SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, September 30, 2010

Demam Terkejut Pulak Dah


Malam semalam, bawak Likha pergi klinik lagi. Dia demam, rasanya demam terkejut. Hehehe.. Likha Likha... Hem.. We all mencuba klinik kanak kanak Meghana yang baru kat TTDI Jaya. Macam best jer nmpak, Dr dan assistant dia amatlah frenly... Dari Likha yang elok elok tak nangis,nangis terkujat tengok assistant die yang excited mengagah Likha. Padahal Likha tak nangis pun... Huhuhu.. Over frenly lah pulak ;)




Then, oleh kerana panas badan Likha quit high cecah 38.7'..., lagi sekali kena masuk ubat kut bontot. Ni adalah second time for her.. Dr pun supply jugak 3 bijik, if other time kalau temperature more than 38.5' boleh bagi masukkan lagi kat rumah. Ayoooyoyo... Tak berani...la Dr.. ! Papa la buat ye, Papa dah siap tanya.. Macam mana nak masukkan tu Mama..? Hahaha..




Oh, pagi semalam Mama dan Likha menyibukkan diri temankan Papa buat medical check up kat Klinik Reddy kat Old Town, PJ. First time sampai sana. Full medical chek up ni adalah one of the process apabila anda membeli rumah. Untuk Takaful punye part lah ni.. Start kul 12 malam dah kena puasa.... untuk check up esoknya.




Kemudian, Mama ada sedikit urusan kat kaunter ASB kat Maybank Kota Damansara jer...





Tengoklah buku ASB, malu nye... Taktahu lah exciden kat mana..
Huhuhu.. Nape lah aku macam ni hahaha. Teruknya!! Ampun!
Lagi satu page, baru leh tukar buku baru ;)

Hari ni Likha dah beransur baik.. Demam sikit je kelmarin tu..

Sekian..!

Tuesday, September 28, 2010

Dah 11 Bulan Aku Merasainya...

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi... hari ini saya masih bernafas sebagai seorang ibu dan masih mampu melihat anak membesar... Celik saja mata, anak di sebelah saya tidur dalam keadaan damai tanpa pernah memikirkan susahnya dunia di luar sana... Di sebelah sini pula, belahan jiwa saya yang kepenatan dalam ketenangan sebelum kembali bangkit untuk memulakan semula rutin harian demi rezeki yang halal untuk sebuah keluarga kecil.... Bersyukur sangat. Masih bersama dua nyawa saya yang miliki hari ni...., membuatkan saya masih terus ingin meneruskan hidup ini walaupun umpatan, cacian, makian, kata kata orang, pujian di luar sana yang kadang kadang membuatkan saya nak tersungkur.






Sudah 11 bulan, hadirnya anak saya... Lagi sebulan nak genap setahun. Amanah dan anugerah Allah swt yang tidak ternilai, yang tidak boleh saya beli di mana mana pun.. Tiada galang gantinya mereka mereka tercinta ini... Terima kasih Ya Allah, kerana memberi saya peluang untuk merasai nikmat ini, dan merasai kembali seperti mana Umi dan Abah merasainya dulu...



Setiap ibu, pasti sayang dan cintakan anak nya melebihi segalanya. Tak perlulah nak membandingkan anak kita dah pandai tu, anak aku dah boleh tu, eh anak kau belum lagi. Anak aku minum susu badan, eh anak kau minum susu lembu.. Tak perlu lah anak orang minum susu lembu, eh anak aku pun minum susu lembu jugak lah.  Anak aku hensem, anak aku cantik comel, eh anak kau anak gajah... Setiap ibu semua nak yang terbaik untuk anak anak, kalau boleh kenapa kau tak susukan anak kau dengan susu badan kau sampai tua bangka...???



Tak perlu lah nak membanding bandingkan anak anak kita. Anak masing masing, jaga lah masing masing.. Setiap anak, Allah dah jadikan kelebihannya. Ibubapa, pergi cari dalam celah lubang mana pun...dah tentu nak bagi yang amat-paling-terrbaik untuk anak.. Cuma cara masing masing adalah tidak sama dan berbeza. Jangan lah kau nak pertikaikan, janganlah kau nak gaduhkan.. Asalkan kau bukan ibu ibu yang sakit, teran, beranak, bungkus dan campak anak kau tepi jalan....!


Sekian..!

Saya Yang Alah

Saya baru sihat. Sakit sebenarnya baru baru ni.. Atau, tak sihat lah. Rabu lepas, saya goreng kuewtiow... Pagi tu nya, saya dah minum soya. Rupanya tu soya lama.. Taklah lama, tapi sebab dah bukak sebelum balik beraya, walaupun masih nampak elok dalam peti sejuk, tapi saya rasa dah tercemar. Tengahri lak saya buat kuewtiow goreng.



Masa tu perut dah berapa elok rasa. Kuewtiow pun tak habis semangkuk. Kembangnya tekak. Papa balik, dia makan bertambah tambah.


 Ni kuewteow 'beracun' saya. Huk.


Malam, saya dah mula lesu badan. Angin satu badan sendawa tak putus putus, tapi tetap tak lepas. Nasib baik Likha tidur awal, saya pun tidur sekali. Papa, biasalah mula balik aktiviti game badminton dia.


Esoknya saya masih sama. Terbaring jer... Tak boleh buat pape. Letih, lesu, mual, loya.. Macam mabuk preknen pun dah ya lagaknya. Malamnya, dah seram sejuk dah rasa. Order McDelivery bubur ayam.. Tapi tak lalu.. Malam dah kul12, saya dah tak tahan.. Macam nak ajak Papa pergi hospital terus. Terbayang dah saya terbaring kat ER... huh..! Punyalah takut.. Nafas pun semput, nyawa tak lepas... Sekak kat dada...., bila Papa urut urut, tetap tak lepas.. Bila Papa bagi air putih, saya minum... kemudian... nah..!!! Saya cirit dan muntah semuntahnya...! Ni bukan muntah uwek uwek uwekkk, morning sickness tu.. Dah berapa tahun ya saya tak muntah...??? Sib baik kat toilet hihihi.


Ya Allah... ajaibnya lepas tu.. Saya selega leganya...!!! Rupanya tulah yang duk bergelodak dalam perut saya dah dua hari... Tak keluar keluar... Saya alah dengan kuewtiow goreng..? Allahualam...


Esoknya, elok jer pergi DEMC amek jab untuk Likha.. Malamnya saya buat hal lagi... Esoknya gi lagi klinik, rupanya saya kena gastrik plak... Angin dalam perut ni toksah cakap...., tapi nak makan punyalah tak lalu.. Pahit jer mulut ni...., pastu bile ingatkan peritnya muntah tu..., lagi lah tak menambahkan selera.. Pelik gak bila hilang selera tetiba.. Ingatkan dah kurus dah sikit ;p


Pergi Vichuda order nasi putih ngan tomyam campur. Mulut ni rasa nak makan yang masam masam jer.. Masa tu dah fikir lain dah... Preknen ke aku ni...??? Huhu... Kat klinik, dr cakap, gula dalam darah pun kurang.. Doc suh saya minum banyak banyak air manis or air buah.., if not saya lagi lah lembek or unless saya nak masuk hospital... Hurmm.. Doktor bagi segala macam ubat.. Air garam pun dr bagi gak..





Takmo takmo! If anything happened to saya malamtu... taktahu lah macam mana. Dengan kepala pusing lagi..., dengan perut macam ada gorgon kat dalamnya..., dengan nak mencirit cirit huhuhu.. Dengan lesu lesu lembik badan.. Nangis nangis nak call Umi dah mintak die datang sini, temankan saya... Kalau Papa takde pi kerja, macam mana saya nak uruskan rumah dan Likha dalam keadaan saya macam tu.. Aduyaiii.. Lemah semangat betull..



Saya rasa serik nak masak, jap je la kot.. Tapi sesapa pasni, kalau datang rumah saya, jangan lak takut nak makan eh, bukannya saya masak buh racun.. Tapi dah memang saya nak kena alahan dengan soya + kuewtiow tu... Mr Papa makan sedap jer.... Pastu straight lak kena gastrik... Aduiihh... ;)


Tulah ujian untuk saya minggu lepas. Hari ni saya dah bertambah OK kut. Sebab tu lah saya diam jer dua tiga hari ni.. ;( Tapi saya tak preknen ok, tak preknen. ;)


Sekian..!

11 Months


Dear Likha,



Happy 11 Months Old, Sayang!






Luv Always,
Mama & Papa.

Monday, September 27, 2010

Vaksin Pneumococcal 3rd Dose

 Last friday, we went to DEMC...



Appoinment Likha untuk 3rd dose Vaksin Pneumococcal.... Klau kira dah lari dari schedule ni.. Puasa dan raya punya pasal.. Hemm.. Kan dah bgtahu dulu, kalau 3rd dose adalah free. GSK kampeni yang supplied ubat tu memang bagi free untuk sesapa jer.. Tak caya, tengok form dia. Form ni perlu di isi oleh bapak or mak yang setuju untuk amek injection ni untuk anak mereka then doctor akan keep form ni...





So, bayar only untuk consultation caj Paed Specialist saja lah. 





Likha pun ada masalah _______. Patutlah bile nak uk uk, kemain lagi meneran dan nangis nya. Since balik dari kampung. Mama tak tahu silap kat  mana, so bila cerita je, Dr. Roliza dah paham n tahu. Of cos lah, dah doctor kan. Jadi, beliau pun supply sekali cream untuk sapu kat tempat sulit tu...


Hope Likha cepat sembuh. Then, Likha pun kena go back to Frisolac Step 1, bila Step 2 tak sesuai dengan dia. Papa n Mama mula bagi Likha Step 2 dalam sebulan tapi lately ni poo poo Likha tak berapa nak elok dan amatlah masyemmmmmmm... So, Dr Roliza advise suruh tukar balik n tunggu bila Likha 1 year nanti Mama Papa kena pilih susu lain yang lebih OK untuk Likha ya...

 Dah alang alang kat DE, Mama jumpa Mama punya O&G sekali. Dr Mazita. Adalah masalah sulit sikit ya.. Jangan silap paham..



Then, Mama dapat ubat ni...



Sekian..!

Tuesday, September 21, 2010

Rutin Kembali Seperti Biasa

Semalam lagi, nampak merah merah spot kat muka dan badan Likha mula hilang. Aiit, cepatnya campak dia habis. Kaki pun belum lagi naik semua.. Taktahu lah campak ke apa eh, tapi orang tua yang sempat tengok masa masih kat kampung hari tu, cakap tu sah sah campak..



Hurm.. Biarlah kalau dah cepat habis, baguslah. Tapi worried gak if campak tu tak jadi keluar, masuk balik... Tipulah kalau tak kena air kan..? Dah basuh berak dia, of cos la kena cuci dengan air. Dah lepas makan pun, mestilah kena cuci mulut kan..? Petang nak tukar sleepwear dia pun, lap jugak badan sikit sikit.





Since balik dari kampung, time tidur Likha dah ok. Kul 930 dah tidur, sampai lah ke subuh. Alhamdulillah, dgn izin Allah... Cuma Likha masalah sikit now, takleh tinggal sorang. Mama nak gi dapur kejap or memane lah, payah... Kadang kadang, sebelah dukung dia, sebelah susun pinggan. Sebelah dukung dia, sebelah masukkan kain dalam washer. Sebelah dukung dia, sebelah kutip perkakas sup untuk masak sup... Aduii... nakal betul... Semua benda Mama buat dia tengok... ;)Sabar jerlah.



Dah balik rumah sendiri ni, mula lah balik aktiviti macam sebelum ni.. Yang penting, puas hati tengok anak membesar depan mata, penat tu toksah cakap lah. Tapi seronok + puas hati...! Oh, likha dah pandai tepuk tangan. Bila dengar jer, tepuk amai amai... terus je tepuk tepuk.. Bila Mama cakap, clap your hands clap your hands... Papa lak cakap, clap my hands, clap my hands... Ada ada aje die... ;p



Oh, arini masak macaroni sup lah pulak.
Semalam dah buat mihun goreng.



Ingat, minggu depan nak puasa enam dan boleh terus puasa ganti sekali. Insya Allah... lah. Ngam ngam dah dengan 6 hari yang terrponteng nya...;) Hemmm.. puasa enam kena straight enam hari kan..? Tkleh skip skip.... Tul tak..?

Sekian..!
: Adakah saya asyik merungut pasal anak?


Sunday, September 19, 2010

Tahniah Untuk Nik Hazlie

Tahniah untuk one of my good friend, Nik Hazlie yang dah pun selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hatinya, Nor fadilah pada raya ke 4 baru baru ni. Tengoklah pengantin, sama cantik sama padankan...





Ni pulak majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pada hari Khamis lepas ;)
Saya dan suami serta Umi dan Ciklonggg Likha meluangkan masa sekejap ke majlis kenduri beliau. Ada gak geng yang lain sama kat sana.




Alhamdulillah, semua nya dah selamat. Doakan semoga mereka berbahagia hendaknya dalam melayari alam rumahtangga yang penuh dengan macam macam dugaan dan ujian. Dan cepat cepat la timang baby yer...., so that tak ketinggalan dengan geng geng yang lain.. Hehehe..



Eh, dah ada baby dah? Hehe. Taklah.
Nik Hazlie dengan Likha masa aqiqah day Likha on 27/11/09..
Dah ada tokoh jadi daddy tu...
;)
Olololo, tecitnya Likha masa tu...
;p



Sekian..!

Dah Pun Ada kat KL

Kami dah selamat sampai Kota Damansara 530 ptg, hari Sabtu. Pagi pagi bangun, lepas jer Subuh terus bangkit bersiap. Kalau sambung tido bestnya jawabnya, tkde lah kami sampai masa tu. Lepas makan pagi dan singgah pulak rumah my parents, kami bertolak dalam kul 10.









Lepas Mama siapkan cuci muka, tukar baju semua Likha sambung tidur.



Budak yang kena campak.







Alhamdulillah selamat sampai.
Rasanya pasni Mama kena lebih pandai organize beg dan smua barang.
Tengoklah.
Macam nilah kalau naik kereta.
Ni baru beranak 1, belum lagi 2,3,4 dan 5..
Kesian Papa kan..?




Sekian..!


Kat rumah MIL

Kami sempat 2 malam kat rumah MIL sebelum balik rumah my parents untuk menyambut raya. Sehari sebelum raya, dah bertungkus lumus menyiapkan segala perkakas untuk memasak juadah raya. Raya kat rumah MIL ada nasi dagang, sate, kuah kacang, kuzi kambing, kuzi ayam dan ada lah beberapa jenis.




Saya membantu la serba sedikit.






Rumah MIL ada pokok kundur, buah kundur ada 4biji semuanya. Tapi pokoknya kecik jer, menjalar dan menumpang di pokok jambu air. Oh macam ni rupanya. MIL kata, buah kundur masak sira lah biasanya. Heee, tak tahu la apa rasa kan. Teh kundur pun tak sedap eh.




Musim buah rambutan belum lagi tamat. Ni fresh lagi dari pohon. Raya raya pun makan buah rambutan.




Sambil tengok orang masak. Likha masa ni dah mula perangai tak berapa elok dia.



Nilah motorbot kenderaan yang banyak jasa kat Papa zaman sekolah sekolah dulu. Klasik kan ;)


Acara setiap tahun. Papa akan berhabis 2,3 ratus beli bunga api untuk anak anak buah. Bakar duit sekaligus ;p. Gambars ni dah malam raya ke 5...






 



Note di gate rumah MIL, ZAKAT SUDAH HABIS.



Hari Rabu, raya ke 7 kami balik semula ke rumah MIL... ;)



Sekian..!

Friday, September 17, 2010

Inilah Demam Raya

Lepas abis open house rumah Ciklonggg, esoknya subuh Likha demam panas. Oh ni lah dia, demam raya ke? Ke raya sambil demam?

Sian mektok Likha. Kat KB ni tak menentu cuacanya, kalau hujan... hujan lah. Kalau dah panas, panas sangat. Tapi rasanya mana mana tempat pun, sama jer sekarang ni. Hujan lak, petang raya jer. Masa pagi raya pertama tu teduh je lah.. Pastu panas, panas, panas.... Jaja Likha merata, raya kan.. ;)... Jemur panas, malamnya berembun lak.




So, macam mana tak demamkan.. Orang tua pun leh panas kepala ni..





Ke demam nak berubah bulan lagi..? Demam nak tumbuh gigi? Demam nak jalan..? Well, Likha tak berjalan lagi on Raya ni... Ramai yang datang, tetamu tengok Likha then cakap... ''Oh, kaki kecil, lambat jalan la tu...'' Ngeh ngeh ngeh... Ada ada aje... Yang penting, pagi Raya bergaya dengan kasut Clarks even tak leh jalan lagi. Heks..! Tapi tak sempat nak berhairband ke apa, tu yang nampak serabai jer..





Oh! Dah la meragam taknak dengan sesiapa, tambah tambah demam pulak. However, Alhamdulilah, Mama ngn Papa dapat handle Likha macam biasa. Sebab dah paham peel anak sendiri kan.Tokmi ke sapa ke, memang takleh masuk dekat dah. Likha ni satu hal, bengkeng.. Hemm, ikut perangai sapa ehhhh??




Pergi KBMC jumpa doc, sekali kena masuk ubat kut bontot. Huhu.
Tapi gambar ni bukanlah di snap, masa ubat tengah masuk kut bontot tu.
Mama gerun la nak buat, sib baik doc masukkan sebiji je kat sana.
Kalau doc bagi banyak banyak suh buat kat rumah, Mama tak sangguppp..








Bila dah rasa sihat sikit, mulalah lasak balik.
Back to normal.
Tengoklah, Papa nak bercakap pun tak senang.




As per requested, Ciklonggg menghadiahkan baju kurung ke Likha.
Cantik sangat, Color hijau pucuk pisang gitu.
Sory lah, out of theme color n lagi satu masih besar gedabak. Size 2.
Tahulah Likha ni chubby hehehe.
Nampak gayanya tahun depan jelah kite pakai, raya haji ni pun belum tentu muat.
Tq sebab dah tolong pilihkan color tema baju raya untuk next year ya, ciklonggg ;D




Tengah termenung lepas kira duit raya.
Cukup cukuplah tu Likha, nanti Mama simpan kat bank 
tambahkan lagi duit Likha yang dah sedia ada ya.
Masa ni dah panas panas badan. 



Hari ni badan Likha berbintik bintik merah, rupanya Likha kena campak. Demam dulu, bila dah kebah demam baru campak naik... Tak tahu lah berjangkit dengan sapa masa raya hari tu kan..? Petua orang tua kalau kena campak, 1) jangan main air or mandi, 2) jangan pakaikan bedak 3) jangan makan ubat klinik 4)jangan marah marah, dia jadi akan lebih manja. Biarkan semua campak tu keluar dulu @ melatah di seluruh badan,biasanya 3,4 hari kemudian baru mandikan dengan air beras atau kelapa atau mandi macam biasa.



Memang Likha agak meragam sikit, hope semuanya OKlah...


 
Sekian..!







Sana Sinun Raya dan Isi Perut


Selamat Hari Raya lagi... Masih ;)



Orang datang beraya, ramai. Pergi beraya rumah orang pun, ada.. Tapi tak semua la sempat amek gmbr kan..? Jap kat rumah MIL, jap kat rumah my parents. Letih gak menukar rumah. Hhehehe. Biasa la tu.....



Raya ke 2 : Open house di rumah persinggahan Paksu Piza di Tmn Kurnia Jaya. Maksu jamu Nasi Tomato. Simple tapi best lah. ;)



Tengok, baby Arif dah besar dah. Dah pakai jam tangan dah hehehe.
Tu Mama dia tengah makan, bibik dia ala ala cakap nak bertumbuk ngan orang.
Haha. Ganas seh, tapi rajin dan baik hati.
Tengoklah, raya pun tak balik kampung dia.
Motif puji maid abangku? Hahaha.



Likha banyak ruam panas kat muka. Sebab memang cuaca panas sungguh kt KB ni...
Kalau rambut tak ikat, lagi lah teruk.



Raya ke 3 : Belah malam, BBQ kat rumah Pakcik Pin & Makcik Raonah ;) Terbaikkk! Ada ikan siakap, kambing, lobster lagi... Tapi kambing, sory lah i tak layan.. Mmmbekkk... ;D. Sebelum tu, ke rumah MIL dulu, pun ada BBQ tapi tkde gambar kat sana... Semua adik beradik, ipar duai, anak anak buah yang berdozen dozen ada...














Raya ke 4 : Open house rumah kakak sulung merangkap Ciklonggg Likha lah. Menu Ciklonggg macam macam. Nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai daging, laksa penang, laksam kelantan, spagetti, kek... Sampai ke malam layan laksam lagi ;)






Belah malam pulak, ada solat sunat hajat sempena Fatin Nabila nak SPM dan Yasmin Nabila nak UPSR. Wish them can do well, excellent and pass all the exam with flying colors. Insya Allah!











Tengoklah Likha, sekaki jer ngn Papa Mama.



Last but not least
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*



Hahahaha.Dua beranak yang keletihan beraya..!
Sakan..!
Akibatnya, next entry kita cerita....
;)


Sayang dua dua tiada jemu!



Nak buat selingan sikit.


Raya kali ni, kemain lagi topik hangat kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain. Tetamu datang cakap pasal tu, pergi rumah orang cakap pasal tu. Orang tengah sembahyang hajat pun sibuk cakap pasal tu. Sampai kena tegur dengan Abah tak khusyuk la sembahyang tu haha. Belek paper pun, semua kisah tersebut. Berita pun di tunggu tunggu.. Memang dah jadi top issues kat Malaysia sekarang ni...


Sesiapa pun terkejut dan tak sangka sangka dengan kematian dia kan..? Kejam dan semakin teruk sifat sifat kemanusiaan dalam diri manusia, kerana duit, sampai tergamak membakar mangsa mangsa sampai jadi debu. Masya Allah, betapa tragisnya kematian mereka. Semoga kematian mereka semua terbela. Insya Allah. Al Fatihah untuk mereka dan takziah untuk semua keluarga mangsa...


Sekian..!