Hari ni saya nangis jugak sebab Likha tak nak tido. Saya dah mind set nak masak kari ayam hari ni. So dah la nak masak kari ayam tu satu yang paling mencabar bagi saya, sebab first time nak masak kari weh!, *malunyaaaa!!* dengan Likha yang tidur sejam jer pastu jaga, tidur sejam jer pastu jaga. Last last sekali saya nangis, meraung raung. Buruk sungguh! Likha tengok saya, senyum dan suka mengejek! Wahai budak kecil, mana la dia tahu pape kan??? Dia ingat Mama nak bergurau dengan dia lah tu!
Kul3 belum lagi masak, saya memang selalu masak lambat sebab nak makan nya malam. Siang saya makan je apa apa yang ada. Likha pulak taknak tidur. Masa saya nangis frust tu, Papa called. Papa cakap bawak jer Likha masuk dapur. Buh dalam rocker dia. Yelah, saya tak boleh tinggal dia sorang sorang kat luar. Sebabnya dia nak saya duk depan dia 48jam! Saya pusing jer, raung raung panggil saya. Kalau tak meraung plak, sampai bawah sofa dia masuk.

Haaa tengok kalau tak caya. Likha tak pandai ke depan, asik gostan ke belakang. Nak ke depan, tapi ke belakang kayuh nya. Kaki dia belum kuat nak ke depan. Lama lama saya pun tak tahu dia nyorok kat mana.
Oklah, saya pun sob seb sob seb lah puas puas. Pastu, nah! Bawak dia g dapur. Dia buat muka pelik pulak tengok saya bersilat ketang ketungg.Hishh! Jap tu, dengan dia dia bau kari. Hihihi.

Macam tu lah saya. Siapa kata jadi surirumah ni tak penat?? Lagi penat. Lagi kelam kabut. Kalau tak pandai bagi masa, jawab dia rumah macam kapal pecah la. Bila tak kuat semangat macam saya ni, jadi macam tulah. Sikit sikit nak meraung! Saya ni memang lembik, memang fragile. Bukan saya tak biasa, dah hampir 5 bulan saya jadi surimah tapi kadang kadang failed jugak. ;(
Buat ibu ibu, apa cara untuk bagi baby kita tidur lama ya? Ada apa apa petua? Share la dengan saya.
Berbalik pada kari ayam saya, Alhamdulillah menjadi. Terima pada mentor saya, Umi dan besfen saya, Wanie yang mengajar saya melalui YM. Hihihi. Saya memang lah buta masak kari! Sila keji saya hokkay..! Heee, kari dah siap. Kalau ada sambal belacan kan best! Alamak! Cane nak buat sambal belacan lak ni.
1 comment:
stakt ni takder petua lagikk...sbb zara sy pun tdur sejam2 ...pastu bngkit main..kena melayan jgk lah..lagik buas dan tak duk diam..so..kena duk jga 24jam..hukhuk..malam baru lah lena tidur..
Post a Comment