SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, February 29, 2012

Nasi Ayam Madu Buatan Sendiri


Assalamualaikum..


This week No diet - diet NASI yer lalalalla. Hidup jadi agak huru - hara bila diet. Hari tu berhari - hari sakit kepala, dah sakit kepala, ketor - ketor pulak. Dapur pun kering semacam sebab tak jejak pun dapur. Hahhh banyaklah kau alasan bila taknak diet kan ???  Hah dah nak buat macam mana, diet keras sangat sampaikan setengah hari pun tak sentuh apa - apa makanan. Malam baru lah jumpa sikit untuk alas perut. Kemain terkejut perut. Kan tak elok tu, diet mengejut macam tu ! Kang orang pun terkejut tengokkk eh dah kurus ker ! * Hah banyak sangat berangan ~!


So today, kita tinggalkan dulu alkisah lelaki Indian kat Giant yang potong ayam separuhku ke bahagian kecik - kecik..., sebab daku dah ke pasar pagi tadi. Hip horray ! Shopping barang basah sikit jer, bukan untuk stok sebulan cuma stok untuk beberapa hari ni. Wikend ni kalau jadi, kita coti - coti lagi tapi short trip jerr.. Satu malam jer hiks... Ke pasar dengan mektok lah, sapa lagi kan. Handbag mahal kalah handbag Coach tu mana boleh tinggal melainkan kalau Papa dia ada di rumah.


Diet ke laut, hasil dia hari ni adalah home-made nasi ayam madu lagi. Respi paling senang nak buat. Sebulan sekali mesti repeat. Terbaiklahh, memang feveret sepanjang zaman. Malam tadi, sebenarnya google resepi nasi tomato, tapi selepas diselidik - selidik, rasanya leceh lah.. Nasi ayam lagi senang... Dan recah tak leceh pung... ! Nanti - nantilah kite belajar buat nasi tomato pulak ehh... Alhamdulillah, ilmu masak nasi ayam semakin up and up. Tu orang cakap, memasak ni pun adalah satu skill.... Semakin kita asah semakin berkilat bling bling bling... Huk aloh..., banyak cakap ploppp... ! Bai !









Alhamdulillah... blurrrpppp... Jamu mata jerlah yerrr semua.. Tuan rumah nak jemput menjamu semua, jauh katakan ! Hiksss... !





Kita dapat ilmu dari blog, bahagikan barang mentah beberapa bahagian. Buat untuk sekali masak setiap bekas... So nanti bila keluarkan dari freezer, nak defrost tu takde lah semua barang kite rendamkan... Pastu simpan, keras esok keluarkan lagi. Macamtulah berulang sampai bahan mentah kita dah tak segar lagi... Bahan mentah kita tu keluar masuk icebox jer..kan ? Honestly, ilmu baru yang kita dapat... Huuuuu...  See, dengan berblogging ni banyak jugak ilmu yang kita dapat tauuu ceeecececeewaah ~~!


Okbai !
p/s : Menunggu kepulang kanda tercinta dari Melaka, tapi kena singgah di Ofis pulak. Tuntutan kerja menanti beliau di ofis.... Kbai.

29 February 2012

Hari ni 29 February... Tarikh yang unik sebab empat tahun sekali kita jumpa. Leap year atau tahun lompat. Sepanjang hidup, takde lagi jumpa orang yang birthday dia 29 February... 4 tahun sekali sambut birthday. Macam ne tu? Sangat unik kan ??

Google


To those yang sambut birthday today..., happy birthday.... Kamu sangat unik dan laur biasa oteyy...??! Then, ada ke ahh yang kawen on this date? 4 tahun sekali tu sambut anniversary..... Takde kot eh !! Hiks..


Happy leap day !
2016 pulak kita ketemu....
:)

Tuesday, February 28, 2012

Kalau Korang, Korang Makan Tak ?

Malam tadi ke Giant untuk menopap groceries sikit. Barang - barang yang tak dapat nak beli dipasarlah macam tisu, sabun cuci pinggan, kukis Oatmeal febret sesisi keluarga, Baygon, sabun, stok Vitagen mektok, fiskek, fisbol dan macam - macam benda lagi lah sikit. Barang basah macam ikan, ayam dah lama tak beli kat Giant since Mama Likha dah pandai jejak ke pasar hehehe.  Tapi malam tadi, ingat nak amek ayam sekor, secara desprately sebab stok barang basah dalam fridge memang dah takde sebenarnya.Plan nak ke pasar pulak mungkin dalam sehari dua ni. Kalau ada ayam sikit, boleh lah buat sup ke apa esok kan sementara nak ke pasar tu.


Tapi oleh kerana sampai kat Giant dah dekat kul 10 malam, banyak barang basahnya tengah dikemaskan atau mngkin dah habis. Tengok - tengok ayam pun ada sebungkus seekor je yang tergolek kat ais tu. Nampak lebu sangat dah. Jenguk yang dah dipacket tu half chicken ada yang elok. RM 5 jer. So mintak orang tu potong - potong kecik.


Masa tengah dia potong tu, baru perasan yang tukang potong tu adalah lelaki Indian... Calit di dahi :) Hmmmm.. trus tanya hubby, ok ke tak ? Hubby pun macam... Erm ok.. Takper... Ku pun oke lah takpe... Sebab bukan sembelih pun cuma potong jadi kecik - kecik je kan. *sebab takut kat rumah, tak reti pulak daku nak memotong jadi kecik =p


Tapi semalam bila nak simpan ayam tu dalam freezer, jadi terfikir - fikir balik... Hemmmm macam tak de selera pulak nak proses ayam tu... Ni bukanlah sebab nak benci atau ada masalah dengan orang Indian hehehe... Cuma..... Hmmm yuols paham tak???


So persoalan kat sini berbalik kepada tajuk entry, kalau yuols.... yuols proses je ke ayam tu jadi sup ke or watever lauk? Atau yuols pun punya hati berbelah bagi macam Mama Likha ni...? Hiks... Cu citer ! Rasa macam tak besh jer ni....


KBye !
:)

Monday, February 27, 2012

Malikha Yang Kuat Cemburu ....

M A L I K H A... Walaupun seharian dia dengan Mama, manja dengan Mama... ada masa dia tetap nak Papa. Tetap nak bermanja dengan Papa. Yelah, dah bapak dia kan ? Sekarang dengan usia dah masuk 2 tahun 4 bulan dah, makin pandai tunjuk emosi sedih, gembira, takut, dan yang penting sekali JEALOUS atau CEMBURU ! Yang dia suka cemburu pun bukan dengan orang lain pun, dah dia kat rumah ni bukan dengan sapa pun melainkan Mama jerr 24 jam dan Papa kan...? Haaaa betullah kuat syemburu betul lah dia ni!!


Kalau kita santai - santai malam lepas dinner ke apa sambil tengok tv takut tv lari, dia mestilah nak berhimpit kat tengah. Kalau Papa datang, letak tangan atas bahu Mama ke, peha Mama ke macam - macam lah alasan dia. Tu tak lagi Papa pura -  pura kiss Mama depan dia. Tahukan anak tak suka, lagilah Papanya nak buli.. Macam - macamlah dia, sejak dah pandai cakap macam - macam ni. ''Papa, tepi skitlah Mama nak tengok tv....'' .... '' Papa gi duk sana...'' ...'' Papa, tepi sikit jangan buat Mama...'' .... '' Sakit Mama tu, Papa gi sana... '' Siap tolak - tolak kita tu tak tahan tu.


Kalau mood dia baik sikit, kalau tengok Papa kiss pipi Mama ke...., '' Papa, Ikha ? Ikha lah pulak...'' Kiss forehead Ikha ni.....'' sambil dengan muka kesian dia, kelip - kelip mata tu. Pastu dia amek part, duk atas riba Papa ! Haihh saja jer anak ! Macam tu jugak kisah, kalau Mama buat ke Papa. Dia tak kasi jugak. Dia memang tamak okeh, Mama dia nak Papa dia nak. Banyaklah alasan yang dia reka. Auta pun yer ! Konon, kalau Papa - Mama nak manja - manja sikit, macam dia tu dah terabai terus !


Kan happy tu bila dia pulak yang buli Papa - Mama
*huh =p


Haaaaaa memang syemburu tahap gaban ! Tu belum lagi kira time nak tidur ! Dah lama dah tu die konker tidur tengah - tengah antara Papa - Mama. Haih... Kalau Papa - Mama sesaja buli dia, memang malam tu dengar lah melalak satu taman.... Dia yang buat keputusan, mana Papa nak tidur, mana Mama nak tidur dan mana tempat dia tidur, mana pulak pillow dia, pillow Papa - Mama, blanket dia, blanket Mama.


Dalam keta lagilah toksah cakap. Kbai mektok !


Dia takde kawan lah, kesian sangat. At now, weols serius KOT untuk tambah ahli dalam keluarga. Tengoklah kalau ada rezeki, ada lah.. Tapi bulan 9 nak gi travel... Sekarang cannot lagi, mungkin lepas bulan 9 baru boleh, tapi bulan 1 nextyear pulop travel. Maybelah, bulan 1 2013 tu travel sambil perut boyot, baby dalam perut boleh merasa jugak teehehheheee... Berangan ! *Makpun satu hal....... Sibuk nak beranak lagi, nak makan angin lagi... Ohwelll..... :D

Salahkan AA yang selalu buat promo tambang murah.
Payah untuk tidak terjebak.
Tengah tahun ni ada promo lagi, silap haribulan terjebak lagik !
Postpone lagilah tambah anak jawabnyerr....
Eh, tak boleh lah macam tu kan.
Beranak dulu, pastu kite gi jalan.
:)

Siaplah Mama beranak lagi sorang nanti, baru tahu tahap mana kejelesan dia tu. Duk ceruk dinding lah nanti bila dah ada adik nanti.. Kikikiki. Ololololo.... Kesiannya !


Okbai !
Malikha cemburu tengok Mama asek menaipppp jerrrr ni haaaaa.
:)

Saturday, February 25, 2012

Adik Faris Dalam Kenangan

Assalamualaikum..

Sejak dua minggu lepas, kita dikhabarkan dengan berita tentang adik Faris yang menderita sakit barah darah. Dua hari lepas, pada pagi Khamis 23 Feb 2013 adik Faris telah meninggalkan kita semua... Kite semua turut merasai penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh si kecik yang berumur 6 tahun itu..walaupun tidak mengenali arwah secara dekat. Ya Allah..., menitis airmata keibuan ini tatkala membaca update penuh tentang arwah dari awal disahkan penyakit ini hingga ke saat akhirnya di blog Mazidulakmal. Link : http://www.mazidulakmal.com/. Allah lebih menyayangi adik Faris :(



AL FATIHAH utk ADIK FARIS
Insya Allah, syurgalah tempatmu......





Sekadar berkongsi disini, untuk peringatan diri sendiri juga, apa yang telah dikongsikan oleh bapa arwah adik Faris di Facebook beliau.



~ Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa..Buat kawan-kawan semua..Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does t......hat.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tahu bila kita akan atau dia akan 'pergi' dulu.


Ya Allah...
Subhanallah....
Al Fatihah untuk arwah si bidadara syurga.
Amin.

Friday, February 24, 2012

Papa Work Bery Faffff....!



Tengahari tadi hantar Papanya ke KLIA. Sibuklah nak ikut sama pergi dengan Papa, lagi - lagi bila ternampak banyak bigbird ( kapalterbang ) .... 




Sayulah Mamanya weh, dengan meraung macam ni nak ikut Papa. Dia pun tahu kot, esok weekend biasa Papa ada melayan dia.... Nak taknak terpaksa jugak tinggalkan KLIA dengan hati yang berat. Dah jauh sikit, duk merintih pulak macam - macam.. ''Ikha nak Papa.... Ikha nak naik bigbird...'' Papa mana...?'' Haih... tahan jer hati...



Walhal Papa pergi satu malam jer nak.... Esok tengahari Papa dah balik pun, esok kita pergi jemput Papa lagi... Yelah... Manja kededek katakan.... Orang jarang kena tinggal lama - lama macam nilah. Like dotter like mom.. tehheeheeeeeeee.. Pujuk dengan Barney lah sepanjang jalan nak balik Shah Alam... Sib baik cepat terpujuk kalau tak banjir lah kereta weh !


Kat rumah Barney, dalam kereta Barney * faint !


Ni pulak semalam 23 Feb masa jemput Papa yang baru sampai dari Seberang Perai. Papa sampai di ofis dengan team (tak drive), sebelum tu Mama singgah Petronas sebab nak beli fresh milk. Mama offer dia nak air apa...? Terus jer tuju ke Vitagen, pastu mintak Mama pay... Tak pandang dah benda lain... Olololo yang tu sangat very good, dia tak pandai nak makan jajan or apa - apa cikides...., tak reti pun nak amek dari rak dengan sendiri.... Alhamdulillah part tu ! Tapi Mama saja upah dengan Milo Nuggets ni buat upah as a snack sambil - sambil tunggu Papa nak turun dari ofis tu... Sukalah bila dapat sekali sekala. 




Mama - Papa selalu pesan....,'' Papa pergi work very far.. Likha takmo notti duk dengan Mama baik - baik...molek - molek...'' Bila Mama tanya balik..


Mama : Papa pergi mana ni ?
Likha :  Papa pegi work very faffff......
Mama :  Very fafff tu kat mana?
Likha :  Very fafff tu kat very fafff lah Mama... otey???


***  Haaaaaaaaaa tersedu sedan Mama nakkk.........:(  Pastu pagi - pagi buat adegan mengigau bila tengok Papa takde kat sebelah, '' Papa, mana ??!!! '' Mama tepuk montot sikit, terus sambung tidur. Hiks !



Walaupun banyak orang cakap muka Likha sebijik setepek Mama, sampaikan pernah jadi isu kontroversi... **biarlah sama pun apa salahnya dah anak I...huh!  Tapi Mama tak kira sebab mama tahu mulut Papa tetap ada pada Malikha. Setepek sejibik juga di situ.... Anak Papa jugakkan :) Hidung tak dapat dipastikan lagi macam Papa ke tak, yang pasti bukan hidung Mama =p... Sayanggggg Malikha... Penghibur Mama tak kira Mama sunyi ke Mama sepi ke Mama happy Mama gembira... Setia menemani Mama dan dari hari ke mari makin bijak.... Terima kasih, Ya Allah... 


Mode :  R I N D U ........................... sentiasa bertandang.


Bye....blog.
:(

Chicken Chop With Mushroom Gravy


Assalamualaikum...


Malam tadi dinner dengan home made chicken chop pulak. 






Resepi :

Bahan Utk Chicken

2 keping dada/peha ayam tanpa tulang
garam
serbuk lada itam
bread crumb
telur
tepung tempura / tpg ayam kfc / tepung jagung

Cara-cara

perap ayam sebentar ngan garam dan serbuk lada itam.
panaskan minyak. celup ayam ke dalam tepung, ratakan keseluruhan.then celup ke dalam telur.last skali dlm bread crumb. salut rata.
goreng hingga kekuningan or masak. gune api kecil jer supaya ayam msk rata.


Bahan utk Sos Cendawan/ Sos Lada Hitam / Gravy

2 cawan stok ayam
1/2 cawan susu segar
serbuk lada hitam
2cm btg salery - cincang
1/2 biji bwg besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dhiris
2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
garam dan gula - jika perlu


Cara-cara

panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
then tapis. buang bwg n juga salery. didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
boleh la dicurahkan ke atas ayam atau mashed potato.




................................................................................................................................................

Bread crumbs atau serbuk roti boleh buat sendiri.

Caranya :

Sapukan butter / mentega pada roti sandiwch.
Toast atau bakar dengan oven sehingga kekuningan sehingga rapuh / garing boleh dipatah - patahkan.
Kemudian, blender kering ( tanpa air ) roti yang telah garing itu.
Siap jadi serbuk.




Bread crumbs - biasanya bila kita makan ciken chop kan ada macam benda yang berhabuk - habuk yang bersalut dengan ayam tu kan ? Haaaa ni lah dia...  :)




Tq Mama Natt yang sudi ajar Mama Titi macam mana nak buat bread crumbs ni :)

.............................................................................................................................................

Mama Likha berjaya mendebonekan ayam dengan hasil menggoggle dan menonton video di TRYMASAK.COM bagaimana caranya untuk debonekan ayam.. Teheheeeee. Sib baik sakses, berjaya buat experimen ke atas whole leg itu :)




.................................................................................................................................................

Taraaaa hasilnyerr.... !! Chicken chop with mushroom gravy sidelines steam brokoli, salad dan coleslaw. Cuma cuma cuma................................... 




Sejujurnyer...... Chicken chop Mama Likha buat ni terlebih masin sikit !!!! Kuwang kuwang kuwanggggg ... ! :D ..... Potong stim tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !! Yang pasti, yay dah pandai buat chicken chop dengan tangan dan rumah sendiri ( hand & home-made ) lalalalallalalalala ~~! 


Nanti kita repeat lagi yeh... ! Hihihi..
Ok bye !
:)

Thursday, February 23, 2012

Online Shopping di Thepoplook.

Hello all ... !


Sesiapa yang berangan nak jadi ala - ala Sazzy Falak, boleh lah shopping di thepoplook. Hihihi. Mama Likha ni bukanlah berangan nak jadi Sazzy Falak pun, jauh langit dengan bumi Mama Likha dengan beliau tu... tapi oleh kerana selalu follow tweet dan Instagram Sazy dan Aisyah Sinclair, secara tidak langsung tangan pun gatal - gatal nak jengah web thepoplook.com. Rupanya, baju bajan kat sana tak mahal yang disangka pun, dan design pun boleh tahan lah. Masih ada baju - baju yang menutupi aurat.


Oleh kerana tidakmahu ketinggalan dengan terbaru dari update terbaru dari thepoplook, daku pun turut sama follow twitter dan Instagram thepoplook siap like FB pagenya lagi. Lalallalalla. Dan kerana sudah jatuh hati, sempat order 2 helai baju baru - baru ni. Ni haaaaa today dapat newsletter email dari thepoplook berkenaan New Arrival, lagi rasa mau order lagi ni. Lalalalallalala... Ok, X cepat - cepat web poplook. Bulan depan pulek yerrr :p





Website : thepoplook.com


Siapa pun mampu shopping dekat thepoplook ni. Jom ! Kalau yuols pun ada tempat shopping online best - best, share lah dengan Mama Likha... Sure Papa Likha lagi penim ni. Online shopping, offline pun shopping teeehheehehehehe.
Kbye !
:)

Wednesday, February 22, 2012

Yang Kelam Kabut Sokmo




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Pakai lagi kasut terbalik.
Pastu takut kena tinggal, mula lah meraung tak ingat.
= P




Si Bintang Hati

Nur Rabiya Malikha
2 tahun 4 bulan

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*









Semua geram ada kat dia ni. Bercakap macam mak nenek. Semua boleh cakap, tak padan usia ! Terlebih matured ni Malikha ni...

; )

Tuesday, February 21, 2012

Baked Pasta Daku


Assalamualaikum...


Lama kan tak hapdet blog. Hmmm tahlah... Takde modal sangat nak cerita, so baik diam - diam. Hihi takde pun yang kisah wei.. Haks.. Malikha dan mak dia baik - baik saja. Semua ok, happy dan bahagia =)


Ni ada cerita lah nak cerita ni. Tu yang hapdet ni kan. Hihihi.. Malam ni dinner, mencuba buat baked pasta. Actually since last two weeks lagi, hubby dah bising taknak makan nasik lagi malam. Hubby pun keluar lah undang -undang NO NASI malam. Hubby kalau dah cakap A, A lah beliau. Beliau memang tegas. Beliau bising dah perutnya makin ke depan. Kalau jalan tu, perut yang pergi dulu. Huhuhu. Bini die pun bising sokmo dengan perut dan badan sendiri tapi tak pernah tegas dalam bab makan ni. Azam pun dari tahun ni ke tahun depan, tapi bab makan asyik failed. Kihkihkih....  So demi nak menjayakan undang - undang hubby, jomlah kite cuba rezepi yang ringkas sikit untuk dinner. Senang takyah nak masak lauk bermacam jenis. Tapi payah jugak untuk ku..., kalau malam ku masak yang simple, siangnya ku nak makan apa dengan Malikha ? Tu kadang - kadang jadi pening. 


Since konon - konon projek NO NASI malam ni, dah banyak jugaklah menu yang ringan selain dari maggi yer. Antaranya, daging panggang, grilled chicken, fetuccini fishball soup, kebab, mihun sup daging. Konon straight lah tak makan nasik kan, pastu weekend lepas habis diet 5 hari bila saja pergi lunch dengan lauk AYAM KAMPUNG dan GULAI KAWAH... !!! Kuwang kuwang kuwang !!! Habis diet !! 


Ok, mukadimah yang tidak penting. Jom tengok dinner malam ni pulak. First time try buat baked pasta. 




Sebelum di bakar

Selepas dibakar.

Memula, silap setting oven tauuu. Tehehehehhee.. Last - last ni macam ni lah rupanya pasta ku =P



Alhamdulillah, not bad ! Sedap tu sedap cuma kena improve lagi hehehehe....  =0 ... Resepi dari blog kak hazila : small kitchen. Sekarang ni main petik jer kan, google jer nak resepi apa. Semua ada, rajin atau tak jer... :)


Dah tu jer. Sekian terima kasih. Tengoklah nanti macam mana projek diet weols ni.
Ok babai :)

Sunday, February 19, 2012

Brunch di PakLi Kopitiam

Assalamualaikum..


Salam hujung minggu... Pagi ni weols breakfast + lunch = brunch di Pakli Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam.Lamanya tak datang kopitiam.. Sangatlah lama since terbaca berita dari email tentang kopitiam suatu ketika dulu. Tak tahu lah hari ni, secara tak sengaja terus ke Pakli Kopitiam :) Kalau dulu Pakli ni pernah jugaklah jadi tempat lepak dengan team Semut Hitam dulu, masa zaman - zaman belum kawen dulu katakan + _____________+



Mee goreng Mamak untuk Papa dan Mama
Roti bakar kaya + butter untuk Mama - Likha + Papa
Sharing is the best ♥

Chicken porridge untuk Malikha dan Mama.
Lima - enam sudu untuk Papa jugak


Bila kita suruh buat pilihan, nak nasi goreng or bubur ayam? Dia boleh tunjuk picture nasi lemak yang ada ayam goreng drumstick lagi tu. Nasi lemak cannot yer tayam.
Teheheeeeeee.

Mama dengan merenyamnya order Ipoh White Coffee Ice nampak sangat macam kesedapannya, sekali makkkk ooo
pekatnyerrr kopinyer ! Dapat pat lima teguk jerr..
Ni minuman orang jate ni !
Huhuhu terus tukar dengan Papa yang order carrot susu hiks.


Papa sudah berangkat ke Kuantan untuk Mesyuarat Agung Kawasan yang dimulakan dengan Zon Timur di Kuantan dulu. Tinggalkan weols satu malam, esok Papa dah balik. Malam tu, tetiba Papa cakap nanti bulan 3 kite pergi coti - coti yer..., kesian Mama and Likha kena tinggal....'' Ok, Mama pun apa lagi...? Hoyeah lah !! Lokasi coti - coti Papa yang pilih..., direct jer beliau cakap, oklah Mama ikut saja.... asalkan pergi coti - coti dan together- gether.. Hihihi... Tq Papa....for everythings... !!


Okbai !
:)

Friday, February 17, 2012

Kelebihan Hari Jumaat

Salam Jumaat yang berkah !


Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Wassalam...

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday # 22



Kerja sapa lagi kan ??
+ ________________________________+






















Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !
Okbai !
:p

Tuesday, February 14, 2012

Wedding di Dewan Seri Endon, Putrajaya


Assalamualaikum.


Last Sunday night, we all attend wedding cucu saudara daddy di Putrajaya. Daddy dan Umi datang KL demi untuk sama - sama memeriahkan majlis ni, dan weols tiga beranak dan Maksu Ja diRSVP sama hehehe. Okehlah tu. Pengantin lelaki tu pun boleh dikirakan macam geng zaman kecik mama Likha jugak dulu. Sempatlah sekejap main sama - sama. Huks. Loni semua dah kahwin dan berkeluarga. Dah tua bangka semua, eh bukan tua tapi meningkat dewasa :p




Our daddy dan Umi


Daddy dan adik kesayangan dia like a twin kan :)

Weols.


Lahai, tak sempat ambil gambar pengantin tau.... Best jugak lah kat sana, bila first time dapat jejakkan kaki di Dewan Seri indon, Bangunan Puspanita ni. Rasa teruja, cantik dan besar sangat. Cuma wedding arragement agak slow, kalau tengok card majlis mula 8 malam tapi pukul 8 : 40, pengantin baru masuk dan arount 9 : 20 baru tetamu - tetamu kehormat semua baru mula menjamu hidangan... Kan lambat tu ??! Sib baik mektok dalam kawalan, dewan luas jap berlari sana, jap jenguk table sana, Tokbah pulak jap jap bawak dia round dewan :)




Oh satu - satunya gambar Tok JiB dengan pasangan pengantin. Tengah bersalaman dan sampaikan beberapa pesanan penting untuk pengantin baru, maybe?


Last but not least
:)



























































My daddy hero yang di panggil Tok Jib oleh pengantin lelaki with hehehehehehehe.


Selamat Pengantin Baru buat Ahmad Rahmat dan pasangan beliau.
Semoga berbahagia ke ahkir hayat.


Bye bye.
:)

Saturday, February 11, 2012

Homemade Bebola Ikan Bersup


Assalamualaikum..


Buat pertama kali, Mama Likha mencuba gentel gentel buat fisbol hehehe. Resepi adalah dari nenek tercinta. Lahai, tak payah mana pun. Kenapa masa mektok kecik - kecik Mama tak terfikir nak buat fisbol sendiri ?? Sebab dulu masa kecik - kecik pun, Mama suka makan ni kalau toknekWan buatkan tau ;p



Alahai... Senang sangatnyer.. Isi ikan tenggiri yang mentah *lepas cuci bersih - bersih tu kita tumbuk - tumbuk dengan lada hitam or black pepper. Buh banyak - banyak takpe black pepper, boleh hilangkan bau hanyir ikan. Guna ikan tenggiri lah senang, takde tulang kan. Ada pun, tulangnya besar- besar. Dua keping ikan tenggiri saiz kecil, dapatlah dalam lebih kurang 20 biji  fisbol. 


Pastu, taraaaaa terus buat sup ! Rebus sekejap bebola tadi, kemudian tumiskan bawang putih bawang merah dalam kuali lain. Campur sedikit dengan rempah sup atau perkakas sup. Bila dah garing, tuangkan ke dalam periuk yang fisbol tengah direbus tadi. Kemudian boleh campur dengan sayur kalau suka. Mama Likha just campur batang seleri, suhun dan pucuk :)


Siap !! Fresh from pot ! Ohhh, kalau sup memang kegemaran si mektoklah. Sampai hirup - hirup dengan mangkuk sekali. Dah ikut perangai Mama dah suka sup ni... Bagus - bagus !



Saja lawan dengan asparagus goreng sos timan + udang. Pertama kali katakan makan asparagus hahaha. Sedap kan.. Macam vege yang lain jer pun rasanya... Bangsa jakun tuh gak eh !


Ok bai..
Jangan lupa cuba resepi homemade fisbol ni yer. Senang sangat. Mak - pak suka, anak lagi tak kisah, makan  jerr :)
:)

Friday, February 10, 2012

All - homemade Western Dinner

Assalamualaikum... Salam petang Jumaat :)


Semalam saja lari dari kebiasaan, buat dinner ala - ala western. Semua homemade by puan dapur. Hihhiihihi. Dari mashed potato, coleslaw dan grilled chicken black pepper.. Lahai... tak payah mano eh ! Kalo tahu senang macamni jer sampai makan pun menjilat jari, baik hari hari buat hehehe. Sebelum ni, malas jerrr lebih kan kan kan !


Grilled chicken black pepper konon - konon Pakcik Kenny style adalah resepi malas katanya dari sis Atie, dan ku tokoktambah dari hanamemories..One of blog yang femes tentang masakan :)

Its golden chicken

Untuk si tukang rasa cilik.

Perghhhh

Now its turn to blackie chicken :p




Budak ni of cos lah paling tak sabar. Duk merewang jer depan oven. Jap jap jenguk. Duk Chicken chicken. Mama cook chicken, dah siap tu, terus yay ! Dia paling laju... :D



Sedap !! Hahaha takkan nak cakap tak sedap kan. Macam tak cukup jer bila buat half chicken jer. Ku takpe, makan sikit jer.... Papa lah... Tidur lambat, kul 1 pagi perut lapar balik hihihi..Lallalalallala  ~~! Takpe, anytime kita boley repeat lagi...


Nak resepi, boleh jer google.. * Ya Ampun, puan blog malas nak tempek resepi. Sebab sama jer semuanya... hehehe. Bukan kedekut. Huhhhuhu.
Okbai ! Have a great weekend ahead !
:)