SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, August 26, 2010

Sama Rajin Dengan Mama


Sekarang, macam biasa la Likha ni. Sejak menjak dah nak makin besar ni, rajin pun bertambah. Bukan takat kemas rumah, lipat kain baju sendiri pun sama. Susun baju masuk dalam almari pun rajin. Tolong Mama iron baju pun boleh.. Dah boleh buat semua homework Mama...


Meh kite tengok sejauh mana kerajinan Likha ya, ;)





Oh, cerita itu adalah terbalik sebenarnya. ;)





Pantang sungguh la kalau nampak Mama nak melipat baju. Dia dulu buat keluar semua baju, humban ke luar. Mama pun satu hal, melipat depan Likha buat apa. Huhuhu. Dah nak lipat mana lagi..?? Hahaha. rumah kan kecik besar tempurung jer





Ni part paling best ni.. Tunggangkan terbalik almari sendiri... Macam tahu dah, lepas lipat Mama nak simpan pulak..... Laju jer merangkak... Aduhaiiii anak anak... Perangai sungguh comel la.






Nak iron baju sekarang ni, pun tak senang.. Mak aiii.. Ni belum berjalan lagi ni.. Huhuhu..






P/S : Gambar tak cantik, guna phone je. Macam la sebelum ni cantik je...hakss ;p



Sekian..!

No comments: