SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

Mereka Bagaikan Kamceng

Meh nak cerita kisah kat KB meh.



Tiga hari tiga malam kat rumah my parents, Tokbah lah penghibur Likha. Berjam jam Tokbah melayan Likha, timenya pulak kul 10malam ke atas. Steadyy ahh Tokbah, rajin benor melayan Likha. Likha pun, mengada ngada la sangat. Dengar jer suara Tokbah dari tingkat, laju jer toleh sambil sengih. Tu baru suara, bila dah nampak tuan punya suara, merangkak laju la mintak di dukung.



Jap jap main boo boo cakk, jap jap main kejar kejar. Jap jap main geletek geletek. Kemudian, habis dari dapur ke ruang luar merangkak nya. Anak tangga ke bendul tangga ke semua dah dipanjatnya. Tunggu la balik raya nanti, mesti dah pandai panjat sampai tingkat atas ni. Mesti letih Papa Mama nak pungut Likha nanti.



Oh, balik kali kemain lagi makan durian, rambutan dan buah dokong. Buah dokong ni adik badik duku dan langsat. Best la tengah musim buah kan?? Sanggup Tokbah tengah malam, hujan lak ke kebun cari durian mengkar untuk saya. Saya tak suruh, tapi bersungut sikit jer... nah depan mata! Likha pun sempat la merasa manis rambutan dan durian yang memang fresh baru jatuh dari pohon! Terima kasih TokBah dan pohon rambutan kat rumah Tokchek!



Petang nak balik ke KL, punyalah Likha buat hal. Dari rumah MIL lagi. Sampai lah nak bersiap mandi. Ibu Moh pun angkat bendera putih, tak terlayan Likha. Lagi dengar suara Mama, lagi kuat mengamuknya. Akhirnya Mama jugaklah yang siapkan Likha. Taktahu la kenapa, agaknya banyak sangat attention pun, Likha serabut kan. Tapi pass jer kat Tokbah, senyap la dia. Memang 'kawan baik' tul Likha ngan Tokbah ni.






Sebelum ke epot.
Tokbah cakap Likha tengah action nak ambik gambar.
Hahahaha tu yang takmo mo pandang kamera tu kan!




Rupanya, without Papa n Mama realized, Likha dah pandai wave tangan dia means say gudbye. Bila Mama secara tak sengaja say Bye bye malam semalam, Likha raise and waving her hands. Dua dua lak tu. Sampai penat mulut Mama dan tangan dia, lorrrr dah pandai ke! Ni lah berkat Tokbah yang rajin dan putus putus sebut Babai, Babai, Babai, rupanya dalam diam Likha dah pandai ya!



Sekian..!

Monday, July 12, 2010

TokBah & TokMi

Khamis lepas, TokBah ngan TokMi Likha, dari Kota Bharu ke Singapore bersama rombongan pengusaha pengusaha Caltex untuk membuat lawatan ke stesyen minyak Caltex kat sana.






Lepas dua hari satu malam kat JB - Singapore, beliau beliau singgah di Shah Alam, sebab nak melawat dan tengok Pakcik Damanhuri - suami Ciklah yang tak sihat. Kebetulan jugak dengan Likha pun tak sihat meragam tumbuh gigi dan sakit perut sebab salah Mama lah!






TokBah ngan Tokmi sempat bermalam di rumah kami satu malam, dan kat Bukit Jelutong satu malam. Puas la tok nenek bermain dengan cucu yang dirindui ni, cucu yang tak sihat pun senang hati la sekejap!







Siang hari tadi, Mama dan Likha lepak rumah Toklah kat Bukit Jelutong tu. Pastu bawak TokBah ngn TokMi ronda ronda gi tengok rumah rumah contoh. Mana lah tahu, kalau TokBah nak tambah investment lagi kan..?







So ni pic kat Subang Skypark petang tadi, hantar TokBah ngan TokMi fly balik Kota Bharu. Tengoklah Likha berkaki ayam, rimas taknak pakai pape. Bye, sehingga jumpa lagi!!





Love from Likha!


Sekian..!

Thursday, June 24, 2010

Masih Style Yang Sama

Godek lagi, godek lagi. Jumpa gambar abah pulak. Yang buat saya nak tempek kat sini, sebab tengok Abah posing dengan cara yang sama dengan pic yang NI.


Abah! Ooo Abah tersayang.





Macamtu Abah berinteraksi dengan kamera ya? Takda pesen lain dah ya? Abah lambai ke sapa tu? Huhuhuhu.


Ok,pasni nak tempek pic Umi terchenta lak! Godek lagi...

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Hari Ibu buat entry, so Hari Bapa pun kena lah ada entry juga. Baru adil.


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa bapa yang ada kat luar sana, tapi terpenting sekali ucapan adalah untuk dua HERO saya.


Hero pertama, suami saya yang tercinta. Selamat untuk Papa yang telah pun menjadi bapa kepada anak kita, Malikha dan adik adik Malikha nanti. Semoga Papa akan sentiasa menjadi Papa kami dan pelindung yang terbaik untuk kami sampai bila bila. Kami sayang Papa berbillion billion, tak terkira. Dan Papa adalah yang terkacak dihati kami!




Hero kedua, Abah, Wan Abd Aziz Wan Ahmad. Walaupun dah ada hero baru, Abah tetap di hati saya selagi hayat dikandung badan. Kasih sayang Abah membesarkan saya, menjaga saya, menyekolahkan saya sampailah saya dah jadi mak Malikha tidak dapat saya balas walau setitik peluh pun. Doa dan harapan saya tidak putus untuk Abah. Terima kasih Abah untuk segala-galanya.





Saya mendoakan agar HERO HERO saya sentiasa di lindungi Allah swt walau di mana saja berada, sentiada dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Tanpa HERO HERO ini, tidakk sempurna tidak lengkap lah tidak cerialah hidup saya hari ini.


Sayang HERO ini selamanya!


HAPPY FATHER'S DAY to all...



Wednesday, June 2, 2010

Babai Orang Kota Bharu

Sebenarnya kali ni time departure amatlah biasa biasa. Sebab tiada gerombolan yang menghantar kami ke Epot macam biasa biasa. Yang ngantarnya adalah Umi dan Abah saya saja. Jadi senyap sunyi lah. Takde flash sana sini. Ciklonggg ngan team pom pom girl tak dapat datang, sebab budak kecik itu demam. Ni mesti demam sebab kuat main air kolam.


Oh ya, kat entry ni ada pasal Emylin Nabila mengaji dengan ustaz kan. FYI, ustaz Din ni telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis lepas akibat kena serangan strok selepas lapan hari di Hospital Kota Bharu. Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah.


Kat epot, Likha banyak menghabiskan masa dengan TokBah dia. TokMi tak larat nak dukung Likha lama lama.





Saya paling suka pic ni. Bila Likha dengan manja gesel gesel muka dia kat TokBah. Sayang Likha kat TokBah dia. TokBah la yang paling pandai buat Likha ketawa mengekek ngekek. Tapi dulu dulu. This tyme balik, Likha pun buat hangennn dengan TokAbah.




Oklah semua. Tata titi tutu. Sehingga jumpa Likha lagi... ;)


Dalam flite Likha bagus sangat. Faham la tu, dah naik aeroplane saya nak balik rumah saya la. So kena baik baik. Takde dah stranger yang mengganggu saya. Heee Good girl! Likha tdo je dlm flite sampai la dalam cab sampai la cab tiba depan lobi apartment kami.


Tapi hari ni, Likha mula buat perangai balik. Nak tidur je nangis, nak tidur je nangis. Saya taktahu la tak kena kat mana. Kembung perut ke? Panas ke? Lapar ke? Agaknya dia nak beralih bulan kot bak kata kata orang tua. Tambahkan kesabaran saya, Ya Allah..!


Hem... Oklah. Dahpun 217am. Kesian ngan Likha n Papa dah tidur dari tadi. Esok saya nak post entry pasal bulan 6 ni plak..


Tata...!

Monday, March 22, 2010

Abah

Tetiba aku rasa aku rindukan Abah...

Sebelum jadi bini orang, Abah suka manjakan aku dan adik adik. Bila datang KL, cakap saje nak pegi mane... die akan ikut... cakap saje ape yg kami nak, die akan ikut.. atau pegi mane2 saje... Abah tak pernah mengecewakan kami adik beradik. Abah layan kami mcm seorang puteri..

Aku tkkan lupa peristiwa masa aku 6tahun... aku bermain lighter Abah dan api lighter telah 'menjilat' sikit rambut aku dibahagian dahi.. Abah terus pujuk aku bawak aku pegi Bersatu... Sekarang Bersatu pun dah jadi The Store..

Setiap kali harijadi aku.. Abah tak pernah lupa nak called dan ucap selamat pada aku.. tk kira la aku di Melaka, aku di KL, aku di Muadzam Shah... Abah sentiasa menitipkan doa2utk aku di hari bersejarah aku...

Hari ini aku terlalu rindukan Abah.. Aku rindu di cium, di peluk Abah... Aku rindu nak jadi budak kecik balik.. dimanjakan Abah setiap masa...

Sumpah... aku hampir lupakan kenangan bersama Abah setelah bergelar seorang isteri dan ibu..

Abah..... sobb sebbb sobb sebbbb...