SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, May 20, 2011

Sekitar Family Day Company PAPA


 Pada 7 - 8 May lepas, ada family day Company Papa di Nilai Spring Golf & Country Resort.
2 hari 1 malam, dan segala aktivity bermula pada petang Sabtu lepas check - in.


 Lunch dulu.



 Malikha dan sepupu, Kak Shafarah.

Malikha, Mama & Papa


Petang tengah-tengah panas matahari terik atas pale, bermulalah acara padang.
Ala, sukaneka biasa-biasa saja.

Untuk anak-anak staff pun ada jugak games, one of games tu, berebut dan kutip gula-gula.
Hahaha. Betul ke nama game ni..?
Malikha tukang tengok dan tukang pelik.
Takde perasaan!
Tunggu setahun lagi baru Malikha paham dan excited kot tengok gula-gula bertaburan.
At now, tengok sajalah pictures macam mana gelagat dia!



Papa ngn Mama cuba nasib dalam game Lambungan Mama eh, Kasih.
Untuk pasangan kapel-kapel lah.
Baru 2 kali lambung belon berisi air tu, pecah berderai.
Tak bernasib baik.


Menjadi feveret dan hot cake.
Hotcake lah sebab dah memang panas terik ya ammaat! Muka pun merah padam! Mama pun rentung sikit,
sib baik Likha tak rentung.



Malam pulak, dinner kat Rajah Brooke Ballroom.
Dengan tema Red, Black & Glamorous.
Wah! Glamorous gitu..!


Mama ala-ala muslimah sejati dan Papa ala-ala penyanyi indie-band.
Ha ha ha !


Tq Papa, last minute belikan Mama heel merah menyala tu.


Dengan Shafarah, our outfits dan tudung Mama semua ditaja oleh Najjah, tapi bayar sendiri yer.
Kihkihkih..!

Princess of the night and queen of our heart !




 Dinner macam biasalah, ada persembahan from each department dan branches.
Pastu lucky draw, yang tak best bila Mama one of the yang tukang cabut undi...
Nak buat kelainan, bila bini-laki boss yang naik untuk buat cabutan.
Segan jugaklah. Nak tolak nanti takut dikatakan tidak sporting lak kan...?
Hu hu.
  Lucky draw, Papa cuma berpeluang dapat Rice Cooker dengan Oven Cornell.
Oklah tu, rezeki jangan ditolak.
=)

Kemuncaknya bila ada Pakaian Terglamorous untuk Lelaki dan Wanita.
Dan tak disangka-sangka, bila nama Papa disebut sebagai salah seorang calon untuk kategori lelaki.
Ha ha.
Dan lagi best, bila Papa adalah pemenang sorak paling tinggi!



Berbaloi gi cari dan beli set baju ni kat Sg Wang aritu.
Gigih mencari demi mengikuti tema.
Tak sangka.
Tapi lagi best, kalau hadiah berupa wang ringgit kan.
Hehehe.
$_____$



The moment Likha ternampak Papa atas stage.
 Orang sibuk nak umumkan pemenang baju cantik, si Malikha sibuk duk ''Papa-Papa''.... dari bawah stage.




 Finally, Likha jadi hadiah termahal untuk Papa!
:)




Ni pulak, pemenang untuk kategori perempuan.
Aunty Shikin yang salu suka melayan Malikha tyme badminton session Papa, dengan asbennya.
Memang terbaikkan? Cantik, lain dari yang lain.




Last but not least, bergambar dengan MC majlis, Kieranto Marcello.
Time ni dah 1230 dah.
Malikha pun dah macam-macam dah.




Hari kedua, takde aktiviti apa pun.
Ni masa nak breakfast, pantang nampak baby, ralit lah sekejap die membelek baby.
Ni actly babies, not baby.. Sebab twins.
:)
Baby Iqbal dan Baby Ihsan.




Lepas lunch, check out, terus blah balik KL.



Itu saja! Alkisahnya Family Day KOWAMAS 2011.
Sekian!
Bye!
Shishun!
:)

3 comments:

Farah Shamsudin said...

vogue mama Likha nii..:)

Ibu Darwisy said...

tahniah to papa likha menang baju terglamourus..mama likha pun cantik..likha lagilah comel..geram..

Siti said...

wah.. cantik lg bergaya sefamily.. =)
tahniah to papa likha yg menang pertandingan.. next year mama likha lak melaram abis abisan biar menang etek.. chaiyok!!!