SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, May 5, 2010

Sekarang Kena Pantas Bergerak



Sekarang itulah Likha. Bila tinggal sekejap, datang balik tengok tengok dah macam ni. Dan macam macam lagi dia boleh buat. Dalam keadaan dia sekarang yang dah makin membuas lasak, saya tak leh dah mudah mudahan tinggal dia kalau persekitaran tidak selamat, kena make sure takde benda benda yang boleh membahayakan dia.


Sejak ada dia, saya kena bergerak pantas. Bukan macam dulu lagi. Lembab kelebek tu kelebek ni. Kalau tinggal dia sorang sorang, mulut saya sama pantas dengan tangan saya buat kerja. Bukan apa, kadang kadang dia akan menjerit tengok takda orang or kalau dah bosan dengan satu satu toys dia tu.


Saya faham dia masih kecil tak tahu apa apa dan sentiasa perlukan saya disisi. Macam saya perlukan Papa disisi saya.


Tengok babyface dia, saya selalu fikir macam mana saya nak bentuk Likha. Macam mana saya nak didik Likha jadi anak yang baik baik. Tidur pun tak lena. Kalau tengok dunia sekarang, banyak contoh yang tidak molek daripada molek. Kadang kadang saya jadi takut nak membiarkan anak saya membesar. Takut dengan dunia hari ini. Takut nak lepaskan dia ke sekolah, naik bas sekolah, berkawan, dan macam macam benda yang tidak melibatkan saya. Tapi tak boleh jugak kan..?


Saya tak nak dah fikir benda benda yang hanya nampak untuk kepentingan diri saya. Now, saya kena utamakan Likha - memang itu sejak dia lahir ke dunia ni pun saya buat- , sebab saya rasa tak cukup lagi. Saya malas dah nak fikir 'masalah masalah halus' yang selalu kacau saya. Tu semua akan rosakkan jiwa saya. Kenapa saya mesti fikir tu semua? Saya ada sebuah keluarga yang lengkap, biarpun masih dalam usaha untuk menjadi sempurna.


Apa yang dah Allah swt anugerahkan saya hari ini, sudah pun tertulis sejak azali. Syukur alhamdulillah, dengan kurniaan Mu.. Walaupun kadang kadang ada pahit ada manis, itu lah rencah kehidupan. Tidak boleh lari.


Likha dah semakin membesar. Saya tak nak sia siakan masa yang ada ni.




Bila godek godek kamera, tengok masih ada pic lama ni.
Rindu time ber badan dua gini ;)






Oh ya! Balik dari bercuti kat KB, tengok tengok ada ni atas chestdrawer Likha. Rupanya Papa dapat daripada AmBank, Papa dah sukses register insurans pendidikan untuk anak dia yang sorang ni. Nanti AmBank akan hantar polisi insurans tu. Ni pun kira salah satu usaha untuk masa depan anak la kan?


Kita berusaha yang selebihnya Tawakal... Insya Allah... Mudah mudahan..

Monday, May 3, 2010

Ciri Ciri Untuk Menjadi Secretary Suami Saya

Semalam masa lunch kat Secret Recipe, OU... tak pasal pasal saya sentuh pasal kerja kerja By kat Ofis. Saya tahu, sejak peristiwa itu, peristiwa apa, biarlah jadi rahsia saya dan By- kerja kerja By akan bertambah dan sudah tentu makin sibuk dan yang paling konfim ada masa By kena balik lambat. Hemmm, yang tu tak tahan tu.. Hihihi.



Bapa dan anak


Tak pasal pasal jugak saya sentuh pasal assistant untuk By. Bila di fikir fikirkan balik, sudah sampai masa nya utk By ada seorang assistant or dengan kata lain, secretary @ PA.


Zassst! Topik yang bagus.


Saya : By, kalo nak cari assistant.. By yang request or company yang memang akan sediakan utk By nanti?
By : Dua dua kot, Sayang.
Saya : Ke dah ada assistant sekarang?
By: Mana ada lagi. Sayang la jd assistant By.
Saya : Yelah, boleh. Tapi sayang kan kat rumah.


Then, tak pasal pasal juga saya terus sambung,


Saya: Ok by, kalau nak cari secreraty nanti.... Sayang nak macamni :

  • Umur dah 40++
  • Beranak enam
  • Macam makcik makcik
  • Kalau boleh cari yang pakai spek, spek plak mesti besar besar

By terus hahahahahahahaha. Gelak sakan.


By : Dah agak dah sayang ni... Kalau interview pun, bukan By yang interview.
Saya: Ala, nanti By leh describe gak camne yang By nak kan??


Huhuhuhu. Itu lah saya. Dah mula risau fikirkan kerja kerja By yang melambak kat Ofis.. Minta minta la By boleh selesaikan kerja dia baik baik, balik lambat pun tak kisah la sekali sekali. Saya pun tak nak la SMS, Call selalu time office hour dia. Kang tak siap lak kerja kerja dia.


Itu lagi baik kan, daripada By di hire seorang assistant untuk dia.


Hihihihi. Teruk tul saya! Jeles tak bertempat.

May Sudah Bermula

Alhamdulillah. Kita dah pun masuk bulan May. Sebulan sebulan berlalu sungguh cepat kan. Cinta kami semakin mekar hari ke hari, Malikha pun sudah menginjak setengah tahun.


Sampai saya ke rumah saya yang sebenar, bermula balik hidup seharian saya bersama orang orang tercinta. Baru lengkap rasa bila kembali menguruskan rumahtangga yang ditinggalkan hampir dua minggu. Lama tu. Selama dalam pantang bersalin pun, tak pernah berpisah se'lama' itu dengan cinta hati saya. Kebetulan masa berpantang dalam bulan 12 tahun lepas, Selangor tiap tiap jumaat ada Public Holiday sepanjang bulan tu. Tak sampai lima hari kat KL, beliau terus bergegas balik ke KB. Macam tu la berulang sepanjang bulan 12 dan sisa sisa hari saya dalam pantang. Terima Kasih dengan pengorbanan itu, By ;)


Oh ya, bukan nak cerita bulan bulan yang lepas. Tapi nak cerita, kita dah pun menjenguk ke bulan ke 5 untuk 2010 ni.


Sampai jer saya kat rumah, tup tup ada suprise sekeping kad dan sekotak hadiah atas katil ''untuk permaisuri hatiku'' . Terkedu, tk sangka jugak ada kejutan macam tu. Hadiah tu membahkan koleksi yang saya ada.. Terima kasih, abang.. Saya cinta Abang sampai mati. Muah muah muahh... Nak ceom banyak banyak! Sebab sayangg sangat!


Alhamdulillah, saya dan Likha oke. Mud yang sangat bagus! Yang penting Likha la kan, saya risau kalau kalau dia meragam sebab tetiba kat sini kesenyapan perhatian dari orang orang yang ramai kat KB nun. Tapi tidak! Sebenar benarnya Likha amatlah baik. Dia macam faham, now dah balik rumah, yang ada Papa n Mama jer, so saya kena lah behave kalau tak nak menyusahkan Mama dengan Papa. Dia anak yang baik sungguh. Ni mesti ikut perangai Papa ni. Slow and steady ;)


Papa pula teruja tengok Likha, tapi jadi kalut bila time Likha nak tidur malam. Tetiba kekok. Pa, baru je 2 minggu berpisah dengan anak. Terus tak pandai. Ya! Bukan ape, sebab 2 minggu ni, berpisah dengan rocker dia, cara tidur Likha pun dah berubah. Buat masa ni, saya masih tidurkan dia dengan cara tidur kat KB nun. Nasib... Itu tak kisah lah, Likha tak buat perangai pun dah syukur!


Papa pun teruja mula mula tengok Likha makan solid food, tengok Likha meniarap, berpusing dan bergolek golek macam ayam golek ,mulut yang makin bising menjerit jerit dan dengan baby's talk dia dan Likha yang dah makin nakal dan lucu! Ya lah, Likha dah makin besar. Kadang kadang saya tak percaya saat saat ni, kadang kadang nak je cakap, ''Likha tolong jangan cepat besar!'' Sebab nanti tentu Mama rindukan momen momen ni kan ;(


Saya kena terima hakikat tu, anak semakin membesar bukan semakin mengecil.. Tiada yang penting, melainkan Malikha membesar dengan sihat, sempurna dan bijak.


Masuk hari ke 3 May ni, saya happy dan puas hati. Sebab nampak nya bulan ni saya boleh bayar duit Maibi saya, hutang PTPTN dan hutang MARA saya dengan duit saya sendiri dengan jayanya! Syukur pada rezeki Allah swt. Ermmm, tapi duit tu masih ada dlm envelope, belum lagi di pass pada By. Mintak mintak la By tak menolak. Kemarin cakap ngn beliau, beliau hemmm kan aja.


Masuk hari ke 3 May, By dah siap bayar duit pendahuluan untuk beli rumah 'idaman' kami setelah di campur tolak darab bahagi. Alhamdulillah, By berjaya membuat pilihan dan keputusan dengan tepat. Saya ikut saja selagi saya tidak di abaikan dan saya tetap di belakang By menyokong. Rasanya kalau campur tangan yang terlalu banyak pun, hanya akan menyusahkan kami juga. Sebab yang nak duduk nanti, kami sekeluarga kan. Betul tak? Insya Allah, semua akan By uruskan dengn cepat segala urusan dengan bank dan developer. Rumah area mana yang menjadi pilihan kami, itu adalah rahsia. Bila dah konfem segala bagai, tak de can lagi la saya akan war warkan mana 'kediaman' kami nanti kan.. Tu kira our privacy la ;) Yang penting sekarang, saya dah tak sabar nak tunggu rumah itu... lalallalalala~~


Masuk hari ke 3 May, Likha dah mula tunjuk bosan makan solid food dia. Dah mula pandai menjueh jueh kan mulut dan dah mula pandai buat buat nak muntah. Mama dah tukar menu lain. Tapi semalam singgah kedai nak beli bayam, kedai tu habis pula bayam. Akhirnya hari ni, jenuh lah nak habiskan semangkuk, tapi memang tak habis pun. Kesian tengok muka dia. Kena cari menu lain ni. Tapi kalau tengok tengok cara Likha makan, Likha lebih suka karot.





Semalam, kami menghabiskan masa bersama. Ke lowyat, Papa nak beli monitor baru, oke lah tu kebetulan myBuahhati tengah buat hal ni. Agaknya cemburu sebab saya dah ada buah hati baru. Ngada ngada. Sementara nak gi antar servis, boleh la saya guna PC Papa kan. Hehehe, tapi LCD screen ni buat pic sume orang nampak demokkk, tambah tambah saya lah! 1st tyme bawak Likha lively pergi situ. Excited tengok orang yang amat ramai, tapi tetap baik perangai nya. Sayanggg Buchukk. Tak sampai sejam kat lowyat, terus ke OU, Papa nak shopping baju feveret dia, Lacoste, dan saya sempat borong 3 novel Melayu kat MPH, since dah 'khatam' 9 nyawa tu terus gian nak baca lagi...




Kehidupan saya adalah mereka mereka.


Entry Khas

Pics kat KB, khas utk orang orang KB yang masih dan olweys merindui budak gemuk ini,































Semua orang kat KB oke oke tak? Mesti dah tak rindukan Likha kan? kan? kan???