SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, May 28, 2010

Selamat Bercuti Semua!

HAPPY HOLIDAY TO ALL

Pada yang balik kampung, selamat balik kampung.
Drive carefully.
Saya pun akan balik kampung bersama yang tersayang.
Insya Allah, till we meet again ya frens..




Budak gemuk pun akan balik kg...
Yahooo!


Thursday, May 27, 2010

Doakan Bersama Untuk Baby Damia


Saya ambil kesempatan ni memohon kawan kawan blogger saya yang lain mendoakan kawan baik saya, Dda yang menghadapi kesedihan sekarang berikutan keadaan Mia yang tak baik baik dari sakit dia. Sekarang Baby Dami telah di admit kat HKL.


Saya faham perasan Ibu Mia.. Amat faham.


Ya Allah, ampuankan dosa hamba hamba Mu, kuatkan anak kecil ini, kuatkan iman dan tabahkan hati ibu mereka dalam menempuh dugaan Mu, sesungguhnya KAU Maha Mengetahui dan Mengerti atas segala kejadian yang telah Engkau aturkan ini. Semoga ada hikmah yang membahagiakan di sebalik kesedihan mereka untuk hari ini. Amin, Insya Allah.. Sama sama lah kita berdoa semoga Baby Mia cepat sembuh.


Insya Allah....

Nice Blogger Award


Terima kasih pada Mama Adel yang mengepas award ni pada saya, walaupun beliau tak tag saya terang terangan. Kebetulan saya takde benda nak update, gatal gatal la saya nak buat tag ni, sebab award ni datang bersama soalan soalan. Maknanya ada tag la yang harus di jawab. Okey, panjang lebar.


1 . Apa bermain di fikiran anda sekarang?

Esok balik KB 4hari 3malam, dua malam stay kat Renaissance, satu malam nak tidur rumah mana? Rumah saya or rumah MIL? Dan banyak lagi sebenarnya ;)


2. Apakah nama samaran u all?

Nad - *betul ke ejaan tu? atau kaknab hihihi??


3. Berikan 3 orang yang u all sayang?

Syahmi, Malikha, lagi seorang? Kena beranak dulu la... Or it an be my family? But not 'seorang'? Hemmm..


4. Panggilan untuk si dia

By, kadang kadang berlakon jadi Likha so panggil dia Papa. Dah banyak kali nak panggil Abang, tapi tak berjaya. Si dia taknak. *Macam macam aje...


5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa

BMW X5 - boleh tak? *walaupun dia mintak Porshe Cayenne S dengan saya. Hikk. Kalau tak boleh, sila bawak saya melancong all over the world yer!


6. Blog mana yang korang suka visit?

Semua yang saya listkan kat sini dan banyak lagi yang saya follow, nah gedebak dalam dashboard saya. Korang je la tak nampak... ;p


7. Tagkan kepada 15 rakan blogger anda

Semua yang ada as a my blogger fren, sila amek tepek kat blog masing masing yer ;)



Sekian..!





Akhirnya Menjadi Kenyataan Jua

Masa maghrib, sambil sambil tunggu Papa lik kerja, Mama dengan Acu ralit la menyusun nyusun stok VS. Mama sibuk la tunjuk yang tu tunjuk yang ni ke Acu.


Likha tengah main. Ok saja. Lepas dah makan nasi goreng nestum, Mama nak tunggu dalam sepuluh minit lepas azan Maghrib, baru lah leh mandikan Likha.


Mama dengan Acu duk jauh dengan Likha ni. Jenguk sekali, ok lagi. Jenguk dua kali, ok lagi. Jenguk tiga kali..............? Apa dah jadi??? Likha hilang!!!!


Jeng jeng jeng..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Gambar ini tidak tipu ya! Likha betul betul masuk duk bawah tu! Padahal yang putih tu adalah kayu, yang lembut. Pandai Likha ambil side, lepaskan kepala dia.. Gostan lagi gostan lagi. Sampai ke ceruk!




Bila Mama kalut nak snap pic dia banyak banyak kali, hah! Baru menangis takut. Ketakutan. Baru sedar kat mana dia berada.


Masya Allah.. Dulu Mama jugak gedikksss nak beli sofa ni. Sanggup tiap tiap minggu ajak Papa pergi IKEA semata mata nak tengok sofa ni sampai puas puas. Last last beli. Dah la mahal. Tak terfikir pun time tu, nanti ada anak, anak boleh main sorok sorok bawah tu!


Macam mana nak buat ni. Rasanya pasni kena tepek gam dah keliling bawah sofa tu tak bagi Likha masuk! Hihihi...


Wahai anak, anak..... ;)

Likha Mencuba Benda Baru

Semalam petang Mama hangout ke KLCC jumpa Farhana. Amek stok VS banyak banyak. Bisnes tengah naik mencacak sekarang.. Alhamdulillah boleh la buat beli sweets ke Likha nanti kan..? Haiippp Likha mane leh makan sweets lagi...




Mama mestilah bawak Likha. Mana boleh tinggal. Acu @ Adik Suky saya datang teman, oh ya... Acu dah dapat kerja. Molek la tu.. Kerja rajin rajin, tak lama lagi boleh la bayar kereta sendiri bulan bulan. Bukan macam orang tu. Sampai nak mam*** pun masih mengharapkan belas kasihan orang. TETTT TETTTT TETTTTTT panjang panjang...




Lepas jumpa Farhana, teman Acu shopping baju. Kata dah dapat kerja, haruslah shopping baju baru kan..? Mana lagi destinasi kalau tidak OU? OU lagi!!! Lagi, lagi dan lagi....!! Maaf ya, bagi saya OU amat menyenangkan dan memudahkan kerja kerja shopping saya. Lagipun dekat je dengan rumah ;)


Kut ye pun, takkan tak bosan dengan OU?!!! Ok lah, lain kali saya taknak gi OU lagi.


Pergi shopping complex masa orang lain tengah bertungkus lumus kat Ofis, amatlah best! Jalan pun tak selisih bahu, tak bercium mulut. Hihihihi. Saya pun haruslah shopping jugak untuk anak. Tak sah kalau duit tak keluar.. Kan semua dah tahu duit tu macam air??? Huh!


Lepak minum jer, Likha macam biasa lah. Baik sungguh. Sampai Acu pun pelik, Likha ni tak nangis ke? Hey Likha nape tak nangis..haaa?? Acu usik2 Likha pun, tetap tak nangis! Hihihi.. Tengoklah anak En Syahmi kan??



Tengoklah apa Acu buat, bagi fries panas panas. Menggeletar Likha!




Bagi rasa air orange banana. Balik nanti Likha melabur tak hengat!



Semua nak try. Nganga mulut laju laju tengok makanan nak datang.



Tengoklah Acu buat. Sian budak kecik, buatlah apa pun ke dia, tak tahu pape kan? Patut pic nk kena sensored la Mama ;p




Lama sangat tunggu Acu, Mama habis pusing baby dept kat Jusco tu. Bagi Likha try ni. Alahai sukanya dia!!! Ketuk ketuk semua yang ada kat atas tu. Very excited kalau tengok benda benda baru * eh, macam Mama pulak? Tapi Likha belum lagi boleh pakai walker ni sayang.. Tunggu birthday ke 8 or 9 months nanti, Mama mintak Papa belikan yer?? Oh, mungkin Ciklonggg nak bagi present ke Likha nanti??? Murah rezeki kita kan!




Hari ini sibuk dengan order VS dari pebagai ceruk.. Heheheh. Saya suka pakai dan collect VS fragrances, saya pun tumpang happy bila orang lain pun mencuba VS ni.... Alhamdulillah!


Sekian..!

Tuesday, May 25, 2010

Walaupun Dah 31 Tahun

Ni saja entry kisah pasal suami, bukan nak gosip pasal dia, bukan nak mengumpat pasal dia.. Tapi sesaja sebab saya kat bilik tengah buat entry ni, dia boleh layan CD Naruto yang dia beli bebaru ni.



Saya bukak tenet sebab nak buat satu online transaction dengan Maybank2u la, of cos.. Tq By for that money :).... then curi masa kejap baca blog kawan kawan untuk hari ini, sekali speaker dah kuat kuat, ingatkan layan The Pacific... Yes! Kalau siapa siapa yang tahu pasal cerita ni based on true story, kat HBO kadang kadang Star Movies, The Pacific dah siri 09, ada lagi satu siri nak habis. Tu pun beliau tanya tanya saya, tak minat ke tengok..nape la sayang ni tak minat.. lebih kurang centu la ayat dia sokmo... Ya lah, mana la saya minat cerita perang, bom sana bom sini. Baik tengok love story kan.


Rupanya dia layan Naruto! Saya saja la kacau dia sambil nak tidurkan budak gemuk potato saya tu, tanya itu tanya ini.... Sekali keluar lah orang yang besar dari tanah, nak lawan dengan Naruto team..... Boleh dia, huuuuuuuuuuuuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Macam kagum yang amat lah dengan part tu! Maknanya dia tak layan la soklan soklan saya tadi!


Wallah! Camtu lah kalau dah minatkan? Naruto kat tv3 setiap Jumaat kul7 malam, kalau beliau terlebih kerja, mesti paksa saya suruh tengok. Hihihi. Saya kalau dah pukul 7, cepat cepat jer tutup tv. Saya tengok iklan Naruto kat tv3, dia mesti cakap TV3 Kids... Kids apa nya kalau Bapak Kids yang nengok???


Saya tak faham la feeling tengok Naruto ni...... Adooiii... Lagi satu, jangan kacau time asben kita tengah layan benda kesukaan dia. Kalau tak kita jugak yang makan hati berulam jantung. Hikhik.


Yeye! Malam ni cerita feveret saya, Desperate Housewives kat 8tv. Kadang kadang, beliau layan jugak cerita ni dengan saya ;) Erm... tapi, saya rasa season ni dah nak habis lah, sebab dah ada iklan The Vampire Diaries... Takpun, nak ganti The Ghost Whisper kot..


Tolong.. Tolong, jangan habis!

Hari Hari Mau Makan!

Tak tahu mengidam jenis apa. Ketagih agaknya. Hari hari rasa nak makan Nasi Ayam Penyet ni. Kelmarin dah makan, semalam nak makan lagi. HUH! Kedai dia, dekat je dengan rumah saya ni. Tapi tetap kena tunggu Papa belikan bawak balik kan? Kalau boleh drive bawak si kecil tu, hari hari laju jer saya pergi situ.





Kalau nak compare dengan kat Warung Penyet kat The Curve, rasanya yang ni lagi malatopp!! Nampak jer macam tak best kan??? Tapi sambal dia, cayalah...




Sejak bila la saya suka makan dan sekarang dah ketagih dengan Ayam Penyet ni? Ingat dulu, mula mula femes masa saya baru nak kahwin. Bila adik adik saya, dengan Mary duk ketagih benda ni, saya tanya jer, ''eii, best ker??''


Pastu dah mula mengandung langsung tak leh bau ayam dan benda benda bergoreng. Bila ingatkan ayam penyet dengan habuk habuk dia, wallah...! Rasa nak keluar semua isi perut.


Tapi sekarang...? Dasyat jatuh cinta, sampai saja saja malas masak sebab nak makan ni! Hihihihi.


Hari ni nak masaklah, stok dalam peti ada lagi. Masak okay. Sian By hari hari gi beli Nasi Ayam Penyet ke bini, sampai naik malu agaknya! Hihihihi.


Sekian..!

Dah Meningkat Lagi 1 Bulan

Buah cinta kami, Nur Rabiya Malikha, dah pun 7 bulan menjengah ke dunia ni. Dah usia 7 bulan, sah sah lah dia makin cerdik, bijak, nakal, sihat dan comel sudah tentunya.


7 bulan ni :

  • Papa dah belikan pampers Huggies size L. Tapi Mama rasa tak fit lagi ngan Likha, kalo ada M 1/2, mesti cun.
  • Makin susah bila nak pakaikan pampers, seluar dan baju. Tak sabar nak main. Mama pun jadi hilang sabar. Eh eh eh, sabar Mama, sabar!
  • Dah praktis untuk merangkak, angkat badan tinggi tinggi goyang goyang bontot.


  • Dah tak boleh duduk lama dalam rocker, sekejap jer terus jadi dugong duyong like little mermaid. Mula mula masa nak tidurkan saja, pastu dah lena angkat letak bawah. Rocker pun dah tak sesuai untuk Likha sebenarnya. Terima kasih Ciklonggg yang menghadiahkan Likha rocker ni.. Ermm, nape Ciklonggg bagi rocker yer??


  • Makin paham dan beri respons dengan nama dia. Bila panggil jer, toleh laju laju sambil ha ha. Macam menjawab la tu.
  • Agak bosan dengan toys sendiri dah, suka dengan remote tv dan segala jenis handset. Puaaaaa masuk mulut! Dah pandai picit tukar channel.
  • Selalu terliur nak pandai bawak kereta duduk atas riba Papa, pastu ketuk stereng kuat kuat.



  • Dah pandai cari cari peluang nak hisap jari kaki Papa Mama. Nasib baik takde maid, kalau tak, sah sah hisap jari kaki maid. Yark!
  • Hisap jari kaki sendiri sudah tentu. Dah boleh capai kaki sendiri masuk mulut. Mintak adik?? Oooh tidak... Belum masanya.
  • Sebulan dengan homemade solid food, Likha more prefer to carrot... Ok lah Likha boleh makan carrot banyak banyak like bunnies, so that tak rabun macam Mama ni.
  • Puas dah explore bawah sofa, main sapu sapu habuk kat bawah tu. Macam sedap jer masuk duk dalam tu, keluarkan separuh badan. nanti Mama pun nak try la!



  • Dah pandai buat muka macam tahan bau busuk. Bila Papa suruh buat, pandai ajuk Papa. Ikut sekali buat. Nanti Mama amek pic, tepek kat sini yer.
  • Sikit lagi dah boleh duduk.



Wahai anak, membesar lah dengan sihat dan bijak. Nasib baik Mama jaga awak kan sepenuh masa. Mama boleh pantau dan tengok semua perkembangan awak setiap masa. Alhamdulillah....


Sayang anak Mama tak terungkap.

Sunday, May 23, 2010

Masih Berbulu Dengan Patung Berbulu Ini

Tak kisah, tak peduli. Nak tunjuk jugak!


Hihihi.. Geram betul dengan kecomelan budak ni!


Eiiii, anak siapa la nih! Okelah, bye bye.. Nak fikir anak siapa la nih!








Sekian..!

Akhirnya Saya Sudah Siap Berperang!

Tipu lah kalau saya tak terjebak dengan benda ni. Tipulah kalau saya tak terliur kan. Tipu lah kalau saya tak nak gi melancong kan! Tapi saya tak dapat pun tempat duduk percuma tu, sebab petang tadi baru saya dapat completekan misi saya ni.




Dua tiga hari tak habis habis bincang dengan Papa! Wallah..., apa yang payah sangatkan?? Tapi tu lah sian beliau, mana nak fikir kerja melambak lagi, mana nak fikir saya yang sibuk duk promo tempat duduk percuma tu lagi. Hikhik.


Last sekali, diam diam saya ambik ni. Nah! Siap dah. Tunggu jer, sampai masa nanti terbang lah kami yer. Ke mana??? Nampak tak, nampak tak? Tak nmpak kan? Biarlah menjadi rahsia dulu. *Gediksnye!

Emosi Betul Saya Ni Kan

Saya bosan ni, sebab hari Ahad macam ni duk rumah dengan anak. Papa sibuk ke sana ke mari dengan urusan kerja, esok ada meeting penting. Yelah, sian Papa kan? Saya ni apa la tahu. Semalam pun Papa dah bz dengan paperwork dia, melangut depan Pc dia sampai 4 pagi, dengar lagu kuat kuat macam zaman bujang dulu. Saya jer layan anak tido semalam. Takpelah, kemarin dah shopping banyak banyak kat OU. Saya ada novel baru, ada baju seluar baru untuk Malikha, ada wedges baru dan beberapa lagi benda baru. Papa pun beli CD Naruto untuk dia. Happy dah.



Hari ni entry nak mengemosikan diri sendiri. Tak abis abis lagi. Tengok lah blog saya sekarang. Macam macam kata aluan saya. Tak cukup bahasa inggeris yang broken tu , saya tempek lak dengan version bahasa melayu. Takut tak paham orang putih, tu yang bagi cakap orang melayu lak. Tapi tulah, ayat saya tak best. Tak pandai nak berbunga bunga. dah lama tak tulis karangan kan!





Saya bukan apa, takut betul la kalau menulis blog ni di kira macam menunjuk nunjuk. Bagi orang lain, bloggers lain, kawan kawan blog saya, penulis blog dan apa apa yang berkaitan blog, semua faham dunia hari yang tak boleh lari dengan berblog blog ni. Ada yang tulis blog untuk buat duit, ada yang untuk share resepi, ada yang nak menjual segala macam produk, ada yang sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup, macam saya ni, ada yang menulis blog macam menulis diari dan macam macam lagi pesen nya.


Tapi yang tak paham nya, manusia yang takde blog ni. * eh, ada lg ke yang takde blog yer? Suka menganggap orang yang menulis blog ini adalah untuk menunjuk nunjuk atau dengan kata lain, perasan betul orang yang menulis blog ni. Ada jugak yang cakap, hei hal pnc laki bini buat apa ko nak tulis dalam blog..? Ada gak yang cakap, bapak sedara dia lagi kaya raya macam hantu raya , tapi takde pun nak menunjuk nunjuk kekayaan beliau dalam blog..? Haaa.. secara tak langsung orang tu sendiri plak yang menunjuk nunjuk kan..? Dok gitu... ?


Kekayaan apa la yang saya tunjuk tunjuk kan selama ni yer? Saya takde harta pun, melainkan dua orang itu. Sweet potatoes saya yang dua dua itu.. Memang sweet, saya dah rasa dah pun.... Hurrmm... Ni jer harta yang saya nak tulis dalam blog saya. Untuk saya, luahan hati saya.






Yang lagi tak tahan nya, nape la saya ni suka fikirkan orang orang itu ya! Hisshhh bosan! Suka fikir apa orang cakap. Ngok ngek untuk diri sendiri!


Oh ya, saya pernah dapat YM curahan hati seseorang, kira macam membuka pekung di dada sendiri lah. Bla bla bla bla, berbaris baris panjangnya. Biarkan dia, saya tak nak reply apa apa, sebab dia takda salah dengan saya, saya pun takda salah dengan dia, sampai lah dia cakap ''Saya tak ambil hak sapa sapa''.


Haih..? Abis, aku amek hak ko ke!


Dah dah la meluah pada saya. Saya bukan tempat untuk bertanya, bukan tempat untuk meluahkan perasaan. Tengoklah kebahagiaan yang saya ada sekarang ni. Takkan lah nak rosakkan apa yang saya ada hari ni semata mata dengan luahan perasaan awak. Berdosa ya. Pergi cari tempat yang betul. Takpun, duduk atas tikar sejadah, mintak ampun dengan Dia. Dia saja yang boleh membersihkan dosa dosa tu.


Tu lah, dunia sekarang ni macam macam. Mujurlah ada FB, ada YM... Tempat pelepas perasaan yang tak tenang, tempat membuka pekung dada sendiri, malah boleh jadi tempat membuka pekung orang lain. Heeeeeeeeeeeee, berdosa nyaaaa!!!


Buat semua, saya minta ampun sebab niat saya tidak pernah terpesong. Dah dah la... Makin terlanjur dahni...


Sekian..!




Saturday, May 22, 2010

Dah Dah La Mama!

Hari ni keluar jalan jalan dan pergi OU *Ou lagi!! , saya snap gambar dengan anak kesayangan dalam kereta puas puas!













Last last....!!


Syouuuhhh Mama! Puas dah jadi model Mama!



Hihihi. Entry takde kerja yer ;)

Friday, May 21, 2010

Saya Memang Lah Ratu Airmata

Kenapa macam tu tajuk saya. Sebab hari hari ada saja benda buat saya nangis. Tak caya tanya Papa. Bahagia ke, sedih ke, kecil hati ke, happy ke saya mesti nangis. Mesti ada jer lah. Papa balik lambat sangat pun saya nangis. Heeee, manja kededek!


Hari ni saya nangis jugak sebab Likha tak nak tido. Saya dah mind set nak masak kari ayam hari ni. So dah la nak masak kari ayam tu satu yang paling mencabar bagi saya, sebab first time nak masak kari weh!, *malunyaaaa!!* dengan Likha yang tidur sejam jer pastu jaga, tidur sejam jer pastu jaga. Last last sekali saya nangis, meraung raung. Buruk sungguh! Likha tengok saya, senyum dan suka mengejek! Wahai budak kecil, mana la dia tahu pape kan??? Dia ingat Mama nak bergurau dengan dia lah tu!


Kul3 belum lagi masak, saya memang selalu masak lambat sebab nak makan nya malam. Siang saya makan je apa apa yang ada. Likha pulak taknak tidur. Masa saya nangis frust tu, Papa called. Papa cakap bawak jer Likha masuk dapur. Buh dalam rocker dia. Yelah, saya tak boleh tinggal dia sorang sorang kat luar. Sebabnya dia nak saya duk depan dia 48jam! Saya pusing jer, raung raung panggil saya. Kalau tak meraung plak, sampai bawah sofa dia masuk. Tak lama lagi sofa tu pun dia angkat!



Haaa tengok kalau tak caya. Likha tak pandai ke depan, asik gostan ke belakang. Nak ke depan, tapi ke belakang kayuh nya. Kaki dia belum kuat nak ke depan. Lama lama saya pun tak tahu dia nyorok kat mana.


Oklah, saya pun sob seb sob seb lah puas puas. Pastu, nah! Bawak dia g dapur. Dia buat muka pelik pulak tengok saya bersilat ketang ketungg.Hishh! Jap tu, dengan dia dia bau kari. Hihihi.




Macam tu lah saya. Siapa kata jadi surirumah ni tak penat?? Lagi penat. Lagi kelam kabut. Kalau tak pandai bagi masa, jawab dia rumah macam kapal pecah la. Bila tak kuat semangat macam saya ni, jadi macam tulah. Sikit sikit nak meraung! Saya ni memang lembik, memang fragile. Bukan saya tak biasa, dah hampir 5 bulan saya jadi surimah tapi kadang kadang failed jugak. ;(


Buat ibu ibu, apa cara untuk bagi baby kita tidur lama ya? Ada apa apa petua? Share la dengan saya.


Berbalik pada kari ayam saya, Alhamdulillah menjadi. Terima pada mentor saya, Umi dan besfen saya, Wanie yang mengajar saya melalui YM. Hihihi. Saya memang lah buta masak kari! Sila keji saya hokkay..! Heee, kari dah siap. Kalau ada sambal belacan kan best! Alamak! Cane nak buat sambal belacan lak ni.

Membeli Belah Secara Online

Saya beli shawl dan inner dekat Fiza Shawl ni. Dah lama jenguk jenguk kedai online dia, shawl die boleh tahan la lawa lawa. Baru ni jer saya tergerak hati nak buat order.


Kul 540pm Abang Posto Laju sampai, ingatkan Papa dah balik. Akhirnya sampai lah parcel yang ditunggu. Tiga hari, lama sangat sebab sangkut kat pejabat pos mana ntah barang saya ni. Dah la 1st time buat pembelian dengan beliau, tup tup tersangkut mangkut lak. Ok tengok apa yang saya order yer.



Ni semua saya humban kat atas sofa



Inner 3 Layer



Shawl yang gojes. Tak sabarnye nak pakai!




Pashmina @ Selendang.

Selain drp buat shawl,boleh gak di pakai time tengok wayang.Teringat time time bercinta dgn Papa dulu, kalau nak gi tengok wayang, dia mesti ingatkan saya suh bawak selimut. Shawl dia panggil selimut.
Haaaa buat apa dalam selimut dalam panggung yer!
Hahaha.
Tak tahan sejuk weh.



*Masa bercinta tak pernah holding hands sampai lah bertunang, bila lepas bertunang saya kucup tangan dia, ucap THANKS*
Tacing nyerr.
:: Sob seb sob seb ::
Hihihihi


Oklah, best jugak shopping online ni. Puas cuci mata sebelum anda membeli pastu pusing kepala tak tahu nak beli apa. Weh! Kalau tak tahu nak beli apa, takyah la cuci mata kan!


Sekian...!






Ni Boleh Buat Orang Berperang!

Jum gi melancong!


Ada lagi dua hari untuk anda fikirkan dan berperang dengan partner ke mana destinasi yang menjadi pilihan.





Hihihihi.

Thursday, May 20, 2010

Peraduan Bayi Bulan Ini Pa&Ma

Ingatkan tak menjadi. Rupanya masih ada rezeki.






Ni adalah percubaan pertama Likha masuk pertandingan bayi. So you guys, support me and My Malikha yer!


Terima kasih!

Wednesday, May 19, 2010

Tarikh Saya Dijangka Bersalin

Jeng jeng jeng!!!


Berdebar debarnya.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Tarikhnya ialah 4/11/2009.


Alamak! Nevesnye!


Haha. Anda terkena tak.


Tadi saya godek godek website Pa&Ma, nak menyertakan saya Likha dalam peraduan Bayi Bulan Ini. Tapi ada saja halangan yang menimpa. Malang sungguh nasib ku ini. Sob seb sob seb. Hahaha. Bulan depan cuba lagi la yer kalau ada rezeki.


Alih alih, terjumpa lak kalkulator tarikh bersalin ni. So saja saja la main cek, masa saya mula mula mengandungkan Likha dulu. Untuk pengetahuan yuols, saya bunting pelamin. *Wah! Amatlah malu ni rasa. Pipi dah jadi pink panther.


Tengoklah tarikh last period saya, 28 Jan 2009. Padahal saya akad nikah pagi 29 Jan 2009. Jadi paham paham lah yer, saya tidak diusik masa malam pertama itu. Titik. Panjang panjang lagi, nanti ada yang cakap i lucah pulak. Ok ok, saya melahirkan Likha lebih kurang dua minggu awal dari tarikh jangkaan tu. Likha dah tak sabar sabar nak tengok Mama Papa dan dunia!


Hem! Rasa terkenang kenang lagi, setahun yang lepas masa ini jam ini saya tengah lenguh lengah badan membawa budak gemuk tu dalam perut saya. Tapi dia tak gemuk dalam perut saya, dah keluar ke dunia ni baru lah dia membesar bagaikan juara! Masa keluar dulu, comel molek saja dia. Masa dalam hari 40 tu, dia hitam manis manis gitu. Risau saya kalau anak saya ini hitam terpilih, teringat pulak masa mengandungkan dia tu asyik makan kicap. Orang tua dah pesan, jangan makan kicap, jangan minum kopi, nanti anak hitam macam patat kuali.


Tapi hari ni, hampir tujuh bulan menjadi ibu dia, saya kadang kadang masih tak percaya dan tak sangka saya pernah mengandungkan dia yang secomel dan sesempurna hari ini. *Termenung kejap.


Syukur dengan anugerahMu, Ya Allah!


Eh dahlah, nak masuk tidur peluk dia. Tata!


Selamat Malam!





Sejauh Mana Sayang Kita Pada Anak

Isnin lepas baru potong kuku tangan dan kaki budak gemuk saya. Saya perasan kuku dia cepat tumbuh, ke memang semua baby baby macam tu? Yelah, Khamis saya potong pastu nak tunggu Khamis depan pulak memang tak sempat dah. Tu yang mengcakar cakar harimau kat muka sendiri tu. Jangan cakap, Mama dera pulak yer sayang!


Hari ni tengok dah start panjang dah. Sakit sungguh hidung Pinnachio Mama ni time di tarik tarik, di korek koreknya.Hem..! Wahai anak, korek lah banyak mana pun. Mama rela, bahagia tau walaupun sakit sakit.


Hari ni bila main main tangan dia, sambil layan dia nak tidur, tengok dah makin besar dah tangan anak saya ni. Macam tu jugak dengan kaki dia. Makin besar. Ya lah, takkan nak makin kecil kut. Mengarut!


Terus teringat dua gambar ni.



10.11.2009


12.11.2009



Anak dah makin membesar ni? Apa yang dah saya buat untuk dia setakat ni?


Sejauh mana kita sayang anak kita kan? Kadang kadang saya selalu tanya soalan ni pada diri saya sendiri.





Tuesday, May 18, 2010

Kucing Yang Hidup

Semalam, bawak Likha kuar jalan jalan. Saya nak membeli belah stok dapur yang dah hampir kering kontang. Kami ke Giant KD kat rumah jer.


Pas siap membelah dan manghabis duit, terus ke Uptown Shah Alam. Nak amek stok EDT VS, ada customer nak. Urgent nak malamni jugak. Tak dan dan. Oklah, lagipun customer tu bukan orang lain gak pun.


Penat mendukung budak gemuk ni. Tapi Papa la dukung, saya mengejar kat belakang jer. Saya penat mengejar la. Sebab dah kul 10 lebih dah. Janji kul 10. Hik.


Sampai Uptown, ter'lalu' kedai kucing hidup ni. Beli la satu untuk mek ni.





Siang tadi, lupa pulak saya dengan kucing meow meow ni yang beli semalam. Bila teringat terus bawa keluar.






Ok lagi. Mantain melayan cik meow. Mata dia ada lampu biru. Kira biru mata hitamku lah ni.





Geram weh ngan cik meow ni. Nak capai tapi asyik masuk gear gohek gostan.




Last last sekali, Maaaaa mamamamama takut dan geli dah dengan cik meow ni. Tak boleh tengok dah. Malam karang sure nightmare fairytales dengan cik meow ni. Hakhik.



Sekian..!

Siapa Lah Tengah Membacakan?

Ni entry takda kerja ni.






Sebenarnya ni kali pertama tengok blog sendiri, sampai 5 orang tengah menjajah. Sape la yer?


Saya tahu, silent reader pun ramai yang takmo kenalkan diri. Hik.


Terima kasih sebab sudi membaca. Kalau anda kenalkan diri, boleh jadi kawan saya. Saya nak tambah kawan dan cari kawan ramai ramai.


Sekian...!

Apahal La Korang Ni Tak Habis Habis!

Dah tergodek godek Metro sebab nak publish entry sebelum ni, nah terpampang la gambar mereka mereka ini dengan kisah mereka yang tak da nampak happy ending lagi.





Tetiba blog saya jadi blog gosip artis pulak yer, ni kes terjebak ngan Kak Amy lah ni. Hik.


Yuols minat tak Fasha Sandha? Kalau Papa, dia cakap Fasha yang minat dia.


Saya....? Tidak lah minat minah ni.