SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, August 11, 2010

Bila Tengok Dia Tidur


Kejadian : Petang semalam, lepas balik dari Giant.





Mama, bila tengok Likha tidur macamni, terus nak tinggalkan semua kerja kerja. Baik Mama pergi peluk tidur menganyam mimpi bersama Likha kan sayang...??? Tetiba terbit rasa dihati, betapa sayu sayu sayu sayunya tengok anak tersayang tidur dalam keadaan macam ni.. Tak sanggup kehilangan walau sesaat.....



Ibu ibu akan paham perasaan yang satu ini. Melainkan ibu kejam yang sanggup buang anak dalam tong sampah dan dera anak sendiri. Ohh, masih layak kah panggil IBU?



Likha Likha... Amanah Allah swt paling besar untuk Mama dan Papa...... Insya Allah, Likha Papa Mama akan besarkan dengan penuh kasih sayang, kasih sayang yang tidak akan terpesong.. Semoga Likha membesar sebagai anak soleh, sebab anak soleh adalah harta paling berharga dalam hidup ni... Amin...



Jum kite zoom sikit. Muka yang berbintik rashes kemerahan... Mama dah sapu cream tu.. Di badan pun ada banyak di dua tiga tempat. Mula kena lepas balik dari Penang, tak tahu la kena apa. Nak kata Likha makan rojak pasembuq macam Papa Mama, tak...! Makan macam biasa jer... Agaknya ruam panas...





Tapi alhamdulillah, hari ni makin surut dan dah pudar warna merahnya.... Semoga anak Mama kembali comel macam biasa ;) Tengok, mata Likha masa tidur tak rapat.. Orang orang tua cakap, kalau tidur mata tak rapat... Adik beradik tak ramai.. Ye ke...? Hehehe.



Sekian..!!

No comments: