SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, April 30, 2011

Sorting Baju Malikha



Rasanya dalam usia Malikha satu tahun enam bulan ni, ni adalah for the forth time 
Mama sort baju bajan die.
Makin banyak lagilah baju yang tak muat, kalau pakai dah sah-sah 
Malikha macam buah nangka kat rumah Tokchek yang di barut. 
Huhu.
Kesian!!



 Banyak baju baju tidur lah yang tak muat dan lusuh.
Tapi ada jugak yang masih eloknya.
Boleh lagi di recylce untuk adik-adiknya nanti kalau mahu.
Masalahnya, adiknya bila????
Erk..!?





Baju-baju yang dihanging, tak banyak berubah malah makin bertambah.
Yang tak berubah tu sebab masih muat dipakai, tapi masa nak memakai tu bila tah.
Macam dress-gown yang ada tu.
At last, masuk kotak gitu jer lah ahernya akibat tak muat pakai.
Nilah dia.... Banyak-banyak beli baju.
Huhuhu.




Saya dengan 3 boxes baju -baju pembarut nangka lama saya masa zaman baby-baby dulu.
:)



Malikha setahun yang lepas dengan baju yang sama dengan diatas.


Dulu baju jalan-jalan, sekarang dah jadi home-wear.
Masih muat lagi wooooo.
Hah!
Tembam Malikha dulu tak sama dengan tembam Malikha sekarang kan..?
:)



Papa cakap, bolehlah kasi orang baju-baju yang dah tak muah tu.
Huk alohhhh!
Nak kasi ke sapa?
Mama sayanglah rasa...., terbau-bau lagi kebabyan Malikha kat situ.
Mama cakap nanti recycle lah untuk adik-adiknya.
Dengan confident Papa cakap, adiknya lelaki.
Wohhhalooohaii.
Bila? Bila?



Tak sabar weh???!
Bilalah Khaylila ada baby baru nak menjengah donia ni.
Hiks!!
Hahaha.
Syyyhhh....



Ok, Bye! Sambung sorting baju Mama Papa lak. 
Kihkihkih.
Shishun...~~~!
:)

Melawat Kilang Cat


Oh, hari ni weols bawak Likha ke kedai hardware yang juga adalah pengedar cat.
Untuk pilih cat lah, apa lagi kan?



Macam-macam color, type, class, dan harga.
Uhhh ini semua bisa bikin pening, semua color berkenan dihati.
Yang tak feveret kita pun, jadi tersuka.
:)


Selalu tengok benda alah ni dalam Deco-Deco Bersama Eric kan?


Mektok, pilih jangan tak pilih yer.


 Cat-cat yang dipilih, akan melalui proses pembancuhan.
Weols cuma ambil 4 jenis color cat.
Each color only 2 liter, sebab tak semua bahagian nak cat pun.
Dan yang tin besar gedabak adalah cat putih glossy untuk bahagian pintu dan staircase.


  Sementara menanti proses mixing cat, amek chances play here n there.
But not adviseable lah kat area-area yang berbahaya, paham-paham lah hardware macam hardware TokBah kan? Serba manika barang-barang merbahaya ada dimana-mana.




Posing Nenyyummm untuk Mama.
Muahhh! Lovely~~!



Itu saja penjelajahan untuk projek rumah today.
Bye!
Shishun!
:)

Wednesday, April 27, 2011

Tiada Rezeki, Lain Kali Cuba Lagi


To those yang mengikuti kisah Mama Likha tahu lah... Yang Mama Likha menjoinkan Malikha dalam kontes. Banyak kontes, dan yang paling top 
Contest Anakku Ceria by Hanin 
sebab Malikha dah sampai ke Top 5.
Hanin dah announced her contest winner dan Malikha tiada rezeki untuk Top 3. 
Sekadar menjadi finalis Top 5. Tahniah pada babies yang menang... Memang layak pun kan..?
 Malikha tak kisah lah, dah searis dalam Top 5 pun dah syukur pasal ni lah first time sampai sejauh ini. 
Alhamdulillah.


Klik SINI untuk tengok anak-anak ceria yang menang.



Tq yuols yang sudi support Malikha baru-baru ni yer.
:)
Muahh!!


Pic yang dipertaruhkan dalam kontes tu.
Nak lagi tempek.
Huhuhu.


Cuma ada kekonfiusan jugak dalam pic ni.
Kenapa muka Malikha lagi besar dari muka Papa erk.
Gluppp~~!
:D



********************************




Dan lagi satu Kontest Baby Comel by Kaksela.
Syarat kontes ni baby untuk baby umur bawah 2 tahun jer dan ahli berdaftar GHMB only.
Semalam Mama Ila dah announced kan pemenangnya.


*
*
*
*
*



Siapa lagi kalau bukan CIK TINTING @Mama Eja Razak....!!!





No 2 jatuh pada Malikha aka anak jepun sesat mana tah...~!




Dan No 3..... Baby Rifqy.... @Mama Naa





Lorhaaaiii.... Rupanya Mama Ila bermurah hati nak kasik jugak present untuk tempat ke2 dan ke3.
Rasanya aritu macam satu hadiah untuk satu pemenang jer.
TAHNIAH untuk KYRA Tinting.
 Memang comel, tak sabar nak jumpa Kyra bulan depan ni.
Ngeeeee~~


Tapi percaya atau tidak, all the comel babies bertiga ni macam satu geng.
Sebab sorang undi Kyra, mesti jugak undi Likha, mesti jugak undi Iqy...
Huhuhuhu.
Kebetulan atau tidak, taktahu lah..
:)


Pada yang tidak menang, jangan sedey-sedey.
Babies Mama-Mama semua comel-comel.
Nama lagi baby kan!!
Mak baby, bapak baby pun comel, apatah lagi babies sendirik kan...???!!
Cuma rezeki tiada disini.
Insya Allah, lain kali jom kita cuba lagi mana-mana kontest yer~~!
Dan, buat akhir kali... TQ daun keladi, nanti ada UNDI LAGI to yuols yang sudi mengundi Malikha sampai berjaya duduk di kerusi no 2.
:)
Muah.. Luv yuols~~~!
Dari MamaLikha.



Bye...!! 
Shishun!
:)


Wordless Wednesday # 5



Tuesday, April 26, 2011

Apa Yang Kita Makan Hari Ni


Today Mama Likha bangun awal, siapkan Papa dan hantar Papa. Arini beliau outstation ke JB, balik hari. Hantar depan pintu jer. Pagi-pagi dah keluar. Semoga baik-baik saja di sana, semalam 2hari beliau sakit kepala tak henti-henti. Tak tahu kenapa dan mengapa. Tengahari semalam pergi klinik, dapat ubat, tidur bangun-bangun hari ni alhamdulillah dah OK. Kalau tak camno hari ni? Dah lah ada big event kat JB.



Dah bangun pagi, ingat nak sambung menganyam mimpi bersama Malikha. Oh, cannot lah pulak. Lappy memanggil-manggil. Macam berhantu gitu. Oklah, so pepagi on lappy dan berblogwalking. Dah walking-walking tu, tersinggah lak rumah Cik Betty ni. Menarik betul entry beliau pagi ni. Ceritanya pasal Sardin Ayam Brand yang dicampur lendir katak dan lendir siput babi. Phewwww!!! Baru dua hari lepas, masak sardin. Pastu pasal MILO pulak yang dicampur dengan daging cacing. Oh no, dahlah tengah singgah-menyinggah blog orang sambil layan MILO suam-suam bekas yang Papa minum tadi tak habis. Oh apakah ku minum MILO cacing..???


Credit to Cik Betty.


Masya Allah, dulu dah kecoh dengan Sos Preggo yang dicampur dengan daging bab1.... Kecoh dengan ayam yang tidak disembelih. Pastu kecoh lak telur tiruan lah. Macam-macam lah sekarang ni dalam makanan kita. Sejauh manakah kebenaran ni semua..? Tolonglah pihak yang berwajib, selesaikan masalah ni. Seolah-olah tiada undang-undang, tak tahu hukum halal haram, tiada sekatan dan tiada sebarang halangan untuk makanan yang kotor ni wujud dalam masyarakat kita hari ni. 



Dah sekarang kecoh jugak, pasal OBESITI dikalangan budak-budak. Salahkan pihak kantin sekolah yang menyediakan pelbagai makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya nak salahkan 100% ke pihak sekolah pun tak boleh, sebab kat mana-mana or rumah pun budak-budak still boleh dapatkan makanan yang tidak bermutu. Taktahulah nak cakap macam mana, ni saya anak belum bersekolah lagi.... Tapi kat rumah dah kenal macam-macam makanan.



Sebab tu lah banyak penyakit sekarang ni kan..? Orang selalu kaitkan dengan orang-orang dulu yang sihat-sihat, umur panjang sebabnya makan makanan yang berkhasiat, halal dan dijamin sejauh mana kebersihannya.
Orang zaman dulu, penyakit yang paling kronik pun penyakit tibi jer. Tapi nowadays? Cuba tengok kita sekarang, dengan fastfoodnya KFC, McD, Pizza Hut, Domino's, padahal itulah yang menjadi feveret kita, dengan makanan instant, macam burger, ayam ayamas, sosej, dengan maggi, cikedis bermacam jenis cekedis ada kat pasaran.... Yang taktahu sejauhmana proses pembuatannya...... Dan dengan air bergasnya, air manisnya, coolblog bubble teanya...Tak minum air manis tak sah. So, pada pendapat peribadi Mama Likha...., nilah yang menyebabkan penyakit sekarang.... Macam-macam penyakit. Kalau takde yang kronik, ada jugak macam kegemukan, sakit kepala, kaki kejang dan macam-macam yang kita tengok macam kecil jer... Tapi for the long term...??? Sebab makanan yang kotor dan tak tahu halal haram ni jugak lah yang boleh menyebabkan rumahtangga pecahbelah, jiwa selalu kacau, anak-anak tak pandai belajar, malas. Jadi gelap hati semua.  Betul tak..?? Lepas ni apa lagi lah. Sos, kicap, santan, minyak semua tu selamatkah untuk kita....???? Ayam, daging, vegetables semua tu pun belum tentu selamat kan..??


Tapi kalau tak makan? Tak boleh...!!




*************************************************



Jom tengok apa yang Mama dan Malikha makan hari ni. Tension-tension pikirkan makanan pun, perut kena makan gak! Huhuhu!


Feveret Likha lately ni, cauliflower. Sangat suka!
Ratah saja jer....!

sebelum
selepas

Sebelum makan baca doa.
Bila Mama cakap Bismillah jer dia dah Amin..!
Camno tu anak..?
:)





Untuk Mama pulak, bubur nasi Likha tu Mama bereksprimentasi so jadilah macamni,
Sungguh simple sangat!
Boleh lah, dah weekend makan dengan hebatnya, dah semalam pun meriahnya menu.
So arini lite-lite sudeyy!!
Kebetulan ada telur asin dan seruding daging terbaik dari ladang Kota Bharu.
Yuhhuuu.....,, nyangkut weh!
:D


Tapi cer kalau ada ikan pekasam..atau ikan jeruk?
Ohhh bestnya! Dah sebulan cari ikan pekasam, kat ne erk yang vogidebass....?
P/S : Makcik Miri sila cepat-cepat tunaikan tanggungjawab anda oke!
Teringin ni! Mengandung lemak banyak sangat!
Kihkihkih...




 Lepas makan kenyang, senang hati~~!
Lalllalalalal~~!




Tunggu Papa balik, kul berapa sampai ni. Hmmmm tah-tah Likha dah tidur, Papa tak sampai lagi.
Tadi pagi pun tak jumpa Papa.
Esok pulak lah ni jumpa Papa ni.



Layanlah Mama malamni ngan Likha bermarathon tengok drama. 
Daripada Asmara ke Sahara dan ke Depsrate Housewives. Klau larat, terus bersambung ke Showdown 2011. Best jugak layan tu. Oh, sapa tengok Desperate Housewives lastwik, gila best dan havoc kan???!!



Pesanan terakhir : Berdoalah semasa menyediakan makanan untuk anak, suami dan keluarga kita dari mencedok beras, mebasuh beras - dengan selawat sekali, mengopek kulit bawang, menyiang ikan, membasuh sayur, menabur gula garam, mengacau gulai, mencedok nasi even menghidang makanan sekalipun. Semoga apa yang kita dan anak-anak kita makan, dari sumber yang halal, diterangkan hati, dijauhkan dari kegelapan mata hati dan selamat dunia akhirat. Semoga kita terlindung dari gangguan syaitan, benda-benda yang haram dan segala maksiat. Insya Allah.

( Peringatan peribadi Mama Likha untuk diri sendiri )


Okelah.
Bye!
See you soon!
Oh, Likha kan sekarang ni bila kita cakap ByeBye, terus sambung ShiShun (See U Soon) hahahahaha...!



Ok, dah bye! ShiShun!
:)

Ratu Ayam Kampung


Baru-baru belajar meratah ayam kampung.
Huhuhu.
Kesian.



 Hidangan last weekend.
Sabtu di Sec 13 Shah Alam
Ahad di Medan Selera Kg Baru, KL.




No wonder why i am staying healthy on GEMOK, DEMOK, GEBU and MONTOK..!!!



Huh!
Bye! 
:)

Berpoya dan Berjimba Ramba Berdua


Ya Rabbi, lama betul tau Malikha Mama tak bawak pergi playgorund kat bawah rumah ni.
Mama malas lah sebenarnya.
Bukan apa, since Likha dah aktif sangat-sangat ni, tak daya Mama nak control die sensorang.
Terukkan..??! Mama risau lah kang dia panjat sana panjat sini, lari sana sini.
Yang buat Mama takleh control. Huh!
Sepatutnya time ni lah Likha nak belajar kenal alam.
Kat bawah tu ada padang luas sangat, sumtimes ada banyak pigoens, tak tahu mana datang.
Mesti Likha seronokkan...??!!
Hemmm...., nanti-nanti yer Likha Mama rajin-rajinkan diri yer..??
Kalau Papa ada takpe, ok tak kisah. Papa boleh jaga dia, Mama duk belek-belek FB kat smartphone!
Wakkakwakakka.
Tapi tulah lately Papa asek lik lambat, banyak kerja. Bulan 5 ni, jadual Papa pack jugak dengan family day dan bermacam meeting-meeting besar.
Kalau weekend pulak, jarang duk rumah. Ada saja tempat nak dijelajahnya.



Jadi, minggu lepas, Isnin ni tau... weekdays lah best sikit tak ramai orang.
Mama nekad bawak Likha ke playland kat Ikano tu.
Kid'z Artzone & Playland.
RM8 jer untuk budak. Mak takyah bayar.
Nak kata best, best lah jugak.
Nak kata tak best, tak bestlah jugak.
Mama rasa lagi best kalau ada yang bola-bola api kecil tu.
Tapi kat situ takde, yang ada balloon bouncer yang besar gedabak tu!
Masalahnya Malikha takutkan benda tu.
Mama jer yang teruja-uja lompat atas benda tu. Cer imagine! Hahahhaa.
Malu okeh. Nasib baik takde orang huhu.



 Likha takutkan benda ni. Bila Mama jump-jump atas tu, of coslah macam nak gempa bumi yang big mushroom tu mengena dia, Mama macam terdengar Likha jerit ''Kejut aku weiii'  sambil push-push benda tu jauh-jauh dan screaming loudly!! Hahahaha.



Aleh-aleh ni jer yang menjadi pilihan dia.
Hahaha. Tak mencabar langsung okeh!



 But seriously, she had a fun lah.
Ran here and there.
Sampai lupa nak isi minyak, huhu.
Mama pun risau, kalau-kalau Likha taknak balik.
Hahaha, kena call Papa lah jawabnya datang jemput balik.
Hihihi.
Orang takde ramai, cuma ada lah kakak dua orang main sama dan jap tu buat art kat situ.
Likha nak buat painting art, tak pandai lagi.




Balik, masuk IKEA sat. Mama tapaukan curry puff ngan aiskrim.
Upah aiskrim sebab behave sangat!
Alah, aiskrim Mama punya lah, tapi berebut ngan dia.
Ni susah bila pandai macam-macam ni, hehehe! Bagi rasa sikit, terus aiskrim Mama jadi hat mutlak dia!
Mencik!




Muahhhh Mama!!!
Tq for being my best-ever-garang Mama!
Hehehe!




******************************************




Esoknya kul 615pm, Mama bawak Likha berjimba di swimming pool kat bawah pulak.
Pun without Papa, kira berani lah Mama ni.
Masa passed-by playground area menjeling-jeling jer ke situ.
Huhuhu.




Alhamdulillah, Likha ok-ok saja.
Mama bawak dia berendam kat pool kecik khas untuk budak-budak.
Nasib baik takde orang lain kat situ.
Boleh lah Mama ajar Likha kuak rama-rama, kuak lentang.
Oh, tipu! Mama pun bukannya reti berenang pun!
Kihkihkih...
Semuanya baik-baik saja.
Likha pun dengar kata, nasib baik. Ni first time Mama melayan dia kat swimming pool ni.
Dibuatnya menggelupur nak menyelam ke, nak try kuak lentang jugak ke, risau jugak.
Naya!!




Kul 7 petang naik.
 Nah!!! 
Pose menawan kalbu untuk yuols yang sudi mendoakan kebahagiaan Likha diulangtahun bulannya, menyayangi Likha, merindui Likha, menggeram dengan Likha, mengingin cubit dan kiss Likha each time singgah di sini.

*
*
*
*
*
*
*


Muahhsss untuk pakcik-makcik-kakak-abang-ibu-mama-mummy-mak-bonda-ummi-kawan-kawan sekelian alam semua!!!


Oppps! Likha dah perlukan swimsuit yang baru.


Thank you very much!


Mode : Mama mencari mood untuk bawak Likha ke playground.
Sekian...!
Tata!
:)

"Ariana's story 1st GA".


Bismilllahirrahmanirrahim.
Mama Likha nak join 1st GA yang dianjurkan oleh sis Ariana dari Kuantan ni.
Sebenarnya dah lama dijemput sendiri oleh beliau, ni haa baru ada masa nak joinkan diri.
:)
It's better late, than never rite?




Jom reramai, kita meriahkan 'rumah banglo' sis Ariana meh.
GA ni akan luput pada 9 May 2011.
So tak lama lagi nak expired kan.
Klik banner diatas tau!
Jom cepat-cepat join! Kalau tak rugi wooo...
Hadiahnya cukup lumayan.
Hadiah pertama besar gedabak, hadiah kedua kecil gedabak, hadiah yang lain-lain sampai ke 5, yang sedang-sedang gedabak katanya sis Ariana!
Hehehe. Ada 5 hadiah ye.
Hadiah pulak bukan calang-calangnya hadiah, jadi jomlah join terutamanya pada yang suka alat-alat
 perhiasan rumah, pinggan mangkuk ala-ala English Style or Vantage gitu, tolonglah cuba nasib okey!
Dan zte juga maw cubaaaaa nasib!! 
Mane tau ada rezeki leh menang satu...??? Boleh lah dibuat sebagai hadiah untuk diri sendiri untuk naik rumah baru nanti!
Yeay!!! Phuhh kanan, phuhhhh kiri...! Semoga antara yang bertuah nanti!
 Amin...!!! 
:)



Panjang lebar kan...?
Oh tak kira! Sebab 'banyak mulutnya' anda disini, adalah salah satu bonus untuk sis Ariana nak pilih pemenangnya nanti. Jadi, Mama Likha nak panjangkan lagi entry ini dengan nak tempek gambar koleksi kesayangan barangan English Style sis Ariana, yang jugak bakal menjadi hadiah-hadiah yang mungkin akan menjadi hak milik kita yang bertuah nanti...! 
Yeay!!
Best sangat!



 *Eh sama pesen dengan doorgift wedding MamaPapa Likha dulu lah!


P/S : Sis, ni zte cedok dari blog sis tau! Ala, kat SINI jer.
Jangan marah yer! Berkenan sangat dengan barang-barang Vantage ni.
:)
  



Last but not least, gambar sis Ariana sekeluarga.
Actually, Mama Likha kagum dengan beliau one family.
Bila baca cerita-cerita nukilan beliau, kagum tengok keakraban mereka sekeluarga yang suka berjalan memalam lepak di tempat-tempat menarik di Kuantan, bersama.
Suka sangat, boleh dijadikan contoh.
Ikatan kekeluargaan yang sangat baik dan akrab.
:)



Oh, belum titik-belum titik!
Mama Likha nak tag kawan ni, untuk memeriahkan lagi GA ni.
First, haruslah Mama Likha nak tag


Cik Cha - yang memang hantu Vantage
Oshin Jamel - ni sama-sama orang Kuantan dgn Sis Ariana ni :)



Oklah, nak titik dah.
Rasa macam dah kering tekak dah membebel dari tadi.
Huhu.
Nak layan Milo panas lah sat.
:)



Semoga ada rezeki untuk Mama Likha yer.
Since join kontes ke, GA ke takde lagi ni menang ni.
Huhuhu.. sedey~~!!!
Ok, cancincau!!!
Muahhhh dari Malikha!
Hehehe....
Sekian!
Tata!
:)


Monday, April 25, 2011

Bulan Ke 18


Bulan beralih lagi.
Now she is 18m...!
18m baru....., erkkk!
Kekadang rasa lambat  kekadang rasa cepatnya masa tu.
Dulu kecil lagi, lani dah nak jadi anak dara dah.
Macam-macam dah reti.
Mama pun makin lama makin hi volume suara tarzan. Hish!
Sabar jer lah.




Di usia setahun 6 bulan ni, paling-paling yang dia suka, singing and dancing.
Lagu yang dia suka sekarang pulak
* Senyum lagu Malique tu... Tapi dah jadi NENYYUM. Then, hangguk sana hangguk sini.
* 25 rasul - Raihan
* Lagu 1 Malaysia. Yuols tahu tak lagu tu..? 
Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat ooooooooooooooo , masa sampai part satu matlamat Likha dah oooooooooooo dah. Huhuhu... Mama Likha pun suka. Patriotik betul!
* dan banyak lagu-lagu lain yang standard lah


Dah boleh count one, two, three, four and five. Tapi selalunya three takde dan one jadi wai.
Hahaha. Bolehlah tu!
Sumetimes duk ngonge-ngonge sorang tu duk mengira lah tu.


Kalau suruh dance, boleh dancing lagu Hotjock, dancing Angelina Ballerina, Joget Cat, dan Joget Mama which is Zapin yang Mama duk berjoget zaman-zaman sekolah dulu.
Hihihi.




Dan, jangan tak tahu, kalau cakap KITA BAKOOOO JER!!, Malikha pun dah tahu nak buat camno. Dipusing-pusinglah tangannya macam Usop Wilcha. Hahaha. 
Alah, korang pun tahu kan, malaslah Mama Likha nak tempek gambar Usop kat sini pulak. 
Hahahaha.
Penangan Hantu Kak Limah, yang tah pape diajar oleh Papa. Papa ni mengarut-ngarut ajarlah anak tu!!
Budak cepat betullah meniru.




Masih lagi menyusu botol, of coslah kan, biarlah dia enjoy babyhood dia dulu ngeeeeeee~~~ and for the third time tukar susu since masuk 1year, ke Friso sebab Enfagrow tak sesuai dengan Malikha. Yang first dulu Dumex pun tak sesuai.
Her feveret action each time nak minum syusu.

*
*
*


 Hihihi. Letak tutup syusu kat kaki macam tulah.


 Ok sayang.
Happy 18m, my dear Likha!
Semoga semakin bijak, sihat-sihat selalu dan membesar menjadi anak kesayangan semua orang yer.


Papa Mama ♥ yu last forever~~!!






Bye...!!!
Sekian!
:)