SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, September 16, 2010

Kami Di Pagi Raya


Selamat Hari Raya, lagi ;)


Jom, saya nak share lagi gambar gambar masa Hari Raya Pertama...




Kemain payah nak snap pic, sebab Likha kan tengah tak frenly. Takut photographer a.k.a Kak Fatin Nabila, amek dukung dia...
Perasan! Padahal takde sapa dah nak kawan dengan Likha
Heks.








Raya tetap raya, kite sibuk dengan nasi dagang la, sate lah, kuah kacang, kueh raya lah apa lah. Likha tetap dengan food dia lah.. ;)
Mama suap nasi impit sikit sikit jer.





















1st duit Raya Likha... Tka lain tak bukan dari Ciklonggg lah... ;)




Kutip duit raya dari Pakngah ;)





Meragam ke, tak frenly ke, nak berkepit ke.... Tahun pertama raya dengan Likha, Mama tetap excited dan seronok. Of cos la kan..? Semua berhabis dan bersiap untuk dia. Dah ada anak, dah sah sah kita akan fokus dan utamakan dia dulu..



Pepagi lagi sambil dengar dah tabkbir raya, Likha dah bangun then Mama terus siapkan Likha...Oleh kerana pagi lagi lagi dah bangun, tak sampai kul 10, masa orang tengah ramai datang beraya, dia dah lentok balik. Then tidur setidur tidurnya.... Macam tak tahu hari tu hari raya... Hhahaha... Mujurlah kejap, bagi Mama berkepit ngan Papa jap ;) Ke sana ke sinun melayan tetamu yang datang beraya.




Ok, next entry pasal raya dan gambar raya lagi yerrr..



Sekian..!

Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua. Minta ampun dan maaf pada semua family, kawan kawan dan pengikut senyap blog ayam brand saya ni, jika selama ini ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersinggung dengan mana mana gurauan dan terlajak perbuatan. Kadang kadang kita ni terlaser jugak. Kadang kadang kita ni termarah, kadang kadang kita pun ada terlajak bersenda... Kadang kadang kita sendiri mudah terkecil hati. Semua ada.....tanpa kita sedari dan sengaja.



- Hari Raya Pertama -



Oh, pagi raya ke 4 ni baru dapat nak luangkan masa sekejap depan lappy dengan aman. Mektok Likha tengah tidur tu. Kul 4,5 pagi tadi dah sedar, main senggeng senggeng kat badan Mama macam tak nak berpisah even sesaat pun. Pagi pagi lagi Mama dah mandikan, now dah tidur balik.



Raya ni agak penat, bila Likha buat perangai tak berapa nak elok. Sangat sangatlah nak menempek dengan Mama. Tak kira lah mana Mama nak pergi, semua nak ikut. Dengan siapa pun taknak pergi melainkan Mama Papa. Paling tak tahan mulut sangat bising membebel dan mejerit... Sampaikan TokBah, kamceng Likha selama ini pun Likha dah reject awal awal. Tapi TokBah tersangatlah tidak pernah jemu menghiburkan Likha... Bawak round rumah, tunjuk tu tunjuk ni....




Baru sekarang la Mama rasa penat, letih dan kadang kadang arggghh tensionnya, bila Likha buat macam ni. Spoiled semua mood raya, nak hidnag lauk pauk pun takde can... Nak pergi lepaskan hajat di toilet pun kena cepat cepat. Sampaikan, Suky Tevez cakap aku ngan Papa kena buat topeng muka kiteorang dan sesapa kena pakai topeng muka tu even tetamu yang datang beraya pun so that sesapa pun boleh la ambil dan dukung Likha kan... Haaa, sampai macam tu....



Tapi raya ke3 dalam kekalutan pun, sempat jugak Mama menyediakan nasi ayam... Walaupun raya ke3, penuh dengan aktiviti pergi beraya rumah sedara mara sampai malam undangan BBQ nya kat rumah Pakcik Pin dan rumah MIL... Bila bertembung macam ni, pandai pandailah bahagikan masa.. Hari ni rumah terbuka Ciklonggg sekeluarga plak sampai ke malam ada sedikit solat hajat..





Likha tetap maintain sampai ke petang dengan kurung dia on first day Raya... Apa apa pun, Mama redha lah Likha now is fasa Likha nak melekap dengan Mama kan..?? Penat pun penatlah, hope Mama dapat kurus sikit pasni... Hope so lah! Oh ya, Likha tengah collect duit raya, nanti berkepuk kepuk la duit raya Likha. Hehehe...



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!




Sekian..!

Wednesday, September 8, 2010

Sepanjang Perjalanan Ke Kampung



Kul4 petang, sebelum orang keluar dari ofis, kami dah bergerak memulakan perjalanan jauh ke Kota Bharu... Jalan ok jer even kereta banyak. Hari Selasa, masih ramai yang bertungkus lumus tanpa semangat bekerja di ofis hehehe..



Weols, lamanya tak balik Kelantan dengan kereta, last masa bawak Likha balik dari KB masa tu bulan 2 tak silap. Dalam pukul enam dah masuk Raub dan singgah di Pasar Ramadhan Hulu Dong, Raub. Beli sedikit makanan untuk berbuka.





Everytime lalu or pitstop kat Hulu Dong, mesti teringat kes Mona Fendy dulu... Heeeeeeeeee...






Berbuka puasa dalam kereta di Shell, Padang Tungku... Macaroni goreng pedas share dengan Papa ;) Tapi sedap gak...





Likha ok, keadaan terkawal. Lasak kejap kejap tu biasa lah kan... Tapi yang best, bila tidur macam atas katil.. Mama bentangkan tilam so meniarap, main lah dia atas tilam dia. Papa tekun drive ni ;)




Main masak masak sorang sorang..... ;)



Alhamdulillah, kul 12 kami selamat tiba dirumah keluarga Papa... Macam biasa lah, ramai anak anak buah a.k.a sepupu sepapat Likha yang menanti nak kerumun Likha. Likha, dah 10bulan ni baru nak buat hal tak mesra dengan orang. Papa ngn Mama jer dia nak menempek... Orang lain amek, melalak kuat kuat.... Uhhh letih... ;)



Sekian...

Monday, September 6, 2010

Berbuka Puasa Dengan Geng

Sabtu lepas, saya dan suami meluangkan masa berbuka puasa bersama geng sekolah saya dulu. Organize kemain lagi, tapi geng ni jugak la yang setia dari dulu. Kami paham, member member lain sibuk dengan urusan masing masing. Lagipun dah dekat nak raya ni.


Date dipilih sempena, kawan sorang, Jeme baru sampai dari Algeria. So transit kejap kat KL sebelum fly ke kampung halaman tercinta, KB.


Kami berbuka di Restoran Intai Intai, Ampang Hulu Klang. Kalau nak tahu, owner dia adalah Cik Baha, yang femes dekat AF tu. Korang kenal tak..? Ni kira restoran artis artis gak la. Cik Baha ada la saya tengok hari tu kat kaunter. Makanan... punya la banyakkkkk pilihannya sangat dan boleh tahan sedapnya. Oklah.


Cuma saya tengok geng geng ni, makan tak banyak lah. Malu ke apa??? Huhuhu. So dengan saya pun, makan ala kadar sahaja. Hehehehe.





Tiada dalam gambar, 3 orang. Cepat balik sebelum bergambar.
Friendship dari zaman sekolah rendah dan menengah
yang menyimpan 1001 kisah, kenangan dan rahsia.
Tapi ni pun masih tak cukup korum ;)
Semoga persahabatan tetap berkekalan walau dimana saja berada.




*Pelik kan bila aku berkawan rapat dengan mereka-lelaki dan berkongsi segala masalah dan cerita (itu dulu,sebelum kahwin)........ ;)



Oklah, meh nak promo... Sesiapa yang berminat nak makan makan kat restoran ni, boleh klik sini. Best dan sangat lah murah!! Berbaloi..... ;D



Sekian..!