SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, April 4, 2011

8p - Untuk Pasangan Suami Isteri

Terima kasih pada sis Ariana yang sudi wish beday dan berkongsi tips kat entry Beday Papa. Mama Likha snagat berbesar hati dengan concern kak Ariana :)


Tips pasangan suami isteri yang diturunkan oleh Ustazah Dato Siti Bahiyah. Siapa tak kenal Ustazah ni kan..? Semanis kurma tu, beliau pnya lah talk show lah :)... Jadi, tipsnya amatlah simple, hari-hari pun boleh diamalkan. Alhamdulillah, 8 tips ni  - melainkan no 7 sentiasa saya amalkan dan sematkan dalam diri sejak berkahwin dan saya akan sentiasa berharap benda yang sama dari si suami. Sebab, perkara utama kat sini bukan wang ringgit, kekayan dan kemewahan yang dapat menyamaratakan dengan kasih sayang yang tulus dan ikhlas dari hati.


1) Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu dengan lain dalam semua aspek kehidupan atau ucapan terima kasih apabila di beri pertolongan.** Tak susah pun nak buat kan..? Saya sentiasa puji Papa hensem, so hari-hari beliau akan jadi hensem lah dimata saya =)


2) Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu dgn lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. *** Oh, kalau tak peluk suami sendiri nak peluk siapa lagi kan..? Hehehe, wajib!



3) Penghargaan
Penghargaan melalui amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang *** Kan??! Walaupun hanya sekotak Rocky yang harga tak sampai 3 hengget ;p



4) Perhatian
Ini penting kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa di abaikan. ***Betul tu... Perhatian paling penting. Kalau bukan pada suami/isteri sendiri, kita nak bagi perhatian pada siapa lagi..? Dah itu pun, antara matlamat perkahwinan kan?



5) Persefahaman
Pasangan harus bertolak ansur. ***Yes, tepat sekali! Bertolak ansur dan turut mendengar pendapat pasangan ( tambah sendiri pulak ) boleh mewarnakan kehidupan rumatangga :) .. Lagipun tak adil lah, kalau sebelah pihak saja yang memberi persefahaman, tapi sebelah lagi tidak. Harus sakit jiwa.



6) Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing masing dengan orang lain dan elakan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ke 3 . * Yess! Betul tu, sebab semua ini adalah permulaan kepada kesengsaraan dalam berumahtangga. Setialah pada isteri/suami yang setia pada kita. Insya Allah, sentiasa diingatkan dalam diri.



7) Percutian
Pasangan perlu merancang percutian berdua duaan dgn pasangannya di tempat yg jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. *** Mektok Likha kecik lagi, harus pikul bersama-sama hahaha. Tunggulah 10tahun lagi erk!



8) Permohonan
Memohon doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. *** Tidak pernah putus berdoa, setiap saat, masa dan ketika. Semoga Allah swt mendengar doa-doa ku. Amin.



Insya Allah, semoga rumahtangga kami sentiasa dilindungi, walaupun ada masa 
dilanggar garuda, dilanggar todak. Namapun lagi hidup berumahtangga kan, ada asam ada garam, ada gula ada ajinomoto, sedangkan lidah lagi lagi tergigit inikan pula kita manusia yang sentiasa tewas dan lemah dengan hasutan syaitan kan..?! Itulah rencah kehidupan yang lagi mematangkan kita. Semoga kita kuat dan tabah untuk terus memperjuangkan keharmoniaan rumahtangga... Memperjuangkan rumahtangga ni ibarat nak gi berperang tau. Hehehe. Chill....~~~!!! 



Bye.
Sekian, terima kasih!
:)





 




4 comments:

Farah Shamsudin said...

good tips dearr..
memang patut diamalkan..

ariana's said...

Perkara baik eloklah dikongsi2 kan..:)

mamaqari said...

thanks for sharing...semoga kita dpt manfaatkan perkongsian ini..insyaAllah

ShimaSalleh said...

bagus ni.. Tp shima percutian tu xdok bleh dikira ngan jari haha.. Cuti je dok umah, dok umah je bila cuti ekekeke...

jom join contest ni
http://shimasallehcontestnga.blogspot.com/2011/04contest-nama-adik-kyra.html