SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, July 22, 2013

Salam Ramadhan 2013/1434H


Selamat berpuasa dari kami sekeluarga.
Dah 12 ari kita berpuasa kan ?
Mama Likha banyak ponteng dahhhh sobsobsob.





Tahun kedua berpuasa dan pregnant. Tapi masa Malikha dulu baru 6-7 bulan tak silap, ni dah 8 bulan dah... Ragam puasa tahun ni lain sikit. Awal - awal puasa baru ni semangatnya lahai, siap pergi pasar nak penuhkan stok dalam peti untuk masak memacam menu. Alhamdulillah, sempat lah tertunai. Puasa ke 4 Papa bawak berbuka di Ana Ikan Bakar Petai nun di Bangi, kebetulan Sabtu kan... Mana boleh masak, weekend sokmo lah nak ke situ ke sini meaning gantung kuali lah hehe. Elok je makan kenyang alhamdulilah semua. Balik tu singgah kedai kawan, Mulanya kita duk je dalam kereta, tapi tak tahu macam mana tergerak hati nak turun dari kereta n join dorang kt kedai. Duduk sekejap kat bangku plastik tak sampai 5 minit dalam sekelip mata bangku tu patah n kita tak sempat fikir pun apa yang jadi sedar - sedar dah melantun kat bawah dan kepala terhantuk kat dinding belakang. Adoyai bengong sekejap. Malikha menjerit tengok Mama nya dah terhumban ke bawah.


Bangun tu dah rasa sekejap sakit kat tulang punggung. Risau nya lahai. Pk kan keadaan kita ni. Kalau tak mengandung, boleh consider lagi. Ni tengah sarat ni. Baby time tu aktif saja.. Bersammersault bagai..... Sampai lah ke waktu sahurnya... Tulang punggung dah rasa makin sakit dah. Plan paginya nak g cek kat klinik. Tapi sahurnya risau ya amat bila takde rasa pergerakan baby. Biasanya sahur die sama sibuklah dengan Mama nya bangun nak bersiap makanan. Tapi gosok - gosok perut, panggil - panggil tkde movement. Nak makan pun tak lalu dah. Sempatlah buat drama sebabak, daku ni murah dengan air mata. Azan subuh je terus solat and Papa suh bersiap terus ke UMRA kat sec 13. Nak g demc call2 pagi tu doc laki kat emergency. Tu yg terus ke UMRA walhal tak biasa pun kat UMRA. Tapi nak jadikan cerita masa tengah solat Subuh tu baby dah gerak sebenarnya, dia tido kot memula tadi tu. Mama je nya yang cepat panik.Tapi takpelah Papa suh g check jugak, risau kesan dari jatuh tu kan ?


Dekat sejam menunggu sampai nak cerah baru dapat jumpa doc pakar sebab ada kes bersalin pagi tu. Terpaksalah cerita semua dari hal mengandungkan Malikha, misscariage dan mengandungkan hokni. Sebab tkde rekod apa - apa pun kat UMRA kan? Doc sangat frenly n nice... Cek semua, scan alhamdulillah baby ok heartbeat ok, n doc cakap ada mild contraction. Doc cek postur badan pun dah tak balance daku ni, ada kesan jatuh masa muda ( tapi tak ingat bila jatuh) n lagi satu sebab suka angkat barang / bag berat... Hurmm.. Disuruhnya juga buat CTG test siap. Kesian jugak Papa dengan Malikha menunggu tapi apakan daya kan ? Lama tu buat CTG test ada dekat 40 minit sampailah ku mintak izin suruh stop sebab tak tahan dah nak terkucil... Cek bg puas hati skit. Perut cramp sebab ada contraction skit... sikit lah, kuar graf dia dari CTG test tu. Ya allah masa buat CTG test tu, gerun, syahdu, sayu semua ada dalam hati ni bila terbaring di labour room tu.... Teringat masa bersalinkan Malikha hampir 4tahun lepas, dan tak lama lagi nak bersalin kan yang ni pulak... Ya Allah semoga kami dipermudahkan dan selamat semuanya. Tak sabar nak jmpa baby :))


Dari situ, doc nasihatkan untuk tidak berpuasa. Doc ada bagi ubat untuk makan dan tidak digalakkan berpuasa. Tengahari ahad tu Mama mula diserang sakit kepala dan seram sejuk. Sakit kepala yang berpusing alam. Adui, risau sangatlah... Taktahu sebab apa. Dok ingat - ingat nak kena morning sickness balik...., tapi Papa kata Mama demam ni kes jatuh tu.. Yela kot. Makan panadol sebijik rasa tahan sikit. 3 hari jugak lah Mama macam tu. Tapi kuatkan jugak keluar gi hantar Likha skul, puasa tu memang tak dapatlah sebab nak minum air masak banyak - banyak. Kalau tak lagi rasa berpusingnya dunia ni nak bukak mata pun tk boleh kena pejam.



Tq pada kawan2 yang amek berat, macam tu lah bila termengadu kat FB kan hehe.
Ramai yang concern.



Alhamdulillah hari ni dah ok. Dah beransur baik dna kuat. Dah lepas seminggu lebih. Dah sihat, dah siap gi meronda satu OU sabtu lepas. Tapi lepas waktu berbuka, memang flat abis lah, pinggang rasa berbisa macam nak tercabut. Adui.. Baru nak sopeng baju raya Malikha dan Papanya, Mama tak sopeng lagi... Nak sopeng apa ke benda jgk pun kan kalo raya pun tengah sarat. Ala kadar sudah lah :) janji setel hal anak.. Malikha request nak dressssss jer, baju princess. Ok kita beli banyak - banyak baju princess. Memang kita sopeng siap - siap untuk raya haji sekali maklum raya haji nanti dalam pantang hehehe. Bijak tak.. Muaahahaha.



Nextweek bersambung sopeng part II lak. Arap badan kuat lah, takde lagi adegan - adegan tak sepatutnya berlaku... Ada lagi sesikit yang tak setel, barang - barang baby pun ada lagi yang tak complete. Pasni boleh lah raya dengan tenang hehehe.. Ni lah dia akibat suka sangat sopeng raya last minit kan, next year tak nak dah macamni...



Yuols apa cerita. Seronok tengok macam - macam menu sepanjang berpuasa ni. Ada yang sahur pun siap bernasi tomato bagai. Aduhai meriah :)) kita ni tak lalu lah nak makan heavy - heavy.. Sekadar ala kadar jer.... Insha allah semoga puasa dan ibadah kita semua dibulan puasa ni diterima oleh Allah swt..... Rebutlah peluang ganjaran bulan Ramadhan ni yer. Mama Likha tak mampu nak pergi terawikh, tapi cuba untuk mengkhatamkan Quran. Insha Allah Amin..



Selamat berpuasa yuols !! Take care !
:)
Tata
Love
x0x0

2 comments:

Mimy Hamid said...

take care darling mama likha...baik baik saja ye hendaknya baby n mama

gee ryder said...

Sian ztee.
Sekarang dah ok ke?
Tak larat kaluu buka jer...takpe pregnant.
Jgn jadi mcm kak g dulu otw balik keje tgh drive dlm kete muntah...awal2 taknak buka