SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, July 2, 2010

Bila Pagi Lagi Masuk Dapur

Pagi ni mood baik baik saja. Aku sibuk sibukkan diri kat dapur. Oh ya, malam semalam aku berjaya melepaskan diri dari Mr Papa! Yeyeye! Keluar pergi membeli grocies kat kedai seorang diri saja. Nasib baik di izinkan. Ala, tak jauh pun kedainya. Yelah kalau selalu..'' tak baik keluar sorang, meh By temankan, syg nak beli apa?, itu la ini lah''. Padahal takut bini kena phewwwiittt. Hahaha takde lah. Sapa la nak phewwittt, bini orang dan mak orang ni kan? Lawa pun tak!



Ok, continue.. Aku mengidam nak masak ni. Dah lama tak masak, so rasa nak masak sup ayam lah. Diet, diet pun kena gak makan. Dok gitu? Tapi tak nampak ke mana lagi diet nya! Huhh! Biarlah, ternak jer lah lemak degil ni banyak banyak. Pastu kite gi sedut lemak ya!



So, bila rajin datang ada jer la nak buat. Aku koyak kupas semua kulit bawang putih dan bawang merah. Tapi bawang merah takleh kupas banyak banyak, kejap tu pedih menangis lah. Hissh! Tapi ada bawang merah yang kalau kita kupas takkan menangis kan? So, memang aku suka kupas siap siap pastu buh dalam bekas then simpan dalam fridge. Ni ikut petua Ciklah dan Ciklonggg lah.






Nanti, kalau bila bila nak masak dengan cepat tak payah lagi kita membuang masa kan..? Papa pun senang kalau kalau dia nak menumis Maggi Tomyam feveret dia, ambik jer lam frigde yang dah siap di kupas. Tak gitu?






Bawang merah dan bawang putih yang dah siap dikupas, aku akan isi dalam bekas comel yang bershape bawang jugak.. Ni adalah jenama Tupperware. Sesiapa yang berkenan, pergi lah cari tapi tak tahu la ada lagi ke tak, sebab dah lama aku beli ni. Opsss, betul ke kalau pakai taperwer brand Tupperware macam taste taste orang tua?? Hek!



Semalam juga telah membeli ini. Ni apa hitam legam dua bijik ni?? Sebijik harganya 80sen sahaja.




Tetiba rasa teringin nak makan. Hemmm!! So what!! Buruk ke perangai kalau teringin makan telur asin ni? Pastu ingat aku peknen la tu kalau ngidam ngidam ni. Dishh! Ni kalau makan dengan bubur nasi pun best! Hehehe. Glemernye telur itik ni pun ada watermark. Hahaha.



Dan terus menyiapkan bahan bahan untuk memasak!! Yebba yebba! Kena la rajin rajin kan memasak. Dah jadi bini tambah tambah suri dalam rumah yang tidak bekerja spenuh masa di office, takkan hari hari nak tapau. Kadang kadang suami ni cakap jer tak kisah, or tak suruh masak, tapi nak ke hari hari suami makan air tangan orang kat kedai tu. Hih! Nasib baik Mr Papa ku tak kisah makan apa. Kalau request pun, tak pernah request yang pelik pelik. Okey.





Kalau aku tak masak kan, kawan aku cakap '' teruk lah ko tak masak, nasib baik Likha kecik lagi, kalau dah besar, kebulur tak makan'' Cit! Kalau Likha dah besar, for sure la aku masak! Masak la simple untuk dia, macaroni sup ke, omelet ke, sup sayur ke, kan kan kan kan Sayang??? Muaxxx.



Sekian..!

Alahai, Budak Gemuk Mama!

Makin hari makin friendly dengan musical carpet ni. Dan ok! Dah boleh layan tekan tekan sekuat hati, gigit gigit dan kadangkala nampak tersengguk senguk bila music dance tu berlagu dengan kuat. Dah pandai joget dah..!






Dan akhirnya, saya dapat jugak snap pic ni. Tengoklah! Betapa lucu nya, bila Mama angkat dari tidur tengahari semalam, terus buat muka menahan busuk macam ni! Ni sapa yang busuk ni? Likha ke Mama ni???



Masya Allah! Anak En Syahmi ke ni!






Pagi tadi, Likha bangun lambat. Sempat la saya kemas kemas dapur, sental tu sental ni, mendobi kain kotor dan sediakan bahan untuk di masak hari ni. Nak masak sup ayam, ok. Boleh gak jadi menu untuk diet kan??



Ni budak yang bangun tidur kul 1030am.






Tapi bila dia bangun je, aku cuak gila! Tengok tengok mata belah kanan berurat merah. Macam kena jangkitan gitu, nak kata Likha pakai contact lens... Tak! Kenapa erk?? Tapi dia steady macam biasa je, tak nampak macam sakit pun.








Risau ni! Karang karang kalau tak okey lagi, kena bawak gi klinik. Aduyaiii.... Elok elok la ye sayang.... Runsing Mama ni!! :(

Thursday, July 1, 2010

Ciklonggg Plak Nak Interframe!

Maaf ya Ciklonggg, menjaja gambar Ciklonggg di blog Mama Likha ni kan..? Hehehe.


Likha belum pun wujud dalam dunia masa ni Ciklonggg, sudah diatur oleh Allah swt kejadian Malikha, tapi tidak lagi sampai giliran menjengah dunia. Kan?






Dari kiri: Aku adalah aku, Fatin, Adik Emylin, Donut J.Co, Ciklonggg, Yasmin, Ain dan gambar di rakam Suky Tevster. Ciklonggg berposing like nak ambil gambar passport nak buat passort antarabangsa. Hahaha! But its ok, its look naturally hokkay..!




Ok, Suky pun nak masuk frame. Sedang menikmati J.Co yang masa tu tengah crazy femes. Berator sampai sejam baru dapat beli.





Tak caya, tanya lah aku dengan Fatin dalam gambar ni ya.




Gambar diatas 27 December 2007. Lokasi : The Pavillion, KL. Ihsan: External Hardisk ku!


Bye!

Takde Mood, Tengah Cari Mood

Bosan. Nak mekapkan blog yang lagi satu tu, tak jumpa jumpa idea. Ntah pape pape backgroundnya.. Hissh!! Last last tersadai centu jer. Tunggu Papa lah tolong bagi idea.


Now, tengah layan mata sambil menggodek hardisk lama. Kan banyak memorable picker dalam tu. Nanti nak tempek la jap lagi.


Stay tuned lagi...