SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, May 31, 2011

Berplaydate Di Starship Galactica


Minggu lepas Mama berplay date dengan Malikha di One Utama. OU memang bestlah sekarang, tapi jangan ke Old Wing belah-belah JJ tu yer. Pasal memang straight manjang kedai-kedai ditutup untuk major renovation. Tapi belah New Wing, ok-ok saja. Macam sokmo-sokmo lah.


Mama menghabiskan masa dengan Malikha kat Starship Galactica - satu tempat indoor activities untuk budak-budak. Cuma hari tu, hari Khamis mana lah ada sangat budak-budak kan? Dah lah pagi-pagi lagi sampai situ. Orang pun baru nak bukak kedai. He he he.


Macam biasa, let's picture tell the stories.





Mulut Papa ada pada Malikha





Conclusionnya : Mama rasa Starship Galastica ni lebih sesuai untuk boys. Huhuhu. Not worth, dah lah RM18 feesnya. Tapi Mama diam-diam je tak kecoh, takut kena ratib ke Papa pulak. Hehehe. Likha pun take time nak enjoy. Semuanya dia acoottt accoottt ( takut ) at first, sebab bunyi-bunyi benda mesin yang menyedut balls tu dengan big machine gun untuk shot untuk balls sana sini... alah lebih kurang lah tu. Tak tahu apa ke bendanya nama-nama tu semua. Pastu bila dah ngam semua, Mama lak semput dan lembek kaki melayan dia. Dekat 3 jam dalam tu, takmau kuar nak kutip balls masuk basket. He he. 

Buat funny face ya !

Lunch Mama for that day - cantonese kuewtiow + ais cincau

Ada one place lagi yang Mama plan untuk bawak Likha. Tunggulah seminggu dua lagi ke. Mama pun tengah tak sihat sekarang ni. Adoyai !! Srooootttt tarik hingus


Oklah. Bye!

Friday, May 27, 2011

The Making Of Hana Tajima

Dia saut-saut, belit-belit, Mama took tis picture !



Bye !

Menjadi Igauan


Sejak terpandang 2-3 hari lepas, jadi igauan memalam weh !

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Insya Allah, kalau seminggu dua ni rezeki masyukkk!, harus rembat untuk tambahkan koleksis yang sedia ada ! Kalau tak, tak berhenti mengigau ! Haha banyaklah kan !


Bye !

Thursday, May 26, 2011

Selamat 19 bulan, Sayang !

Tup tap tup tap, bulan berubah lagi. Masa pantas berlalu. Naik lagi sebulan.

Malikha - 19 bulan


 Cuma seminggu selsema hari tu, Malikha agak meragam. Asyik nak berkepit dengan Mama. Mama nak masak pun duk bertempek di kaki Mama, Mama nak membasuh pun mulut asyik dok ''jom jom''.... Berguling sana, berguling sini seolah-olah menunjukkan protes - agaknya sebab nak beralih bulan. Gigi yang kat depan bawah pun, berlumba-lumba tengah nak keluar sekarang ni. Tu yang peel tak cantik tu agaknya.


Alhamdulillah, perkembangan yang lain-lain semua ok.


Dalam usia sekarang, perkembangan yang sangat menarik bila dah boleh bercakap lebih dari 3 patah perkataan. Contoh '' Ya Allah, atuh... .! (Ya Allah, jatuh ! ) Ya Allah tu selalu lah... Kalau tak Ya Allah, Huk Aloh... Ni gara-gara Mama lah yang suka sangat guna Huk Aloh.


Kalau dia terlanggar apa - apa macam pintu atau terjatuh atau tersepak, Likha akan balas balik benda yang buatkan dia sakit. Contoh terlanggar dinding..., '' Aduuuu aket ! Apo wattt nih @ apooo ahat ni! Sambil gi pokkk ( ketuk ) benda tu.. Hihihi.. Apo ahat ni ( Apa jahat ni! ) Tah lah dari mana dia belajar.


Kadang-kadang, ''Maa nak cusyu.....'' ''Maaa nak syik ( nasi )......


Ok, part menyanyi pulak. Lagu feveret dah makin bertambah dah sekarang ni.... Nak tahu lagu apa yang Malikha duk terangguk hangguk ? Lagu ''Grenade'' Bruno Mars tu kahkahkah... Ni gara-gara Si Nabil dalam Musim ke 3 Maharaja Lawak lah. Kalau nk tahu yang mana sila ke youtube yer. Hihihihi. Suka sangat lagu comel Akim-Stacy Conetto lurve tu.., lagu Jangan Takut Gelap, Sheila On 7, suka lagu Baik-baik Sayang. Dan sangat pandai nyanyi lagu Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku. Tapi version dia macam nilah haaaa


Bibu....Bibu...... Engggggg..tauuuuuuuuuu .... ( senyap dan sengih )
Biiiiyaaaaaaaaa..... tuuu edduukaaa  ( senyap dan sengih ).... Engggggggggg.... ( senyap lalu terus mengekek-ngekek )
Bibbu............ atuuu atiikkuuuuuu ( siap dengan tangan lentok-lentok )
*Nak take video tak berkesempatan lagi.

Hahahahaha!!!


Sekarang tak layan satu channel dah. Dah mula layan Ceria, TVIQ, now ada pulak channel baru BabyTv 618. Maharaja Lawak pun suka tengok hahaha ! Cuma kadang-kadang tokleh tinggal sorang jugak, kalau tetiba keluar iklan or promo cerita pape yang menakutkan dia, mesti dia meraung kuat ! Acoottt ...! Acoooottt...! Sambil tangan ketik - ketik dada sendiri hahaha...! Tapi tulah bila ada anak ni, baru tahu betapa buruknya pengaruh tv kat anak. Nak tengok Desperate Housewives pun kalau dia ada bersama, kadang-kadang terpkasa ambek bantal letak depan mata dia nak cover time part 18sx. Susah kan? Cerita Juvana kat tv3 pun, banyak aksi yang tak elok. Kadang-kadang drama biasa pun ada jugak part bertumbuk, bergaduh, sepak sana sepak sini. Even videoclip Insya Allah Maher Zain pun tak sesuai untuk budak besar ni tengok !



Panjang pulak Mama bercerita. Kalau boleh semua nak sharekan kat sini. Yelah, kalau tak Mama tak ingat ni kalau tak tempek kat sini. Semua ini bukan riak atau nak menunjuk-nunjuk yang Malikha dah pandai tu pandai ni, tapi sebagai Mama tak salah rasaya Mama kagum, bangga dan tumpang gembira dengan perkembangan anak sendiri. Mama taknak dan takkan membandingkan Malikha dengan anak orang lain, atau anak orang lain dengan Malikha. Anak, cara pembesaran mereka tidak sama. Mama percaya, setiap anak ada kelebihan masing-masing. Betul kan?


Mama sayang Malikha. Walaupun Mama selalu marah dia, marah bukan bermakna tidak sayang. Marah adalah untuk mengajar. Walaupun Mama hari-hari dah macam tarzan kat rumah ni dek dia, cuma tidak menyarung uniform tarzan dan bergayut dari tali ke tali jer lagaknya. Malikha adalah satu ciptaan yang cukup sempurna dalam meningkatkan kesabaraan dan keimanan Mama. Sayang Malikha dunia akhirat. Malikha harta untuk Papa Mama di sana nanti.


Kasihnya Mama membawa ke Syurga 




Kasihnya Papa sepanjang masa


Terima Kasih mu Ya Allah.. Menghadirkan Malikha dalam hidup Mama dan Papa Hadirnya yang mengajar Mama tentang segala-galanya.


Happy 19m, Sayang.
Papa Mama




Nur Kasih The Movie

Ini adalah personal preview dari Mama Likha.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sedih sangat ! Nak tengok lagi, lagi dan lagi kat Astro First ! Mama kan Drama Queen !

Bye !

Tuesday, May 24, 2011

Cepat Sungguh !


Baru jer Jumaat lastweek, Mama gi hantar kain 2 pasang kat Tailor May kan?
Masa gi hantar tu May cakap, dia cuba cepat sebab banyak tempahan untuk wedding.
Kalau boleh.
Mama ok jerlah, kalau tak sempat untuk kenduri, boleh jer pakai untuk Raya Puasa nanti.
Tak kisah sangat.


Tup - tup, pagi semalam dapat SMS dia.




Cepatnya !!
Jangan kain jadi baju, baju jadi kain sudahlah !
Hihi.
Tapi memang servis dia cepat dan tiptop !


Wikend ni boleh gi collect lah.
Yibba yibba !
Bye !

Lampu Hijau Untuk Tengok Muvee

Ahernya, Mama dapat green light dari Papa untuk tengok Nur Kasih The Movie. Pahamlah, Mama dah bertahun ni tak tengok muvee. Boleh imagine tak kaki panggung letak jawatan penangan budak Malikha yang sorang tu?


Source : Google

Drama Nur Kasih memang Mama tak miss dulu, peminat no ke berapa tah ni hehehe. Dah berapa kali kot ulang kat TV3, tengoklah jugaklah walaupun tak ikut sangat yang repeat ni. Dah dok iklan iklan kat tv, Mama nak tengoklah ! Tak menahan lak rasa ! Hahaha.


Tak ku sangka-sangka, Papa kata ok. Malikha, kena ikut sekali Papa jaga ! Yahoo ! Muah kiri kanan ! Yang kebetulannya, Mama dan Likha ada kawan kat rumah ni sekarang. So 'kawan' ni lah yang akan menemani Mama dengan lagi seorang 'kawan'. Hehehehe.


Happy sangat ! Nur Kasih pun Nur Kasih lah. Takkan Mama nak request nak g tengok Fast5 pulak kot kan? Or si Sam dalam Kongsi?? Hihi. Mama dah siap-siap booking ticket online kat Cineleisure, esok malam. Jom ! Nur Kasih di sana !


Tq Papa, hope lepas Mama tengok ni jangan Papa pulak yang request nak gi tengok Fast5 tu. Balas balik. Hihihi.. Ikut hati, semua nak gi tengok... Tapi mektok tu ? Weols takkan bawak anak masuk cinema. Lebih baik jangan selfish, daripada menyusahkan orang lain dalam cinema kan??!


Oklah, im sooo excited ! Bye !

Sebulan Sudah Pun

Rasanya Mama dah ok.
Rasanya Mama dah makin tenang.
Rasanya Mama lebih bersyukur.


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini Mana janji mana erti

Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi


Terima kasih, seorang yang pernah bergelar s a h a b a t suatu tika dulu

TQ dear, Farah ♥


Tq FARAH, memahami perasaan orang mengidam ni.
=)

*
*
*
*
*
*

The making of ikan pekasam - makan for dinner.



 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tara ~~!!
'Baby' dah boleh senyum dah!


Bye !
:)

Baru Dapat Yang Baru


Tragedi berlaku Januari lepas, berbulan baru Mama dapat ganti yang baru.
Lama sungguh kan?!
Hihihi.
Bila ada satu back- up, tak lorat sangat nak buat yang baru.
Tapi bila yang back - up tu pun, macam dah nak 2x5, cepat-cepat gi cari yang baru.


Tq Papa, walaupun boleh diclaim kat company beliau under Visions Benefit, yuols pun pernah buatkan claim kat company!? Kihkih.. Hmmm bajet yang diberi adalah RM300 sahaja. Hehe.
Biasalah, tengah bulan kan!
3 minggu lepas, gi cari yang baru.
Nasib baik Mama berkenan yang brand Esprit jer, dan syukurlah sebab harga RM240 jer.
Murah sangat, pasal ada diskaun 40%, pastu kasi lah potong skit sebab Mama regular customer kat situ.
Masuk ni, adalah spek ke 4 yang dibeli kat situ.
=)
Mujurlah kali ni, hati Mama sejuk sikit, walaupun dah try berkali-kali yang brand Coach tapi harga RM 900 huhu.
(*________*)


Halah, ok lah yang ni. Mama pun pakai spek time malam, or time tak keluar memana jer.
Ni pun tah berapa lama leh tahan kan?
Hihihi..


Pastu lepak-lepak dinner di Secret Recipe.



 Oh, semalam kecoh kat FB pasal Secret Recipe pulak yang haram, ada DNA bab1 dalam bahan buat cake dan pastry nyer. Huh.
IKEA Food pun sama, lagi sekali kecoh!
Aduuuduuu..


Arini pulak, Secret Recipe itself dah clearkan benda. Boleh refer sini. Alhamdulillah, kalau betul. Sebab SR pun one of our  feveret place jugak. Cake or brownies pun memang dari SR lah yang menjadi pilihan.Tapi tulah, susah jugakkan kita sekarang ni. Nama jer duk negara Islam, tapi nak mencari makanan halal.... allahuakbar. Was-was rasa nak makan kat luar sekarang ni.... Mencari yang halal itu adalah wajib, sebab benda yang kita makan tulah yang akan menjadi darah daging kita, tambah-tambah lagi ada anak kecil ni, lagi kita pikirkan benda-benda ni... =(




Bila dah dapat yang baru, yang lama hambeklah kat dia!
Yang lama jangan dikenang-kenang lagi. Teett ! 
Hehehe.




K bye!
Shishun!
:)

Moh Ke Pasar Kita !


Hari Ahad bangun dan keluar pagi semata nak ke pasar tani kat Stadium Shah Alam tu.
Kalau tak, jangan harap nak keluar pagi kalau Ahad.
=)
Sebab utama pulak ke pasar adalah untuk mencari daging bg menambahkan lagi bebanan daging di badan ni. He he.
Biasa weols beli daging kat Giant yang Amal Beef punye, memang local meat lah.
Tapi sebulan yang lepas Amal Beef dah takde, yang ada daging-daging import Aussie tu.
Hummm, tekak dah biasa telan daging tempatan, rasa payah sikit nak terima daging luar.
Boleh tak ?



Rasanya perlu jugak stok daging kat rumah kan?
Beli sekilo setengah boleh lah buat stok untuk sebulan kot !!



 Kul 930 pun matahari dah cacak atas kepala.
Brekpes sekali di sana.



Aummm! Lazatnyer nasi kerabu!



Aummm ! Sedapnya air soya!




Lepas mendapat semua yang dihajat, bekalan daging dan sedikit groceries lain, terus beransur pulang.
Mama Likha memikul daging hi hi !


Oklah, bye!
Hari ni masak mi sup daging!
Wahh waahhhh !

Shishun !

Friday, May 20, 2011

Selsema Menyerang

Sepatutnye semalam appoinment dengan Paed Likha untuk injection setahun setengah dia.
Tapi terpaksa cancel bila pagi Rabu tetiba aje dia selsema dan panas badan.
Yang panas tu on off tapi tak melampau.


Malam tu ke Clinic takut tengah malam melarat.
Kadang-kadnag demam ni menyerang waktu tengah malam, pastu kul 2,3 pagi lah.
Tapi Likha aktif saja, cuma soksek soksek running nose lah.
Doc cek, 38.3, average.
Dan dapat ubat demam dengan ubat flu.



Alhamdulillah, demam tu dah takde since yesterday.
Selsema jer tinggal.




Wesak Day aritu, kuar panas-panas, pastu minum ais..
Malam lak kuar berhujan ke Giant, tapi tak kena pun hujan tu.
Tu yang dapat selsema tu kot !
Actually dah lama Likha tak demam, last hujung bulan 1 aritu.


Cepatlah baik, sayang.
Weekend ni ada project baik punyer !!
Hehehe.


Ok, happy weekend to all.. !
See yu soon !
Bye !

Bila Berdua Saja


Jumaat lepas, Mama amek masa berjimba-ramba dengan Likha jap.
Actly, bukan berjimba sangat pun.
Ada beberapa urusan Mama yang nak disetelkan.
Kebetulan hari yang sama,Papa akan balik lambat sebab ada persidangan UMNO apa tah kat PWTC. 


Waduh-waduh!
Dari KD, nak ke Shah Alam, kemain melasaknya lah dalam kereta. Takmo duduk dalam seat-wrap die tuh.
Mencabar tul !


1st urusan, hantar baju kat tailor May kat TTDI Jaya.
Settle untuk kenduri dan sepasang untuk raya.
Hajat dihati nak cari sepasang lagi nih!
Hu hu hu.
Syyyhh.




2nd urusan, dah alang-alang plan nak keluar, terus amek can nak pos order-order kastemer.
Biasa, Papa jer yang tukang pos. Mama only pos bila kebetulan Mama ada urusan kat luar.
Tapi frustrated bila Post Office di Giant Shah Alam tu, boleh pulak out of service. System down !
Wah wah ! Dah lah banyak, senget bahu, nampak gaya kena wat balik semula.
Kesian kastemer yang dah bayar kan? Terpaksa postpone, kalau bersendirian without anak saya dah terjah ke Post Office lain. Hek hek hek nasiblah kastemer-kastemerku.
*Barang dah selamat dipos Isnin lepas, dah story lama ni kan? Huks.




Stop for lunch jap, kat McD sebelah.
Alahai, bila berdua ni nasib baik ramai yang ingin membantu.
Orang tolong carikan meja, orang tolong amekkan baby chair dan orang tolong bawak tray makanan sampai ke meja !
Hu hu ! Tengkiu kerana masih ada sudi yang membantu bila nampak saya bersusah payah dengan Likhanya, ngan bag barang-barang yang tak jadi dipos tadinya lagi. Kihkihkih.





Dah alang-alang kat Giant SA, apa lagi.... Cool-blog lah jawabnya.
Sambil tunggu Mama mengorder, sambil layan benda alah ni.
Serius, Malikha dah masak sangat dengan benda ni.
Setiap kali datang ke Cool-blog, setiap kali tu lah die main ni.
Dah free lak tu, bila auto stop sendiri dia pun dah tahu mana butang nak kasi gerak balik.
Memula Mama tak tahan bila tengok Likha on kan sendiri button tu, rupanya die dah pandai masa ngan Papa.
Bijak!




Mama snapped pic ni, beberapa minit sebelum ditegur seseorang!
Ya Rabbi, rupanya Ibu Darwisy yang menegur.
Kebetulan betul, padahal baru jer pagi tu duk berhi-hi dalam grup, tup-tup jumpa kat luar.
Malu weh !


******************


Kalau dah berdua je kuar, Mama kadang-kadang rasa give up.
Dah keluar rumah, sampai depan lift...., Ayyoooo! Bulih pulak lupa kunci kereta!
Pusing balik.
Pastu kalau tak bawak stroller, macam tadi lah.. Nak singgah makan pun susah kalau yang jenis self-service ni. Pastu bila dah sampai rumah, time ada barang-barang banyak...?? Ayooo, merungut lagi...
Tulah, bersyukur sangatlah sebab masih ada Papa.
:)
♥ Papa



Woh ! Entry tak boleh hidup berdikari nampak ! Belajar-belajarlah untuk hidup berdikari, baru tak menyusahkan orang. Kan ?


Oklah, bye!
See yu soon!


Abaya Dari Saudi Arabia


Abaya adalah jubah yang biasa dipakai wanita Muslimah kat Saudi.
Mama Likha kirim Abaya ni kat Mummy Aaron since beliau nak balik bercuti di Malaysia until bersalinkan Baby Aaron Jr.
Insya Allah, lagi 4 bulan gitu Aaron Jr. akan menjengah dunia.





 Satu abaya untuk Malikha dan satu abaya untuk Mama.
Yang Mama tak sempat pulak nak disnap picturenya.
Kalau ada apa-apa majlis doa selamat ker, majlis kesyukuran ke Mama lebih suka pakai baju ala-ala jubah ni. 
Selesa sangat!
 :)

Bila tengok pic Likha dalam Abaya ni, terus terbayangkan wajah mummy Aaron yang comel dan sangat sejuk mata mandang.
Tah bila, boleh jumpa agaknya.

Dan bila tengok lagi berulang-ulang kali pic Likha ni, Mama terbayangkan 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ya Allah, dah sampaikah seruNya?
Doa semoga diri dipermudahkan, dimurahkan rezeki, semoga sempat menjejakkan kaki di sini.
Insya Allah! Amin!
Alangkah bahagianya rasa kalau dapat sampai di usia masih muda ni dan rasa macam terbau-bau keharuman Kaabah ni dan suasana di Masjidil Haram, Ya Allah!
Apakah??



***********************



Tq mummy Aaron, bersusah payah cari Abaya yang cantik-cantik ni.
:)

Hello, Baby Ammar !


 Lepas habis di bday Kyra, terus proceed ke rumah kawan Mama, Eilah yang dah pun selamat menimang 1st baby nya. Baby Muhammad Ammar dah pun 3 bulan, baru ada rezeki nak menjenguk. 
Plan dah lama, tapi nak buat macam mana baru dipermudahkan ye tak?
Ingat masa dalam pantang dulu, sempat jugak Eilah singgah jenguk Mama dan Likha masa kat KB dulu.
Jadi, orang berbudi kita berbahasa lah.
:)



Hari weols pergi, Baby Ammar tengah celebrate 3 bulan, dah sibuk-sibuk nak pusingkan badan dan dah berjaya pun meniarap. Cepat kan?! 
Comel sangat! Likha pe lagi, dok kiss-kiss baby ajerlah kerjanya.



Sangatlah baik, tak sempat pun Mama Likha nak dukung, didukung ayah die, jap ok ek ok ek.. jap tu terlena atas ayah dia.
Serius! Tak sempat didukung dan diriba pun.
Alahai... baik sangat ! 


Bergambar kenangan dengan mak dia sajalah.


Dua-dua mak ni, sejak sekolah lagi suka bergambar sakan! Hehehe.
Walaupun sekarang jarang berjumpa, sebab masing-masing sibuk hal memasing, namun tetap dekat dihati.
Tambah-tambah kehadiran anak akan lagi mengukuhkan hubungan yang dah tercipta lama.



Insya Allah, tunggu baby Ammar besar sikit, nak berplaydate dengan baby Ammar jugak.
=)


Bye!
Shishun!