SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, June 2, 2010

Balik Kampung Tak Sah Tak Makan Ini

Hari ketiga, di Renaissance.


Tidur puas puas. Kul 11 baru bangun tidur. Seronok Likha, tidur kat hotel tak banyak ragam. Yelah, kata ngn Mama Papa dah dah tentu bahagia. Yang tak bahagia bila Likha kena mandi dalam sinki. Hihihihi.


Mokwan Astro dah siap berendam dalam sinki.




Tengahari keluar cari makan. Kemudian, Papa ada kerja dekat Grandriver View Hotel. Oh ye, satu team bas ofis Papa turun ke KB smepena Mesyuarat Agung Perwakilan esoknya. Mereka semua menginap di hotel tersebut, meeting pun di hotel tersebut. Tapi kenapa En Syahmi check in di hotel Renaissance?? Uhh, biar la dia.




Kami ke gerai Mee Celup Athirah kat Kg Chempaka. Ni memang tempat feveret kami suami isteri kalo balik kampung, tak sah kalo tak singgah sini. Masa tengah peknen dulu, kalau empat hari lik kampung, empat empat hari mesti datang la makan mee celup ni. Mee celup ni kalau kira asalnya dari siam. Sup die yang meveles sedappppp, pedas dan panas panas akan dicurahkan ke atas mee. Mihun ngan kuew teow pun ada. Tengah type ni, sempat lagi telan air liur, gulppp gulppp, teringat kesedapan makanan ini.




Tengok. Sila terliur okeyy. Makan ni wajib kena minum air kelapa. Wah! Sedapnya. Tapi sory saya belum minum air kelapa, masih dalam pantang konon kononnya. Dah orang tua cakap, sila pantang air kelapa selama setahun., nanti sakit urat. So saya ikutlah. Biar lah air batu tak putus pun. Huhh!



Model Mama dengan Kuew Teow Celup Mama. Mama makan dulu, baru Papa. Fisrt time bawak Likha, tengah tengah panas makan sini. Hihihi. Orang punya la ramai, sebab lunch hour kan. Tapi dia takpe, asalkan ada Mama Papa dia.


Ada cerita lucu di sini, dalam kekalutan ramai orang kat kedai tu. Sempat la sorang kakak yang jadi pelayan kat situ menegur saya, ''Sape zte, anak sedara ke?'' Eh, anak zte la. Hah? Bila masa zte preknen! Tettttt! Tak rajin saya kalau nak bawak anak sedara berjalan... Hahaha. Kakak tu memang ex-schoolmate, selalu la tegur tegur saya kalau saya gi makan situ. Dah Likha pun dah 7bulan, masa tengah sarat pun tak sempat gi makan kat situ.. Tu yang tak perasan saya mengandung tu... Last, die ketawa malu sendiri.


Bersambung lagi...

Tuesday, June 1, 2010

Bercinta Selepas Kahwin

Hari kedua, Check In kat Hotel Renaissance.




Malam, hantar Likha balik rumah Tokmi. Papa ngn Mama nak bercinta sekejap yer. Hahaha. Sian Likha, dah la nangis nangis tak kenal orang.



Syok ok bercinta pas kahwin.
Bercinta sebelum kahwin tak syok.
Boleh jadi terhutang budi, tergadai body.
Hehehe.
Pas kahwin, nak gadai, silalah gadai gadai oke!
Hahaha.


Pastu kami pergi makan.
Kul 12 tengah malam lebih baru ambil Likha.
Likha pun nampak Papa ngn Mama, terus bahagia.
Haiissh!




Likha Cry Cry Baby



Dalam flite lagi Likha dah buat hal. Kepoh semacam. Kes nya tido timing tak kena. Likha tido dalam departure hall disebabkan masa berlepas retimed. Tapi dia tido amatlah sekejap, tk sampai 15 minit. Bila Mama mula mendukung nak naik flite, dia dah jaga. So, nak tido balik cannot la.. Kecoh dan heboh la dalam flite.





Lagi 1 agaknya naik flite kul 350pm, sepatut 310pm tapi delay... Boleh rasa bahang panas matahari, evento dalam flite of cos la sejuk kan.. Jadi bila panas, cerah macam tu nak layan tido pun tak boleh.





Balik kampung kali ni, tak berapa membahagiakan Likha. Die asyik meragam, taknak dengan orang tu taknak dengan orang ni. Nangis kuat kuat sampai keluar airmata. Nak kata jetlag.... ceeee jetlag. Macam la naik aeroplane berjam jam. Lagipun ni bukan first time Likha naik flite. Agaknya Likha mula nak kenal orang. Mula mula dengan Tokmi nangis, dengan Tokbah nangis, dengan TokChek pun nangis. Makan masa nak pujuk. Haiii Likha Likha....


Papa dah decided this coming Raya nak balik dengan kereta. Ohhh tidak! Takleh imagine kebuasan Likha dalam kereta nanti. Sekarang pun tak boleh duk diam dah walaupun sesaat, melainkan tidur. Nak tunggu 6-7jam sampai KB? Kurus Mama dalam kereta. Hihik.


Papa baliklah dengan kereta kalau nak. Saya dan anak akan balik dengan kapal yang terbang. Papa boleh racing racing tengah jalan nanti.. Oh no no no. Kepulangan mu amat dinanti! Eh, dahlah! Raya lambat lagi. Puasa pun tak ganti lagi...


Bersambung...

Apakah Ini? Adakah Oggy And The Cockroaches?

Hai. Bertemu kembali. Semua sihat? Doakan semua kawan kawan saya sentiasa sihat dan bahagia dengan kehidupan masing masing. Rindu semua... ;) Tup tup dah masuk bulan June kan? Hari ni dah Selasa. Ye ye ye. Citer saya malam ni..


Ok, sebelum pergi jauh, sebelum saya cerita kicah cuti saya, saya nak cerita dulu pasal cockroach yang ada dalam handset saya. Hisssh! Ni kisah benar oke?


Pic Likha ni dalam cab, mase weols otw to Epot. Tengok ada apa dengan red circle tu? Adakah cab ni membela lipas?




Kemudian saya nak share pics kat epot Subang masa tengah tunggu Papa check in. Sambil sambil saya dengan Likha tangkap muat cik Lipas.




Tengok cik Lipas, menyamar jadi kutu ke duk atas kepala saya?





Laaaarrr, Cik Lipas duk atas batang hidung saya pulak. Pic ni barulah buat saya perasan ada benda asing ni.





Ehhh, merayap ke tangan Likha plak. Tak rasa geli ke sayang??? Likha syokk sgt dengan tali baju Mama, sampai tak rasa cockroach merayap rayap. Eh, sila abaikan perut saya tu. Saya kan duduk sedebukk mcm tu, mesti la lemak lemak kat perut terkumpul. Eh, pssst pssst mcmn nak hilangkan perut buncit yer? Anak baru sorang ni. Hik.




Hayayaaaaaa! Lipas dah cabut lari. Likha tengah posing dengan travel bag baru dia yang menjadi kekonfiusan Mama k!



Ok, ni pic from digicam Sony Papa. See, cockroach tkde, yang tinggal Oggy saje. Hehehehe.


Nampak gayanya, handset saya screen dia dah rosak, yang herannya bile gambar di transfer masuk PC, crack tu tetap ada. Hadooo!


Yea..! Tak lama lagi leh tukar handset baru. Oh ya, henset ni sama umur dengan my Likha. Hemm baru lagi kan?? Takmo tukar lagi, tunggu lipas tu beranak pinak dulu.. ;)