SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, August 30, 2010

Shopping Untuk Raya


Dua ari pusing KL untuk buat persiapan ala kadar Raya tahun ni. Letih, arini terjempuk kat rumah. Esok sambung lagi huhuhu.




Masa tak tidur, rambang mata tengok banyak kasut sampai buat hal kat Clarks.





Oh, picture ni semalam. Berterabur... :(




Ukur kaki time tidur. Baru aman. Size kaki 3.5....





At Metrojaya, Midvalley...





Sepasang untuk Likha, sepasang untuk Papa. Clarks adalah koleksi paling feveret Papa, sampai anak pun nak dia nak Clarks gak.. Tahu la minat Clark Kent. ;p




Mama, setakat ni berpuas hati dengan ini semua...





Sekian..! (tkde mud nak update)

Pre-Shopping Raya


Cuti Nuzul Al Quran, weols ke One Utama. Tak plan lagi nak shopping actly, kira baru nak warming up je lah dulu hehehe. Sampai sana pun dah kat kul 4.






Kebetulan, takda angin takda ribut Umi ngan Ain Nabila datang ke KL. Plan Tokmi nya nak datang tengok anak anak dia yang dua orang tu, tapi bukan aku, k! dan cucunya Likha. Tak plan pun nak bermalam kat rumah kami, tapi aku ajak lah tidur rumah aku jer. Sempat la bersahur 2 malam, bab berbuka tak sempat sebab Umi nak ke rumah Ciklah kat Bukit Jelutong.







Ain, kami angkut sekali gi cuci cuci mata ;)





Papa mcm biasa la. Feveret store dia Lacoste la. Hem pilih jangan tak pilih. Heks... ;)






Kami berbuka di Chicken Rice Shop. Sampai sampai jer, terus gi booking untuk berbuka ;)







Tapi betul la kata seorang rakan tu. Kalau kita kat shopping mall, nak tnggu waktu berbuka tu punya la lama. Samalah macam kes kami hari tu, sampai sana kul 4 dah. Habis kedai masuk ohh tipulah semua kedai ;) Lambat tul nak tunggu berbuka... Hemmm..





Pas berbuka singgah lak A&W, nak beli Rootbeer Pitcher tu jer. Hem... Ciklongggg suka sangat Rootbeer Float kan! Likha ngan Kak Ain.... ;)






Sekian..!

Misi Kat Ikea



Ke Ikea demi mencari curtain untuk orang jauh. Tahun kedua dia menyambut hari raya di Manchester... Bukan kami yang nak beli curtain or shopping perabis duit untuk Raya :)






Ingin mencari seperti ini.







Malangnya misi not accomplish yet bila corak curtains yang dicari seperti gambar diatas, sudah tiada. Discontinue by Ikea... Hemmm!








Sekian..!

Friday, August 27, 2010

Lambat Berbuka Sebab....


Petang semalam, weols berbuka kat luar. Tekak rasa tak nak makan nasik dah. 3,4 hari dah makan nasik ni. Tapi oleh kerana tidak booked mane mane tempat, keluar pun dah 6.45pm ke The Curve, ni kira gamble gila la ni.



Sampai sampai, semua tempat penuh. Yang tak penuh, Restoran Chuang Loon, Dragon - i, ada lah. Hikks! Sedihnya... Berbuka la dulu kat bangku dalam The Curve dengan air Green Tea dan roti Pizza yang dibeli kat 7e. Takpe ah, sekali sekala adventure gitu. Hehehe.





Jom raya kat kampung saya.






Lepas solat Maghrib, baru lah kami dapat berbuka. Kenny Rogers dah kosong. Memang hajatnya nak makan Kenny Rogers lah. Jom kita order makan!



Mak aii.. Gelojohnya awak tu!



Eiiii cedapnya ciken ni.



Papa suka sangat dengan corn, sampai amek dabel.



Saya macam biasa la. Mashed potato paling best! Share dgn mektok Likha ;)



Jewel Treasure untuk saya, ice lemon tea untuk Papa.
Syetaappppnye ;)



Lepas kenyang, kami jalan jalan ke Ikano dan Ikea. Sebenarnya ada misi di Ikea yang perlu diselesaikan .... ;)





Sekian...!

Thursday, August 26, 2010

Jom Shopping Raya!



Esok lusa tulat cuti panjang.
Jom kita shopping raya!
Yeaaa!



Happy holidays and weekend to all.
:)


Sama Rajin Dengan Mama


Sekarang, macam biasa la Likha ni. Sejak menjak dah nak makin besar ni, rajin pun bertambah. Bukan takat kemas rumah, lipat kain baju sendiri pun sama. Susun baju masuk dalam almari pun rajin. Tolong Mama iron baju pun boleh.. Dah boleh buat semua homework Mama...


Meh kite tengok sejauh mana kerajinan Likha ya, ;)





Oh, cerita itu adalah terbalik sebenarnya. ;)





Pantang sungguh la kalau nampak Mama nak melipat baju. Dia dulu buat keluar semua baju, humban ke luar. Mama pun satu hal, melipat depan Likha buat apa. Huhuhu. Dah nak lipat mana lagi..?? Hahaha. rumah kan kecik besar tempurung jer





Ni part paling best ni.. Tunggangkan terbalik almari sendiri... Macam tahu dah, lepas lipat Mama nak simpan pulak..... Laju jer merangkak... Aduhaiiii anak anak... Perangai sungguh comel la.






Nak iron baju sekarang ni, pun tak senang.. Mak aiii.. Ni belum berjalan lagi ni.. Huhuhu..






P/S : Gambar tak cantik, guna phone je. Macam la sebelum ni cantik je...hakss ;p



Sekian..!

Wednesday, August 25, 2010

Sudah Berbeza


Macam kenal je.. Sama ke tak..? Tembam Likha dulu, tak sama dengan tembam Likha sekarang... ;) Tapi dalam frame, pipi 'jatuh' sama macam TokNek Wan ;)








Likha in the frame : 4 Months Old ;)




Sekian..!

Angka 10

Hari ni genap 10 bulan mektok ni.
Selamat 10 bulan, sayang Likha.
Semoga Likha terus membesar sebagai anak yang sihat, bijak
dan sentiasa dalan lindungan Allah swt dan para malaikatNya.
AMIN.
;)





Dah pandai bangkit dan berdiri sendiri tanpa bantuan cuma belum boleh melangkah. Cuma masih berani berani sangat belajar berjalan dengan bantuan sofa. Likha buat target point sendiri, dari hujung sofa ni bertatih sampai hujung sofa nun.. Huhuhu... Agak agak raya ni, Likha dah boleh bertatih tatih jalan ke belum..?




Tengok Papa balik jer, macam ni lah dia ;)




Sekian..!

Semalam Semua Homemade


Dah 15 hari berpuasa, takde lagi saya jaja juadah berbuka yang saya masak kan..? Bukan tk masak, masak eiii, tp bulan bulan pose ni malas aja nak share n snap pic masakan... Oklah, dis tyme baru nak share ni.


Semalam, semua homemade, dari sirap cincau, popia goreng, ikan bawal sweet sour, telur dadar ulam kacang panjang dan of cos la nasi putih kan.. Telur dadar last minit baru terfikir... ;) Kira semalam tkde beli apa apa dari PARAM ceh, dah pandai sebut PARAM =p. Kalau tak biasanya Papa lik kerja singgah je beli samosa ke, roti john ke...






Untuk Papa, saya gorengkan ikan bawal dan asingkan khas unttk dia. Sebab dia lebih suka yang bergoreng garing. Simple je la kan. Penat masak pun tak kisah lah janji puas hati masak apa yang kita nak makan.







Tapi yang penting, bulan puasa ni kiteorang dah tukar selera makan ikan ikan saja. Betul lah, dah bosan makan ayam tulah asyik makan ayam kg rasa. Ahad lepas pergi Giant, tengok ada ikan Siakap, rm7.99 je seekor. Murah sangat, kalau makan kat kedai mau jadi 30-40-50 seekor kan. Beli la dua ekor. Satu dah goreng garing garing, tengok satu lagi nak try buat siakap stim ke ;)



Kelmarin dulu masak sup daging, bagi kamceng ngn siakap goreng garing tu. Pastu set ngn sambal belacan, ulam kacang dan terung... Hari ni nak masak daging masak kicap la pulak ;)



Sekian..!

Tuesday, August 24, 2010

Rumah Tunggang Terbalik


Walaupun tidak beraya di sini, saya dan suami bergotong royong jugak kemaskan rumah. Sofa yang besar macam bukit kat ruang tamu saya dah ubah dah minggu lepas, penat wohh angkat sendiri. Tak sabar nak tunggu Papa balik, tu yang angkat sendiri. Konon konon nak suprise. Letih terus rasa nak berbuka la jugak.



Suka dengan suasana baru kat rumah. Rasa lebih lapang, luas dan berangin. Betul la orang cakap, kadang kadang bila kita ubah kedudukan perabot rumah kita or bilik tidur, boleh menyemarakkan lagi rasa kasih dan cinta kita..kan kan..? Jemu kalau dah bertahun duk macam tu jer gayanya... Huhuhu. Try la kalau tak percaya ;)



Banyak dah benda yang saya ubah. Katil kat bilik tidur. Segala perkakas rempah ratus kat dapur untuk memasak. Pasal kerja rumah pulak, kain baju pun takkan ada yang berminggu tak lipat dan berlonggok atas katil. Pampers Likha pun takkan berhari longgok tak berbuang. Barang barang dalam freezer pun pastikan semua tersusun rapi dalam bekas tertutup, dapur pun lepas masak terus sental. Kalau boleh cuba elakkan dari tangguhkan kerja, sebab tu akan memenatkan kita kemudian nanti.. Boleh dikatakan, kerja rumah masih dalam kawalan, walaupun masa asyik kat depan lappy . Alhamdulillah semua terkawal.. Kata surirumah kan! Cuma bab mengemop lantai.. Aduyaiii.. Sakit belakang! Hihihi...






Ahad lepas, kami sama sama buka seat cover sofa tu, untuk dicuci. Kalau buat sorang memang lelah la saya. Ok, ni kasi sental sume. Tapi bukan saya lah, hantar dobi ye ;).... Banyak dan besar besar, mana muat tempat dryer tu...






Tapi hari hari rumah ku tetap macam ni rupenya ya... Macam nursery pun dah ada. Eh, nursery macam ni ke bersepahnya.... Biarkan die terbalikkan sumenya, kalau saya simpan kemas, die sepahkan jugak... Biar lah dio..! Budak tengah nak membesar, mana kita boleh sekat kan..?





Ni tukang terbalikkan rumah ;)






Update Likha's finger after 3 days happened.
;(
;(
;(
;(
;(




Sekian..!

Mencari Nasi Kerabu


Oooo rupanya di bulan Puasa ni, secretlover saya, Cik Puan Tacha membantu ibu mertua dan family berniaga nasi kerabu di bazar Ramadhan Seksyen 2, Shah Alam.






Oleh kerana banyak hal di petang Ahad lepas kat Shah Alam, saya dengan Papa menjengah ke bazar tersebut.... Mak aii, patutlah laku kueh kueh yang dijual, dah kalau Cik Tacha yang comel lote tu yang tukang jualnya ;)







Dapat la nasi kerabu hitam. Satu untuk saya, satu untuk Papa. Papa punya ada paru goreng dan daging bakar... Boleh tahan sedapnya dan alahai... bnyak sungguh sebungkus. Kembung sampai ke malam kiteorang tipu, pastu makan pulak tengah malam kekenyangan ;)



Ohhh, sebab kat situ area student kan sebab ngan UITM, banyak la yang meniaga juadah untuk pakej student. Contoh macam ni, Nasi Tomato RM3.50, Nasi Tomato Student RM 3.00. Haaa... Kebanyakan semua gerai cam tu.. Cam ne kalau yang pergi tu nyamar konon konon student UITM..? Ke kena tunjuk Student Card lak..? Heee macam macam kan...? ;)



Apa apa pun, nasi kerabu itu sedap... Tabik =) So sila sila lah jengah gerai nasi kerabu AniZul beliau ya... Promote!



Sekian...!

Terkepit Jua

Ahernya, tertewas jugak jari jari Malikha bila menjadi mangsa tersepit di pintu.. Akibat kecuaian bodoh Mama. Dem!



Maafkan Mama ya, Sayang! Tuhan jer baru betapa hancurnya hati saya masa kejadian ni dan traumanya bila ingatkan balik. Rasa nak tanggal semua benda pintu dan apa jua yang berengsel kat rumah ni. Biar dogol!







Nak salahkan Malikha pun tak boleh jugak, bila dia sibuk sekaki dengan Mama yang sibuk nak bersiap pakai baju pakai tudung. Dia apalah tahu kan..?? Mujur lah setakat ni jer, tak berlebihan jadinya... ;(



Sekian..!

Monday, August 23, 2010

Jiwa Yang Pecah


Mood hari ini.






Bila niat kita disalah ertikan. Tiada siapa yang sempurna dalam hidup. Pengajaran dan pengalaman hanya yang akan mematangkan kita. Dan dengan harapan, bila pengajaran dan pengalaman berguna kita itu tidak berulang pada yang orang kita sayangi... Semoga Allah swt sentiasa membuka jalan yang terang dan benar untuk kami dan mereka... Tunjukkan segala kebenaran itu.. Amin.







Walau apa pun jadi, Papa tetap kawan saya sehidup semati... Insya Allah, Dan Likha lah tetap penghibur hati saya... Kalau mereka takde, tak tahu lah saya. Jiwa saya dah cukup patah. Saya berharap, Papa dan Likha akan sentiasa ada di sisi Mama tak kira susah dan senangnya kita.. Insya Allah, Allah swt mengerti dan biarlah semoga kasih kita sampai ke syurga. Amin..



Meluah bukan, mengata pun bukan. Tapi aku bukan orang yang suka bermusuh musuhan...



Weiii, apalah angin kus kus ni. Bulan mengambang dah dekat ke..??



Sekian..!

Restoran Ikan Bakar Sekinchan



Sabtu lepas, saya berproposal secara lisan kat suami tersayang untuk makan Ikan Bakar. Actly, dah dua tiga hari ni mulut ni mengidam sangat nak makan ikan bakar dan sotong. Ikan tk kisah la ikan apa, janji ikan yang saya makan. Keli tak layan ok takut tengok kepala ikan tu macam kepala ular . Kalau pari lak, saya hanya boleh layan asam pedas kat Melaka nun jer. Pelik gak.






Cuba berproposal kat FB walaupun saya tahu Mr Suami tak tengok, sebab dia tengah nun main dengan anak kesayangan dia... Aniway, tq jugak to Lela yang 'berjaya' membawa saya ke sini ;)







Alhamdulillah, lepas hajat ngidam saya kalah orang mengandung pulak . Tengahari dah siap booking table kat Restoran Ikan Bakar Sekincan, dan siap siap menggonggle jalan ke Setiawangsa tu. Lorrr..., kat situ je ke tempatnya. Tq Mr Google.





Table yang di booking. Sumea style ala carte, self service la kiranya...





Ikan siakap bakar, manis dan sedap rasanya... One siakap = RM42.





Sotong bakar, no of 2 squids = RM10.





Ambil 2 bungkus nasi lemak, pastu saya pulangkan balik sebungkus sebab nak makan dengan nasi puith jer. Sebungkus = RM2.





Paru sambal berlada = RM3 sepinggan.





Ulam ulaman dan sambal belacan wajib ada. Sepinggan ulam = RM5.




Watermelon juice = RM3.50 dan carrot susu untuk Mr Suami = RM4.(tiada dalam gambar)





Sementara tunggu azan untuk berbuka puasa ;). Walaupun apa jadi, Likha tetap anak yang menghiburkan hati kami..






Muka yang nade nade dengan lampu. Sementara tunggu Papa menyempurnakan kewajipan di Surau Al Huda, Setiawangsa. Berpuasa tidak akan sempurna kalau amalan lain dilupakan.



Terima kasih Papa tolong saya menunaikan hajat saya. Tak kisah lah makan ikan bakar kat mana pun, asalkan bersama orang orang kesayangan saya. Kat Sekinchan ni pun dah thumbs up! Best dan recommnded to alls.. ;)



Sekian..!