SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, March 31, 2011

MY 2ND GA ~ KAMI SEIRAS LAA


Mama Likha di tag lagi oleh Pn Shima.
Tq!!
:)




Tarikh tutup : 30 April 2011
Jom sesapa yang seiras join GA ni.
Sila klik kat banner di atas yer.
:)



Dan Mama Likha nak mencuba nasib dengan pic ni.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Nama Anak : Nur Rabiya Malikha Bt Mohamed Syahmi
Umur Anak : 1 Tahun 5 Bulan



Sama seiras - Japanese Look tak Malikha dengan Mama jaman-jaman kecik dulu?
Hehehehe.



Moga kali ini ada rezeki.
Pn Penganjur akan pilih pemenang secara lucky draw tau!
Phuuhhh Amin!



Gudluck to me!
Bye!
Sekian!
:)



 




Day 4 : Kota Jakarta - Kota Bandung


Bermula pula kisah hari ke 4 di Jakarta.
Waaaaaaaaa, gigih bercerita!
Biar ahh..., kalau tak cerita kat sini, nanti seksok-seksok mesti lupa kan!
So, kalau nak baca-baca jer!
Hehehe.


Pagi, macam hari sebelum-sebelumnya lah. Breakfast dulu!
Tapi breakfast buffet kat Hotel Menara Paninsula ni kurenggg sikit dari Swissbel Hotel.
Bukan kureng dari segi apa, tapi pasla makanannyaaaa terlampau banyak, sampai kami jadi muak!
Muaahhhhaaa..., bukanlah amek banyak dan dengan tamak.
Tapi centulah.
Yang best sikit, ada strobery n yogurt! Yeayyyeye! Mektok suka sangat makan yogurt!


Lepas breakfast terus check out.
Heee alangkah bestnya kalau naik sambung tidur kan!
Hoh rasa rugi pun yer! Check in skejap jer.
Yelah, datang berholiday camtulah. Kalau nak duduk 24jam dalam hotel sebab taknak rugi, buat po datang holiday jauh-jauh nak kenal tempat orang kan..?!!
Kalau tak check in hotel, nak check in mana..?
Pandai-pandailah bawah khemah check in tidur tepi jalan erk!
Hahahhaha.
Pot-pet mak nenek!





 Agenda hari ke 4 di Jakarta, sebelum bertolak balik ke Bandung adalah nak ke Tanah Abang.
Tempat tu macam pasarlah. Kalau kat Kelantan, boleh disamakan dengan Bazar Buluh Kubu or Pasar Siti Khadijah. Bangunannya 7 tingkat saja untuk barangan membeli-belah. Dan die ada banyak blok, Pa Karli bawak kami ke Blok A. Katanya Blok A, berhawa dingin dan lebih selamat dari pencopekkk! Dengar pencopeekk pun, aku dah cuakkk! Huhuhu.






Tapi oleh kerana kul 9 weols dah ada kat Tanah Abang, kedai-kedai pun banyak baru dibuka. So orang masih tak ramai dan keadaan terkawal. Last-last bila makin ke tengahari tu, makin ramai makin sesak dan mektok Malikha pun mula lah buat peel. Yelah, kepanasan pun ye, pastu campur nak tidur lagi, bercampur lagi tengok patung MickeyMouse kiri kanan dia, duk hotjok hotjok,,, nak ke patung tu!





Kat situ, ku cuma membeli telekung solat, blouse-blouse sulam, baju batik Pak Sako, kain batik, kain cotton - ni semua adalah untuk ole-ole orang-orang tua kat kampung dan bebudak berdua tu beli bermacam aksesories. Ohhh harga sangatlah murah, sebab tu kalau ada sesapa yang berminat nak berbisnes bolehlah datang shopping kat sana. Memang murah dan kalau balik jual kat Malaysia memang berlipat ganda untungnya.
Tak caya, sila lah pergi!
Hehehe.



Highway Jakarta - Bandung, ternampak satu masjid macam masjid negeri Shah Alam.



 Then, tengahari terus proceed balik ke Bandung semula. Sampai jer Bandung terus ke DAGO, pusat factory outlet lagi. Kat sini ok-ok saja, ada Donatello, Gossip, Family, Erward Forrer dan macam-macam yang memang lah syurga shopping betul lah untuk yang kaki shopeng!! 
  

 

 Petronas di Bandung.


 Dua beradik kena follow sampai ke sudah oleh peniaga jalanan.
Selagi tak beli selagi tu lah jawab diikutan.
Tapi kalau kita taknak, cakap jer elok-elok. Dorang paham.
=)


Tapi yang ni, cair jugak untuk berbelanja akhirnya.
Lagipun rasa kesian sangat ngan diorang. Tapi jap tu ramai lagi lah yang datang mengepung.
Ni borong lagi key-chain ngan fridge magnet!



Lepas bertungkus lumus menghabiskan ratusan ribu rupiah kat DOGA, yelah kan dah last day kat Bandung, haruslah sopeng sehingga ke titisan 
terakhir kan! Hihihi.... Terus ke Swiss-Bel Hotel again, check in kat situ lagi untuk last day.


Kul 7pm keluar balik, for the last guna khidmat Pa Karli ni, beliau bawak weols ke last pitstop.
Paris Van Java.
Ohhh, ni shopping complex lah tapi cantik sangat tempatnya ala-ala resort gitu.
Tengok lantai die pun daripada kayu.
Cantik!






Dan berdinner buat kali terakhir di Bandung dengan makanan Indonesia. Saya order Nasi Ayam Kremes  (macam Ayam Penyet), Papa order Nasi Goreng Gila - hahaha jangan gelak, sebab memang kat sana banyak walhal nasi goreng biasa je dan lepas makan tkde pun jadi gila - , Suky order Nasi Ayam Kampung Penyet dan Maksu Ja order Nasi uduk ( macam Nasi Lemak)....... Harga untuk dinner IDR 188,000. Hah kira sendri berapa RM yer :)






 Last but not least
Presenting our Supir, Pa Karli.
Yang sangat setia menanti, membawa barang, menepati masa, bagus dan cekap memandu.
Orang Jakarta.
Bayaran untuk dia di Jakarta IDR 100,000 per day dan luar Jakarta ( Bandung ) IDR 150,000 per day.
Try kalkulet sendiri, berapa je kan kalau di convert to RM... RM55 di Bandung dan RM 38 di Jakarta.
Murah kan..?!





 Giler banyak gambar dalam entry ni!
  Ok, finish sudah al-kisah coti-coti.
Tapi ada 1 day lagi kan sebelum fly back to KL.
Okeh nantikan sekali dengan conclusionnya.
Hahahaha!
Giler gigih hokkay!



Tak kisah, my blog kan..?!
Ok, bye!
Sekian.
:)
TQ kerana sudi membaca.




 





Follower Ke 247...!



Pong pong pong!!!!
Pengumuman!!!
Pengumuman!!!
(sambil nyanyi lagu Wali Band)
Ahernya, nombor bertuah yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Pagi tdo tido jam 3am, baru dok 246 (~Syue~). Tunggu punya tunggu.
Tup-tup pagi on tengok dah 249.
So Mama Likha dah terlepas 2 nombor....!



Wahai Kakak Norazizah Hashim, please kontek ztee yer untuk redeem hadiah.
:)
Jangan tak tahu, saya tak sabar dan sudah lama menunggu follower ke 247 dan
berhajat nak bagi something untuk anda. 
Nah! Sekarang Kakak Norazizah Hashim is the lucky one!
Tapi ni hadiah bukan dari Bandung tau..
Ni lagi spesel *wink-wink.





Please, drop comment kat entry ni yer.
If not, boleh jugak email ztee kat zteesyahmi@yahoo.com.



Terima kasih jugak pada yang lain sudi menjadi follower dan sudi membaca kisah-kisah harian ztee.
Do keep in touch yer!
Kalau berselisih kat memana, sila-silah tegur saya.
:)




Sebab apa saya menunggu 247?
Pasal 247 adalah nombor feveret kami.
Nombor kasih sayang kami.
:)



*Malikha was at 9mos in the pic*


Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih boleh lagi kasik.
But i've no idea yet, nombor yang ke berapa pulak pasni..?
Cumaaa..... tunggguuuuu...!!
Akan diuar-uarkan nanti!
:)











Bulat Itu Bola


Pagi tadi, mektok teman Mama masak spagetti.
Sambil-sambil buat lesson class kenal vege macam biasa lah.
Lepas golek sana golek sini, at last, sebijik tomato Mama dibuat larinya.
Duk kelek lah tomato tu ke sana ke mari.
Jap-jap jengah Fruits & Vege book dia, tunjuk tomato same like in the book.
Hahaha.
Pastu bila masuk jauhh bawah sofa, jerit-jerit cakap ''takdokkk-takdookkk'' sambil pusing-pusingkan dua tangannya!
Hih! Geram betul dengan teletah dia.
Tak habis-habis jadi penghibur Mama.
Makin bertambah peel comelnya.
:)



Finally....? Apa jadi dengan tomato..?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Macam nilah bila tomato disamakan macam bola.
Hahaha.


Muka orang yang besalah.


Mama tak marah pun, nak marah pun tak sampai hati... Mama lagi happy, at now dia dah familiar dengan buah tomato... :)



Pastu siap-siap dapat upah spagetti bolognaise lagi kan!


Penghibur hati kami.



Bye! 
Sekian!
:)








Day 3 : Kota Bandung - Kota Jakarta


Hai, berita jam 10 lambat sikit.
Hehehehe.


Ok, jom sambung!
Hari ketiga, bangun pagi terus siap-siap untuk check out.
Lepas breakfast, terus chowww dari hotel Swiss-Bel.
Supir yang taat dan patuh setia menunggu weols.







Lepas check-out, masih ronda-ronda di Kota Bandung.
Lihat gelagat manusia yang kekadang tak tercapai dek akal kita.
Anak-anak kecil berkeliaran tepi jalan seolah tak takutkan apa.
Weols macam terkagum tengok mereka semua.
Seolah mereka dilahirkan menjadi manusia yang tidak takutkan apa-apa dan kuat.
Tabik!





Pa Karli bawak kami ke Toko Tiga. Pusat jeans original yang murah-murah dan femes gak kot.
Ada tersangat murah nak banding dengan harga sini.
Tapi saya tak membeli satu jeans pun.
Yeay! Jimat duit!
Niat di hati nak cari jaket, tapi tak ketemu pulak yang berkenan dihati.



 
   


Then, agenda penting hari ke3 adalah ke Jakarta.
Perjalanan ke Jakarta selama 2 jam melalui jalan highway dan bertol.
Apa tah nama highway nya, tapi jauh cantik highway Malaysia.
Supir tu sendiri cakap, jalan jelek.
Hehehe. Jalannya tidak rata dan melompat-lompat rasa, dua lane saja dan ada masa berkonar, kira tak lurus straight macam highway kita lah.
Dorang semua zzzzzZZZzzZZZzzzz jer masa otw. Mama Likha jer lah melayan Malikha jap tu jap ni.
Dah dekat nak sampai, baru dia pulak tukar shift zzzZZZZZZZzzzZZZzz.

Sampai jer Kota Jakarta (pusat), terus check in kat Hotel Menara Paninsula.
Rest jap, mandi, solat dan bersiap keluar balik.


 


Dinner kat Bumbu Desa, masakan Sunda. Masa ni baru kul 7pm Jakarta, kat Msia 8pm tapi dah gelap macam malam dah.




 Mem tengah buat kira-kira untuk bayar.
Harga dinner kat bumbu desa untuk 5 orang IDR 221,000 bersamaan dalam RM90 ++ .
Huhuhu. Jenuh nak kira. Haha.



Kemudian, pak supir drop kami kat EX Shopping Complex yang bersambung dengan Plaza Indonesia. Weols lah merenyam nak g Hard Rock Cafe, tapi frust betul bila Papa nak collect T-shirt HRC yang kaler putih tu takde size L. So nak buat camne kan, amek jerlah dark blue. Huh. Keciwa datang jauh tapi boleh takde stok erkk! Plaza Indonesia tu macam tempat hi-class, kalau pat kita Pavillion gitu lah.




 Kul 830pm, HRC bergelap support Earth Hour.. Tapi tempat lain takde pun nak bergelap. Siap nyanyi-nyanyi, ada live band situ sini. lagik.




Balik tidur!
Bye!
Terima kasih kerana susah-susah membaca.
:)