hari hari suami makan air tangan orang kat kedai tu. Hih! Nasib baik Mr Papa ku tak kisah makan apa. Kalau request pun, tak pernah request yang pelik pelik. Okey.





Kalau aku tak masak kan, kawan aku cakap '' teruk lah ko tak masak, nasib baik Likha kecik lagi, kalau dah besar, kebulur tak makan'' Cit! Kalau Likha dah besar, for sure la aku masak! Masak la simple untuk dia, macaroni sup ke, omelet ke, sup sayur ke, kan kan kan kan Sayang??? Muaxxx.



Sekian..!

1 comment:

A.H.A.D said...

masak ape tu? tunjuk bhn jer hehe