Selamat Hari Ibu untuk Ummi, Wan Zainun Husin.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengandungkan saya 9bulan 10hari, susah-perih melahirkan saya melalui pembedahan, menyusukan, menjaga dan membesarkan saya.
Yang sentiasa tanpa jemu mengasihi dan menyayangi saya sampai hari ni walaupun hari ni saya dah pun jadi ibu juga.
Yang sentiasa terbit kerisauan dihatinya tak sudah-sudah.
Yang sentiasa tiada penat lelah demi kegembiraan anak-anak.
Memang jasa Ummi tak pernah terbalas dan memang takkan boleh balas sampai bila-bila.
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
Semoga Ummi sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, berbahagia dengan anak menantu dan cucu-cucu, terus kuat dan cekal menghadapi cabaran hidup, dan terus kekal bahagia bersama Abah. Tahun ni adalah tahun ke 42 Umi bersama Abah.
Sayang dan kasih pada Ummi tidak pernah berubah. Walaupun mungkin tidak sesempurna kasihnya beliau pada anak-anak.
Jutaan terima kasih Ummi.
♥
forever and ever.
Juga untuk Ibu Mertua tersayang, tanpa beliau tiadalah lelaki yang tercinta dalam hidupku hari ini.
Terima kasih, Mama kerana pilih saya untuk beliau.
Insya Allah.. Ku genggam erat tangannya sampai ke pintu syurga..
Dan ibu-mami-mama-bonda diluar lain diseluruh SEMESTA ini.
Sesungguhnya IBU adalah harta yang paling tiada galang ganti.
Tiada IBU tiadalah kita. Tiada IBU tiadalah kasih sayang.
Marilah kita sama-sama menghormati IBU kita dan isteri yang susah payah menjadi IBU.
Selagi IBU itu masih ada.
Nama IBU tidak semudah yang kita sangkakan.
Selamat Hari Ibu~~!
Tidak lupa untuk Mak Malikha sekali.
:)
Bye!

p/s : Lewat post salah schedule date

7 comments:
selamat hari ibu ztee..
muke ztee mase kecik sebijik mcm muke malikha.. :)
Selamat Hari Ibu juga buat Mama Likha..
selamat hari bu buat Mama Likha
selamat hari ibu buat ztee jugak. muka nak sama dgn mak eh.
happy mother's day!! mothers are awesome!!
selamat hari ibu kpd kamu
aikkk, idung ikut sapa....?
happy mother's day!
Post a Comment